Sunday, April 8, 2012
TULISLAH...
Sepertinya aku..siapa sangka aku dengan izinNya bisa kok menjadi penulis! Doakan saja...tapi perlu berusaha! Asah bakat if ada, kalau takde bakat perlu dan kena lebih lagi usahanaya...well. kenapa aku nak jadi penulis ya? Dulu selepas tamat persekolahan, mengisi masa lapang la kot..takde buat apa2 kat rumah..aku suka membaca novel..tapi bukan beli sendiri la..kakak aku punya. Cuma novel yang aku baca tu bukan bercirikan islamik novel..cinta cintun yang biasa! Tapi terbuat aku jatuh cinta juga dengan novel dan pernah menulis siri novel lah kononya dalam buku-buku latihan or buku tulis zaman sekolah yang masih kosong tentang cinta! Tapi penuh dengan khayalan dan angan tak sampai..so aku tak tahu apa kesudahan cerita tu...dan kemana menghilang buku tu. Dan aku pernah jugak dan suka menulis sajak di bahagian bekang mukasurat buku latihan...tentang apa? Haha..kes buli...kononya yang aku alami masa dalam kelas..maklumlah dari kelas ke-2 naik kelas pertama..tak biasa so, aku coretkan lah sesuatu yang boleh buat aku tersenyum..kadang bile memikirkan semula tentang semua tu..aku rasa ntah apa2 je. Hai zaman sekolah memang seronok! Tapi seingat aku aku bukanlah pandai sangat menulis nie...kalau subjek bahasa melayu bab karang menagrang nie aku fail.. sangat tak pandai nak berayat sedap...ayat skima dan dan biasa aje yang aku selalu guna, sangat takde idea...
Tapi entah bila lah aku pandai bernukil-nukilan nie ye? Mungkin masa diploma kot...sebabnya aku ada satu diari yang aku mula tulis saat waktu result SPM keluar. Aku cerita kisah hidup dan saat penting yang berlaku dalam hidup aku..bermula perjalanan nak ambil keputusan SPM, dan pengalaman motor pancit dan dimarahi mak bila tahu motor yang pancit sampai tak tanya result aku dapat berapa. Buat aku sedih dan mula menulis dalam diari tu...dan banyk kisah penghijrahan aku bermula bila melangkah kaki ke universiti, UMT. Dan mempertemukan aku dengan insan yang menjadi indikator kepada perubahan dan penghijrahan aku sekarang. Ye sebab banyak sangat pengharapan aku pada Dia buat aku banyak menulis dalam diari tu dan menghasilkan karya nukilan..dan masih sempat kok mghantar nukilan aku kat segmen NUKILAN kat radio IKIM fm mase tu...adalah 2 ke 3 nukilan yang dideklamasikan oleh dj fairuz masa tu dan pernah jugak dapat hadiah hihi.. aku sempat rakam lagi..haha.
Seterusnya dengan adanya blog yang aku mula kan pada 2008, kesnya jeles dengan blog2 islamik yang sedia ada dan blog2 insan terpilih yang selalu aku lawat melalui lewat maya, sehingga ke hari ini..Cuma sejak dua menjak nie tak banyak yang aku coretkan seperti dulu-dulu, mungkin sebab penangan blog dah kurang memberi kesan kat aku..mungkin dah bosan or sebab banyak blog2 yang tak update buata aku terpengaruh sama. Walaubagaimanapun sekarang ni aku cuba nak mengasah balik penulisan aku..biarlah cikai2 pun dan takde benda yang penting. Aku Cuma nak menulis...tulis...dan tulis...semoga suatu masa nanti ada manfaatnya buat aku sendiri dan semoga tiba waktu ada ilham dari Dia aku mampu tuk menulis lagi dengan kalam2 yang boleh menyentuh hati dan memberi pedoman..insyaAllah...semoga diberkati!
Done! Aku dah menulis...yuhu...Alhamdulillah! sekali sekala kena hargai diri sendiri kan? Sebagai penghargaan esok nak belanja aiskrim! Ngeh2...insyaallah.
4/4/12- 12.52 am
Semangatku!!!!
