Wednesday, December 30, 2009

TELAH TERNUKIL...

-Di Bawah LangitMu-


Di bawah langitMu kami bernaung
Berpijak dibumi milikMu
Tiada kami berupaya melangkahkan kaki
Tanpa rahmat kaseh dariMu

Oh Tuhan ampunilan kami
Yang banyak berdosa salah khilaf sentiasa
Terkadang kami lupa dan dilupa
TanpaMu tiadalah kami berdaya..




Bersihkanlah diri kami dari segala dosa nan noda
Kerna tak sanggup kami menanggung segala kifarah dariMu
Jauhkan hati kami dari segala keburukan akhlak
Kerna tak upaya kami menangkis segala nafsu yang mendatang…


PadaMu jua ya Rabb…Tuhanku!
Jiwa ini berserah bukan pada pandangan manusia
KasehMu, cintaMu selalu kupuja dan kupuji
Kerna dambaanku hanya Engkau, RedhaMu!


dzatuun_nithaqaini
12.22 a.m 22/11/09

Tuesday, December 15, 2009

LANGKAH TERCIPTA

Ku kelukaan semalam yang suram
Kukehampaan kecewa yang mencalarkan
Keresahan dan kedukaan yang tiada pengakhiran
Mimpi yang kuharap jadi kenyataan
Tiada kesudahan tiada kesampaian

Saat ku ingin berhenti melangkah
Tika semangat tenggelam, jiwa lemah
Waktu daya dan upaya mengorak lelah
Tersungkur di perdu putus asa di jiwa
Terdampar hati di relung kegelisahan…

Ya Rabb!
Haruskah ku mengalah
Dalam lemah dan lelah
Jiwa dan hati yang parah
Musnah diri yang rebah…

Masihkah punya peluang
Menjulang cita dan cinta ke puncak gemilang…?

Terdetik pada jiwa bisikan pengharapan
Dari tulus sanubari yang Kau ilhamkan
Ini hanyalah dugaan, menguji keimanan
Padanya hikmah ujian, menguji ketaqwaan
Dilontarkan pada setiap insane…

Pada naluri kehambaan kan terasa belaian
Rasa kaseh sayang Tuhan pada hamba yang kepasrahan
Bimbinglah daku menuju redhaMu Tuhan
Biar payah tuk ku capai
Walau sukar tuk ku kecapi

Dalam perjuangan ini
Biar ku teruskan langkahan kehidupan
Tuk bangkit kembali
Menjelajah di tiap sudut bumi Tuhan
Biar terpaksa ku redah segala mehnah…

Tuhan…
Tabahkan hatiku, pimpinlah daku
Mencari arah tuk ku teruskan pengembaraan ini
Agar tak lagi rebah dan tersalah arah
Menggapai redha dan cintaMu…

Dzatuun_nithaqaini
24/11/09
1.57 p.m
sebuah rasa yang hadir tika mengenang apa yang bakal ku berhadapan..jalan di takdirku..
-adaptasi lagu langkah tercipta UNIC-

Wednesday, December 9, 2009

DZATUUN NITHAQAINI MEMILIKI DUA KEHIDUPAN


Orang yang tidak mempunyai citra keindahan dalam jiwanya tidak akan dapat melihat sesuatu pun yang indah-indah dialam wujud ini.

Asma’ bin Abu Bakar yang dijuluki Dzatuun Nithaqaini ( wanita yang memiliki dua ikat pinggang) dijadikan contoh nyata dalam kehidupan. Ia melalui hidupnya dengan penuh kesabaran dalam menghadapi kesulitan hidup dan kemiskinan. Selain itu, ia juga selalu berkeinginan kuat untuk taat kepada suaminya dan mecari keredhaannya.

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan bahawa asma’ pernah menceritakan perihal kehidupannya sebagai berikut :

“ Zubair menikahiku, dan dia tidak mempunyai apa-apa selain kuda. Aku menguruskan dan memberikannya makan. Aku menumbuk biji-bijian, memberikannya air dan adunan. Aku mengangkut butir-butir kurma itu dari kebun Zubair yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya dan beberapa orang lain yang bersamanya. Rasulullah memanggil aku: “mari,mari!” maksudnya agar aku ikut tumpang di belakangnya, tetapi aku malu dan aku ingat Zubair akan cemburu. Maka aku menolaknya. Setelah sampai dirumah, aku memberitahukan hal itu kepada Zubair, kemudian dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya usahamu membawa biji kurma itu lebih berat bagiku daripada kamu ikut tumpang bersama Rasulullah.”
Asma berkata: “hingga pada akhirnya ayahku, Abu Bakar, mengirim seorang pelayan untukku, maka aku tidak mengurus kuda lagi. Dengan pelayan itu , seolah-olah ayahku telah memerdekakanku.

Setelah kesabaran yang panjang, kemudian datanglah nikmat pada Asma’ dan suaminya, akan tetapi dia tidak menyalahgunakan kekayaan. Bahkan dia sangat bermurah hati sampai tidak menyimpan sesuatu pun untuk esok hari. Jika ia jatuh sakit, Asma’ menunggu sampai sembuh, kemudian dia memerdekakan semua hamba yang dimilikiny. Dia berkata kepada puteri-puterinya dan keluarganya : “Berinfaq dan bersedekahlah, dan jangan mengharap kemurahan hati orang lain.”

-Dr. Aidh ‘Abdullah Al-Qarni, Petikan buku jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia, ms211-

WAJAH DUNIA!


