Sunday, December 23, 2012

YANG MANA SATU..???


jeng..jeng..jeng...

KETIKA PUISI BERBICARA
PUISI KASEH
PUISI CINTA
TINTA PUISI
TINTA ALAM
TINTA HATI
BICARA QALBU
TINTA QALBU
PUISI QALBU
NUKILAN HATI
NUKILAN KATA
ALAM PUN BERBICARA
JEJAK PUISI
MENUKIL KALAM
INSPIRASI HATI
INSPIRASI QALBU


haha..berangan sekejap...tajuk mana ye yang sesuai??? hurmmm...

Thursday, December 20, 2012

Sahabat Hingga Ke Syurga...


Mia menghantar mesej rindu dan sayang buat sahabat-sahabatnya yang jauh di mata namun selalu dikenang dalam setiap  titip doa rabithah yang menjadi penutup diakhir tadahan doanya. Seorang demi seorang sahabat yang pernah dulu mewarnai kehidupan kampus hijaunya dulu dilayangkan kata-kata rindu. Memang niatnya mahu mengganggu ingatan sahabatnya, adakah benar seperti yang dikata? Sahabat hingga ke syurga...Friends forever? Itulah kalam indah yang sering mereka lontarkan dulu tatkala tika bersama.

“Salam sayang sahabat, apa khabar iman dihati?  Maaf, lame tak tanye khabar, tak ber tegur sapa di fb or kirim khabar tentang diri (coz takde yang tanye pun..huhu). saje nak melayangkan kalam sayang dan rindu buat sahabat, sebab...jarak antara kita semakin membuat ukhwah itu semakin hambar.... bukan salahkan ukhwah kita tapi hakikat iman dihati ini yang makin pudar barangkali.... Sendiri kini buat diri makin alpa, tak de orang nak tegur, takde orang nak cerita, takde orang nak ketuk hati ni.. buat diri yang jauh makin jauh dirasa...tahu Allah selalu ada! Tapi tetap nak rasa yang sahabat tetap disisi... sekali lagi maaf, mesej yang panjang2 nie Cuma nak kata...saya rindu kamu!”

Mia tak mengharapkan balasan dari sahabatnya itu, namun satu persatu mesej menyusul dari sahabatnya yang kejauhan, ada juga yang tak berbalas...namun Mia yakin sahabat-sahabatnya pasti merasai perasaan yang sama...Cuma bagaimana cara menghadapinya yang berbeza pasti mengikut tahap iman dihati...

“Salam Mia...rindu kamu juga...mood rindufillah...”

“Mia, saya pun rindu Mia jugak. Rasa sunyikan? Tulah nak wat camne, adat pertemuan pasti ada perpisahan..yang pasti sahabat tetap dihati, hehe.”

“Sama je kita Mia, huhu, ana tiap2 malam sebelum tidur, hujan dulu air mata, tak tahu nak mengadu kat manusia macam mana, takut orang lain tak faham kita cerita...”

“Rindu akak juga...akak ada kat mana sekarang?”

“Allah..Allah..Allah... Kak Mia...saya pun sebenarnya rasa apa yang akak rasa..sesungguhnya kita sumua dalam perjuangan...perjuangan iman dan kufur...akak...apa yang kita dapat buat ye..hurmmm...”

“Salam sayang..hp dah tak leh on da, so takde  no. Yang lekat, sape mesej itulah no. Baru yang saya ada, maaf sangat2, siapakah gerangan yang sedang merindu ni?”

Mia hanya mampu tersenyum dengan kehadiran mesej dari sahabatnya itu, yang perlu dibalas, dia membalasnya...sekadar rasa hati yang ingin dikongsikan bersama sahabatnya, mereka masih tetap setia disisi walaupun bukan jasad yang menemani, namun ruh perjuangan yang pernah sama dirasa suatu ketika, masih mampu menyemarak rasa sebuah persahabatan walau tak bersama lagi dalam kebersamaan yang dulu pernah mewarnai kehidupan di alam kampus di universiti tarbiyah hijau itu!

Sungguh! Ingin sekali Mia mengalunkan lagu buat sahabat-sahabatnya, namun kerna dia tahu suara nya pasti sumbang di kedengaran, maka Mia hanya mampu mendedikasikan lagu ‘sahabat’ untuk sahabatnya...“Dengarkanlah apa sahaja lagu, melodi dan iramanya serta liriknya yang bagus-bagus (hihi..), ianya pasti untukmu sahabatku...”Mia monolog sendiri.

Tapi masih ingin Mia menyusun kata buat tatapannya sendiri... dia mengadaptasikan lagu hijau daun(suara ku berharap)  yang di ‘edit’nya sedikit... melodinya best! buat Mia ingin turut sekali menyanyi dengan liriknya sendiri...

