Astaghfirullahal a’zim…
Aduhai diri…apa yang tak kena
dengan kamu hah??? Bila digertak sedikit dengan makhluk yang bernama manusia
kenapa kamu begitu lemah??? Kemana hilangnya keyakinanmu bahwa kau ada Dia?
Atau kau sememangnya pengecut yang hanya berlakon sebagai pemberani? Kononnya
pemberani yang berani mati dimedan perjuangan. Namun perjuangan apa yang kau
sedang perjuangkan kini? Kau sendiri melawan sepi sendiri… tiada lagi teman
taulan tuk kau sandarkan seperti selalu tika kau berada di daerah itu. Ya
daerah pejuang-pejuang kebenaran yang kau sanjungi. Kini saat kau sendiri, kau
rebah kau jatuh sendiri tiada siapa peduli lagi…walau dulu sekalipun kau tak
pernah dikenali apatah lagi kini. Tapi sebenarnya kau memang tak pernah berubah
sejak dulu..kau tak pernah jadi pemberani seperti mana yang kau impi. Kau
selalu di daerah sepi yang kau cipta sendiri, walaupun kau bersama pemberani
belum tentu kau jadi berani! Kau bukan pejuang kebenaran, tapi talam dua muka
,3 atau 4 yang kau sendiri tak pasti tentang itu barangkali.
Hei diri!!! Kau masih belum
sedarkah? Dirimu tak bermakna dan tak berharga buat siapa-siapa pun.. kecuali
untuk kamu sendiri! Jika kau lupa lalai dan leka tentang tujuan penciptaanmu ke
dunia pasti kau akan terus alpa dan terjerumus jatuh ke ‘neraka’ dunia. Dan
sekalipun kau ingat belum tentu juga bawa kau ke syurga yang kekal nun di sana,
andai dirimu tetap juga begitu, lemah dengan manusia dan selalu bergantung
harap pada manusia! Segalanya atas diri kau sendiri kau sepatutnya tahu itu,
tapi satu yang kau kena ingat kau ada Dia!
Bilamana kau digertak manusia kau
mudah hilang pertimbangan ,kau hilang keyakinan dan kau selalu kecundang
menghadapi karenah-karenah manusia yang penuh keegoaan. Kau seringkali menangis
bilamana menghadapi keadaan yang buat kau bengang, yang buat kau terdunduk
kekakuan yang buat kau lemah kelesuan. Walhal kau tak pernah nak menitiskan air
mata taubatmu seperti mana air mata yang menitis dek kau merasa benci dan marah
kepada manusia. Dan kau tak pernah kecut dan takut dengan kemurkaan Tuhanmu
seperti mana kau takut dan kecut dengan gertakan manusia yang buat kau hilang
keyakinan dan merasa rendah diri yang bersangatan. Padahal kau tak pernah nak
merendah diri dihadapan Tuhanmu yang Maha Dekat dan selalu ada untuk kamu!
Aduhai diri rupanya kau juga ditimpa penyakit
hati yang kau sendiri sudah tahu perihalnya, Cuma kau belum tahu bagaimana tuk
mengubatinya? Adakah begitu wahai diri? Tapi bukankah sepatutnya telah kau
temukan penawar bagi penyakit itu? Bukankah telah kau temui penawarnya???
Kenapa duhai diri seringkali
manusia yang kau cari? Pada manusia yang kau sering berharap? Kepada manusia
kau sering tagih perhatian? Dan kepada manusia juga kau letakkan cinta melebihi
cintamu kepada Tuhanmu… Ya! Kerna kau manusia… sering lupa dan leka malah alpa
dan lalai dengan tujuan penciptaanmu, bukan begitukah duhai diri??? Alasan yang
selalu kau ungkapkan…walhal tak pernah sekali kau cuba tuk mengatasi masalah
yang kau cipta sendiri tetapi sebaliknya kau mengeluh, mengadu kepada manusia
akan masalahmu dan berserah sepenuhnya keatas kebodohan yang kau maknai sendiri
dalam kamus kehidupan insan yang bergelar manusiawi…Tanpa pernah kau
bersungguh-sunguh bergantung harap pada yang selayaknya…Allahurabbi!
Astaghfirullahal a’zim…penulisan ini
terhasil saat saya teringat peristiwa2 yang membuat saya rasa geram dengan
insan bergelar manusia dan diri saya sendiri… dalam situasi-situasi yang saya
gagal hadapi dengan baik dan keadaan-keadaan yang saya rasa diri ini sangat
lemah! Atas kejahilan diri sendiri, juga atas keegoaan orang lain ataupun kejahilan
manusia lain yang sangat menyakitkan hati…
Yang sebenarnya juga ia adalah monolog
hati yang sering bermain rasa sendiri, perasaan-perasaan yang kadang sukar tuk
di mengerti dan sukar tuk diluahkan menjadikan saya bukan seorang yang suka
berkongsi cerita dengan insan yang namanya manusia, yang menjadikan saya bukan
orang yang mudah berkata-kata melalui bicara lisan, kerana saya tak pandai
menggunakan intonasi dalam meluahkan rasa di jiwa…jadi saya memilih untuk
berdiam, tetapi dalam hati siapa tahu??? Gejolak rasa yang saya sendiri tak mampu
tuk mengerti…dan tak sanggup tuk diluahkan kepada insan yang bernama manusia
juga kerana bimbang mereka tak mampu tuk mengerti, jadi selayaknya juga pada
siapa lagi tempat tuk saya mengadu dan bergantung harap??? Melainkan Dia…Allahurabbi!
No comments:
Post a Comment