Wajah dunia



Ku mencari wajah kaseh pada insane
Ku mencari wajah bahgia pada dunia
Sedang wajah kaseh insan itu cuma sebuah kefanaan
Sedang wajah bahgia dunia itu kadang menghinakan

Biarpun berlalu beribu saat waktu Itu
Tetap jua ingin berpaling ke masa lalu
Menatap seribu keindahan pada wajah kenangan
Sedang hati derita dalam penuh kepayahan

“Berjiwa besarlah dengan memandang suatu yang kecil itu besar
Apatah lagi yang besar itu dipandang lagi besar
Usah menjadi orang yang berjiwa kecil
Dengan memandang yang kecil itu kecil dan yang besar juga dipandang kecil”


Tika cahaya mentari menyinar wajah
Pandanglah awan nan putih berkepulan dilangit biru
Seindah bersih sedamai kalbu
Mewarnai wajah dunia dengan cahayaNya yang terang

Sedang pengharapan isi dunia pada sang mentari
Selayaknya, Dia Yang Maha Pencipta
Lebih utama tuk disaksikan bahwa Dialah Yang Maha Agung!
Namun wajah dunia dikaburi dek kabus kejahilan diri…

Dzatuun_nithaqaini
10.52 p.m
301109

Monday, November 9, 2009

"Usrah Rasa Hati"

Jenis-jenis marah


Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.

Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Marah yang dipuji ( al-ghadhab al-mahmud )

Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah s.w.t. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah swt kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sebagai orang yang lemah iman.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w melihat para sahabat bertelagah berkaitan keimanan dengan qadr lalu berubah air muka Rasulullah s.a.w kerana marah lalu berkata;

بهذا أمرتم ؟ أو لهذا خلقتم ؟ تضربون القرآن بعضه ببعض بهذا هلكت الأمم قبلكم )

Maksudnya; Inikah yang kamu disuruh? Atau untuk inikah kamu dijadikan memperdebatkan al-quran dengan al-quran, ingatlah dengan sebabini umat terdahulu dibinasakan.

Sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان.

Maksudnya; Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.

Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesutau perkara. Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kira dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tidakan-tindakan yang negatif.

2. Marah yang dicela ( al-ghadhab al-mazmum )

Marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah swt atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s.w.t, marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain.

Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka nenunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia.

3. Marah yang diharuskan ( al-ghadhab al-mubah )

Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah s.w.t dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah s.w.t. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.

Firman Allah s,w,t;

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya; Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah suka kepada orang-orang yang baik.

Kesimpulannya wajib marah apabila hak Allah dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan, siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.

Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat;

Pasif ; Orang yang tiada perasaan marah, hilang dari dirinya sifat marah.

Aggresif; Orang yang pemarah, baran, tidak mampu dikawal oleh akal dan agama, hilang kewarasan diri ketika marah.

Moderet; iaitu pertengahan, orang yang dapat mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.

Renungan; Sekiranya kita dapat mengurus kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

Monday, October 26, 2009

IBU DOAKANLAH....


-SEISMIC- IBU DOAKANLAH

Ibu doakanlah ku akan melangkah
Menyusuri waktu menjemput citaku
Ibu lepaskanlah ku ke laut biru
Akan ku harungi akan ku seberangi


Ibu doakanlah ku sedang melangkah
Menjalani hari menjemput harapku
Ibu lepaskanlah ku dengan maafmu
Tenteramkan hatiku menempuh hidupku

Doamu oh ibu selalu kunanti
Tulus dan suci dari relung hati
Doamu oh ibu selalu kunanti
Mohonkanlah, ALLAH RABBI
Beserta ku selalu...

SALAM FINAL EXAM!!!

SALAM...FINAL EXAM KEMBALI!!! BUAT SAHABAT2 SELAMAT MENEMPUH UJIAN DUNIA.. MINTAK MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP YANG TERLAJAK BUAT... SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN!!!

GOOD LUCK FINAL EXAM!

TARIKH2 PENTING UNTUK IMTIHAN DUNIA...


29/10 - FISIOLOGI TUMBUHAN

30/10 - PRINSIP PENGELUARAN TERNAKAN

03/11 - BIOMETRI

07/11 - BBI 2421

13/11 - PRINSIP SAINS TANAMAN


Ya ALLAH permudahkan sahabat2 ku menduduki imtihan duniaMu...
Jadikan debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu...
Dengarlah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMu, agamaMu...
Terimalah airmatanya sbg penyejuk kemurkaanMu...
Belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah...
Tetapkan imannya agar tak mudah berputus asa pada jalanMu...
Ameen.

-DSKS-

DOA SAHABAT KEPADA SAHABAT

Friday, October 16, 2009

Pesan Imam as-Syahid Hassan Al-Banna...


Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna tatkala beliau mengarahkan ucapannya kepada golongan yang gopoh, yang cepat ingin memetik buah dakwah sebelum masak;


"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.

Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".

JALAN DAKWAH



Jalan dakwah hanya satu.
Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Demikian juga kita dan para pendokong dakwah,
sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari
Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan
ukhuwwah (persaudaraan).
Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian
menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah.
Berpadulah kekuatan
iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan.
Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model.
Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang
walaupun ditentang oleh seluruh
penghuni muka bumi ini.

Friday, October 9, 2009

DAERAH INI....

DAERAH KAMI

Daerah ini daerah hijau
Saujana mata memandang tetap hijau..
Jangan disalah tafsir, bukankah alam itu hijau???
Kami insane bukan gemar sorakan bukan… riuh tepukan
Daerah ini tak pernah peduli apa kata mereka yang membenci
Kerna daerah ini kepunyaan DIA jua…
Biarkan saja kami di daerah ini sekalipun ada yang tak gemari…
Biarkan kami di daerah ini, membawa wasilah dalam pelbagai segi…
Biarkan saja kami…di daerah ini nan abadi dalam perjuangan…
Mencari keredhaan Tuhan yang hakiki…
Kami mendambakan redhaMu Tuhan, terus memayungi daerah ini…
Dalam rahmat dan kasih sayangMu…daerah ini biar dalam pasak cinta Ilahi…
Suburkan daerah ini dengan iman dan taqwa…
Damaikan kami dengan nur hidayahMu…
Menggapai menang dalam redhaMu…
Kerna daerah ini kami bertemu tuk sebuah pengislahan
KeranaMu yang mengizinkan kami berada di marhalah ini…
Di daerah ini….di daerah ini…

Di daerah ini kusendiri membawa diri dan sanubari… dan di daerah ini jatuh bangunku bersaksi…Di daerah ini ku ketemu diri…di daerah ini kutemu cinta yang hakiki… di daerah ini…biarkan saja aku di daerah ini mencari dan terus mencari erti pada sebuah kehidupan…

Nukilan yang tercipta dan diadaptasi dari sebuah lagu yang tak diketahui tajuk dan penasyidnya…yang sempat aku rakam sedikit, tapi lagu tu banyak menyebut daerah ini…mungkin tajuknya kot…hehe, ada terciplak sket lirik lagu tu…


dan kutemui dia...

