Thursday, January 8, 2026

Nukilan ke lagu...2026!






Demi pena aku tulis
Bukan mahu mengguris
Tinta ini bukan diatas  kertas
Tak berbunyi tak berbekas

Aku tulis kau baca
Dalam maya kita bersua
Kalam bisu nukilan rasa
Dalam kata kusulam makna

Tak  minta tuk difahami
Tulisan ini hanya luahan nurani
Tak minta tuk dimengerti
Hanya mengisi ruang sepi

Berkongsi bukan untuk dipuji
Bukan juga minta dikeji
Sekadar melontar rasa insani
Buat jiwa yang mahu dituntuni

Jika ada hati yang terasa
Ini hanya coretan tanpa aksara
Aku mahu kau tahu satu perkara
Kita tak pernah sendiri dalam duka yang sama

Lontarkan saja segala keluh
Biar keluar segala keruh
Lontarkan segala gejolak rasa
Biar karam di lautan bergelora

Buat jiwa yang masih berkelana
Pulanglah pada Yang Maha Esa
Yang selalu ada buat kita pendosa!
"Sesungguhnya Aku dekat..."firmanNya penuh cinta.....

d_n

No comments: