Wednesday, December 31, 2014

0..0..2015!

Bismillahirrahmanirrahim…


Pernah tak dalam hidup ini kita merasakan sesuatu kekosongan? Rasa berat yang kita tanggung dan kadang kita sendiri tak tahu punca dan asbabnya…saya pasti kebanyakan orang ada merasakan itu. Kekosongan yang kita rasa perlu diisi dan dipenuhi, mungkin kadang kita salah dalam memnuhi kehendak perasaan kosong itu namun kita bisa merasakan sesuatu daripada salah silap yang kita perbuat itu. Ya kadang kita mengisi kekosongan itu dengan jawapan yang salah lalu seharusnya kekosongan itu akan terus dirasakan kerna jawapan sebenar kepada kekosongan yang kita kehendaki itu belum kita dapatkan. Walaupun kadang kita tahu sepertinya apa jawapan yang sebenar tetapi kadangkala kita sengaja mengisi kekosongan itu dengan jawapan yang salah hanya kerana ingin mengisi kekosongan. Akhirnya kita tetap masih merasa kosong..kosong..kosong.

Lalu dimana dan bagaimana seharusnya kekosongan itu diisi? Kita masih mencari jawapan kepada setiap persoalan itu..setiap manusia tak pernah berhenti daripada mencari jawapan  kepada kekosongan itu sehinggalah saat suatu masa dia menemukannya.

Kosong? Hati? Haruskan terisi dengan fana semata? Kosong jiwa yang mendambakan apa? Tidak juga mahu mengisinya dengan suatu pengisian jiwa yang mendambakan keredhaan Tuhan…? Payah kah tuk mendambakan sebuah cinta daripada tuhan? Atau kerna diri yang belum benar-benar berusaha tuk memperolehnya?

Kekosongan hati ini minta diisi…tapi dengan apa? Atau siapakah yang lebih tepat? Minta diisi oleh seseorangkah? Atau sekadar dengki melihat orang lain yang bahagia membawa cinta kehulu ke hilir meminta kita tuk mengerti akan mereka? Bahagia yang mereka rasa dan juga ingin kita turut sama merasa? Tapi bagaimana? Sedang mereka tidak juga memahami dan mengerti tentang insan yang masih kekosongan ini, bukan kerana senang sendiri dan mahu sendiri tapi alasan apa lagi yang harus diberi? Bukankah jodoh pertemuan itu takdir tuhan sama sepertinya rezeki dan kematian? Yang bukan pilihan kita tuk memilih itu dan ini sedang sungguh kita hanyalah hamba! Tak selayaknyakah hanya pada Dia kita tunduk akur…?


Sedang hati yang kosong itu sangat membutuhkan jiwanya kepada Tuhan, Allahurabbi tuk memenuhkan jiwanya hanya dengan cinta ilahi tuk sebuah rasa yang selama ini dicari. Ya rasa kehambaan dan kecintaan kepada tuhan pencipta itu selalu dilupa dan diabai oleh sebahagian manusia yang membutuhkan cinta mewarnai kehidupannya. Sungguh hanya dengan satu cinta itu pastikan hadir dambaan lain yang mungkin dia tak pernah memikirkannya atau terdetik disanubarinya. Tapi reality tuk hadirnya sebuah cinta itu sangat sukar tuk merealisasikannya hanya dengan sebuah harapan dan anganan dihujung mimpi atau sekadar membayangkannya sesungguh hati pun takkan mampu tuk meraihnya? Lalu bagaimana? Tundukkan keinginan tuk dicintai oleh insan yang bernama manusia maka, curahkanlah sepenuh cinta yang kau inginkan pada Tuhan pencipta yang lebih layak tuk dicintai dan pembalas cinta yang terbaik!

p/s: post terakhir sebelum buka lembaran baru di tahun 2015!

Sungguh 2014 menutup tirai dengan kisah penuh dukacita buat warga Malaysia dengan segala ujian yang melanda terutamanya pantai Timur yang teruk dilanda banjir, sungguh saya tak layak tuk menulis tentang itu... Semoga 2015 kan menambah sinar buat kita, semestinya harus mengisi kekosongan yang dirasa itu dengan Allah! kerna hanya Dia...Dia yang berkuasa!

Friday, December 19, 2014

USRAH NURANI IKIM..

KHUTBAH PERMULAAN

Pertama dan yang utama juga dalam sesuatu perkara yang kita lakukan adalah sebuah permulaan, kerana permulaan biasanya adalah penentuan kepada pengakhiran, namun tidak semua hal begitu tapi tetap sahaja sebagai permulaan mukaddimah saya ingin katakan begitu. Tak perlu diterima sebulat kata, kerna ianya hanyalah secebis idea daripada saya  insan yang serba dhaif ini.

Biasanya kita dengar tentang khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. yang saya kira biasa kita dengar ataupun baca tentang kisahnya. Betapa mendalamnya amanat terakhir Rasulullah kepada umatnya sebelum kewafatan baginda. Tapi sekarang kita berbicara tentang khutbah permulaan, yang saya kira jarang diceritakan dan tidak pula kita ambil tahu tentang kisahnya.

Daripada usrah nurani yang saya dengar kisah yang diceritakan oleh ustaz akan saya rakamkan ke dalam bentuk tulisan  disini semampu dan sedaya ingatan saya yang semakin merosot ini dan sepastinya semoga saya diberi ilham tuk mengadaptasikan cerita tersebut kedalam tulisan, inshaAllah..

Ceritanya bermula dari penghijrahan Rasulullah bersama Abu Bakar As-Siddiq dari Mekah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah yang biasa kita dengan cerita tentangnya, dan bukan itu yang ingin saya perpanjangkan disini, saya ringkaskan kepada 4 point utama khutbah pertama selepas Rasulullah sampai ke Madinah dan mendirikan masjid pertama iaitu masjid Quba’. Disitu rasulullah menekankan 4 point penting dalam khutbah permulaan tersebut.

1.       Tebarkan salam, terdapat falsafah penting dalam amanat ini yang nampaknya mudah jika dilihat pada patah perkataan tersebut, iaitu memberi salam, Assalamualaikum…  bukankah itu suatu  perkataan yang mudah tuk dilafazkan, tetapi bagaimana dengan pelaksanaannya? Kita sendiri tahu kan bagaimana situasi yang berlaku di sekeliling kita hari ini dan reality umat islam kini, terutamanya di Malaysia, ucapan salam masih jauh daripada budaya kita sekarang. Tak seperti masyarakat arab yang sinonim dan telah menjadi budaya malah bukan islam juga terbiasa dengan ucapan salam. Kita hari ini sangat jauh daripada budaya itu dan malah menjadi suatu kepelikan dan ketakjuban jika bukan islam mengucapkannya dan juga sepertinya suatu keajaiban jika kita mampu untuk memberi salam kepada orang yang kita tidak kenal, bukan begitu???

Falsafah salam jika kita hayati, ia sangat menakjubkan andai kita telusuri Sunnah dalam memberi salam dan bukan sekadar mengucap salam. Malah dalam Al-Quran Allah menempelak manusia yang memberi salam kepada orang yang kita kenal sahaja. Malah Sunnah dalam memberi salam adalah kita memberi dan menjawab salam dengan lafaz yang lebih baik. Pabila diucapkan assalamualaikum, lebih afdhal kita menjawab waalaikummussalam warahmatullah atau yang lebih baik. Assalamualakikum warahmatullah dijawab dengan waalaikummussalam   warahmatullahi wabarakatuh (dan selanjutnya, boleh ditambah dengan wasalamuhu dan wamaghfirahu seandainya salam yang diberi lebih panjang).

Sesungguhnya islam telah mengajarkan kalimah pembuka bicara untuk kita memulakan perbualan ataupun perkenalan dengan orang lain, dengan salam kan bertambah kenalan, inshaAllah.

hehe, gambar tiada kaitan dengan tulisan..

2.       Memberi makan kepada orang lain,

3.       Bersilaturahim,

4.       Bangun malam, qiamullail…



p/s: Tulisan ini saya tulis sehari selepas mendengar rakaman Usrah Nurani, jadi  tuk mengingat kembali apa yang saya dengar dalam keadaan separuh sedar (mengantuk) itulah hasilnya...3 point y berbaki tu saya kurang jelas tuk bahaskan. hehe...ok alasan! mungkin saya dah tertidur masa 3 point tu dibincangkan..huu..

Moga manfaatnya kembali kepada saya juga inshaallah! 

Thursday, December 4, 2014

Rezekikanku...

Rezekikankanku…

Ya Allah,

Rezekikan daku nikmat manisnya ketaatan padaMu
Agar aku tak merasakan lagi asyiknya bermaksiat kepadaMu

Andai aku tak layak tuk sebuah gelaran hafizoh, solehah, mahupun abidah dan alimah
Tetapkanlah tuk daku agar tak bisa menjauh daripadaMu
Maka rezekikan daku niKmat dekat denganmu selalu

Duhai Allah,

Rezekikan daku kemurahanMu, agar bisa tuk ku memberi dan berbakti di jalanMu
Tatkala itu aku mampu tuk menjadi pemurah dalam senang mahupun sukar..

Biarpun tak dikurnia kekayaan dan anugerah pangkat kemahsyuran tuk dinikmati
Tetaplah rezekikan daku nikmat syukur dan sabar dalam melayari bahtera kehidupan
Yang masih tak ku tahu bagaimana penghujungnya nanti…

Ya Rabbi,

Rezekikan daku nikmat berteman yang indah seperti mana ungkapan keramat yang selalu diomongkan
Ukhwah fillah Abadan abada, semoga sahaja tetap hingga ke syurga…

Seandainya tak bisa tukku merasakan indahnya cinta manusia
Bersandar dan menaruh harap pada yang bergelar ‘insan’
Tetap saja ku mendambakan rahmatMu dan rezekikan ku nikmat cintaMu yang teragung…

Ighfirli Ya Rabbi,

Atas segala dosa dan noda yang membelenggu diri ini
Rezekikan daku sebuah pertaubatan nurani yang tak bisa membuatku kembali selain kepadaMu…

Kerna  ku sangat mengharapkan sebuah sandaran rezeki
Tuk hanya bertaut hatiku padaMu selalu…
Rezekikan daku nikmat teragung tuk memandang wajahMu di syurga kelak!

d_n
301124

12.30 p.m

Saturday, November 22, 2014

Berteman..sepi..sendiri...tapi Rindu!

Bismillahirahmanirahim…


Alhamdulillah..masih diberi kekuatan tuk menulis setelah lama ku pandang sepi 'lappy' nie yang tersadai kat atas meja ‘study’ yang baru dibeli.. asalnya beli meja study dan rak buku nak tambah minat menulis dan  cambah keinginan untuk menulis, tetapi sebaliknya semenjak dua menjak nie tak banyak pula rasa saya nak menulis tu hadir. Menanti-nanti ilham menjelma tuk di perhalusi, tak kunjung tiba juga andai tak memaksa diri untuk menulis.

Saat ini saya menulis kerana apa? Pasti ada sebab yang merangsang saya untuk menatap papan kekunci dan skrin laptop nie yang telah saya tetapkan mode ‘sleep’ sebelumnya. Sekarang saya rasa macam nak bercakap dengan seseorang yang mahu mendengarkan celoteh saya dan ingin meluah rasa dijiwa yang lama sangat terbuku dalam hati dan terpendam dilubuk nurani yang paling dalam. Entahlah siapa orangnya yang saya bakal berkenan dihati untuk meluah rasa itu. Namun rasanya  saya tak tahu pada siapa yang harus saya luahkan rasa dijiwa ini dan sebenarnya pun saya tak tahu apa yang bakal nak saya luahkan. Hurm… seperti dulu..biasa begitu saya seringkali teringin berkongsi cerita dan berkongsi rasa dengan seseorang, namun saya tak pernah tahu siapakah orang yang berani saya berdepan dan meluah kata sepertimana hati saya ingin mencurahkan rasa itu. Walaupun ada sebahagian insan-insan pilihan yang saya rasa mahu meluahkan pada mereka, tetap juga saya takkan mampu tuk menutur kata dan menyusun bicara pada mereka.

Kadang terasa nak menelefon sahabat-sahabat yang jauh dimata, tapi bimbang sekali mengganggu mereka. Bukan mahu meluah rasa pada mereka, Cuma sekadar mahu mendengar suara dan bertanya khabar mereka tapi tetap saya tak pernah melakukannya dengan alasan yang saya cipta sendiri, mereka sibuk dengan kehidupan seharian mereka tak perlu nak mengacau lah. Dan ada sebahagiannya saya sering menghubungi mereka tetapi tak pernah lama kerana alasan yang sama, mereka sibuk dengan urusan mereka, jadi apa halnya saya tuk menganggu mereka dengan urusan yang tidak penting. Dengan sahabat sendiri pun sudah sebegitu rupa, apatah lagi dengan insan lain yang pernah hadir di sisi kehidupan saya suatu ketika dulu. Ya insan-insan pujaan hati saya yang pernah menjadi sumber inspirasi saya suatu saat dulu, insan-insan itu juga punyai kehidupan sendiri sekarang, apalah pentingnya saya nak mengganggu kehidupan mereka yang entah mengingati saya lagi atau tidak, insan hina yang tak pernah mesra dengan orang lain ini, insan jahil yang penuh dengan prasangka itu dan ini, yang tak pernah mahu  dekat dihati mereka-mereka yang saya ingin sekali dekati, hanya kerana bermain perasaan sendiri.


Dan ada juga insan yang saya kenali tak pernah mengenal rupa, tetapi tetap berhubungan hingga kini meskipun hanya sekadar mesej ‘salam 3alayk’… kami tetap menyapa sekali sekala, ye walaupun tak pernah berjumpa dan hanya sekali seingat saya kami bercakap melalui telefon di awal perkenalan kami. Pada dia juga kadang saya mahu berbicara banyak, namun saya tak pernah kenal dia itu insan yang bagaimana? Jadi malu sendiri bila mengingatkan soalan-soalan ‘bodoh’ yang saya pernah ajukan kepada dia. Tapi tetap sahaja dia tak pernah jemu melayan, tapi saya sendiri yang seakan kecewa kerana sepertinya persoalan yang selalu bermain difikiran, siapa dia? Yang kadang buat saya merasakan dia hanyalah sebuah mimpi atau fantasi? Entah…fantasi yang selalu saya garap dalam ‘novel’ harapan saya yang tak pernah ternukil…  Dia seorang akak yang saya kenali di blog ini… pada dia juga saya masih  malu tuk meluah rasa dijiwa dan berkongsi ceritera kehidupan saya rasanya tak perlu pada dia walaupun sekali sekala saya ada melontarkan soalan 'kurang matang' dengan usia saya sekarang, hihi.. 

Tapi kenapa nak serabutkan kepala orang lain dengan kisah saya yang tak menarik nie...?


Saya cuma mahu berteman, seperti waktu dulu kerna sungguh sendiri ini sangat meletihkan jiwa, kerna jiwa ini tak pernah lunak kepada Tuhan penciptanya. Saya ingin sesekali duduk bersama seseorang tuk bercakap suatu perkara yang boleh mengingatkan saya pada Tuhan..yang boleh menjentik rasa dalam benak fikiran tuk berfikir tentang perkara yang boleh membawa kebaikan tuk diri dan ummah dan menyentap rasa dijiwa yang telah lama merana. Atau sekadar duduk bersama tanpa kata tapi hati dan jiwa tertaut pada Dia, itu juga indah andai bisa terjadi, tapi adakah insan seperti itu yang  bisa saya ketemu? Atau adakah mungkin saya bisa menjadi insan sepert itu…? saya pun tak mampu... jadi kenapa nak mengharapkan sesuatu yang saya tak mampu beri kepada orang lain, dan mengharapkan mereka beri kepada saya? samalah, seperti mana saya tak mampu memahami orang lain, kenapa saya harapkan mereka tuk memahami saya???


Haiya…bukan nak bicara soal ini, tapi tetap saja itu yang saya rasakan sekarang, penyesalan-penyesalan waktu dulu dan harapan-harapan yang entah kemana dan pada siapa…?  Astaghfirullaha’azim…

10.34 p.m
211114

Friday, November 7, 2014

Dalam Sujud Cintaku..

Dalam sujud cintaku…
Rasulullah ajar kita untuk melazimi zikir ini:

Mashaallahukana wamalam yasya’ lamyakun…”apa sahaja yang Allah kehendaki pasti akan berlaku, dan apa sahaja yang Allah tidak kehendaki pasti  ia tidak berlaku.”

Maka segala-galanya yang ada dimukabumi, termasuk diri kita walhal daun yang ada dibelantara juga gugurnya ada dalam pengetahuan Allah. Segalanya berlaku dengan kehendak Allah dan takdirnya.

Bilamana seluruh kekuatan yang disandarkan dan digagahkan, kita benar-benar kembali kepada satu titik iaitu kita berdoa sepasrahnya kepada Allah taala tatkala kita sudah tidak ada apa yang boleh kita lakukan lagi..

Doa, semua orang bercakap tentang doa..tak kira bangsa semua orang berdoa.

Adab berdoa, dalam kita mengharapkan pertolongan daripada Allah dalam kita mencari solusi dkepada segala permasalahan hidup, jangan sesekali kita tersinggung dan tersentuh perkara yang melanggari syariat Allah, apatah lagi perkara khurafat dan syirik dan sebagainya.

Kerana dalam kehidupan kita sering mencari solusi dan penyelesaian kepada permasalahan hidup kita. Kita kena ingat kita hidup dibawah rencana Allah, ketentuan itu telah ada, tak ada gunanya kita mencari jalan yang mendatangkan kemurkaan Allah taala.

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, dalam apa jua keadaan kita menambahkan ketakutan kita kepada Allah, menambah taubat kepada Allah, berlari kita mendekati dan kembali kepada Allah. Jaminan daripada Allah, nanti akan diberikan jalan keluar oleh Allah, seberat manapun masalah itu dihadapi oleh seorang manusia, bagi Allah ia ringan sahaja semudah kun fayakun, sebaik Allah kata jadi! Maka jadilah!.”  (At-Talaq:2)

Kisah Nabi Yunus:

Suatu ujian besar yang Allah bagi kepada nabi Yunus berada dalam 3 kegelapan, kegelapan dalam perut ikan, kegelapan lautan yang sangat dalam dan kegelapan malam yang pekat. Raungan dari jiwa nabi Yunus, rintihan dan doa baginda yang sungguh-sungguh dan Allah rakamkan dalam Al-Quran iaitu doa:

Lailahaillaanta subhanaka inni kuntuminazzolimin… “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah, Maha suci Engkau sesungguhnya aku hamba yang lemah.”

La illahailla anta, Tidak ada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah, Permohonan dengan jiwa tauhid yang dalam, jangan dalam keadaan kita mensyirikkan Allah, janganlah kita menghandarkan dengan kekuatan kita.
Saat kita berdoa kepada Allah, dalam hidup ini sesungguhnya dari Kamu dan milik Kamu Ya Allah, Kamu adalah Rabb! Rububiyah kita kepada Allah..

Subhanak! Dalam doa yang kita  panjat dan rafatkan dengan esak tangis kita, teruskan memuji-muji Allah, biarlah segala ujian dan musibah sebenarnya disebalik itu menggambarkan betapa ia panggilan2 daripada Allah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah , menggambarkan betapa agungnya Allah, kuasanya yang selama ini seluruh alam telah menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah, cuma dengan sebab hijab dosa dan kelalaian kita, kita tak nampak kadang-kadang keagungan dan kehebatan ALLAH sehinggalah Allah mendatangkan sesuatu ujian.

Saat kita berdoa biar penuh dengan puji-pujian kepada Allah.

 Inni kuntum minazzolimin..

“Sesungguhnya aku ya ALLAH dari orang-orang yang zalim..” ini adab kita berdoa biar kita boleh mengaku salah dengan ALLAH, mengaku kalah dengan Allah dan mengaku lemah dengan Allah. Mengaku dengan Allah segala-gala yang berlaku segala musibah dan segala mudarat sebenarnya sebab musabab dari tangan kita sendiri, kerosakan dan kebinasaan yang semua kita buat dan kita lakukan. Apakah susah untuk kita mengaku depan Allah yang Maha Agung kita yang bersalah, kita yang tersilap dan kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Inshaa Allah saat 3 perkara ini bergabung dalam satu doa yang kita rafa’kan kepada ALLAH, Allah Maha Penyayang, sayang-sayang kita ,sayang seorang ibu kepada anak jauh bukan bandingannya dengan kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Akan sampai saat dan detik seperti mana yang Allah kehendaki bukan seperti mana yang kita semua kehendaki, kerana kehendak Allah nak dibandingkan dengan kehendak kita,mana sangatlah, tak ada makna pun kehendak kita..tinggal lagi bagaimana kita menyingkap hikmah disebalik setiap ujian!




NIKMAT CINTA

Dalam hidup ini ada nikmat yang terlalu hebat sekali iaitu nikmat cinta Allah S.W.T.

“Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan Allah sangat mencintai orang-orang yang membersihkan hati.”

Cinta Allah itu adalah kehidupan, siapa yang menghilangkannya maka ia termasuk orang yang mati, cinta Allah adalah cahaya siapa yang kehilangan sinarnya maka dia berada dalam kegelapan samudera. Cinta Allah adalah ubat, siapa yang tidak menelannya, maka hatinya akan tertimpa dengan beragam penyakit. Cinta Allah adalah kenikmatan yang luar biasa, siapa yang tidak memperolehinya maka seluruh kehidupannya adalah kegelisahan dan derita. Cinta Allah adalah ruhnya iman, cinta Allah adalah ruhnya amal, cinta Allah adalah ruhnya perilaku, ketika kita terlepas dari cintaNya maka seperti jasad kita tanpa jiwa dan raga.

Usaha kita untuk meraih cinta Allah, Harus ada cetusan dalam hatinya untuk selalu dekat dengan Allah merasakan kebersamaan Allah S.W.T.

Ya Allah, berikan aku nikmat memandang wajahMu, dan nikmat mencintaiMu.


~Rakaman Usrati : Ustazah Norhafizah Musa, ep: Dalam sujud cintaku dan Nikmat Cinta~

Saturday, October 4, 2014

Monolog tentang Diri...

Astaghfirullahal a’zim…

Aduhai diri…apa yang tak kena dengan kamu hah??? Bila digertak sedikit dengan makhluk yang bernama manusia kenapa kamu begitu lemah??? Kemana hilangnya keyakinanmu bahwa kau ada Dia? Atau kau sememangnya pengecut yang hanya berlakon sebagai pemberani? Kononnya pemberani yang berani mati dimedan perjuangan. Namun perjuangan apa yang kau sedang perjuangkan kini? Kau sendiri melawan sepi sendiri… tiada lagi teman taulan tuk kau sandarkan seperti selalu tika kau berada di daerah itu. Ya daerah pejuang-pejuang kebenaran yang kau sanjungi. Kini saat kau sendiri, kau rebah kau jatuh sendiri tiada siapa peduli lagi…walau dulu sekalipun kau tak pernah dikenali apatah lagi kini. Tapi sebenarnya kau memang tak pernah berubah sejak dulu..kau tak pernah jadi pemberani seperti mana yang kau impi. Kau selalu di daerah sepi yang kau cipta sendiri, walaupun kau bersama pemberani belum tentu kau jadi berani! Kau bukan pejuang kebenaran, tapi talam dua muka ,3 atau 4 yang kau sendiri tak pasti tentang itu barangkali.

Hei diri!!! Kau masih belum sedarkah? Dirimu tak bermakna dan tak berharga buat siapa-siapa pun.. kecuali untuk kamu sendiri! Jika kau lupa lalai dan leka tentang tujuan penciptaanmu ke dunia pasti kau akan terus alpa dan terjerumus jatuh ke ‘neraka’ dunia. Dan sekalipun kau ingat belum tentu juga bawa kau ke syurga yang kekal nun di sana, andai dirimu tetap juga begitu, lemah dengan manusia dan selalu bergantung harap pada manusia! Segalanya atas diri kau sendiri kau sepatutnya tahu itu, tapi satu yang kau kena ingat kau ada Dia!

Bilamana kau digertak manusia kau mudah hilang pertimbangan ,kau hilang keyakinan dan kau selalu kecundang menghadapi karenah-karenah manusia yang penuh keegoaan. Kau seringkali menangis bilamana menghadapi keadaan yang buat kau bengang, yang buat kau terdunduk kekakuan yang buat kau lemah kelesuan. Walhal kau tak pernah nak menitiskan air mata taubatmu seperti mana air mata yang menitis dek kau merasa benci dan marah kepada manusia. Dan kau tak pernah kecut dan takut dengan kemurkaan Tuhanmu seperti mana kau takut dan kecut dengan gertakan manusia yang buat kau hilang keyakinan dan merasa rendah diri yang bersangatan. Padahal kau tak pernah nak merendah diri dihadapan Tuhanmu yang Maha Dekat dan selalu ada untuk kamu!