Daerah Ini
Album :
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com



Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

Di daerah ini, biarlah aku..

Wednesday, October 7, 2009

Semalam sahabatku, adawiyah ada anto satu mesej:

“salam. G/bumi di Padang terjadi pd pkl 17:16 & 17:58, di Jambi pd 08:52 hari berikutnya. Cuba perhatikan trjemahan Quran surah: ayat = 17:16, 17:58 & 8:52. ALLAHUAKHBAR!!! (info frm website) RUJUK SURAH2 DIATAS.. . sebarkan pd umat ISLAM..”

Aku terus buka terjemahan ayat2 tu dan kutemu:

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu ( agar menaati ALLAH), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali ( negeri itu).” Surah al isra’, 17: 16.

“ Dan tidak ada suatu negeri pun ( yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab ( Luh Mahfuzh). Surah al isra’ 17:58.

“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firau’n dan orang2 yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat2 ALLAH, maka ALLAH menyiksa mereka disebabkan dosa2 nya. Sungguh, ALLAH Maha Kuat lagi sangat keras siksa-Nya.” Surah al- anfal, 8:52.

Subhanallah…masyaAllah..

pemergianmu...

Semalam, aku dapat berita tentang kematian seorang teman sekampung,semoga ALLAH menempatkan dia bersama2 orang2 yang beriman dan mendapat perlindungan rahmatNya.. dia.. teman yang aku kenal waktu kecil..walaupun tak rapat sangat, tapi kami kesekolah yang sama, tempat mengaji yang sama..jarak rumah aku ngan arwah tak jauh mane…sebab kalau kira, kami dalam satu blok kwsn felda blok 24. Walaupun dekat aku tak pernah pegi rumah dia dan dia pun sama…kami Cuma bertemu kat sekolah dan tempat kami mengaji al-quran, rumah arwah tuk guru mengaji. Dekat situ kami agak rapat, perkara yang aku tak oleh lupa semasa kami2 sama2 mengaji… suatu hari tu dia ada terbawa satu jenis bunga yang sangat wangi baunya, dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa bunga tu dan tak tahu apa nama bunga tu… tapi kadang2 kalau ada terbau iras2 bau tu, aku akan ingat bunga tu dan dia… kat sekolah rendah tak berapa sangat sebab tak sama kelas…tapi kalau sek. Agama rakyat kami baik jugak…


dia ‘arwah’ seorang yang baik,aku senang dengan dia, walaupun tak banyak kenangan bersama dia tapi aku cukup ingat watak dia masa sekolah dulu…dia pendiam, tapi ceria… kira2 agak lame tak jupe dia sejak dari form 4,dalam 6 tahun jugak.. sebab mase tu aku tak satu sekolah lagi dengan dia, walaupun satu kampong dan dekat.. jarang sangat jumpe…dan sememangnya takdir Allah tidak mengizinkan lagi aku untuk bertemu dengan dia…DIA telah menjemput arwah kembali ke pangkuanNya…dan aku yang sangat terasa dengan pemergian seorang teman yang aku kenal…semoga redha ALLAH dan keluarganya sentiasa mengiringi beliau di alam sana…teringat arwah ayah dia cukup baik dengan arwah ayah…dan kini dia… dan aku…...?


Dari DIA kita datang dan kepada DIA jugak tempat kita kembali… jangan ada rasa bahawa kita lambat lagi akan meninggalkan dunia nie… sebab itu selalu terjadi, leka dengan dunia yang fana hingga terlupa bahwa umur semakin mendekat, semakin singkat untuk bertemu dengan sebuah detik kematian…sedang bekal yang ada tak segah mana untuk dipersembahkan pada DIA…jodoh, pertemuan, ajal semuanya ditangan DIA…

Tuesday, October 6, 2009

MUSLIM MUMTAZ !

suatu saat kita mengharunginya bersama2...imbas kembali...

Permulaan sebuah perjalanan
Yang telah DIA pilih untuk kita bersama
Insan2 terpilih yang dipilih
Dalam detik waktu yang membilang
Saat waktu untuk pulang
Macam2 rasa tak keruan..redha dalam keterpaksaan???

Perjalanan tarbiyah berterusan
Dalam suka duka penuh tekanan
Kadang hati membahang rasa ketandusan
Dalam retorik kata sebuah paksaan
Jiwa mendamba rasa sebuah keyakinan
Hadirkan kemampuan itu ya Tuhan…

Alhamdulillah..
Daya dan upaya yang Kau berikan
Untuk kami terus berada di marhalah ini
Tarbiyyah diri dalam persediaan
Dakwah yang bakal bertunjang wasilah
Siasah yang menjadi wadah sebuah perjuangan

Sebuah baiah termeterai sudah
Amanah yang terpikul membangkit rasa
La haulawala quwwatailla billah…
Kau pertemukan kami pada mahabbah fillah
Bergema amanah pada takbir…Allahuakhbar!!!

Muslim Mumtaz!!!
Pasti meredah segenap pelusuk kepincangan…
Muslim Mumtaz!!!
Pasti roh2 perjuangan bertebaran ke segenap penjuru kebatilan
Muslim Mumtaz!!!
Pasti membawa islam ke segenap sudut bumi Tuhan…
Biar retorik cuma…
Pasti Allah selalu bersama…
bersama harapan dan keyakinan,
Islam Pasti menang!!!


Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI...

Aidilfitri
Album : Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Bila Takbir Memecah Sunyi
Bergema Pujian Pada Ilahi
Fajar Syawal Menyinar Kembali
Umat Islam Menyambut Aidilfitri
Aidilfitri Hari Yg Bahagia
Tp Nasib Kita Tiada Sama
Setiap Kali Syawal Menjelma
Wajah Dan Suasana Berbeza
Ada Yg Suka Ada Yg Duka
Insaflah Wahai Ummat Islam
Jgnlah Leka Dan Suka Berfoya
Igtlah Pada Yg Tiada
Hulurkan Bantuan Serta Doa
Bg Yg Hidup Juga Yg Mati
Agar Hidup Sentiasa Berbakti
Berpadalah Menyambut Hari Raya
Jauhkan Diri Dari Noda Dan Dosa
Tanda Kesyukuran Di Bulan Yg Mulia
Setelah Sebulan Berpuasa
Renunglah Amalan Yg Telah Dibina
Supaya Ia Tidak Sia-Sia
Aidilfitri Lambang Kemenangan
Berbagai Peristiwa Sejarah
Mencatitkan Perjuangan Ummat Islam Yg Silam
Utk Dicontohi Sebagai Panduan
Berkorbanlah Demi Perjuangan Islam
Agar Tertegak Kalimah Tuhan...

Wednesday, September 16, 2009

RINDU RAMADHAN

RAMADHAN..
Rindu terus bertamu biarpun RAMADHAN belum pergi
PASTI akan RINDU...
Layakkah aku menjadi seorang perindu?
Menanti RAMADHAN lagi berkali2
Bukan sekadar menanti tapi merasainya lagi
bisakah aku?
Ya Rabb...
Ampunkan aku andai RAMADHAN ini
Belum juga mampu tuk kulakukan yang terbaik...
RAMADHAN bakal meninggalkan kami
Tapi bagaimana nasib kami ???
adakah dikalangan yang mendapat BARAKAHnya atau sia2...
LAILATULQADARMU bisakah kami?
menjadi pengabdi tika malam...
menggapai REDHA MU...

KALAM RINDU BERTEBARAN...

SALAM... Tebaran rindu untuk semua...
saje je nak 'mencapap'... memang akhir2 nie aku asyik camtu... kalau dulu aku tak pernah dan x berpeluang nak buat keje2 'mencapap', inilah masenya walaupun tak suker sangat...huhu. memang takde kaitan pun dengan apa yang nak aku sampaikan nie... ari nie baru berkesempatan nak menulis setelah berpenat lelah dengan keje2 n test n present n kelas dll.

just nak wish:

SELAMAT HARI LAHIR!!!
SAPER2 YANG LAHIR PADA BULAN 9...


nak terus wish laa...
terutama yang palinG dekat esok, RUBIATUL ADAWIYAH-17/09
yang dah lepas MUNIRAH-10/09
yang akan datang lagi.. AIDA-28/09 & AMNAH-29/09

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN SEMUA DAN SELALU BERADA DIKALANGAN HAMBANYA YANG DIREDHAI...

hehe...n yang teristimewa... akulah...13/09 genaplah umur 22 tahun. arini dah terlajak 3 hari ek..
kenapa istimewa? takdelah istimewa sangat... dan jutaan terima kaseh kepada sape2 yang wish pada hari kejadian...ada msg yang aku baru baca semalam, coz x perasan n nser ada problem sket. hari kejadian aku sibuk dengan TRAN-MALAYSIA kt Shah Alam... Alhamdulillah Dia bagi pengalaman yang banyak pada hari tu, sepertinya satu hadiah istimewa dari DIA...
emm...umur semakin bertambah, RAMADHAN pulak mengira detik waktu akan berlalu...dan aku? berbaur pelbagai rasa hati...yang pasti, bukan sebuah kegembiraan...

Thursday, September 10, 2009

TAG dari k.arah...

1) nama timangan
d_n in the blog...realitinya,semua nama yang berkaitan ada. kat umah 'ma' je, ngan anak sedare tambah mok kt dpn jd 'mok ma'(xbest pun, mok lg ma lg.. nasib la, xckup gelaran dh),lagi3.. mai, akma...tapi suka dengar orang panggil kema/qema...(teringat zaman skolah rendah dlu2).. ehhemmm.

2) Anda seorang yang...
huhu...pemalukah??? mybe, seorang yang susah nak 'mereaksikan' sesuatu melalui riak wajah barangkali, so jgn mudah terpedaya...mungkin seperti orang gambarkan dan mungkin juga tidak...sayer seorang yang 'bermata 4', berkot hitam(konon2) n bermotosikal...
(boleh gitu?) kih2...

3) insan teristimewa
tentunya orang yang melahirkan diri ini ke dunia...ibu yang tersayang Aminah Harun... dan semua insan2 yang pernah hadir dalam hidup ini, kerna setiap mereka memberikan pengalaman y berbeza...

4) lagu kesukaan
yang pernah menjadi kesukaan suatu ketika...menjadi diriku-edcoustik-

5)makanan kesukaan
entah..semua suka je...

6)sikap yang membuatkan anda stress
tak tahu...

7) warna kegemaran
hijau kot...

8) menda yang ada dalam beg
segala macam mende ada...yang penting2, termasuklah plastik... kot2 'on call' kena naik kenderaan beroda 4...hehe, ambe 'mabuk' sket...

9) bila kali terakhir menangis
biarlah rahsia


10 ) tag untuk rakan anda.
sape nak kena tag??? bagilah kat muniey , ruby, mira n k.upie...(tp diorang nie bz...xpelah kot2 rajin n sudi jawab le..)


Wednesday, September 9, 2009

-TINTA PERJUANGAN-

Kusut fikiran memikir tentang diri
Resah hati mengingat janji belum tertunai
Bungkam jiwa dalam setiap rasa bersalah
PadaMu ku berserah memohon kakuatan

Sepertinya aku tewas dalam perjuangan ini
Namun mengapa ku masih dijalan ini?
Bukan ingin ku lari dari jalan itu
Tapi seakan ketidakupayaanku telah menguasai

Menerobos rasa ego diri
Pada keyakinan yang kian merudum
Sukar terasa bilamana diri hilang kawalan
Umpama mimpi ngeri dalam igauan

Bak kapal belayar bersauh ditengah lautan
Sauh yang dijatuhkan tak mampu lagi terangkat
Untuk kumulakan sebuah pelayaran
Di medan badai yang asyik menghentam
Seolah2 akan karam diri ini di tengah lautan membiru
Terokaan seluas lautan pun kabur tanpa arah…
Kapal berlabuh di pulau kesepian
Sedang diri terkapai2 dihanyut ombak
Sisa2 nafas dihujung sesak
Pedih masinnya air terus memercik
Pandangan yang kian kabur tanpa sedar
Kini terdampar dipinggiran pantai
Mengharap hadirnya insane datang membantu
Sedang diri tak mampu berdiri
Terbungkam lesu dihamparan putihnya pasir
Alhamdulillah masih punya degupan jantung
Andai tidak…kemana aku???