Disini ku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu..masih tanpamu... sahabat!
Bila esok hari datang lagi
Ku cuba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu... meski tanpamu...sahabat!
Bila ku ingat memori indah tika bersama
Menatap gambar lama hanyalah penawar
Ku dapat tertawa ,  menangis dan merenung
Ditempat ini aku bertahan...
Sahabat..
Dengarkanlah aku...
Apa khabarnyadisana sahabatku?
Masih berharap... dihatinya ada aku...
Sahabat hingga ke syurga!
````````````````````````````````````````````````

Tuesday, December 18, 2012

Ilham dari Kalam Ilahi..



Duhai Kalam...berbicaralah!


Apakah engkau tidak memperhatikan, bahwa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturkannya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkannya  tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikanNya hancur berderai-derai. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal sehat.                                               
 (Al-Zumar : 21)




Duhai langit yang menurunkan hujan, lalu menjadi sumber air di bumi, bagi setiap  haiwan, tumbuhan dan manusia, ajarkan aku untuk  berfikir... tentang kekuasaan dan kebesaran Tuhanku... SUBHANALLAH!


Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan, dan tanah yang buruk, tanaman-tanamannya tumbuh merana. Dengan demikian kami jelaskan berulang-ulang  tanda-tanda (kebesaran kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (Al-A’raf :58)




Duhai tanah yang menyuburkan pohonan, lalu mengeluarkan buah pelbagai warna dan rasa, ajarkan aku erti syukur...agar tidak menjadikan aku orang yang berpaling dari nikmat Tuhanku... ALHAMDULILLAH!


Sungguh, Allah yang menumbuhkan butir  (padi-padian) dan biji (kurma). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Itulah (kekuasaan) Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?             
 (Al-An’am : 95)



Duhai angin yang meniupkan bayu, lalu menjadi damai mahupun azab, ajarkan aku tentang hikmah... supaya akal sehatku mampu tuk mengimani setiap kejadian ciptaan Tuhanku...  LAILAHAILLALLAH...ALLAHUAKHBAR!


Dan Dialah yang menurunkan air dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang hijau itu butir yang banyak, dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan kami (keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu berbuah, dan menjadi masak. Sungguh, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.                                                        
(Al-An’am : 99)




Duhai Allah...
Pada langit, hujan dan air, tanah, pohonan dan angin...
Segalanya terdapat pelajaran dan tanda keagunganMu...
Sungguh perumpaan kehidupan dunia itu telah Kau rungkaikan...
Hanya pada air (hujan) yang membasahi bumi...


Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (karena air itu), diantaranya ada yang dimakan manusia dan hewan ternak. Hingga apabila bumi telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan  (tanaman)nya seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berfikir.  
(Yunus: 24)




LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH!


 Saat senja, azan pun bergema..

d_n
 131212
ampang

Saturday, December 8, 2012

Pencarianku...sekali lagi!




Dimanakah jalan yang harus ku lalui?
Di persimpangan ku keliru memilihnya..
Yang mana satu arah perlu kutuju?
Mencari diri dalam kegelapan nurani..

Dimana cahaya?
Suluhi daku yang samar dalam kegelapan
Pada dahan yang teguh?
Tempat tuk ku berpaut di belantara kehidupan

Kepekatan dosa telah menumpat di qalbu
Sinar iman seakan jemu tuk menapak lagi
Dek kekotoran yang memakan diri
Atas kesilapan yang menyergah sepi...

Aku ingi hati ini sedamai taman syurgawi
Yang tak pernah terbayang dan kujejaki
Namun tetap ingin merasakan itu yang mustahil
Rasa yang telah lama hilang di jiwa

Pengharapan hanya kepadaNya
Yang selayaknya ku meminta...
Astaghfirullah...dalam sedar ku terlupa..
Ku ada Dia...Allahurabbi!


d_n
Ipb
02/12/12

Jejak Hatiku...Sahabat ku Rindu!



Ya Allah… kini aku telah melalui fasa-fasa baru dalam hidupku dan bakal lagi meneroka pengalaman baru yang pastinya aku tak tahu bagaimana kisahnya. Bukan lagi kisah sebagai seorang mahasiswa sebuah universiti tempatan. Universiti Tarbiyah kecintaanku! Kini jalannya lebih payah lagi tuk kususuri, tambahan sendirian tanpa teman dan sahabat disisi aku rasa semakin goyah langkahku. Aku masih belum memasuki alam pekerjaaan yang sebenar, kerna masih dalam pencarian kerja yang tetap, sekarang masih kehulu ke hilir mencari sedikit wang saku, sekadar part time belum cukup untuk aku melangkah gagah.Aku perlu perkerjaan yang tetap dan mampu untuk meyara hidup, in shaa Allah, rezekinya ada dimana-mana, perlu untuk aku meneroka dan mencari, berusaha dan bersabar, berdoa dan tawakkal. Tika ini masih disini, dan aku masih mampu untuk sekadar hidup dan menambah baik diri! 

Dan sekian lama aku tak menulis, fb pun tak pernah update status, cuma mengintai di celahan masa yang ada, kisah-kisah sahabat dan membaca  status2 yang boleh memotivasikan diri yang sedang dalam pencarian diri yang baru. Membaca kisah2 mereka kadang buat hati tersentuh dan mahu berubah. Dan aku mahu mulakan langkah perubahan itu dengan tulus tanpa berganjak, bukanlah aku mahu berubah tanpa membuat apa-apa tapi teruskan langkah tanpa perlu menghiraukan halangan dan cabaran yang bakal ku tempuhi dan tak tergoda lagi dengan keindahan dunia yang fana yang selalu mengasyikkan hati dan terus menggoda nafsu tuk terus berkompromi dengan nya dan lantas menjerat aku sekali lagi kelembah berbahaya itu. Aku tak mahu kembali ke masa silam yang gelap dan terpesong langsung dari aqidah seorang muslim dan mukmin!

Sungguh malu pada Dia yang selalu memberi ruang dan peluang untuk sebuah pertaubatan dan sering aku memperolok-olokkan taubat tersebut, bermain-main dengan sebuah penyesalan dan taubat, walaupun bukan aku ingin sengaja melakukannya tapi terpedaya dengan keasyikannya yang menjebak aku kepada sebuah dosa yang berulang-ulang.Dan aku tak mahu terus-terusan bermain dengan sesuatu yang tak daya aku menolaknya, jadi aku harus teruskan langkah dan tak berpaling lagi pada kelalaian itu. Dan hanya padaMu Ya Rabb! Tempat ku meminta kekuatan untuk terus istiqamah dengan taubat dan hijrah diri kearah yang lebih baik..dan mendekatkan diri kepadaMu…