Ya Allah terima kaseh..Alhamdulillah kerana beri aku semangat pada hari ini dengan azam baru tanpa perlu sebab..Cuma hari ni hari lahir my mom...insyaallah hari teristimewa kerana Kau berikan aku satu titik mula untuk melangkahkan langkahan kkehidupan aku kearah yang lebih baik, insyaallah. Semoga Kau beri aku kekuatan tuk melawan segala anasir2 jahat yang selama nie duk membelenggu aku dengan nikmat dunia yang fana...semoga lintasan2 kemaksiatan takkan singgah lagi pada hati yang baru Kau berikan ini...Ya aku anggap hati ni hati baru..kerana aku tak mahu lagi setitik noda dan dosa yang sempat melekat pada batang tubuh terutamanya hati aku sendiri..semoga Kau beri aku kekuatan dan daya untk melaksanakannya. Bukan kah Engkau membenci orang-orang yang mengatakan sesuatu yang tidak dia kerjakan??? Maka dengan rendah hati aku memohon hanya pada yang selayaknya ku bermohon..Tuhan pencipta sekalian alam...yang mengetuk pintu hatiku yang dah lame gersang dari rasa nikmat dan manisya iman...mengetuk hati yang telah lama keras dek maksiat dan dosa yang bertimbun...dan hati yang telah lama asyik dengan dunia..dunia dan khayalan palsu yang menjebakkan aku kelembah maksiat dan hawa nafsu yang kuat menjerat batang tubuh aku. Dan menyebabkan aku bertambah lalai dan leka kepadaMU...ampunkan aku ya Rabb! Atas kesilapan dan kekhilafan aku selama ini...yang semakin meninggalkan sunnah, dan meremahkan yang fardhu... mencintai yang makhruh dan meredhai yang haram...ampuni aku...atas segala nya yang Engkau lagi mengetahui tentang kebodohan aku dalam menilai dan mentafsir kehidupan ini. Sesungguhnya aku tak mahu lagi berpaling kepada jahiliah yang pernah membelenggu hati ini dengan cara moden kini. Dan aku juga tak mahu kembali tuk melakukannya dan jauhkanlah aku dari memikirkan tentangnya...hilangkanlah segala memori dan bayangan dosa tersebut supaya aku tak terjebak lagi Ya Allah..bantu aku, tolongi aku hamba yang lemah ini...ampuni aku...
Azam apa ya yang aku katakan tadi? Harus tuk ku senaraikan apa yang perlu untuk aku lakukan..rancang perjalanan kehidupan dunia agar kelak kan ku tuai hasilnya di akherat dengan rahmat da redhaMu...
1) Perbaiki amalan fardhu...khusuk dalam solat
2) Lazimi sunnah dan ibadat sunat yang biasa buat..cth: puasa sunat,solat dhuha, rawatib, qiam, al-mulk, hafazan surah,sedekah, membaca, menulis dsb.
3) Tingkatkan diri dngan soft skill cth cara bercakap dan mempengaruhi orang lain. Sekurang2nya kena beri impak maksima bila bergaul dengan orang2. Dan mampu memimpin dan terpimpin, disenangi dan menyenangi...
4) Teruskan penulisan, sajak ke nukilan ke novel ke..n apa saja y boleh ditulis...jangan biarkan idea hilang begitu saja...target! kena hasilkan sebuah karya...insyaallah novel!
5) Teruskan usaha dakwah dengan apa cara sekalipun...tulisan, gambar, fb, poster, risalah or pesan berpesan y baik dan dengan sabar...semestinya dengan diri sendiri!
6) Jaga hubungan kekeluargaan dan ukhwah dgn sahabat2 dan adik2...serta sentiasa berusaha bersilaturahim dengan sapa2 sajae yang dibenarkan syarak...
7) Habiskan bacaan dan hadamkan buku2 yang banyak x baca lagi...cuba timbulkan minat membaca macam dulu2...kena! nanti pesta buku nak beli lagi..jangan perbanyakkan koleksi buku yang tak dibaca jer...kena tingkatkan ilmu!
8) Hoho..jaga kekemasan diri dan tempat tinggal...baju tu banyk tak berlipat..lipat la. Jaga kebersihan diri dan tempat tinggal dan penampilah diri.
9) Apa lagi..?ha..cuba tunaikan solat secara berjemaah! Kalau boleh cari surau ke masjid lagi baik...kuliah 2 ilmu kena hadir selalu supaya berada di bawah naungan rahmat Allah.insyaallah sedang diusahakan.semoga di permudahkan...