Ya Allah…ku punya Engkau yang selalu dekat
Berikan aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini
Yang tak sebesar mana andai dibanding insane lain
Tapi mengapa selalu kecundang aku dipersimpangan ini
Yang sering berdalih perihal rasa hati ini
Walhal selalu ku diburu sebuah penyesalan
Masih juga tak mahu berubah?

Buat teman2 sahabat perjuangan..
Maafkan diri ini andai tak mampu
tuk merasai semangat juang yang kalian miliki
maafkan diri ini andai belum kuat
tuk berada di saf hadapan dalam perjuangan kita
maafkan diri ini andai tak bersama
tuk sama2 menyumbang kudrat dan idea
maafkan jua andai diri ini sering saja
mencari2 alasan untuk tidak bersama...

Menggamit rasa putus asa
Bak hamper aku pada sebuah detik kematian
Yang tak pernah kugambarkan
Namun DIA selalu bersama...meneguh keyakinan...

09/09/09...

mengimbau kenangan 5 tahun yang lalu.... SPM 2004

Sahabat2ku andai kalian masih ingat, terutamanya yang memberi idea saat itu..Lia, yang dah lama hilang khabar. sahabatku Ruby mungkin aje bertemu disini...yang lainnya? Quis, di UPSI sana, Liza, lupa kat mana dia praktikal, Tiah- KTB Setiu lagi agaknya, Anis-langsung tak tahu kemana, Aida je yang respon semalam, dia ada kat rumah agaknya. hemm...
Kami pernah berjanji, pertemuan pada tarikh keramat yang telah dipilih...090909. namun hari ini janji tiada dapat ditepati... semalam salah seorang sahabatku, aida bertanya khabar dan mengingatkan aku tentang tarikh tu...aku ingat...tapi bagaimana untuk merealisasikannya??? tempat pertemuannya yang pernah disepakati nun...disebuah pantai...Balok, Kuantan. ku katakan padanya pertemuan tertunda pada hari raya lah agaknya...semua orang ada mase tu, insyaAllah.
namanya sahabat, namun begitu aku SEAKAN semakin melupakan mereka..tapi bukan sengaja lupa..kekangan mase seakan mengajar aku untuk melupakan kenangan tika bersama mereka, kerna aku kini punya agenda hidup yang perlu lebih diutamakan...tiada lagi mase tuk mengimbas2 memori lampau yang kadang hanya menyesak jiwa. namun, ada waktunya...

Monday, September 7, 2009

hati vs perasaan ???

Bila orang berbicara tentang hati dan perasaan..aku yang akan terasa. kenapa? sebab aku seorang yang sangat peka terhadap perasaan... (ye ker) kenapa lagi? tak tahu sebab aku suka bermain dengan perasaan kot. tapi satu.. jangan disuruh aku meluah perasaan tatkala aku taknak meluah, sbab walaupun aku nak sekalipun, takkan terluah jugak...so, takyah tunggu bila aku nak bersuara. aku akan bersuara bilamana DIA izinkan...diam itu baik bagi aku...dan aku tahu orang tak suka tengok aku diam..diorang nak aku bersuara,beri pandangan dan apa2 yang boleh mengeluarkan aku dari kepompong bisu yang mungkin aku cipta sendiri dengan alasan, no idea or tak tahu or tak berani or apa2 lah alasan yang sering aku gunakan untuk membela diri... kadang2 aku suka mendengar luahan orang, mungkin sebab aku seorang pendengar yang baik (mungkin..je). tapi bukan seorang perespon yang baik kot... apa sebab? ( suka tanya, kenape?). xtau...(alasan malas nk pk). apa2 lah... agak2 siapakah orang yang paling tahu tentang aku? mestilah aku sendiri... tapi Allah lebih tahu siapa aku...sebab banyak lagi yang aku tak ketahuan tentang diri sendiri. cerita bab hati dan perasaan takkan pernah selesai... kalau nak citer panjang sangat kesinambungan ceriteranya...so, biarlah aku melayan sendiri perasaan nie... segala macam perasaan itulah insan... bertebaran....dalam rindu dendam, sakit hati dan sayang... semoga semuanya kerana ALLAH...

KENAPA AKU???

KENAPA AKU???
Selalu bertanya pada aku jua,
Kenapa aku yang dipilih?
Kenapa aku disisih??
Kenapa aku ???

ALLAH...
Jauhkah aku dariMu
Jauhkah aku dari mereka
Jauhkah lagi perjalanan untuk ku kembara?
Jauhkah lagi perjuangan menggapai menang?
Jauhkah kami dari matlamat ISLAM?
Jauhkah? antara dunia dan akherat...

Sejauh mana Kau memandang kami dalam medan tempur ini...
Adakah KEBERKATAN dalam mainan perasaan menghentam...?
Sejauh mana realisasi dari apa yang di retorikkan...
Adakah KEBENARAN mendahului perasaan yang kecelaruan...?

Ku bertanya bukan pada siapa2...
Hanya monolog hati yang tak mampu berkata2...
Membuah rasa yang kadang entah apa2...
Namun hati itu punya deria rasa...
Yang kadang perlu diterjemahkan ...

d_n berbicara dari hati yang terasa...bukan terasa hati...huhu

Tuesday, September 1, 2009

subhanallah...ya Allah...
kalau ingin...jika boleh..
aku mahu...
bumi berhenti seketika detik ini...
sekejap cuma
biar aku mati...
untuk tidak memikirkan apa2 tika ini...

ighfirli ya Allah...
atas rasa yang sangat ini...
aku ingin mati...(tidur sekejap je...)
tapi seakan keadaan payah tuk ku realisasikan...
biarlah aku diatas tangga ini terus mencari....huahaha... astaghfirullah....