Dan saat bila mengenangkan kisah semalam yang suram…hati rindu tuk kembali kemasa bersama sahabat, dimasa awal mengenal erti hidup bertuhan..detik-detik suka dan duka dalam pelayaran sebuah perjuangan yang roh nya sangat menggentar jiwa, merindui detik-detik pentarbiyahan dan kuliah ilmu yang menyemarakkan rasa kecintaan terhadap perjuangan untuk meyemarakkan islam di kampus hijau dulu. Saat tika bersama sangat mengulit rasa rindu yang mencengkam sanubari insan sepertiku. Kerna di awal mengenal erti berjamaah, kami telah bersama mengharunginya dan merasai perit jerihnya, dan saat dalam kekeliruan  pasti ada sahabat yang akan menjernihkannya.  Sahabat-sahabat perjuangan yang dulu selalu bertemu dan menyapa, sering bergerak kerja bersama, ber'meeting dan berkuliah ilmu bersama, tidur bersama, merempit bersama, berjaulah bersama, berkem bersama, berdemontrasi bersama dan segala-gala kebersamaan yang pernah dilalui bersama sangat indah terasa tika itu

Namun kini, saat tak lagi bersama,  kerna pengakhiran sebuah perjalanan sebagai mahasiswa di universiti hijau itu kami bertebaran ke segenap pelusuk bumi tuhan, mencari rezeki dan menjengah pengalaman dan takdir berbeza! Sangat terasa kejauhan itu…sungguh terasa! Lama aku rasa menyepikan diri dari sahabat-sahabat, dan mereka juga lama juga menyepi dari hidupku… Bukan sengaja menjauh.. tapi sememangnya jauh..mereka terlalu jauh untuk ku bertaut dan kugapai… Sahabat…sungguh aku mendambakan kalian disisi selalu, namun itu takkan mungkin berlaku kerna setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan perpisahan ini sangat2 menguji kekuatan diri..bukan Ukhwah yang harus dipersalahkan tapi iman dalam diri yang goyah itu harus diperbaiki…

Dulu selalu saja mengomongkan Ukhwah Fillah, Friends Forever and 'whatever' the ever… namun aku tak dapat merasakan ruh tersebut tika berjauhan seperti ini, mungkin aku yang sering tertipu dengan omonganku sendiri tentang ukhwah dan sahabat… sering aku yang mengungkap dan menukilkan kalam tentang persahabatan dan ukhwah sedang aku tak begitu ikhlas dalam menghayati dan memaknai ertinya…Cuma rasa hati yang selalu aku permainkan dengan kata-kata yang disusun indah! Untuk siapa? Mungkin hanya untuk ku persembahkan pada mereka-mereka yang ku anggap sahabat, namun aku terpedaya dengan harapan dan keyakinanku sendiri… aku hanya bermain rasa barangkali untuk menyedapkan hati sendiri… bila berjauhan begini aku tidak merasakan ruh tersebut melainkan hanya kerinduan terhadap kenangan-kenangan lama tika bersama…ku sedar kini aku belum cukup mengenal mereka, aku belum memahami mereka dan masih banyak perkara yang tak ku ketahui tentang mereka yang kukatakan sahabat… aku tak pasti apa manfaat yang telah ku berikan kepada mereka dan bakti apa yang ku berikan kepada mereka? tiada apa kukira… tak seperti sahabat2 lain yang sentiasa memberi…kadang kata-kata yang berunsur nasihat dan motivasi, kadang yang memahami dan pelbagai sumbangan yang mereka hulurkan buat sahabat2 yang lain, tapi aku..apa adanya? Bicaranya tak petah, sumbangannya kurang menyerlah, dan tak pandai tuk memahami dan menasihati… bahkan tak cukup mesra dan payah tuk didekati… sungguh aku cemburu pada mereka yang memaknai ukhwah itu...

Oh ya..aku bukan maksum untuk tidak pernah melakukan dosa..aku manusia biasa cuma, yang kadang turun naik imannya… dan kata orang, kemanisan iman itu akan dirasai manis bilamana adanya proses turun naik iman…betulkah begitu? Tapi aku  tak mahu sesekali dan sekali lagi merasainya saat penurunan iman… ia malah menjadikan aku semakin jauh dariNya…kerna ia payah sekali untuk mengembalikannya, untuk naik dan bangkit semula dari kesilapan tak mudah andai tak didorong iman, teman dan Tuhan…

Wednesday, October 17, 2012

Graduasi bukan pengakhiran!

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Kesempatan yang diberi tika ini...dan nyawa yang masih kupunya tuk bernafas dibumi milik Tuhan ini... dan segala yang dikurnia Dia buat hamba yang banyak berdosa ini...Alhamdulillah!

Majlis konvokesyenku yang usai berlangsung 2 hari lepas juga menyaksikan selautan syukurku tak terhingga diatas segala nikmat dan kurniaanNya..walaupun aku selalu melupakan Dia saat-saat dunia mengaburi hatiku...

Namun perjalananku baru sahaja bermula...Mencari arah pulang ke destinasi yang selayak dan sepantasnya buat seorang hamba... Mencari dan harus sentiasa mencari... 

Graduasi bukan pengakhiran! Sekadar tiket untuk mencari kehidupan seterusnya...Tiket yang paling murah...atau tidak bernilai??? Ya..tidak bernilai disisiNya... 

Perjalanan ku kira masih jauh... namun sudah berapa kali aku tersasar dalam perjalanan hidupku menuju Tuhan...? Sudah berapa kali aku melahirkan kekesalan atas segala khilaf dan salah diri...Sudah berapa kali ku ulang-ulang pertaubatan nurani...???

Sudah cukup? sudah cukup cukup sudah...kah? Ye...sepatutnya sudah cukup, cukup sudah...untuk aku mengulang tayang dan memuhasabah diri atas kesilapan diri dan jadikan pedoman dalam meniti hari-hari mendatang... Namun belum cukup bagiku... menginsafi diri hanya dengan sendiri menyepi...? bahkan makin terus menyepi...bukan itu caranya aku tahu...tapi bagaimana?

Perancangan hidupku bagaimana? Pelan kerjayaku dimana? Situasi hidupku? segala persoalan muncul, bagaimana harusku urusi...Bila ku sedar diri ku tahu ku tak mampu bersendiri...kerna ku tahu ku perlukan Dia dalam menangani kehidupan ini...Kerna Dia yang selayaknya tahu tentang itu... Dan hanya Dia yang memberi seluruh kehidupan ini rezeki! Jadi bagaimana aku bisa menjadi tidak keruan bilamana memikirkan pertanyaan mereka tentang sudah bekerja? kerja dimana? nak kerja apa? buat apa sekarang?



Itu soalan biasa bukan? harus jawapan aku bagaimana??? hurmm...belum bekerja! tengah cari kerja!

Bidang pertanian...kenapa ini yang aku pilih? macam susah je nak dapat kerja...melainkan jadi usahawan! tapi nak jadi usahawan pun bukan senang! 'step by step'..insyaAllah  itulah...cita-citaku!

Sememangnya aku seorang petani ape, petani moden (nak sedapkan hati)! tanpa diploma...tanpa ijazah pun boleh 'what'...kenapa ambil bidang nie? emm...betul...dari kecil aku dididik bertani...tak banyak pun..cukup untuk makan dan ada lebih sedikit untuk dijual rumah ke rumah...dulu mase kecil aku tekad masuk 'u' keutamaan aku..jadi orang berjaya! impian budak kecik...mase tu tak tahu lagi..bidang ape2 pun.. Bila ditanya tentang cita-cita waktu tu...jawapannya..Peguam...Cikgu...Polis... skema jawapan biasa! walhal...tak tahupun cita-cita tu apa...? tak bercita-citapun tentang tu semua...cuma cerita!

Hurm...aku cuma rasa pertanian dekat dengan aku..tu jer...tapi aku tahu..Dia pasti ada jawapannya..kenapa Dia pilih aku untuk aku berada di situ...