10) Sentiasa belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain, sebelum tidor eloklah. Dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri keluarga, sahabat dan muslimin dan muslimat.
HUJAN...
Hujan yang turun..
Kadang menyenangi si petani yang bercucuk tanam
Kadang pemusnah harapan bagi pencinta mentari
Kadang menghibur duka pada yang berharap
Kadang membuat gundah hati yang rawan
Kadang menjadi onar alam
Namun hujan yang turun itu Rahmat..
Bagi yang cuba dan mahu untuk memuhasabah alam
Bagi yang mahu mengambil pengajaran dan iktibar
Bagi yang tahu itu saat termakbulnya doa
Bagi hamba yang tahu akan hikmahnya
Bagi sekalian makhluk ciptaanNya
Jika hujan itu..
air...? Bukankah keperluan kepada seluruh alam?
Jika hujan itu..
Batu...? Bukankah harga batu punya nilai?
Jika hujan itu..
Emas...? Bukankah itu yang menjadi dambaan dan angan?
Hujan???
Dibumi... Menjadi denyut nadi kepada kehidupan setiap makhluk!
Dipipi... Tangisan suka dan duka yang mewarnai kehidupan!
Dihati... Kehidupan yang jarang dan sukar tuk dimengerti !
Hujan...Itu hidup!
Makhluk Tuhan, buat hamba menekuni hikmah kejadian...
Saturday, March 3, 2012
~sekadar kalam~
Dalam berj yang paling utama or terpenting ialah "KEBERKATAN" andai hilang keberkatan dalam berj apa lagi yang boleh kita harapkan...?
Jadi sebagai hamba yang lemah nie..sangat2 takut dan bimbang sekiranya diri inilah penyebab kepada hilangnya keberkatan dalam j... Bimbang maksiat hati yang berlangsung tanpa sedar itu yang menjerat diri...apatah lagi fenomena maksiat terang terangan..kaki, tangan, mulut, telinga dan segala anggota dengan rela bersatu untuk melaksanakan kemungkaran yang telah dianggap biasa tanpa segan silu...
Keberkatan itu anugerah tuhan buat hambaNya yang' ikhlas' dalam 'beribadah' kepadanya... xperlu rasanya dihurai tentang ikhlas dan ibadah itu...modul usrah dah cukup jelas tentang pendefinisian keduanya.
Syabas dan tahniah bagi kalian yang menepati ciri tersebut...
Astaghfirullahal'azim...mohon maaf dari jauh...
Wednesday, January 4, 2012
Wahai Tuhanku, ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa...
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh."
Wednesday, November 30, 2011
Kembara hijrah!!!

Bermulanya kisah pengembara..bukan baru..24 tahun mengembara dunia yang serba mewah dengan nikmat Allah…tapi dalam pengembaran seorang hamba yang baru bertatih dalam sebuah medan yang dikatakan ‘Perjuangan’ tatkala di marhalah ini pun mampu untuk kecundang… aarghh…iman itu meningkat dan kadang menurun…ramai manusia akan melalui fasa2 tersebut..Cuma bagaimana cara menghadapinya barangkali berbeza…hati pedih mengenangkan dosa-dosa yang membelenggu diri, maksiat2 hati yang belum mampu dihindari…mengenang tentang hijrah diri.. dulu, kini…Astaghfirullahal’azim….di daerah ini di marhalah ini…aku kecundang lagi…kerana aku makin terasa jauh…bermulanya kisah…
Sedih dan pilu..bila mengenangkan sahabat 2 sebatch yang tinggal berapa kerat je…huh buat diri ni semakin jauh. Sahabat2 yang dulu bersama2 dalam medan perjuangan nie yang sama2 naik, yang sama2 bergerak kerja…kini yang ada tinggallah kenangan dan yang ada sekarang tak semeriah dulu. Al ceritanya diri yang lemah nie buat keputusan..untuk ‘slow down’, walhal memang dah slow pun, takdelah laju sangat sebelum nie…prog. banyak kali ponteng..liqa’ dah terus tinggal..surau y dulunyer rumah kedua selepas bilik dah payah nak singgah…program2 ilmu, kalau dulu sayangnyer kalau tak pergi..bermulanya sem nie macam tak rasa apa kalau tak pergi… sangat banyak amanah yang ditinggal tanpa rasa bersalah…tulah ‘bencana’ atau kafarah dosa atas diri yang sengaja nak menjauh…dah rasa betapa peritnye hidup tatkala terpesong dalam landasan dan menjadikan dunia sebagai tujuan…kalau boleh diundur waktu, sesekali takkan pernah nak berfikir untuk menjauh …

