Bismillahirahmanirahim…
Alhamdulillah..masih
diberi kekuatan tuk menulis setelah lama ku pandang sepi 'lappy' nie yang
tersadai kat atas meja ‘study’ yang baru dibeli.. asalnya beli meja study dan
rak buku nak tambah minat menulis dan
cambah keinginan untuk menulis, tetapi sebaliknya semenjak dua menjak
nie tak banyak pula rasa saya nak menulis tu hadir. Menanti-nanti ilham
menjelma tuk di perhalusi, tak kunjung tiba juga andai tak memaksa diri untuk
menulis.
Saat ini saya menulis kerana apa? Pasti ada
sebab yang merangsang saya untuk menatap papan kekunci dan skrin laptop nie
yang telah saya tetapkan mode ‘sleep’ sebelumnya. Sekarang saya rasa macam nak
bercakap dengan seseorang yang mahu mendengarkan celoteh saya dan ingin meluah
rasa dijiwa yang lama sangat terbuku dalam hati dan terpendam dilubuk nurani
yang paling dalam. Entahlah siapa orangnya yang saya bakal berkenan dihati
untuk meluah rasa itu. Namun rasanya saya tak tahu pada
siapa yang harus saya luahkan rasa dijiwa ini dan sebenarnya pun saya tak tahu
apa yang bakal nak saya luahkan. Hurm… seperti dulu..biasa begitu saya
seringkali teringin berkongsi cerita dan berkongsi rasa dengan seseorang, namun
saya tak pernah tahu siapakah orang yang berani saya berdepan dan meluah kata
sepertimana hati saya ingin mencurahkan rasa itu. Walaupun ada sebahagian
insan-insan pilihan yang saya rasa mahu meluahkan pada mereka, tetap juga saya
takkan mampu tuk menutur kata dan menyusun bicara pada mereka.
Kadang terasa
nak menelefon sahabat-sahabat yang jauh dimata, tapi bimbang sekali mengganggu
mereka. Bukan mahu meluah rasa pada mereka, Cuma sekadar mahu mendengar suara
dan bertanya khabar mereka tapi tetap saya tak pernah melakukannya dengan
alasan yang saya cipta sendiri, mereka sibuk dengan kehidupan seharian mereka
tak perlu nak mengacau lah. Dan ada sebahagiannya saya sering menghubungi
mereka tetapi tak pernah lama kerana alasan yang sama, mereka sibuk dengan
urusan mereka, jadi apa halnya saya tuk menganggu mereka dengan urusan yang
tidak penting. Dengan sahabat sendiri pun sudah sebegitu rupa, apatah lagi
dengan insan lain yang pernah hadir di sisi kehidupan saya suatu ketika dulu.
Ya insan-insan pujaan hati saya yang pernah menjadi sumber inspirasi saya suatu
saat dulu, insan-insan itu juga punyai kehidupan sendiri sekarang, apalah
pentingnya saya nak mengganggu kehidupan mereka yang entah mengingati saya lagi
atau tidak, insan hina yang tak pernah mesra dengan orang lain ini, insan jahil
yang penuh dengan prasangka itu dan ini, yang tak pernah mahu dekat dihati mereka-mereka yang saya ingin
sekali dekati, hanya kerana bermain perasaan sendiri.
Dan ada juga
insan yang saya kenali tak pernah mengenal rupa, tetapi tetap berhubungan
hingga kini meskipun hanya sekadar mesej ‘salam 3alayk’… kami tetap menyapa sekali
sekala, ye walaupun tak pernah berjumpa dan hanya sekali seingat saya kami
bercakap melalui telefon di awal perkenalan kami. Pada dia juga kadang saya
mahu berbicara banyak, namun saya tak pernah kenal dia itu insan yang bagaimana?
Jadi malu sendiri bila mengingatkan soalan-soalan ‘bodoh’ yang saya pernah
ajukan kepada dia. Tapi tetap sahaja dia tak pernah jemu melayan, tapi saya
sendiri yang seakan kecewa kerana sepertinya persoalan yang selalu bermain
difikiran, siapa dia? Yang kadang buat saya merasakan dia hanyalah sebuah mimpi
atau fantasi? Entah…fantasi yang selalu saya garap dalam ‘novel’ harapan saya
yang tak pernah ternukil… Dia seorang akak yang saya kenali di blog ini… pada dia juga saya masih malu tuk meluah rasa dijiwa dan berkongsi
ceritera kehidupan saya rasanya tak perlu pada dia walaupun sekali sekala saya ada melontarkan soalan 'kurang matang' dengan usia saya sekarang, hihi..
Tapi kenapa nak serabutkan
kepala orang lain dengan kisah saya yang tak menarik nie...?
Saya cuma mahu
berteman, seperti waktu dulu kerna sungguh sendiri ini sangat meletihkan jiwa, kerna jiwa ini tak pernah lunak kepada Tuhan penciptanya. Saya ingin sesekali duduk bersama seseorang tuk bercakap suatu perkara yang boleh mengingatkan saya
pada Tuhan..yang boleh menjentik rasa dalam benak fikiran tuk berfikir tentang
perkara yang boleh membawa kebaikan tuk diri dan ummah dan menyentap rasa
dijiwa yang telah lama merana. Atau sekadar duduk bersama tanpa kata tapi hati
dan jiwa tertaut pada Dia, itu juga indah andai bisa terjadi, tapi adakah insan
seperti itu yang bisa saya ketemu? Atau
adakah mungkin saya bisa menjadi insan sepert itu…? saya pun tak mampu... jadi kenapa nak mengharapkan sesuatu yang saya tak mampu beri kepada orang lain, dan mengharapkan mereka beri kepada saya? samalah, seperti mana saya tak mampu memahami orang lain, kenapa saya harapkan mereka tuk memahami saya???
Haiya…bukan nak
bicara soal ini, tapi tetap saja itu yang saya rasakan sekarang,
penyesalan-penyesalan waktu dulu dan harapan-harapan yang entah kemana dan pada siapa…? Astaghfirullaha’azim…
10.34 p.m
211114
No comments:
Post a Comment