Walaupun kadang-kadang tak ada beza pun aku rasa aku ambil ijazah atau tak... ye lah..bila orang tanya aku 'something' tentang pertanian..banyak yang aku tak tahu...belum cukup ilmu di dada!

Tapi sekurang-kurangnya aku ada 'pengalaman' tentang kehidupan walaupun tak banyak tapi adalah... pengalaman yang menemukan aku kepada sesuatu...dan pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan dan  mengenal Dia serta  menemukan aku dengan sahabat-sahabat dan insan-insan yang pernah hadir dalam hidupku, itulah pengalaman terindah! yang tiada dalam subjek akademik...pengalaman dengan alam!

'The road not taken!'



'Poems' yang aku ingat mase SPM dulu kot... seperti itu lah kehidupan! kita akan kehilangan satu sisi kehidupan diatas pilihan yang kita buat... bila kita pilih satu jalan ini, maka kita tinggalkan jalan yang lain... kita akan merasai suka duka dalam perjalanan yang telah kita pilih...dan kita akan kehilangan dan tak merasai jalan-jalan lain...dan orang lain pun sama...pengalaman yang berbeza! tak perlu dikesali atas pilihan hidup kita...yang penting cara kita menghadapinya bagaimana? Tujuan hidup kita semua tetap sama kan...Allah!  

Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita!




Sunday, September 30, 2012

Memori sebuah jejak ukhwah...


Baru-baru nie aku tiba-tiba teringat tentang seseorang…insan pertama yang aku kenal melalui perkenalan didalam bas diawal semester aku di upm…saat permulaan dia menegur aku…dia sebagai senior mesti ingat aku lebih muda darinya…tapi rupanya kami sebaya…dia yang mula menegur aku dan meminta no. telefon…adegan yang aku selalu impikan akan berlaku pada seorang aku sebelum menjejakkan kaki ke universiti… dan adegan yang aku masukkan dalam cerpen dalam karya aku yang masih tersimpan dalam folder ‘ilhami’…lama aku menunggu saat itu… 3 tahun sebelumnya…hanya harapan…dan saat terjadinya peristiwa itu…pada awal pertemuan aku selalu  mengharap agar ukhwah kami berpanjangan…rupanya takdir aku dan dia tak lama…aku sungguh tak pandai menghargai dan memaknakan ukhwah yang selalu aku omongkan…apa-apapun dia adalah sebahagian pencetus inspirasi kepada diri dan perubahan seorang aku… dia yang membawa aku mengenal satu erti yang tak kufahami…

Baru aku perasan, bila menulis tentang dia…rupanya usrah pertamaku di bumi UPM dengan dia…di surau kecintaanku…pertama kali aku dalam halaqah kecil itu…namun aku rasa dan pasti itu juga kali terakhir aku bersamanya dalam halaqah kecil tersebut…kisah pertama dan terakhir yang aku dengar dari dia tentang awal perkenalannya dengan islam, kisah dan detik pengislamannya, serta dugaan dan cabaran di awal dan saat dia mula berhijrah sampai ke tahap itu…

Dia yang pertama mengajak ku ke majlis ilmu ‘Kuliah Fiqh Wanita’ yang dianjurkan oleh PMIUPM ketika itu… dia yang pertama mengajak aku kesurau kolej ketika itu…diwaktu aku sibuk dengan persediaan kolej dalam acara kawad kaki pada awal semester bermula yang membuat aku sukar tuk berjemaah di surau… awal semester aku sangat ‘taat’ dengan arahan biro2 kolej yang banyak songeh… tapi dialah yang pandai ‘mencuri masa’ untuk bertemu dengan aku dan memperkenalkan aku dengan beberapa senior dan sahabat baru ketika itu…yang membuat aku jatuh cinta pada surau itu… pertemuan kami acap kali di surau itu atau kuliah fiqh. Dia juga yang menemukan aku dengan lebih ramai sahabat sehingga satu masa membuatk aku dan dia semakin jauh…entah mengapa??? Aku sendiri tertanya-tanya…kenapa begitu sikapku? Salah aku atau dia??? Yang aku ingat, mungkin kerana kami jarang bertemu lagi…pertemuan yang sekali sekala membuat aku segan dengannya…ditambah pula ketika itu aku telah menemukan insan yang aku kenali sebelumnya…dan mula menyertai grup usrah baru…tapi itu bukan penyebabnya kerana dia dan naqibahku saling mengenal, malah baik sekali…sungguh aku tak tahu penyebab sebenarnya..mungkin kerana aku orang yang lambat mesra…untuk benar2 mengenali hati budinya…

Sunggguh, aku tak ingat apa2 lagi tentang dia selepas itu melainkan pertemuan dan pertembungan kami di fakulti yang hanya bersalaman dan sepatah dua kata bertanya khabar…dan khabar tentang sakit yang dialaminya melalui seorang senior, dan dia habis belajar dan terus senyap…selepas dia hilang dengan kisah hidup dia yang aku tak ketahui…no. telefonnya hilang bersama dengan hilangnya nset ku…langsung baru2 ini aku tak pasti kisah benar atau sekadar mimpi…dan aku sendiri tak pasti dari mana seumbernya…aku dapat tahu dia dah kahwin dan mempunyai seorang anak…4 tahun berlalu begitu pantas…kadang aku tertanya…reality atau mimpi? Namun yang teramat pasti dia pernah hadir dalam kisah hidup seorang aku…menceria dan mengesani hatiku walau sekejap Cuma.. memori itu memberi keindahan, angan dan harapan yang pernah muncul dalam mencipta pengalaman hidupku…

Aku ingin sekali menulis cerpen tentang kisah yang pernah diceritakan dulu..yang masih teringat2 dalam memori rapuhku ini…dia memberi keizinan kepada kami untuk menceritakan kisah itu semula melalui penulisan atau pengkisahan..Cuma waktu itu aku tak pandai nak mengolah..sekarang pun masih mencari2 idea… sungguh ingin sekali menjalin ukhwah itu kembali… dan aku tahu…aku yang bersalah…bukan memutuskan…tapi kerana aku yang tak pandai mengeratkan…dan aku sungguh rasa bersalah…hanya ketika ini, kenapa sekarang aku mula memikirkan tentang dia? Kenapa tidak dulu…saat waktu dan peluang masih ada…kami bersama… hanya tika saat ini yang terlewat…ingin sekali menjejak ukhwah itu kembali…’ottoke’?

"Ya Allah dimanapun dia berada kini, tetap sahaja kami dibawah langitMu yang sama, pertemukan kami suatu saat nanti dengan pertemuan yang barakah, semoga Engkau sentiasa berkati dan rahmati dirinya dan keluarganya dengan rahmat kaseh sayangMu...limpahkan kaseh sayangMu kepada kami, hamba yang hina ini dalam menggapai redhaMu...tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang Kau cintai dan himpunkan kami bersama orang-orang yang Kau beri nikmat, petunjuk dan hidayahMu...". Ameen...
Sesekali rasa ingin menulis... tiada apa yang boleh ditulis... sesekali rasa ingin meluah tiada apa untuk meluah.. haha..sesekali menulis sambil menyanyi yang aku sendiri mendengarnya...sesekali menyanyi dengan nada berlagu semberono...sesekali mengarut..namun sesekali jangan dibiasakan... 

Ramadhan dah berakhir...Syawal pun dah menutup  tabir...menjengah pertengahan zulkaedah, kemana aku senyap sunyi tanpa cerita??? di fb hanya menjengah sekali sekala, blog langsung tak diupdate.. katanya ingin jadi penulis! tapi menulisnya kok enggak istiqamah??? haha.. mari bercerita...