Monday, August 31, 2009

haahaa...Alhamdulillah....

CAHAYABINGKISANRINDU bersemi di sanubari dalam sebuah jejak pencarian...ku ketemu CINTA HAKIKI...bingkisan dari TEBARAN RINDU...

masih tetap AKU...
Ya ALLAH
Tunjukkanku jalan kebenaran dan kebahagiaan
Andai tak layak untukku didunia ini..
Moga kan kuperoleh ia nun di akherat sana...

Ya ALLAH
Ramadhan ini masih ku diberi kesempatan
Bersama dalam barakahnya y masih hangat
Bertambah membara tuk meraih redhaMU

Ya ALLAH
Kupunya hati sepertinya tak berfungsi
Andai hati ini telah parah
gantikan aku dengan hati yang baru...

Agar aku dapat merasa manisnya nikmat2 yang telah Kau kurnia..
Bukan sering menyalahi diri tentang kekurangan dan kelemahan
Dosa dan noda jua segala mala yang telah tertakdir...

Ya ALLAH
Maha luas rahmatMu berbanding segala dosa2ku...
Ampunkan aku maafkan aku...
hohoho...letih duk care ke blog nih...biorlah dulu...uzlah jap... (eklang je)
alahai...blog...malas doh nok 'care'...biorlah dulu...

Tuesday, August 18, 2009

bengkel 'SMART SOLAT'

hemm...nie sedikit gambar mse jd 'fasi' bidang terjun kat puchong... adik2 tu sibuk duk suruh masukkan gmbr diorang kt internet. entah diorang bukak ke tidak blog nie..huhu..
'xcited' nak jawab soklan...rebut hadiah..













group FATIMAH AZ-ZAHRA


adik kecik y nakal n comel-lisa-



Thursday, August 6, 2009

detik waktu terus berlalu...

Innalillah...untuk jiran aku tokwan. td dapat msg dr kakak kt umah, dia bgtau TOKWAN meninggal hari nie...baru je hr isnin aritu mak lawat tokwan kat hospital kuantan, mak ajak aku..aku tak pi (sesal tiada guna)...untuk selamer2 nye dia dah takde...takkan ada lagi tokwan yang boleh aku panggil tokwan...semoga rohnya dicucuri rahmat dan redha ALLAH selalu... AL-FATIHAH...untuk ayah jugak...

KEMATIAN! aku takut bile dengar perkataan tu...kenape perlu aku takut??? aku takut kehilangan orang2 yang aku sayang...walaupun bila2 masa je benda tu bakal terjadi, setiap detik setiap saat...mungkin saje aku yang pergi dulu, itu lebih baik dari aku yang kehilangan...
ya ALLAH panjangkan usia ibuku, beri kesempatan untuk aku berbakti kepadanya, agar dia berasa bangga dan redha punya aku,adik.,kakak2, n abang sebagai anaknya...moga Engkau selalu melimpahkan rahmat dan redhaMu buat kami...



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

1)keadaan dah semakin membaik pulih,insyaAllah...setelah 3 hari dalam keadaan mood "mabuk" bas punyer pasal...walaupun masih kepeningan lagi sekarang nih...

2)assement dah setel...

3) JUST,,,melazimi diri dengan zikir2..

4)sekadar menjadi hamba yang bersyukur...salahkah?

5)atas segala2nya..nikmat 'hidup' tika ini sebelum 'mati' datang tiba2...

Wednesday, August 5, 2009

subhanallah...alhamdulillah...allahuakhbar!!!

dunia hari ini...terlalu banyak yang tak ku tahu...
sedang diriku hari ini.. masih banyak yang belum ku mengerti...

Ya Allah...
takkan pernah puas tuk ku merintih, merayu, mengadu, meluah
hanya padaMu...
ku punya siapa lagi???
hanya Engkau...

tak kufahami diri ini...
ingin cuba tuk memahami...
tak terasa sukarnya...
namun bila hati ini asyik berdalih...
payahnya amat menekan jiwa...
kenapa aku???

masih begini...selalu begini...
namun ku tak ingin begini...

irfighli, Ya Allah...irfighli...

d_n

Tuesday, July 28, 2009

MUHASABAH...

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA...

Kuharap dan ku berdoa semoga dapat bersua denganMu,
Mendapat redhaMu didunia wal akhirat untuk syurgaMu,
Kerna hanya di syurgaMu kan kutatap wajahMu,
Layakkah aku untuk syurgaMu???

Ya Allah...
Ditahap mana imanku?
Ditingkat mana takwaku??
Sekuat mana pula bisa aku meneroboh nafsuku???

Mampukah iman yang senipis bawang,
Takwa yang tak seindah impian,
Sedang nafsu ammarah masih di persimpangan hati...
Pangkal segala kejahilan masih menurut nafsu...


BUATMU SAHABAT PERJUANGAN...

Redahan hidup masih panjangkah???
Dalam fatamorgana yang mengasyikkan
Sedang mehnah kehidupan tak pernah surut
Sedang iman, takwa belum juga bertamu seteguh jiwa MUJAHIDIN....

Dimana silapnya, dimana lompangnya
Tatkala hati berbicara pada siapa???
ALLAH jua, padaMu kuserah segala-mala...
Mantapkan IMAN, teguhkan TAQWA
Satukan kami dalam REDHAMU jua...