 Aduhai diri rupanya kau juga ditimpa penyakit hati yang kau sendiri sudah tahu perihalnya, Cuma kau belum tahu bagaimana tuk mengubatinya? Adakah begitu wahai diri? Tapi bukankah sepatutnya telah kau temukan penawar bagi penyakit itu? Bukankah telah kau temui penawarnya???

Kenapa duhai diri seringkali manusia yang kau cari? Pada manusia yang kau sering berharap? Kepada manusia kau sering tagih perhatian? Dan kepada manusia juga kau letakkan cinta melebihi cintamu kepada Tuhanmu… Ya! Kerna kau manusia… sering lupa dan leka malah alpa dan lalai dengan tujuan penciptaanmu, bukan begitukah duhai diri??? Alasan yang selalu kau ungkapkan…walhal tak pernah sekali kau cuba tuk mengatasi masalah yang kau cipta sendiri tetapi sebaliknya kau mengeluh, mengadu kepada manusia akan masalahmu dan berserah sepenuhnya keatas kebodohan yang kau maknai sendiri dalam kamus kehidupan insan yang bergelar manusiawi…Tanpa pernah kau bersungguh-sunguh bergantung harap pada yang selayaknya…Allahurabbi!

 ~~~~~~~~~~~

Astaghfirullahal a’zim…penulisan ini terhasil saat saya teringat peristiwa2 yang membuat saya rasa geram dengan insan bergelar manusia dan diri saya sendiri… dalam situasi-situasi yang saya gagal hadapi dengan baik dan keadaan-keadaan yang saya rasa diri ini sangat lemah! Atas kejahilan diri sendiri, juga atas keegoaan orang lain ataupun kejahilan manusia lain yang sangat menyakitkan hati…


Yang sebenarnya juga ia adalah monolog hati yang sering bermain rasa sendiri, perasaan-perasaan yang kadang sukar tuk di mengerti dan sukar tuk diluahkan menjadikan saya bukan seorang yang suka berkongsi cerita dengan insan yang namanya manusia, yang menjadikan saya bukan orang yang mudah berkata-kata melalui bicara lisan, kerana saya tak pandai menggunakan intonasi dalam meluahkan rasa di jiwa…jadi saya memilih untuk berdiam, tetapi dalam hati siapa tahu??? Gejolak rasa yang saya sendiri tak mampu tuk mengerti…dan tak sanggup tuk diluahkan kepada insan yang bernama manusia juga kerana bimbang mereka tak mampu tuk mengerti, jadi selayaknya juga pada siapa lagi tempat tuk saya mengadu dan bergantung harap??? Melainkan Dia…Allahurabbi!

Friday, August 29, 2014

Pesan HATI untuk HATI...

Bismillahirahmanirrahim…


Jumaat yang redup..mendung hari tak pernah memendungkan hati seorang aku, kerna bagiku ianya redup yang menenangkan, Sungguh! Tanpa sinaran matahari yang memancar terik ke wajah bumi kadang menenangkan kadang memberikan ilham kadang dinantikan! Walau apapun keadaan dan cuaca, seharusnya insan tetap meneruskan agenda kehidupan masing-masing, hujan diredah, panas ditadah segalanya lumrah!

Soal apa ya? Hari ini terdetik dihati kerinduan pada banyak perkara, namun kerinduan itu sengaja tidak dilayan kerana apa? Kerana aku tahu tak bisa tuk menghilangkan gundah itu malah tak mampu mengubat rasa rindu itu saat sendirian tika ini. Sungguh aku mahu menulis sesuatu biar ianya daripada ilham yang dikurnia Tuhanku buat menenangkan hati-hati yang sedang keresahan barangkali dalam ujian yang memenatkan ataupun dugaan yang sangat memeritkan. Namun aku ini siapa? Terilhamkah bila aku inginkan ilham itu datang menyapa hati dan jemariku kan rancak menari dipapan keyboard ini? Aku hanya insan biasa cuma, tak bisa  dan tak mampu menutur bicara menyentuh qalbu menenteramkan jiwa walaupun aku mahu sekali bisa untuk menjadi seperti itu! Yang bisa memberikan kata-kata bermotivasi, kata-kata semangat dan menjawab segala persoalan dengan penuh hikmah! Namun aku ini siapa? Insan biasa cuma…tak bisa walau semahu apapun aku…

Sedang aku ini juga hambaNya…yang sedang teruji! Kusedar manusia ini sememangnya hidup dalam sebuah ujian! Hidup ini lah ujian terbesar dalam sejarah kehidupan manusia selagi mana dia hidup selagi itu ujian kan berterusan…kan? Ujian kehambaan, ujian keimanan dan ketaqwaan, ujian kekeluargaan, ujian percintaan, ujian persahabatan, dan segala macam ujian yang sering menguji manusia ini tanpa diminta mungkin kadang tanpa pengetahuan insan itu sendiri. Tetapi ujian itu selalu sahaja menjadi titik tolak kepada insan dalam sebuah penghijrahan mahupun perubahan dan ianya sesuatu yang kadang mematangkan seseorang insan dalam melayari sebuah kehidupan. Ujian itulah pemanis kepada erti hidup sebenar seorang insan! Sungguh tanpa ujian itu seorang insan takkan merasakan manisnya keimanan, manisnya cinta, dan manisnya sebuah persahabatan kan? Ya hanya dengan ujian…

Aku juga bukan orang yang pandai menilai sesuatu, dan aku tak diberi hikmah dalam menilai sesuatu peristiwa mahupun keadaan ataupun insan yang aku kenali. Aku hanyalah pemerhati yang kadang cuba mencari jawapan keatas persoalan yang bermain difikiranku sendiri, kadang mencari hikmah disebalik kejadian yang terjadi dihadapan pengetahuanku. Namun tetap sahaja kadang aku tersalah menyangka dan kadang hikmah itu tak kutemukan melainkan sangkaan-sangkaan belaka, yang entah benar atau tidak. Untuk memahami situasi sebenar aku pasti takkan berani untuk bertanya pada mereka-mereka yang kukenali apatah lagi mereka-mereka yang tak kukenali… hanya kumohon kepada Dia yang Maha Mengetahui agar aku tak salah dalam menilai dan tidak membuat sesuatu yang menyalahi sebuah perhitungan. Sungguh aku tak punya pengetahuan dalam setiap hal dan perkara kerana itu aku tak mahu bicara tentang sesuatu yang diluar pengetahuan seorang aku. Namun kadang insan ini sifatnya mudah lupa, sesekali perasaan bergejolak hati mahu dilunasi dan ingin agar suara batin ini didengari, makanya tercetus jua amarah, perasaan, emosi yang disimpan sekian lama barangkali, akhirnya meletus…dimana? Ya..dimedia social, ini dan itu… hanya kerana ingin mereka-mereka tahu apa yang aku rasa, apa yang aku ada, dan segala macam perasaan berbaur sendiri… tapi sebenarnya untuk apa? Dan untuk siapa? Kita tahu itu… benar kan???

Halusi lagi… namun kita sering berharap ianya hanyalah sebuah luahan, perkongsian yang barangkali mungkin menyentuh hati, barangkali bisa memberi motivasi, dan barangkali ianya usaha dakwah dalam bentuk penulisan yang mungkin, mampu menyapa hati-hati yang tidak kita tahu bisa barangkali terasa, tersentap, terkesan dan tertunduk dengan kata-kata itu. Mungkin iya… tak salah, sesekali tidak! Apa yang salah? Tak ada yang salah mungkin…

Tetapi kadang tertanya pada diri sendiri…kenapa di media ini? Harus diluah diratap ditangisi segala mala yang terpendam dilubuk hati sendiri? Yang sepatutnya hanya kita dan pembuat onar pada hati kita yang tahu tentang sesuatu menjadi tarikan umum dan hebahan yang membuat mereka-mereka juga tahu? Tentang rasa hati kita, tentang sakitnya kita, tentang hati kita yang selama ini kita jaga hanya untuk Dia. Tapi sengaja kita dedahkan perihal hati yang sedang diuji, sakit dan segala macam perihal hati kepada mereka yang malah tidak kenali kita barangkali.