Alkisahnya bermula...selepas seminggu raya..ku menjejakkan kaki ke Kluang atas permintaan kakak ke 5...menjaga anak buah disana selama 2 minggu...cukup 2 minggu, pulang kekampung pulak atas permintaan kakak ke 4 mintak ganti mengajar kat sek agama rakyat, katanya sampai bln 10, 2 hari sebelum konvokesyenku...ada lah duit poket sket..hehe.pasni sesungguhnya aku tak tahu lah kakak2 mana pulak nak panggil aku... tapi stop situ je kot, insyaallah aku akan jadi pembantu mak sepenuh masa sebelum konvokesyen  14 hb 10 nie... pagi2 kekebun tanam sayur, takpun aku buat apa2 yang patut kat laman depan rumah yang berserabut tu...buat landskap ke, tanam bunga ke... dan seterusnya aku kena pelan kerjaya aku lah...apply kerja yang selayaknya dan jangan berangan sangat nak kerja kerajaan n jadi pegawai pertanian tu je...kena cari inisiatif lain... semoga dipermudahkan dan ditunjukkan jalan. Nak jadi usahawan??? kena berusaha!!! 

Owh.. mari bercerita tentang penulisan...sebelum nie, aku dah mulakan mengedit tulisan2 aku dalam folder 'ilhami' yang disimpan dalam hardisk ku... saat ku asyik mengedit dan idea bertambah2 waktu itulah... masuk bab ke 4...tiba2 folder tersebut corrupted, makanya apa yang aku edit tu dah takdelah...so aku malas dah nak menulis...hu2, nak kena cari mood menulis balik.. memang tak de ciri2 penulis lah gitu...makanya inilah permulaannya...Namun aku sangat merasakan tulisan ini tidak cukup bagus untuk dipublishkan...

Okey...sekarang nak bercerita pula pengalaman mengajar selama hampir 3 minggu nie di sek. agama rakyat al-hidayah (s.a.r), aargh...di kampung sendiri...di tempat aku pernah sama berada di kerusi pelajar...menimba ilmu bersama teman dan guru. sememangnya..mengajar bukanlah pilihanku...aku takde pentauliahan untuk mendidik manusia...aku sangat takut untuk berdepan dengan manusia2 yang pelbagai karenahnya, sebab tu aku amik bidang pertanian..(kononnye) uruskan pokok lagi senang...  namun aku telah melalui fasa2 'ketakutan' aku pada bayang2 sendiri,  3 minggu sekejap cuma, dan aku bakal melalui fasa2 terakhir pengajaran, bulan 10 start perperiksaan akhir... habis periksa, aku pun habis mengajar, konvo...then, apa cerita seterusnya??? semestinya aku tak tahu bagaimana kisahnya nanti...

Sekarang kisahnya masih disini, berdepan dengan karenah anak2 kampung...bukan adik2 lagi...dah sememangnya pangkat makcik dah aku nie...mengajar anak saudara sendiri dan anak sepupu...kadang2 tersasul panggilan...'mak##'.. eh 'ustazah...'. kadang mengajar budak2 nie buat aku terfikir...dulu aku begini ke??? aduhai...rasa macam tak...budak2 zaman sekarang sangat2 aktif...tapi bezanya sangat terasa...bila melihat sekolah itu...kadang2 hadir memori lama...bersama teman2 sekolah dulu...teringat adegan kejar mengejar...lompat-melompat...panjat-memanjat...senakal2 kami, sebaik2 budak2 nie...hihi...ye ke? kadang2 bila tengok wajah2 mereka, mengingatkan aku pada wajah2 teman2 dulu yang ada iras...mesti adik si 'ni', or si 'tu' or anak buah dia kot..or anak dia kot...budak2 sekolah yang aku ingat2 lupa...kadang2 aku tertanya2  budak nie anak siapa ek, cucu siapa ye? generasi felda di tempat aku sekarang dan bercucu-cicit...jadi sememangnya aku kadang tak kenal waris2 felda nie...almaklumlah 7 tahun merantau..ngeh2...

Apapun...aku sangat kagum bagi mereka yang bergelar pendidik nie...mereka ada peluang dan ruang dalam pentarbiahan diri anak murid dan diri mereka sendiri...kadang ada sahabat yang bercerita tentang susah payah mereka dalam mendidik anak2 sekarang, mengadu dan meluah...kini baru aku sedar betapa sukarnya keadaan mereka...walaupun aku takkan melalui kesukaran seperti mereka, yang pasti lama berkecimpung dalam arena pendidikan...sebulan pun sudah cukup buat aku, sehari mengajar pun dah banyak kena muhasabah balik tentang salah silap  diri...kenapa begitu? kenapa begini? dulu...pernah dalam hati ada rasa nak menjadi seorang pendidik, tapi aku tahu tahap mana kemampuan aku...aku tak layak pun...

Bila ada peluang ini, mula2 aku tolak mase mula2 kakak tanya nak tak jadi guru ganti...? tapi sepanjang 2 minggu kat johor, banyak buat aku terfikir...dan banyak idea datang masa tu kalau lah betul aku jadi guru ganti nanti..nak buat tu..buat nie..pelan tu ...pelan nie...tapi setelah 3 minggu nie aku tak mampu pun laksanakan apa yang aku nak buat sebelum nie... meghadapi karenah anak2 murid buat aku lupa misi aku tu...tak pasti masih ada peluang tak...semoga diberi kekuatan dengan masa yang masih berbaki buat aku manfaatkan masa bersama mereka nanti...semoga ada hati-hati yang masih mampu dilentur tika masih muda renta nie..insyaallah! lembutkan hati2 mereka Ya Allah...dan hatiku juga...

Apa motif sebenar tulisan aku  kali nie??? aku belum dapat 'key' sebenar...ada sesuatu yang tak boleh nak disampaikan...entah...sememangnya lain daripada apa yang ada di benak hatiku selama nie...itulah akibatnya lama tak menulis...lame aku ambil mase nak menulis entry nie..bersambung2...ingat nak sambung lagi... tapi kena stop je lah kat sini...sungguh takde pengajaran dalam entry kali ini mungkin...'miane'...

Astaghfirullahal 'azim...

Tuesday, August 14, 2012

~Tazkirah Ramadhan~


Alhamdulillah...sekadar mahu berkongsi apa yang didengar usai solat terawih tadi... Ustaz ada kongsikan cerita.. 45 minit! Banyak yang ustaz ceritakan...tapi atas lemahnya daya ingatan hamba yang dhaif ini, okeylah kiranya 1 cerita dari 4 cerita yang boleh dikongsikan..he! Ceciter....

Alkisahnya bermula... tentang seorang khalifah yang hebat! Khalifah Harun Ar-Rasyid yang gemar mendengar nasihat dan meminta nasihat daripada ulama’ pada zamannya. Pada suatu hari...tatkala khalifah meminta untuk diberikan nasihat...lalu seorang ulama iaitu Sheikh Athollah (xpasti ejaan y betul, coz pada pendengaran hamba begitulah, kurang lebih bunyinya) telah berkenan memberikan nasihat. Maka syeikh pun memberikan nasihatnya yang berbunyi “ Sesungguhnya dunia ini tidak ada nilainya, melainkan nilai segelas air”. Maknanya apa..? begini ceritanya...