"Beramallah kamu untuk DUNIA sekadar kamu TINGGAL di dalamnya, Beramallah kamu untuk AKHERAT sekadar PENGEKALAN kamu didalamnya, Beramallah kamu kepada ALLAH sekadar KEPERLUAN kamu kepadaNya, Beramallah kamu untuk NERAKA sekadar KESABARAN kamu didalamnya.."
pesanan imam Al-Syibli

Thursday, July 23, 2009

KISAH PERJUANGAN...ZAINAB AL-GHAZALI

Alhamdulillah... baru2 nie berkesempatan membeli buku 'hari2 dalam hidupku' y agak lame aku mencarinya, semalam baru dapat habiskan pembacaan kisah perjuangan zainab al-ghazali... walaupun dah lame buku tu ada kat pasaran dan walaupun aku agak ketinggalan, segala puji dan syukur kepada ALLAH kerana sudi memberi aku ruang dan peluang menghayati kisah tersebut, sepanjang pembacaan tu macam2 rasa y timbul dan macam2 yang aku fikir... ada part yang aku tanda, tapi tika ini buku tu tertinggal plak... apa yang aku dapat dari buku tu? terlalu banyak dan seakan2 tak mampu untuk diluahkan sebab aku merasa benda tu hadir dalam diri aku dan hanya aku yang merasainya, perjuangan menuju redha Allah...


Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 4 (Terakhir)


Disember 27, 2005 oleh Musafir Kelana
Sambungan daripada Kisah Zainab Al-Ghazali…


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya… saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya… dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”
Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.
Beliau mengeluh dan merasai ni’mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.
Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.
Waktu itu hari hampir ‘Isyak… kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai… Saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk… dilepaskan pula udara sejuk.
Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la’natullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.
Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk… dan macam-macam lagi penyeksaan… dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota… menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.
Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.
Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita… yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki… dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.
Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.
Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.
Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai “spy” adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.
Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.
Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.
Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Kesimpulannya , sahabat-sahabatku sama-samala kita muhasabah diri , bagaimanakah hubungan kita dengan Allah kerana kita sebagai pejuang tidak dapat tidak mengharapkan rahmat dan pertolongan daripadaNya kelak . Dimana kita???


Dalam perjuangan menegakkan kebenaran,kadang kita terlalu taksub dengan kewaspadaan, biarpun kewaspadaan itu perlu, namun berpada-pada lah ia , agar sud uzzon tidak menjadi amalan, kadang2 kita terlalu memikirkan apa yang difikirkan oleh musuh2 kita..walhal benda tu tak seperti yang kita sangka, dan kadang2 perkara remeh terlalu kita perbesarkan sehingga perkara yang penting kita abaikan... bilamana kita bersikap seperti talibarut2 yahudi dalam pemerintahan jamal abdul nasser tu.. dimana mereka2 mengkhayalkan apa yang tidak pernah berlaku, bilamana mereka menganggap para pejuang ikhwan merancang untuk pembunuhan presiden jamal abdul nasser, sedangkan kebenarannya bukan begitu. apa yang cuba nak disampaikan disini just sekadar atas pemahaman sendiri dan kadang2 ini yang sering bermain2 diminda...tak mampu tuk kuluah secara berlisan.

irghfighli ya ALLAH...


copy n paste from:








Thursday, July 16, 2009

anak sedara baru...

SELAMAT DATANG!

ke dunia yang hanya persinggahan

mencari bekal tuk ke akherat yang kekal

kutunggu saat bertemu dengan mu
duhai buah hati baruku..

kau hadir tika ini sebagai penyeri
sekadar gambar hiasan

lahirmu kedunia beberapa hari yang lepas

tak sabar kau ingin melihat dunia ini barangkali

keluar awal dari jangkauan manusia..

ya manusia hanya merancang ALLAH jua menentukan...

Nurul Hana Maisarah.. itu namamu... kurindu...buah hatiku...

KU RINDU...

hidup ini penuh dengan rindu...
pada suatu saat yang tak dapat dikembali
pada hari2 yang bakal kulalui
pada insan2 yang pernah hadir
jua yang bakal hadir
aku RINDU ...
suatu simbolik kepada sebuah kehidupan
yang pergi takkan kembali
yang kan hadir sebagai pengganti takkan sama
tapi tetap kurindu...
menyebut satu nama pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
ketika ini setelah ibuku..dialah insan yang kurindu
AYAH...

Monday, July 13, 2009

NAFSU POLITIK...


Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar diangkat menjadi pejabat. Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata, ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jabatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.'' (HR Bukhari).
Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik dapat menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak mampu dan tidak bertanggung jawab.Sebaliknya, kata Nawawi, politik dapat pula menjadi ladang pengabdian dan amal saleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggung jawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; bisa baik dan buruk.
Ia menjadi baik dengan tiga syarat, seperti disebut dalam hadis di atas, yaitu berada di tangan orang yang tepat (capable ), diperoleh dengan cara yang benar (acceptable ), dan dipergunakan untuk sebesar-besarnya bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat (responsible ).
Sayangnya, dalam percaturan politik, orang kerap hanya bicara satu hal, yaitu bagaimana merebut kekuasaan dan mencapai tahta, bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta mempertanggungjawabkannya kepada rakyat, dan terlebih lagi kepada Tuhan, Allah SWT. Diakui, kuasa (tahta) memang menggiurkan. Sebab, dengan tahta, orang membayangkan dapat mencapai semua impian dan keinginannya. Menurut Imam Ghazali, dibanding harta, tahta jauh lebih menggoda.
Ada tiga alasan mengapa demikian. Pertama, kuasa (tahta) dapat menjadi alat (wasilah) untuk memperbanyak harta. Dengan tahta, seorang bisa memperkaya diri.Tidak demikian sebaliknya. Orang yang telah menghabiskan seluruh hartanya, tidak dengan sendirinya ia bisa mencapai tahta.Kedua, pengaruh kekuasaan relatif lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, bisa hilang karena dicuri atau berkurang karena inflasi.
Tidak demikian dengan kekuasaan. Kekuasaan dalam arti pengaruh seorang pemimpin di hati para pengikut dan pendukungnya, tak akan pernah hilang dan berkurang. Ketiga, kekuasaan menimbulkan dampak publikasi dan popularitas yang sangat luas. Begitu seorang memenangkan pemilihan umum, misalnya, maka namanya akan terkerek tinggi.Dalam sekejap, ia akan dikenal dan tersohor di seluruh negeri, bahkan di seluruh dunia. Tak heran bila kekuasaan terus diburu dan diperebutkan oleh manusia sepanjang masa.
d_n kate: Alhamdulillah...jika aku tak diberi amanah, kerana aku tahu takat mana kemampuan aku yang orang lain tak tahu...tapi jika diberi amanah, insyaAllah akan kulaksanakan semampu daya dan upaya yang diberi Allah, sebab aku tahu Allah lebih tahu tentang apa yang aku tahu dan yang aku tak tahu...tapi AMANAH tu memang sentiasa ada untuk insan yang bergelar hambaNya...diberi atau tidak, masing2 tahu peranan keberadaan manusia di mukabumi ini adalah sebagai khalifah...xde istilah terbeban dengan amanah. sebut amanah ingat AMNAH! huhu...pesanan untuk aku sendiri..
sahabat,
kau yang diberi amanah
laksana ia tanpa kerenah
usah rasa sempit,kerana kau bertuah
sedang engkau mengeluh resah
namun disitu letaknya hikmah
kebergantunganmu hanya padaNya
mengadu segala biar hanya keranaNya
mendamba balasan rahmat dan redhaNya
kerana amanah, jalanmu terbuka luas ke jannahNya...
semoga ikhlas kan menjadi tunjang tuk kau terus istiqamah....