Padahal Allah kan Ada! Dimana Allah dalam hati kita yang sebenar-benarnya? Apakah telah puas kita adukan kepada Dia tentang segala keperitan dan permasalahan yang sedang kita hadapi tika ini? Walhal yang memberi ujian itu Dia bukan? Pastinya jawapannya juga ada pada Dia, kenapa itu dan kenapa ini? Pastilah Dia lebih tahu dan pastilah Dia yang paling dekat dengan kita…tapi kenapa pada manusia juga yang sering kita bergantung harap memberi kata, kenapa manusia juga yang sering kita meminta kekuatan? Sedang Dia kita lupakan? Astaghfirullahal’azim…

Aah! Malas  lagi berbicara soal hati…tadinya bukan ini yang ingin ditulis melainkan hanya menitipkan rasa dan kata buat sahabat-sahabat yang suatu ketika pernah dekat yang kini sedang didalam ujian! Ujian berbeza..tapi masa dan ketika yang sama…masih dalam kehidupan dan hayat ini…sebelum kematian yang menjemput pemilik sementara sebuah jasad untuk menemukannya kepada Pemilik sebenar ruh dan jasad itu…

Astaghfirullahal’azim…




Tuesday, August 26, 2014

Telusuri Kehidupan..



Menelusuri kehidupan ini
Banyak yang sudah terjadi
Tak kita ketahui tak kita dugai
Segalanya adalah ketentuan Ilahi

Kita hanya hamba yang hidup didunia
Yang hanya mendamba kasih dan redhaNya…
Entah banyak mana usia yang dipersia
Mampu mengubah hala Kehidupan disana…

Bagaimana nanti tempat akhir dituju
Dimanakah bakal kita bertamu
Syurga neraka yang tidak kita tahu
Sesungguhnya hanya mengharap rahmat dariNya…

Telah berlalu waktu yang tidak bisa kembali
Hanya yang tinggal keadaan masa kini
Esok adakah akan datang lagi?

Semuanya bakal menjadi misteri…

~d_n~

Wednesday, August 13, 2014

"Pesakit Hati"

Astaghfirullahal’azim…Kondisi Hati!

Bismillahirahmanirahim… sekali lagi setelah sekian lama rasa tak menulis… sungguh saya hanya ingin menulis kerna dah lama sangat rasa nak menulis tapi asyik menunda-nunda waktu sendiri. Sangat malas nak buka laptop setiap kali kat rumah… kat tempat kerja pun sama mood sungguh sangat tidak membantu untuk menulis. Walaupun selalu rasa nak menulis tu datang tapi tetap saya abaikan..entah mungkin kerna kondisi hati nie kot…masih sakit! Ye sakit yang tak tahu bila akan terubat! Sakit apa? Hati!!!

Hati yang selalu mencari selain Allah untuk mengubati sakit hatinya…so camne nak terubat hati tu???

Itulah…so, camne? Hati nie sangat sakit bile memikirkan kondisi hati sekarang yang seakan takde hati… sungguh jauh sangat hati ini…nak gapai balik pun tak tahu cara mana yang selamat untuk sentuh hati tu.. sungguh saya sangat sakit, getting worst! But  saya tak nak terus bertahan menahan sakit nie, saya masih nak melawan rasa sakit ini, tapi sungguh saya tak tahu bagaimana???

Melawan perlu kan? untuk hilangkan rasa sakit tu berbanding bertahan dan melayan rasa sakit itu yang akhirnya hanya menambah buruk kondisi hati! Betapa banyak keajaiban dan rahmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang bersabar dalam satu-satu ujian yang menimpanya kan? Tapi kondisi saya lain…saya tak boleh terus bersabar dengan sakit ini, kerna ini sakit hati! Ya..sakit hati! Saya harus terus melawan tapi sekali lagi saya katakan sungguh saya tak tahu… bagaimana?

Ya kerna saya tahu hati saya sedang sakit makanya saya cuba untuk mengubatinya, tapi tetap sahaja saya tak tahu  bagaimana caranya. Ya saya telah kenal pasti puncanya yang saya sendiri tahu dan Allah lebih2 lagi mengetahuinya… sebenarnya setiap kali saya melawan, tetap kalah diakhirnya..kesakitan yang tak pernah hilang…ia kembali merasuk hati dan menyerang fikiran saya sehingga kadang buat saya berputus asa untuk melawannya!

Tapi sungguh saya katakan saya tak sanggup untuk mengalah terus dan putus asa dengan sakit yang melanda hati saya ini. Kenapa? Kerna saya tahu Allah Maha Pengasih Penyayang akan hambaNya. Cuma saya sendiri yang seakan sengaja mahu terus dibelenggu dengan rasa sakit ini, ya..rasa sakit yang kadang membuat saya lupa dan alpa pada Dia, kerna rasa sakit itu lebih menekan ulu hati yang kadang buat saya tak merasakan lagi betapa saya ada Dia…ye Dia kan selalu ada buat hambaNya! Tapi saya jarang sekali meminta padaNya.. jarang sekali mengambil peluang untuk hanya berdua dengaNya. Dan saya sangat merasakan betapa saya tak lagi selalu berbicara dan bermonolog  padaNya dengan hati ini seperti waktu dulu, kerna saya merasakan betapa hati ini sangat sakit sehingga tak mampu menyebut namaNya dan berharap padaNya lagi..walhal sunggu saya tertipu!

Walaupun saya katakan betapa sakitnya kondisi hati saya ini, tetap sahaja saya masih berbicara seperti in kan? Sakit apa sebenarnya hati saya ini? Sepertinya tidaklah seteruk kanser dan penyakit lain yang tak boleh diubati tetapi kesannya lebih teruk…Ye sememangnya ia lebih teruk daripada itu kerna sungguh sakit  ini saya tak tahu jangka hayatnya dan bila kematian itu akan menjemput saya daripada sakit yang melanda hati ini. Kerana ia bertahap, kadang pulih dan kadang semakin merebak, cumanya saya tak berharap saya mati dalam kesakitan ini. Kerna jika ia berlaku maka saya tergolong dalam kalangan orang yang rugi…

Penyakit apa sebenar-benarnya yang melanda diri saya ini?? Saya tak mahu berlindung lagi dengan persoalan ini, sebenarnya saya tahu saya sedang sakit tapi saya bertambah sakit bila memikirkannya kerna sebenarnya umat ini sedang dilanda penyakit ini, dan bukan saya satu-satunya…saya tahu itu!

Ye sakit yang satu itu..yang sedang menimpa umat Muhammad! Yang Rasul kita khawatirkan pada umat akhir zaman ini… Ya ia sedang menimpa diri saya dan malah kebanyakan daripada kita… sakit hati, hati sakit! Sakit apa???

CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI….


Sungguh saya sedang ditimpa kecintaan kepada dunia yang menawarkan bermacam kehendak nafsu untuk dituruti. Dunia yang sempadannya akherat sedang dipisahkan dengan suatu kepastian yang satu iaitu Kematian! Tapi sungguh saya sangat takut untuk mati tika ini kerana kecintaan saya pada dunia melebihi kecintaan saya pada akherat, jadi macam mana saya mahu berlapang dada dan merasa aman dengan kondisi hati saya yang sedang sakit ini???


Siapa sanggup ke neraka??? Semua orang mahu ke syurga kan??? Jadi bagaimana??? Dengan penyakit itu agaknya kemana kita???

Sekali lagi…saya tanyakan, bagaimana???

Walaupun sebenarnya jawapannya telah ada…

Tapi tetap sahaja kita yang selalu lupa!  Leka dan alpa dengan ‘dunia’ yang kita ‘cipta’ sendiri!



‘Pesakit hati’
11.54 p.m
110814

teratak bonda

Friday, July 18, 2014

JERITAN ANAK GAZA!!!


 Biarkan sejarah ingat akan  bilangan bom Israel yang telah menghujani kami
Yang telah membunuh kanak-kanak dan memusnahkan rumah-rumah kami
Dan biarkan dunia bercakap tentang hari pengkhianatan mereka tentang gencatan itu
Serta konspirasi rejim zionis seolah-olah mereka kera-kera yang tak bertamadun

Dan batalion "Al-Qasam" jangan pernah kalian menyerah
Teruslah bergerak ke hadapan seperti  rIbut menggempur
Sungguh mereka dalam bilangan yang banyak
Ideologi mereka bercahaya
Di dalam hati mereka berpandangan jauh
Senjatanya adalah perpaduan

Ayuh wahai saudaraku bangkitlah!
Marilah kita terus maju ke hadapan
Supaya kita dapat  menghantar  delegasi ke syurga
Darah kita adalah tulen saat menjengah kematian
Nyawa kita adalah sebuah KEBANGGAAN dalam berjuang!
Kehidupan kita adalah hadiah kepada Tuhan yang kita sembah