Disebuah padang pasir...yang tida bertepi seperti laut yang tak berpenghujung, seorang kaya telah berjalan dan berjalan tanpa hala tuju, rupanya dia telah tersesat di tengah padang pasir tersebut... tiada seorang manusia pun yang kelihatan ditengah-tengah padang pasir tersebut...maka dia dalam keadaan amat keletihan meneruskan perjalanan sehinggalah bertemu dengan seorang penjual air. Maka dengan keletihan yang amat dasyat...orang kaya tersebut meminta air kepada penjual tersebut. Namun kata penjual air, “ saya akan berikan air ini kepada Tuan tetapi dengan harga 5 juta, ada setuju?”.  Orang kaya tersebut tanpa membuang waktu dan melengahkan masa terus saja bersetuju dengan harga tersebut...orang kaya katakan..tambahan pula keaadaannya waktu tersebut sangat membutuhkan air. Lalu dibeli air tersebut dan diminum sepuas2nya sehingga hilang rasa dahaganya. Setelah itu orang kaya tersebut meminta penjual air menunjukkan arah dimana terdapat perkampungan atau daerah yang berdekatan, lalu penjual tersebut membawa orang kaya tersebut ke sebuah pekan yang berdekatan. Saat sampai sahaja ke pekan tersebut...orang kaya tersebut berasa hendak membuang air kecil...tapi dia tidak dapat memenuhi hajatnya tersebut. Lalu penjual air menawarkan penawar kepada orang kaya dengan harga 5 juta lagi... orang kaya bersetuju dan akhirnya dia berjaya membuang air kecil dengan sebanyak segelas... lalu begitulah yang dimaksudkan dari penceritaan diatas, orang kaya tersebut sanggup membayar sebanyak 10 juta hanya untuk segelas air...

Lalu setelah mendapat Maud’izzah dari Sheikh tersebut maka bergetarlah jiwa sang Khalifah yang dekat dekat hatinya dengan Allah... hati kita bagaimana???

Satu lagi kisah tentang Ibrahim Adham, selepas penghijrahannya dari seorang pemimpin yang kaya raya kepada manusia biasa yang hidup dalam kemiskinan, dikisahkan suatu masa Ibrahim Adham ingin memasuki sebuah tandas berbayar,namun  sebelum memasukinya dia berhenti dan menangis... lalau penjaga tandas tersebut bertanya, mengapa kau menangis? Apakan engkau tidak mempunyai wang dan mengingati zaman kekayaanmu wahai Ibrahim Adham?..lalu apa jawabnya???

“aku menangis bukan kerana kemiskinanku kini, tetapi...mengingatkan aku betapa untuk memasuki ketempat sehina inipun bayaran dikenakan...apatah lagi untuk memasuki SYURGA ALLAH???

Masyaallah...Maud’izzah dari orang-orang soleh! Kita dimana???

Ustaz ada menyebut tentang perumpamaan2 yang ada dalam Al-Quran...haiwan2 yang diumpamakan oleh Allah untuk membuat manusia berfikir...tetapi tak ramai manusia yang mengambil pengajaran... Manusia diumpamakan seperti haiwan ternakan, bahkan lebih teruk lagi malahan sesat, kenapa? Kerana mereka diberi penglihatan, diberi pendengaran diberi hati namun mereka tidak mahu melihat kebesaran Allah... mereka tidak mahu mendengarkan ilmu tentang islam bahkan hati mereka jauh dari Allah... seperti diumpamakan dengan anjing yang menjulurkan lidahnya jika kita marah atau mengatakan sesuatu kepadanya atau tidak melakukan apa-apa anjing tersebut tetap menjulurkan lidahnya... Anjing itu kotorkan pada pandangan kita...namun ia tetap makhluk Allah yang banyak disebut dalam Al-Quran... salah satunya kisah pemuda kahfi bersama anjing penjaga mereka.

Begitulah sedikit perkongsian yang sempat bertandang diingatan hamba...untuk manfaat diri sendiri juga...Insyaallah!

Astaghfirullahal’azim... 

~Taman Cempaka, Ampang~
          25 Ramadhan

"Ya Allah...Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku, ibu..ayah dan seluruh ahli keluargaku, jiran tetangga, guru2, sahabat handai, insan2 yang kukenali..seluruh muslimin dan muslimat, mukmin dan mukminat sekaliannya...Ampunilah kamia, Jauhkan kami dari api nerakaMu dan masukkan kami kedalam syurgaMu..." Ameen...

Thursday, August 9, 2012

RAMADHAN KIAN PERGI...

Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk hidup dibulan mulia ini berteman sekalian makhluk dimukabumi dan bumi bertuah Malaysia ini... Merenung kepada kejadian yang berlaku disekeliling mahupun di pelusuk dunia, di Jazirah arab..umat islamnya yang ramai namun masih saling bergaduhan... penindasan dan kezaliman yang berlaku, di negara maju tak kurang hebatnya... tetap dilanda  taufan, tsunami, gempa bumi dan banjir... Di Asia Tenggara yang terdekat dengan kita...dimana2 bencana berlaku..dimana2 penindasan terjadi... Indonesia dengan gempa dan tsunami, Filipina dengan bah besar, Kemboja dan Thailand dengan bencana dan penindasan...apakah petanda?

Sedang kita di bumi bertuah ini aman damai dari segalanya...itu yang dirasa...namun bagi sebahagian yang lain tak rasa apa... dan sebahagiannya yang sedikit mengambil pelajaran dari setiap kejadian, muhasabah atas segala takdir dan ujian...lalu menjadaikan mereka orang2 yang dekat dengan Tuhan...mereka lah orang2 yang beruntung...dimana kita?

Menghampiri malam2 terakhir ramadhan...10 MALAM TERAKHIR... dimana kita?  Masih istiqamah dengan terawihnya? Amalan2 dan ibadah siang dan malam?? Alhamdulillah....3x. atau sedang sibuk membuat kuih raya? Menjahit baju raya? Menghias rumah? Ber’shopping’ raya dan sebagainya??? Alhamdulillah juga kerna masih ada kita di mukabumi milik Tuhan ini...masih diberi peluang untuk merasai suasana setahun sekali ini..tapi tiadakah rasa terdetik dihati satu rasa??? RUGi??? Surau Masjid sudah pasti surut...

Mahukah kita bila berakhirnya Ramadhan menjadi orang yang CELAKA? Saat menjelmanya syawal yang sepatutnya kita kembali kepada Fitrah...namun apa yang kita dapat selain lapar dan dahaga sepanjang sebulan berpuasa???

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.

[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]

Kupasan hadith di link ini:


RaMaDHaN yang lalu kunukilkan sebuah puisi....

Ya Ramadhan…
Betapa ku pilu mengenangkan diri yang hina
Dalam keberkatanMu aku tersasar dari sebuah jalan
Sedangkan aku lalai terleka dengan enaknya belaian dunia
Ya Allah berikanku peluang tuk merebut malam2 terakhir ini

Andainya ramadhan sepanjang tahun
Beruntunglah diri insane yang terpilih Tuhan dalam kerahmatan
Namun bagi insane yang kealpaan tak bisa jadi apa
Berikanku ku pengampunanMu Ya Tuhan jauhkanku dari neraka
Kurniakanlah nikmat syurgaMu dan ampunilah aku…

Detik  tinggal Cuma sedetik tak perlu dihitung
Ramadhan bakal pergi, masihkah ada lagi ruang untukku
Merebut cintamu, merasai cintamu, merangkul segenap rindu…
Andainya ini ramadhan terakhir bagiku..pasti aku kecewa
Kerna aku hamba yang berdosa…

Ya Rabb temukan aku lagi tuk Ramadhan yang akan datang
Kerna tika ini aku masih jauh dariMu
Dekatkan aku padaMu agar aku merasai nikmat dan manisnya
Menjadi pencinta ramadhan tuk merebut cintaMu
Berikanku kesempatan ruang dan peluang tuk meraihnya…

d_n ( 22 ramadhan, 10.13 pm)

Namun kini...saat Ramadhan bakal pergi lagi...Ya Rabb! ampunilah hambamu ini...Aku tak mahu menjadi dikalangan orang2 yang celaka itu...Bantu lah kami tuk malam2 terakhir ini mencapai rahmat , redha dan maghfirahMu...serta pengampunan dosa...Lahaulawala quwwatailla billah...Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendakMu Ya ALLAH...

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan ini 'terakhir' buatku...