Futur…Semakin hari semakin lagha..semakin hari semakin jauh…dalam proses nak menjauh maka Allah perkenankan dengan menarik balik nikmat ibadah, nikmat iman…menurun secara mendadak! Tak rasa seronok lagi dengan perjuangan yang di omong2kan..xrasa ‘Zuq’ dgn roh tarbiyah, tak rasa bersalah dengan amanah yang x tertunai. Hafalan surah wajib yang dulu terjaga sekarang dah tunggang terbalik..buku bacaan tak hadam2.. hadith pun tak terhafal…ibadah sunat tak terkawal n dah x istiqamah, usrah pun jarang2 sekali..apatah lagi amanah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. kadang2 timbul rasa seronoknyer tak terikat dengan organisasi…bebas buat apa yang aku suka…tak kisah dah apa nak jadi..lantak p lah…
Tapi bilamana hidayah Allah menyapa kembali hati yang keliru ini, Alhamdulillah moga tertautlah hati ini kepadaNya semata..tidak lagi pada kelazatan dan indahnya yang fana…sesekali tidak untuk aku meneruskan kejahilan dan kehinaan untuk kembali kepada ‘kemaksiatan hati’ yang telah menghijab diri dari segala kebaikan yang ada pada sudut dunia ini. Sempena maal hijrah yang telah menghitung hari ke-4, azam dan harapan semoga diri ini terus istiqamah dalam medan pengislahan dan perjuangan di marhalah ini ke tingkatan seterusnya sehingga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan dunia dan akherat hamba yang hina ini. Muhasabahlah duhai diri…

Bila hati disapa hidayah sekali lagi, tak mahu lagi berpaling pada jahilnya diri, ingin terus melangkah dengan keyakinan hanya padaNya. Namun melihat situasi sekarang yang hangat, membuat diri sedikit bimbang, apa yang harus aku lakukan??? Tak mampu rasa hati…tuk berdepan, sekali lagi mahu menjauh??? Tidak…sekali2 tidak…
Ighfirli ya Rabb!!!
Sunday, October 16, 2011
SURAU..OH SURAU....
saat waktu yang sangat lama ku tinggalkan tanpa menjejak... kesibukan yang aku cipta sendiri dan kerana sebab dan alasan yang tak pasti aku menghindar..walhal diri tak mahu pun jauh dari surau itu... surau yang penuh dengan keindahan! keindahan iman, ilmu , ukhwah dan pengalaman...tempat berteduh dikala hujan, tempat study waktu2 exam, tempat ukhwah terbina dengan sahabat2, tempat makan minum kami bersama, tempat bertemunya insan bersaudara, tempat yang paling nyaman tatkala hati galau, tempat persinggahan yang utama...tempat solat berjemaah pastinya sudah, qiam dan iftarnya kami disitu, tempat ilmu juga tersangat pasti dengan kuliah ilmu dari ustaz, usrah dan perkongsian ilmu dengan sahabat2 seusai isyak selapas bacaan al-mulk...surau itu kami yang punya walau tak diiktiraf siapa-siapa...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini adalah tulisanku saat cuti sem y panjang tapi aku berkelana di upm untuk siapkan 'Final Year Project'...apa yang kurasa saat itu...Allah menguji hambaNya dengan kata-kata yang diucapkan.. ya aku diuji...dan aku tewas dengan ujian itu...dan kini aku mahu kembali kepadaMu ya Rabb!...