Senjata kita adalah iman, Kesabaran dan ketenangan
Jadi  kita berharaplah kepada yang Maha Agung!
Agar Dia menerima Testimoni ini…

Selamatkan Gaza dan hancurkan Zionis Laknatullah!

~edited from this video~

Thursday, July 3, 2014

Astaghfirullahal'azim... saya sangat sedar akan kondisi diri saya sekarang, dan saya tahu Allah lebih-lebih lagi tahu akan keadaan diri saya yang sedang 'sakit' nie...tapi sungguh saat saya menulis ini, hanya kerana terbaca blog ustaz hazrizal rasa terkena dengan batang hidung...walaupun tak la tepat mana, hehe.. 
disini : 


Saya merasakan bahawa saya perlu menyahut kempen ustaz untuk 'diam' sebab saya tahu, kata-kata saya tak berkesan pun untuk disuarakan... apatah lagi tika ini, saat hati tengah sakit, dan saya cuba untuk mencari penawarnya di bulan yang mulia penuh keberkatan ini. ditambah sememangnya saya sangat tiada idea untuk menulis 'something' yang' baik' untuk di publishkan. walaupun entry sebelum nie saya post kan kerana merasakan diri telah lama tak menulis..walhal dalam hati tak rasa perlu pun untuk meng'post entry tersebut, tapi tetap sahaja tangan ini gatal menulis.. apapun abaikan sahajalah tulisan yang entah apa-apa dari tangan saya yang bisu ini... Salam Ramadhan!!!

Ramadhan dulu dan sekarang...


Alhamdulillah! Ramadhan telah menjengah  hari ke-5, semoga sahaja diberi kesempatan dan kemampuan untuk terus berada dalam keberkatan Ramadhan sehingga ke akhirnya… Ramadhan! Kali ini pasti berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini yang kulalui di perantauan. Bermula tahun ini aku menyambut Ramadhan di rumah selepas 10 tahun kurang lebih aku berpuasa di perantauan. Sungguh! entry kali ini hanyalah secebis ingatan dan pengalaman tentang Ramadhan seorang aku yang hanya merindu saat tika dulu...


Kali pertama aku tidak menyambut Ramadhan bersama keluarga bermula semasa di tingkatan 5, kerana tahun itu aku tinggal di asrama, itulah kali pertama yang memberi kenangan terindah kerana itu juga kali pertama aku tinggal di asrama. Menyambut Ramadhan bersama teman-teman sangatlah bermakna ditambah itu pengalaman pertama berterawih ditempat asing bagi seorang aku. Biasanya berterawih di surau dekat dengan rumah, sejak kecil begitu sehinggalah tingkatan 4. Jadi keterujaanku sedikit bertambah apabila menyambut Ramadhan di asrama, kadang kami berterawih disurau sekolah dan kadangkala berjalan kaki beramai-ramai ke masjid berdekatan dengan sekolah, Itu semua pertama kali buat aku. Ditambah lagi kehidupan berasrama dan ketika itu Ramadhan sangat hampir dengan tarikh peperiksaan SPM. Dan pada tahun itu aku beraya dalam mood peperiksaan, kerana selepas sahaja raya, Peperiksaan SPM pun bermula. ( atau telah bermula semasa Ramadhan? sungguh aku dalam kekeliruan! )

Kedua kalinya aku menyambut Ramadhan di perantauan yang jaraknya lebih jauh berbanding sekolah. Saat itu aku di KUSTEM (belum ditukar nama kepada UMT), tahun satu masih tinggal di asrama, jadinya lauk pauk untuk berbuka masih dibeli seperti hari-hari biasa di kedai-kedai yang dibuka didepan asrama. Ataupun di bazar Ramadhan yang berdekatan. Berpuasa Ramadhan dinegeri sendiri masih menyeronokkan kerana makan minumnya masih tak jauh lari dari lidah orang Terengganu, memang sedap! Hehe. Terawih? Hanya di surau asrama yang kecil dalam blok asrama, kerana tika itu belum ada surau besar, yang ada hanya surau dalam bolk masing-masing, jadinya terasing lelaki dan perempuan. Hanya di tahun 2 atau 3 bangunan asrama yang baru siap mempunyai surau yang lebih besar dan bercampur. Untuk tahun 2 dan 3 aku sudah tinggal di rumah sewa, dan untuk berbuka kami biasanya tak banyak memasak pun, kebanyakannya beli di bazar Ramadhan dan biasanya untuk sahur kalau rajin kami masak la sikit-sikit. Alhamdulillah rumah sewa kami dekat dengan masjid KUSZA, jadinya kami kadang berjalan kaki dicelahan semak samun yang menjadi ‘shortcut’ dari rumah ke masjid, itupun beramai-ramai. Kalau berdua dengan kawan baik aku, kami’merempit’ jer dengan motor. Tapi yang pasti saat Ramadhan tiba, aku pasti merindukan suasana Ramadhan di UMT, hehe kerana makanan disana lebih sodap berbanding di UPM, dan lebih murah terutamanya nasi kerabu ayam bakar.

Seterusnya kembara Ramadhan aku ke bumi Serdang, bermula 2008 disana sehinggalah 2012. Disini ku temukan Ramadhan yang lebih bermakna dan pengalaman berbeza daripada negeri kelahiranku, Terengganu. 2 tahun pertama masih seperti biasa, aku masih sempat menyambut Ramadhan di kolej dan mengalami sendiri pengalaman berbeza, kerana disini banyak sekali program Ramadhan diadakan di setiap kolej pasti akan menganjurkan program Ramadhan yang berbeza dengan nama yang berbeza dan dengan sambutan dan majlis yang pelbagai untuk menghidupkan Ramadhan, Sungguh aku teruja… 2 tahun pertama aku masih setia berterawih didewan kolej serumpun, kadang-kadang ke masjid UPM, dan kadangkala ke masjid MARDI. Suasana berbeza bagi setiap tempat. Dan pastinya, di Masjid UPM dan Masjid MARDI biasanya disediakan jamuan untuk berbuka. Tapi untuk 2 tahun pertama aku tidak  begitu tertarik untuk berbuka di Masjid, segan! Sehinggalah tahun ke 3, tahun 2011 barangkali, Ramadhan bermula saat cuti semester baru yang ditukar dan cuti kali itu lebih panjang berbanding sebelumnya, jadinya pelajar tidak menyambut Ramadhan di kolej dan tiada lagi program-program Ramadhan yang berlangsung di setiap kolej seperti sebelum ini.. Hanya sebahagian pelajar asasi yang tinggal di kolej-13 , pelajar master dan Foreigner yang tinggal termasuklah aku dan rakan-rakan yang masih berlegar-legar di kolej menyiapkan Final Year Project. Jadinya waktu  itu kebanyakan pelajar berjimat dan berbuka puasa di masjid, Alhamdulillah! Hehe.. Dan di kesempatan ini juga aku biasanya saat waktu zohor akan menyinggah ke masjid mardi yang tak jauh dari makmal fakulti pertanian, tempat aku bekerja menyiapkan Final Year Project semasa  cuti semester yang panjang tersebut. Aku kesana untuk menadah ilmu kerana setiap waktu zohor akan diadakan kuliah zohor yang disampaikan oleh ustaz berbeza dengan tajuk yang berbeza, Alhamdulillah itu menjadi rutin yang pastinya akan kurindu saat Ramadhan pergi, kerana hanya di Bulan Ramadhan aku istiqamah kesana. Malah saat berterawih juga dimasjid ini akan ada tazkirah ringkas di sela-sela masa pertengahan terawih yang aku kira bagus untuk dimanfaatkan berkongsi ilmu. Pengalaman di bumi Serdang yang paling indah dalam memori  Ramadhanku, dan disana juga tercalit pengalaman pahit yang pastinya tak mahu ku ulanginya lagi dan tak mahu tuk ku ingati..

Tapi untuk tahun 2012 aku menyambut Ramadhan dirumah kakak di Ampang, sambil bekerja dengannya dan sambil menghadiri kelas yang wajib aku ambil untuk mencukupkankan kredit untuk syarat bergraduat pada tahun tersebut. Aku berterawih di surau Cempaka yang berdekatan dengan rumahnya, disini juga diadakan tazkirah sebelum solat terawih.  Cuma kadang-kadang kalau rasa rindu, jika ada kelas aku akan ke UPM dan melepak sepanjang hari disana selepas habis kelas, kadang ke perpustakaan, kadang ke fakulti, kesurau serumpun dan masjid dan kadang ke bukit ekspo menunggu waktu berbuka dan bersolat terawih disana dan kadang aku menumpang di rumah sahabat jika malas nak ‘merempit’ ke Ampang , dan kadang selepas terawih aku terus sahaja ‘merempit’ ke rumah kakak meredah suasana malam dengan motor merah ku itu. Untuk tahun 2013 juga aku masih menyambut Ramadhan di Ampang kerana masih bekerja disitu.