Alhamdulillah..telah sampai kita kepada bulan ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini... satu bulan yang paling dirindu oleh seluruh umat manusia, Bulan penuh kebaikan, bulan menjadi baik dan lebih baik dari biasa!

Bulan yang aku nantikan juga sekian lama, bulan yang aku inginkan diri ini menjadi lebih baik bulan yang aku harapkan aku mampu mengawal diri dari segala kemaksiatan diri, hati dan jiwa yang kotor ini. Bulan yang mampu menjadi indikator pengislahan diri dan bulan keampunan yang harus kumanfaatkankan.
Aargh!!! Kenapa aku mengharapkan bulan ini??? Bukan kepada Pencipta bulan itu sendiri??? Kenapa aku mengharapkan ramadhan sebagai jalannya??? Salahkah aku dalam sebuah pengharapan? Ya Allah andai aku salah ampuni aku...dan tunjuki daku jalan yang benar...

Adakah kerana keberkatan dan kemuliaan bulan ramadhan yang menjadikan aku menaruh harapan padanya untuk membantu aku melakukan perubahan. Bukankan aku yang perlu untuk berubah? Aku makin keliru dengan aku sendiri...tapi Ya Allah..jangan Kau kelirukan aku kerna kefakiran imanku dalam sebuah penilaian.

Tika ini aku sedang mencari info amalan bagi wanita haid ketika ramadhan...terutamanya 10 malam terakhir. Selama in aku keliru dan selalu sedih bilamana ‘period’ datang waktu 10 malam terakhir.. kecewa sangat2 coz  rasa macam Allah tak bagi peluang untuk diri ini bertemu lailatul qadr. Walhal tika itu sememangnya aku dalam kekeliruan yang nyata dan mencari alasan untuk tidak beribadah walhal Allah telah menjanjikan kebaikan untuk hambanya yang menghidupkam malam-malamnya bukan hanya sekadar di ramadhan sahaja dan bukan hanya dengan solat dan qurannya sahaja..zikir2, muhasabah dan doa masih boleh kita lakukan bukan???

kongsikan link pencarianku di:




Kerana kelemahan aku dalam mentafsir kekeliruan diri maka ramadhan ini aku takkan biarkan diri in keliru lagi..bahkan aku juga tak mahu kalian juga keliru..jadi ayuh kita muhasabah diri dan mengislah diri dengan amal dan ilmu... masih banyak amalan2 yang mampu kita lakukan dibulan ramadhan yang mulia ini...

Nak seribu daya ..taknak seribu dalih kan??? Syaitan dah dibelenggu tinggal diri kita yang masih berleluasa keatas diri sendiri... hawa nafsu yang selalu membelenggu takkan pernah terlepas jika kita selalu memaut erat padanya dan selalu melayan kehendaknya, melainkan kita sendiri yang mahu meleraikan ikatan tersebut dengan istiqamah dan mujahadah yang kuat. Nafsu harus dikekang bukan dituruti... bicara mudah ye? Tuk melaksana bukan susah pun.. hehe! Kena kuat sikit je... takkan selalu nak jadi lemah kan??? Bilakah lagi? Kalau tak sekarang..di Ramadhan ini... mungkin yang terakhir......

Ramadhan Kareem!!!

Ramadhan datang lagi...
Kali ini aku takkan biar ia pergi seperti  tahun2 yang lalu..
Pergi tanpa membawa aku bersama dalam lautan RahmatNya..
Pergi  tanpa meraih aku sama dalam keberkatannya..
Pergi tanpa menyentap rasa di jiwaku..

Ramadhan ini biar aku yang mara...
Membawa diri dalam naungan rahmatNya..
Meraih segenap barakahnya agar meresap pada hati
Biar aku yang bicara pada diri bahawa
Ini Ramadhanmu yang terakhir...

Ramadhan ini ku isyaratkan pada hati
Yang penuh dosa nan noda membelenggu
Agar kembali dengan sebuah pertaubatan nasuha...

Ramadhan ini ku tekadkan pada sanubari
Yang hilang dalam pencarian sebuah jejak kehidupan
Agar kembali pada haluan kebenaran yang diredhai Tuhan...

Ramadhan ini..
Masih dalam perantauan yang menyesakkan
Namun pada ramadhan ini kuharap pengislahan pada diri
Ku ingin menjadikan ramadhan ini yang teristimewa dalam hidupku...
PadaMu jua ku pohon petunjuk dan jalan tuk ku tuju dalam sebuah pertaubatan...

d_n
1 Ramadhan 1433

Wednesday, May 30, 2012

Sajak :Mencari Jejak Ukhwah

Mencari sesuatu yang aku tak pernah kecapi
Jejak demi jejak melangkah di bumi Tuhan, yang ku kuharap..
Ukhwah fillah bisa aku realisasikan demi meraih redha dan rahmatNya...

Mencari Jejak Ukhwah...

Yang selalu ku impikan
Saat dan ketika tak pernah padam
Dari ingatan kecil hingga dewasa kini
Ku masih berharap dalam sebuah pencarian
Dalam jejak-jejak kesamaran dan liku-liku kehidupan
Aku tak berpasrah hanya dengan takdir yang menyapa pada hidup
Yang aku dambakan dari pencarian jejak ukhwah itu bukan cuma insan
Namun yang lebih utama adalah erti disebalik kejadian dan sebuiah pertemuan

Ukhwah yang selama ini bermain dirasa tanpa dapat merasa
Adakah ia retorik semata yang sering dilontar oleh mereka-mereka
Asyik mendengarkan kata manis dari mereka yang mengkhabarkan tentang kemanisan
Tanpa ada cela dan nista yang merasuk jiwa dan raga mereka tentang kemanisan ukhwah itu
Apakah benar sebegitu rupa ukhwah yang mereka cipta? atau ia cuma mainan kata pemujuk jiwa?

Mencari dan terus mencari..
Menjejak dan terus menjejak..
Apakah akan ku temu ukhwah yang ku damba???

Memaknakan ukhwah dengan cara ku sendiri?
Atau mencari hikmah dibalik cerita dan pengalaman mereka?

Perlukah lagi aku omongkan?
Rasa dijiwa yang bergejolak tentang sebuah makna?

Penyudahnya aku simpulkan..
Dalam pencarian jejak ukhwah..aku menemukan Dia...
Bukan kah itu yang lebih utama?
Jejak-jejak kehidupan yang tak pernah aku sangkakan..
Wadah untuk aku sampai kepada Dia Yang Maha  Agung...


Ya Allah..apapun rasa hati ini...
Kau Maha Mendengarkan..Dan Kau Maha Tahu...
Yang terbaik buat hambaMu...

Namun ukhwah itu indah kan?
Segalanya... jika kerana Allah!

d_n
4.37 pm
*Terilham dengan tajuk tu..Mencari Jejak Ukhwah...he.
"Menjejak Ukhwah"

3/4/12 : 10.30pm

Mia 'mengedit' satu mesej yang diterimanya dari teman sekolah lamanya dulu...dah lama dia tidak mengganggu insan itu...entah kenapa hatinya selalu mengingat insan itu...niat dihati mahu berkongsi rasa yang entah apa-apa sejak dua menjak ini... ingin bertanya pendapat..tapi x mampu rasanya nak meluah kata...

“Tuhan, berkatilah akak yang ku kasehi ini, cubit aje pipinya kalo dia nakal. Tuntunlah dia ke jalan yang benar, tapi  jangan biarkan air mata jatuh di pipinya yang maniss itu ya. Kerna sebahagian semangatku ada di dirinya. Kuatkan  dia dalam apa keadaan sekalipun, salam sayang.” send...

“manis sekali kata-katanya, jangan bimbang..tiada air mata yang jatuh di pipi ini.. tapi deras  menghujani  hati saat ini. Ya Allah..hanya engkau kekuatan kami...”

“Allah..dalam hati ada hujan! Rahmat Allah tu...untung akak!”

“Haha, semua yang di uji Allah itu beruntung”

“Yup..tapi hati yang tak mampu menangis...sakitnya..tak daya nak sentuh hati..”

“Saat Allah tak berkehendak menguji, tak berkehendak hati menangis, janganlah dipinta2 dik, he,  bersyukurlah atas segala yang diberiNya”

