Astaghfirullahal’azim…Kondisi Hati!
Bismillahirahmanirahim… sekali lagi setelah sekian lama rasa tak
menulis… sungguh saya hanya ingin menulis kerna dah lama sangat rasa nak
menulis tapi asyik menunda-nunda waktu sendiri. Sangat malas nak buka laptop setiap
kali kat rumah… kat tempat kerja pun sama mood sungguh sangat tidak membantu
untuk menulis. Walaupun selalu rasa nak menulis tu datang tapi tetap saya
abaikan..entah mungkin kerna kondisi hati nie kot…masih sakit! Ye sakit yang
tak tahu bila akan terubat! Sakit apa? Hati!!!
Hati yang selalu mencari selain Allah untuk mengubati sakit
hatinya…so camne nak terubat hati tu???
Itulah…so, camne? Hati nie sangat sakit bile memikirkan kondisi hati
sekarang yang seakan takde hati… sungguh jauh sangat hati ini…nak gapai balik
pun tak tahu cara mana yang selamat untuk sentuh hati tu.. sungguh saya sangat
sakit, getting worst! But saya tak nak terus bertahan menahan sakit
nie, saya masih nak melawan rasa sakit ini, tapi sungguh saya tak tahu
bagaimana???
Melawan perlu kan? untuk hilangkan rasa sakit tu berbanding bertahan
dan melayan rasa sakit itu yang akhirnya hanya menambah buruk kondisi hati!
Betapa banyak keajaiban dan rahmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang
bersabar dalam satu-satu ujian yang menimpanya kan? Tapi kondisi saya lain…saya
tak boleh terus bersabar dengan sakit ini, kerna ini sakit hati! Ya..sakit
hati! Saya harus terus melawan tapi sekali lagi saya katakan sungguh saya tak
tahu… bagaimana?
Ya kerna saya tahu hati saya sedang sakit makanya saya cuba untuk
mengubatinya, tapi tetap sahaja saya tak tahu
bagaimana caranya. Ya saya telah kenal pasti puncanya yang saya sendiri
tahu dan Allah lebih2 lagi mengetahuinya… sebenarnya setiap kali saya melawan,
tetap kalah diakhirnya..kesakitan yang tak pernah hilang…ia kembali merasuk
hati dan menyerang fikiran saya sehingga kadang buat saya berputus asa untuk
melawannya!

Walaupun saya katakan betapa sakitnya kondisi hati saya ini, tetap
sahaja saya masih berbicara seperti in kan? Sakit apa sebenarnya hati saya ini?
Sepertinya tidaklah seteruk kanser dan penyakit lain yang tak boleh diubati tetapi
kesannya lebih teruk…Ye sememangnya ia lebih teruk daripada itu kerna sungguh
sakit ini saya tak tahu jangka hayatnya
dan bila kematian itu akan menjemput saya daripada sakit yang melanda hati ini.
Kerana ia bertahap, kadang pulih dan kadang semakin merebak, cumanya saya tak
berharap saya mati dalam kesakitan ini. Kerna jika ia berlaku maka saya
tergolong dalam kalangan orang yang rugi…
Penyakit apa sebenar-benarnya yang melanda diri saya ini?? Saya tak
mahu berlindung lagi dengan persoalan ini, sebenarnya saya tahu saya sedang
sakit tapi saya bertambah sakit bila memikirkannya kerna sebenarnya umat ini
sedang dilanda penyakit ini, dan bukan saya satu-satunya…saya tahu itu!
Ye sakit yang satu itu..yang sedang menimpa umat Muhammad! Yang
Rasul kita khawatirkan pada umat akhir zaman ini… Ya ia sedang menimpa diri
saya dan malah kebanyakan daripada kita… sakit hati, hati sakit! Sakit apa???
CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI….
Sungguh saya sedang ditimpa kecintaan kepada dunia yang menawarkan
bermacam kehendak nafsu untuk dituruti. Dunia yang sempadannya akherat sedang
dipisahkan dengan suatu kepastian yang satu iaitu Kematian! Tapi sungguh saya
sangat takut untuk mati tika ini kerana kecintaan saya pada dunia melebihi
kecintaan saya pada akherat, jadi macam mana saya mahu berlapang dada dan
merasa aman dengan kondisi hati saya yang sedang sakit ini???
Siapa sanggup ke neraka??? Semua orang mahu ke syurga kan??? Jadi
bagaimana??? Dengan penyakit itu agaknya kemana kita???
Sekali lagi…saya tanyakan, bagaimana???
Walaupun sebenarnya jawapannya telah ada…
Tapi tetap sahaja kita yang selalu lupa! Leka dan alpa dengan ‘dunia’ yang kita ‘cipta’
sendiri!
‘Pesakit hati’
11.54 p.m
110814
teratak bonda
No comments:
Post a Comment