Cuma tahun ini 2014. Alhamdulillah tak berada di perantauan lagi, aku kini  berada dekat dengan keluarga…dan semestinya menyambut Ramadhan di rumah! Walaupun ada sedikit kesedihan kerana aku tahu suasananya pasti tak semeriah menyambut Ramadhan di KL, kerana disana tersangat banyak majlis ilmu yang diadakan untuk menjamu rohani, tapi disini, dikampung ini.. pasti berbeza! Dan saat ini aku telah melalui Ramadhan ini disini, Alhamdulillah aku bekerja di kedai computer, makanya aku manfaatkan untuk mendownload ceramah-ceramah Ramadhan untuk aku dengar  sementara masih ‘bercuti’ ini dan aku tahu bila dan dimana tak lagi penting tuk ditangisi, kerna Ramadhan terus berjalan dan bakal pergi.. Maka manfaat ini harus ku gunakan sebaik mungkin dalam mengatur waktu dan menambah amalan serta menahan diri daripada melakukan dosa dan keburukan. 

Semoga sahaja Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik buatku di sepanjang kehidupan ini, walaupun bukan lagi dibumi Serdang, or 'Kay El' walaupun bukan disamping sahabat dan taulan, ianya tetap indah jika segalanya kerana Allah!  in shaa Allah! 




Friday, June 20, 2014

Kembali ke sekolah!

Bismillahirahmanirahim…

When I want to lis… hehe sempat menyanyi sekejap…sebelum menulis nie. Alhamdulillah sekali lagi saya mahu menulis…kerana? Biasanya bersebab! Dan hari ini kerana sebab semalam! Ya.. semalam saya diberi kudrat untuk ke majlis ilmu yang dianjurkan oleh PIBG sekolah rendah di kampong saya. Ya sekolah yang sama dulu saya bersekolah…sekian lama tak menjejakkan kaki ke sekolah menggamit  galau dihati.  

Melihat bangunan yang masih sama berdiri teguh disitu sangat  menitipkan rasa rindu walaupun suasana malam yang suram tak begitu memberikan impak yang ceria dengan persekitaran sekolah yang selalu dirindui itu namun kesannya sedikit terpalit apabila melihat kelas yang sama saat semasa di tahun 6 dulu, melihat kanak-kanak berlari riang membuat diri ini terimbau kembali kenangan yang mengasyikkan semasa disekolah ini dulu bersama teman dan taulan yang kini hanyalah tingggal kenangan.

Tiba-tiba teringat lagu unic sekolahku, “dan disinilah tempat kuberlari.. jatuh tersungguh bangun kembali…”. Tapi sekejap jer sempat mengimbau kenangan tuh, dalam duk menungu jer. kalau siang pasti saya akan menjelajah kesegenap pelusuk sekolah mengimbau kenangan, hehe malam xbest la xnampak persekitaran...

disinilah tempat ceramah diadakan (sumber blog http://skkbfn1.blogspot.com )

Aduhai menggamit memori lah pulak sebenarnya semalam di tempat yang sama keberadaan saya di sekolah itu kerana adanya ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz  Mahmud Mad yang sangat fames di Kuantan dan kawasan yang sama waktu dengannya. Saya  biasa dengar ceramah ustaz di radio Pahang jam 1.30 petang. Rasanya ini kali pertama seingat saya bersiaran langsung dengan ustaz nie, tak pasti sebab pengerusi majlis cakap ustaz memang selalu dah bagi ceramah kat sini tapi saya tak pernah ingat atau tak pernah menghadirinya mungkin. Well, semalam tajuknya ‘Isi Neraka’, sempat saya membuat beberapa catatan di buku nota yang saya bawa,tak buat rakaman lupa..biasa saya rakam dengan hanset jer. 

Saya kongsikan point yang sempat saya catatkan semalam.

Siapa yang tak tahu Kepanasan api neraka tu 70 kali ganda kepanasan api dunia.. ? rasanya kita biasa dengar kan? Cumanya tak dapat nak menghayati betapa gerun dan dasyatkan kepanasan itu kerana apa ya? Saya pun tak tahu.. walhal dengan api dunia sahaja kita tahukan betapa panasnya bisa menggugat rasa?

Tapi apabila diberitakan kepanasan api neraka itu 70 kali ganda daripada api dunia siapa yang dapat merasakan betapa siksanya jika diazab disana nanti? Kita masih sedang bersenang lenang tanpa bekal untuk kesyurga, padahal jika ditanya semua orang ingin ke syurga kan?

Api neraka itu asalnya berwarna merah seperti marak api yang kita selalu lihat di dunia ini. Kemudian api itu dipanaskan selama seribu tahun, seribu tahun lagi dan seribu tahun lagi berulang-ulang sehingga menjadi hitam legam bagaikan malam yang gelap gelita tanpa cahaya. MasyaAllah!

Dan siapa yang palin ramai dalam neraka? Syaitanlah kan dah konfem! Pastinya Jin dan manusia juga tak terlepas seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran. Tapi spesifiknya umat islam yang bagaimana? Yang kafir sudah tentulah…

Dalam peristiwa Isra’ Wa Mikraj Rasulullah telah ditunjukkan bahawa golongan ahli neraka yang paling ramai adalah kaum wanita! Kenapa wanita? Asbab utamanya ialah kerana kaum wanita ini yang tidak patuh pada perintah Allah, Rasul dan suamiya bg yang berkahwin. Kaum lelaki selamat lah? Oh tidak pastinya tidak kerana kaum lelaki juga ramai di neraka! Sebab apa? Kerana mereka dayus! Ya dayus nie hanya khusus untuk kaum lelaki je kan? Perempuan takde yang dayus… kenapa mereka dayus? Dan apa maknanya dayus itu..?

Nie nak habaq mai… Ustaz cakap semalam, dan dah ramai pun ustaz yang bercakap tentang ini. Maksudnya LELAKI yang punyai isteri dan anak-anak, tetapi mereka membiarkan sahaja isterinya dan anak-anak perempuannya buat maksiat, tak tutup aurat, buka sana buka sini, dedah sana dedah sini, bergaul bebas dengan yang bukan mahram dan sebagainya dosa yang dilakukan mereka dibiarkan sahaja TANPA BERBUAT APA-APA. Mereka ini yang akan bertanggungjawab keatas isteri dan anak mereka kelak mereka juga dihumbankan kedalam neraka. Dan tak lupa juga para lelaki yang tidak bertanggungjawab! Yang agamanya entah kemana, solat dan puasa diabaikan dan nafkah anak isterinya dan keluarganya tak terjaga juga  tak terlepas daripada siksa api neraka!

Dalam surah al-Muddatsir ada menceritakan tentang nasib manusia kelak di akherat yang kekal, golongan ahli neraka saqar! Mereka ditanya kenapa mereka dihumbankan kedalam neraka Saqar? Jawabnya kerana kami dulu ketika di dunia kami tidak Solat, kami tidak membantu orang miskin (kedekutlah) dan kami mendustakan tentang hari pembalasan!

Dan tahukah kamu apa (neraka) SAQAR itu?

Ia (SAQAR itu) tidak meninggalkan dan membiarkan. 

Yang menghanguskan kulit manusia. 

Diatasnya 19 Malaikat penjaga.

Tiap anak adam yang bernafas dan hidup akan diminta pertanggungjawapan atas segala apa yang telah mereka lakukan ketika di dunia, seorang pun takkan terlepas daripada pengadila Allah!

Siapa yang selamat?

Melainkan golongan kanan, yang Allah letakkan dia sebagai orang-orang Berjaya di Padang Mahsyar nanti..

Sungguh Al-Quran itu benar-benar suatu peringatan! Siapa yang mengkehendaki dia akan mengambil pelajaran daripadanya..