Seawal tahun pertama Allah mentarbiyah diri ini untuk istiqamah dengan surau, disana ku bertemu insane-insan yang kini bergelar sahabat, ku kenal kakak-kakak yang telah membawa ku ke medan ini. Alhamdulillah, waktu itu sangat meriah dengan majlis ilmu yang tidak pernah putus sepanjang isnin dan jumaat. Namun kini surau itu seakan suram dengan wajah yang dulu di kenal di suatu sudut surau itu, di sebatang tiang yang menjadi tempat perkumpulan kami semasa junior. Sudut itu tidak lagi semeriah dulu tikamana kami di tahun satu. Saat kami mewarisi sudut senior yang dulunya suka berkumpul dibahagian belakang di sudut almari kini, tiada kelihatan adik-adik yang istiqamah tuk mewarisi tempat kami itu. Adakah salah mereka yang bergelar senior? Kerana tak mampu memberi roh kepada adik-adik untuk istiqamah?
Pernah suatu ketika seorang sahabat meluah rasa, menyatakan kebimbangannya tentang hal itu, surau tak lagi semeriah dahulu kala. Bagaimana mahu mengembalikan roh itu? Berdosakah kita yang tidak mampu untuk menyeru seramai2 umat di kolej ini untuk sekadar turun berjemaah ke surau? Apa yang harus kita lakukan untuk itu? Andai sahabat2 yang dulunya seangkatan yang istiqamah, kenapa tidak kini? Kesibukan apa yang membuat kalian hilang?
Sehingga tidak ada hati untuk menjejak lagi kaki ke surau itu..??? dimana ukhwah kita dulu? Mungkin tak sekuat gunung yang kukuh berdiri, mungkin tak sehebat badai yang menghentam pantai. Kesibukan apa yang membuat kita tak mampu untuk sekadar menyapa sahabat sendiri? Sedang masih mampu kesana-kemari bersama mereka yang lain. Mengharapkan sahabat menegur..mengharapkan sahabat menyapa, mengharapkan orang lain..sedang kita tak mahu untuk mulakan. Sekadar angin lalu bilamana berpapasan ditepian jalan atau senyum tanpa kata..
Ya Allah..itu akukah??? Yang hanya pandai berkata-kata melunak rasa dijiwa? Menyalah dan hanya meluah? Sedang sudut surau itu tetap tidak terisi melainkan setiap hari wajah yang silih berganti, yang sekali sekala ada untuk membuat halaqah, dan wajah itu kukenal…yang suatu ketika pernah menjejak surau ini dan pernah berjaya istiqamah. Cuma tidak kutahu punca yang membuat mereka menjauh..kesibukan atau kerna kita yang tidak mesra???
Dan ketika ini…surau itu semakin suram kerna cuti semester telah bermula, Cuma aku masih disini bersisa-baki dengan ‘Final Year Project”. Setiap kali ke surau itu..menggamit memori…bersama-sama sepanjang semester ini dan semester yang lalu sepanjang 3 tahun keberadaan kami di bumi hijau ini. Masa begitu cepat berlalu, sebahagian sahabat akan menamatkan pengajian pada semester ini. Sangat2 terasa dengan ketiadaan mereka. Dan setiap kali ku memasuki langkahan kaki ke surau ini setiap sudut surau itu pasti menggamit saat teindah. Dapat ku hafal memori itu. Sepotong episode masa lalu nyanyian edcoustic mengingatkan aku tentang mereka dan kenangan bersama.
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com
sebuah kisah masa lalu hadir di benakku
saat kulihat surau itu
menyibak lembaran masa yang indah
bersama sahabatku
reff:
sepotong episode masa lalu aku
episode sejarah yang membuatku kini
merasakan bahagia dalam diin-Mu
merubah arahan langkah di hidupku
setiap sudut surau itu menyimpan kisah
kadang kurindu cerita yang
tak pernah hilang kenangan
bersama mencari cahayamu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku ingin kembali...walaupun muka yang selalu ceria dan selalu ada di suatu sudut surau itu yang selalu menggamit rindu tiada lagi kini...dan insan-insan damba kasih yang selalu membawa ceria tak kunjung tiba...walaupun apa pun masalah melanda yang membuat kusutnya jiwa...aku takkan benarkan lagi kaki ini dan langkahan ini berhenti dari menjejak surau kecintaan ini...kerana aku mendambakan kasih, cinta dan redha dari siapa? Allah kan? Alhamdulillah..adik-adik makin ramai mengunjungi surau... semoga Kau tetapkan hatiku dan sahabat2 serta adik2 ku dijalan yang Kau redhai...istiqamahkan kami dengan amal kebaikan yang membawa kami kepadaMu....