Thursday, July 9, 2009

cerita semalam...



semalam...dapat satu msg dr bestfrenz umt dulu...dia merajuk ngan aku..huhu.xsangka plak. tau sebab ape??? dia jeles coz aku x bls msg dia tapi aku duk msg ngan sahabat aku y sorang lagi kat umt tu...aku tak msg pun sbnrnyer. aritu kebetulan k.arah tepon amnah n aku joint sekali 'bual' n aku suh amnah kim salam kat 'my bestfrenz' tu.. kat situ dia salah faham kot. alkisahnyer, aku call la dia, borak punyer borak..rupenyer dia rindu kat aku(perasan jer)..hehe.

dia sokmo suruh aku p umt nun, time cuti2... jauh tu...aku memang nak p sangat, keinginan tu selalu ada dan aku selalu mencari ruang dan peluang..insyaAllah smpai waktu aku akan sampai kesana...tu y selalu aku bgtau dia.. dan dia pun dak muak kot dengan alasan tu.

imbau2 kenangan semalam...dialah pembonceng tetap motosikal yang aku bawa dulu kat umt, tp motor tu dia punyer..aku je y berlagak macam motor aku sendiri...semalam dia ada luahkan 'something' y buat aku terharu..huhu. semacam dia memerlukan sangat aku disisi dia sekarang, macam aku jugak sangat memerlukan adanya dia disisi aku sekarang...tapi kami dalam situasi y berlainan da...dulu kami saling lengkap melengkapi walaupun selalu gado2..biasalah tu.





dia pun ada bgtau y skang nie dia duk rumah sewa coz tak dapat hostel...dia duduk ngan 'budak macam aku' dia kate cam tu... 'budak macam aku' tu, boleh dikatakan kalu dia tengok budak tu dia teringatkan aku lah kot...kui2. tapi problemnyer budak tu jenis 'slow' bdk baek lah..tak same lah cam aku nie coz aku 'ganaih' sket kot...


semoga dipermudahkan untuk dia dalam segala urusannya...dia kate nak amik lesen motor tp takut katernyer...kenangan semalam mengimbau lagi: hehe... di satu saat aku ajar dia bawa motor...round2 kawasan perumahan rumah sewa kami...dia bawa kat depan n aku duk belakang dia...dengan penuh hati2 dia bawa motor tu...pandai je sebenarnyer dia tu...boleh je bawak. tapi satu jer...'time' aku ajr dia y paling aku bimbangkan kat selekoh lah...dia tak reti nak 'conner' pernah sekali mase nak masuk simpang len dia redah jer masuk dalam parit+semak, nasib baik naik balik n tak 'terjelepok' kt dalm parit tu...sudah2 nyer fobia dah lepas tu nak bawak motor..hemmm. moga lepas nie lulus lah ye bab 'kona-mengona' nih.

dr penceritaan 'my bestfrenz' tu aku gembira sebenarnyer...sebab aper??? dia skang duduk dengan budak2 baek..cuma dia tak biasa lagi n mungkin ada sedikit masalah komunikasi ( mcm aku laa) kot. so, aku harap sangat dia sabar dan dapat biasakan diri.. dan semoga Hidayah ALLAH kan dia terima...insyaAllah...

Ya Allah...dia sahabatku, walau jauh kini dimata, jangan Kau terus jauhkan kami..biar dihati kami
ada namaMU y selalu mengiringi ucapan2 kami. semoga dia sahabatku peroleh petunjuk hidayahMu, agar dia turut merasai nikmat dan manisnya iman dan sebuah perjuangan... sentiasalah Kau pelihara dirinya dari segala y melalaikannya dari mengingatiMu...tempatkanlah dia bersama2 insan2 yang Kau redhai, kerana Engkaulah sebaik2 pemberi tempat...ameen.

sekadar cerita...
8/9/09

Wednesday, July 8, 2009

Bersangka baiklah kepada Tuhan...

Azamin Amin Tue Jun 30, 09 1:08:41 pm MYT
"While people sleep, we work.
While people work, we work ahead,"


Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar.

Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya.
"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.
Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak.

"Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah.. ." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.'

"Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype' . Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'. Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah.
Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya.

Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan. (Kisah ini pernah diterbitkan di Harakah tiga tahun lalu, sebelum menjadi wartawan)

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku."
Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan. Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram.

Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu.
Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk. Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari!

Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya. Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf.. Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi.

Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan. ..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.
Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni. Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

n dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang.
Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata. Biarlah...

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar. " (Surah al Baqarah ayat 155)

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya. - azm

(Segala teguran, kritikan dan pandangan sudilah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo. comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan segala pujian kembalikan kepada Allah SWT) _
subhanallah...(^_^)

H1N1...Just kongsi...

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi.
Doanya ialah:
Doa Pilihan Pelindung KeluargaAjarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :
-من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya :
nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:
-رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan
-Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.-
Wassallam..

Tazkirah Jumaat: Manusia tidak lekang daripada ujian

Ustaz Zainudin Hashim Fri Jul 03, 09 11:16:30 am MYT

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba- Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.
Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya." - lanh