Syed Qutb dalam kitabnya Hal Nahnu Muslimun menyatakan kepentingan untuk kita menjaga syahadah kita, jangan kita jadikan Allah sebagai bandingan dengan apa-apa makhluk ciptaanNya. Kita perlu yakin dan percaya bahaw tiada sesuatu pun yang boleh beri manfaat dan mudharat kepada kita melainkan Allah! Contohnya kita seringkali dengar kan orang- orang bercakap soal rezeki misalnya.

kalau tak kerana aku tak tahulah apa nak jadi dengan nasib kau nie..

kalau tak kerana ‘dia’ tak tahu lah apa nak jadi dengan nasib kita…

kalau parti tu memerintah, konfem tak hidup lah industry kita nie..

kalau tak kerana ‘itu’ mesti kau dah itu…

kalau ini..mesti tak gini…


Walhal semua asbabnya daripada Allah kan? Maka waspadalah kita…

syarat MATI adalah HIDUP!

Maafkankan saya mungkin tak banyak isi yang ada, tetap saja saya mahu menulis!

Allahumma ajirna minannar...amalkan wirid nie 7 kali lepas solat, kita mohon perlindungan Allah daripada azab siksa neraka yang punyai 7 tingkat neraka itu..

Astaghfirullahal 'Azim...


Friday, June 13, 2014

Ekspretasi Kehidupan...

Bismillahirahmanirahim…



Idea dan ilham tak semua orang mampu tuk mengekspretasikannya..
Sepertinya omongan kosong yang dibicarakan lewat puisi mahupun tulisan..
Halusinasi yang tak berpijak di bumi nyata?
Seperti menulis saat tiada apa yang bermain di fikiran
Hanya kerana mahu menulis makanya aku menulis
Lencongan entah kemana titik asal yang tak ketahuan?

Mahu bicara apa aku? Bicara tentang apa? Lagaknya penulis tegar!
Tapi entah apa-apa yang dibicara lewat tulisan bisu itu!
Hah? Apa? Aku? Ya sendiri  bermain kata…
Mengharap kan hadir Ilham menyapa menusuk kedalam jiwa..
Namun tetap sahaja tak mampu menterjemahkannya kedalam bentuk kata..
Kalam bisu yang tak dimengerti sesiapa? Tak minta di mengerti..

Sekadar..meluah kata yang tiada di merasa…hanya kata!
Ya…menulis tanpa berfikir panjang…apa yang melintas terus diketik
Pada papan kekunci keyboard lama ini…
Yang kerasnya menyakitkan jemari menekan huruf demi huruf..
Salah padam dan sambung lagi…lagi dan lagi…
Entah apa yang nak disampaikan..aku sendiri keharuan..

Kadang  mahu menulis  dengan gaya bahasa melunak jiwa
Namun aku bukan budak Bahasa yang pandai bermain kata
Bila mahu guna ayat power! Aku tak kuasa nak mengingat perkataan bombastik itu!
Retorik-retorik kata yang selalu aku ungkapkan dulu…seperti tiada makna!
Makna dan istilah yang telah kuabaikan sekian waktu, sudah lupa!
Aargh..bahasa jiwa bangsa! Namun kadang aku merojakkan Bahasa..

Lupakan saja! Aku hanya insan biasa!
Tak pandai berkata-kata, tak pandai melunas rasa
Lagi tak pandai berbahasa yang indah-indah tuk menarik bicara!
Apatah lagi petah bicaraku hanya disini…tulisan bisu dan aku tetap
Hanya diam membisu! Itu aku… biasa dan terbiasa begitu!
Sebab aku insan biasa tiada yang istimewanya!

Jika ada… Aku mahu disisi Tuhanku…menjadi hambaNya yang diredhai selalu…
Jika ada… Aku mahu senantiasa dalam pandangan rahmat dan kasih sayangNya..
Jika ada… Aku mahu menjejak syurgaNya bersama insan-insan yang ku kasihi kernaNya…
Jika ada… Aku mahu sentiasa dalam ketaatan kepadaNya dan sentiasa bertaubat padaNya
Jika ada… Aku mahu mencintaiNya setulus jiwaku dan mencintai insan-insan yang mencintaiNya
Jika ada… Aku mahu langkahanku hanya tertuju padaNya, dunia dan akherat dan saatnya nanti memandang wajahNya di sana…

Astaghfirullahal’azim…Aku hanya hamba! Yang mahukan itu dan ini…tapi bekalku apa???

Bila tulisan entah apa-apa...
Pun boleh jadi nukilan rasa...

~dzatuun_nithaqaini~ 12.25p.m  : 130614

p/s :Ada ke perkataan "ekspretasi" tu? xpasti ejaannya begitukah? atau aku yang salah dalam mengaplikasikan perkataan..?



Thursday, June 12, 2014

Menyingkap tabir hikmah!

Saat saya mendengar dan mencatat...


Kalau hati kita bersih, kita boleh rasa dan mudahnya untuk kita fahami apa yang tersirat dalam takdir kehidupan kita. Hati lebih bersih dalam keadaan kita diuji dengan kesusahan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan. Baru kita rasa semua perkara yang Allah beri tu sangat baik untuk kita.

Siapa yang boleh membersihkan diri kita? Siapa yang boleh memuliakan kita, siapa yang boleh mengangkat kita? Siapa yang boleh menghinakan kita? Siapa yang boleh mengubah dan memperbaiki diri kita?

Segala apa yang berlaku dalam hidup kita, kenapa..kenapa dan kenapa? sebenarnya ia adalah pakej tarbiyah daripada Allah.. supaya kita lebih bersih, supaya kita dimuliakan oleh Allah, supaya kita diangkat oleh Allah, supaya disucikan oleh Allah dan ditambah keyakinan oleh Allah dll lagi…

Sesuatu yang tidak terkait dengan Allah semua perkara itu adalah sia-sia, tidak membuat kita dekat dengan Allah dan tidak membuat kita menyungkur sujud kepada Allah itu semua sia-sia walaupun kita singkap hikmah disebalik setiap perkara, seperti mana orang-orang barat yang menyingkap tabir daripada setiap masalah yang mereka alami, teori motivasi yang mereka cipta selagi tidak membawa kepada Allah makanya ia adalah sia-sia.

Kisah Asiah dan Firaun, suatu pembuktian dimana, tiada alasan untuk kita JADI BAIK walaupun dalam suasana dan disamping orang yang tidak baik!

Kita selalu menjadikan alasan tertentu  yang membuatkan kita jadi stress, sepatutnya kita perlu atasi alasan tersebut untuk tidak tunduk kepada alasan itu. Contoh alasan ‘period’ penyebab stress.

Ibnu Atha’illah : Al-Hikam (mesti dapatkan buku nie…) saya tahu kitab nie bagus untuk dimiliki, tapi sungguh saya belum terbuka hati untuk membelinya selama nie bila saya terjumpa kat kedai, kali nie In shaa Allah kalu jumpa saya sambar  trus!

Pernah tak kita bertanya pada diri kita sendiri tentang..

Siapa yang lihat kita 24 jam sehari? Siapa yang sentiasa memerhati kita? Siapakah yang selalu mendengarkan kita? Siapa yang pelihara kita? jawapannya Tak lain tak bukan..Hanyalah Allah!

Sebab itu kalau nak mencari tarbiyah yang terbaik pakej tarbiyah yang terbaik, sebenarnya segala yang kita lalui setiap saat dan detik , suka dan duka senang dan susah hatinya, semua itulah pakej tarbiyah yang terbaik daripada Allah Azzawajalla…

Ketika itulah kita dibersihkan, ketika itulah kita diangkat oleh Allah, ketika itulah kita dimuliakan, ketika itulah kita diberi keyakinan oleh Allah Taala.

“Ya Allah ya Tuhanku, walaupun perkara ini sesuatu yang aku tak suka untuk berlaku, tetapi sebenarnya inilah perkara yang Engkau sedang bersihkan aku, sedang mengangkat martabatku disisiMu, sedang memperbaiki diriku dan sedang menambah keyakinanku.”

“Wahai Allah kurniakan pada hati ini ketaqwaan, Wahai Allah bersihkanlah hati ini, kamulah yang terbaik sekali dalam membersihkan hati…”

Saat manusia belajar ‘redha’ terbukalah segala pintu kemudahan…

Sepatutnya manusia berfikir tentang sesuatu yang Allah akan tanya pada diri kita di padang mahsyar nanti bukannya kita fikir persoalan yang Allah takkan tanya.

Dalam kita berhempas pulas mencari jalan untuk menyelesaikan satu masalah yang sedang kita hadapi, sebenarnya Allah sedang mengeluarkan ribuan masalah yang jauh lebih dasyat dan lebih gerun yang bakal kita hadapi saat di akherat kelak.

Banyak benda yang kita tak tahu, sedangkan Allah tahu… Dalam setiap tabir kehidupan insan!

   Rakaman Usrati IKIM.FM

~Ustazah Norhafizah Musa~