``````````````````````````````````````````````
“Kak..hujan lebat!”

“masih hujan kah? Makan apa malam nie?”

“akak nie..hehhe..udah berhenti..takyah la layan mesej saya yang ntah ape2 tu...x makan pape lg..”
“hujan di bumi ke hujan di hati? He. Take care..makan la, nanti masuk angin perut tu..jaga diri..”

“Ye baik...tunggu masuk angin lu..akak tu da makan blum? Nanti sakit lagi..kan jatuh terhantuk dinding plak...berkecai plak nset..hilang lg no saya..huhu..uppss sory2.”

“mia makan la..akak xlapa”

“Akak..gurau je..jgn amek ati ek..xbest  r. Akak senyum sket eh.xlapa gak lg nie..”

“xde pa pe pun lah. Akak ok je. Xde amek ati ape..jaga diri leklok”

“he. Tau..akak kan baik! Ye dok?”

“ he, jumpa pun x lagi, mana tau akak ni baik... akak nie lanun paling ganas d muka bumi ni tau!”

“kalo dapat khabar akak dah xde, bile2 teringat kat akak, mia kirimkanlah fatehah ya!”

“Sape yang nak khabarkan kt saya kak? Well... semoga Allah panjangkan umur akak dan saya dengan umur yang berkat! Sebab nanti saya nak p cari akak..haha! muka lanun hati baik takpe...he. take care kak!”

Mia membelek-belek 'nset'nya... mesej dari insan itu yang masih disimpan kemas di dalam' inbox' dah lama dia tidak mengahantarkan mesej buat insan tersebut..entah kenapa dia takut untuk menghantar sekadar satu mesej bertanya khabar...takut tiada balasan...hanya doa yang Mia mampu berikan dia tak daya lagi mengharap...namun masih tetap berharap pada Dia yang selayaknya yang Maha mendengarkan hambanya yan lemah ini...Satu pintaku...temukan kami di SyurgaMu....
Bismillahirahmanirahim....alhamdulillah atas nikmat iman yang masih lagi bertaut pada hati ini yang  sedang keliru dalam sebuah pencarian...sudah lama rasa tidak menggunakan kata “pencarian” dalam penulisan aku. Alhamdulillah juga sekali lagi kerana disaaat  “mood” mahu menulis datang dan rindu untuk menghasilkan karya. Sementelah lagi aku baru menghabiskan bacaan “I WANT to be a writer” oleh ummu hani yang sempat aku beli pada pesta buku 2012 baru2 nie di PWTC. Membuat rasa membuak2 dada dan tangan mula gatal2 nak menulis...aku nak jadi seorang penulis! Insyaallah... walaupun kadang2 terasa tak layak tapi aku cuba untuk menidakkan perasaan tu..semua orang ada potensi..dan akan aku cungkil potensi diri ini.

Yang membuat aku gumbira..coz...saat aku sedang menggeledah hard disk ngan laptop burok aku nie..mencari2..saja-saja nak membaca nukilan y aku hasilkan dan cerpen2 lama yang disimpan yang aku ambil dari blog2 islamik yang aku suka ziarah dulu. Masih ada simpanan tu...tapi yang membuat aku bersyukur sangat dalam pencarian tu aku terbuka  folder “ilhami” yang aku letakkan hasil karya aku dalm tu..luahan2 rasa dan sajak yang aku nukilkan. Aku tak sangka ilhami yang aku tulis waktu zaman diploma dulu masih ada dalm folder tersebut...yang selama ni aku ingat dah hilang ditelan virus yang menyerang laptop aku dulu..memang ye..dah bertahun aku sangkakan ia hilang tanpa berharap akan ada lagi..sebab aku dah format kot rasanya pendrive y simpan folder tu...alhamdulillah maknanya laptop aku diserang virus berbahaya lagi la nie...biasanya begitulah kan? Well.aku harus bertindak cepat untuk kumpul balik dalam satu folder y baru...

Beduk diketuk...
Umpama beduk yang diketuk seperti itulah diri
Beduk jika tak diketuk takkan berbunyi
Diri kalau tak diberi maka takkan menerima
Pasti beduk itu manfaatnya untuk sekalian alam
Penanda waktu atau petanda sesuatu
Tapi diri..sepatutnya lebih lagi..
Tapi kadang selalu kena peringat
Sebab manusia itu mudah lupa...
   
*terilham selepas baca beduk diketuk oleh Ustaz Pahrol...alhamdulillah aku hampir mengabiskan bacaan2 buku yang dibeli masa pesta buku haritu..6 buah buku aku habiskan baca masa tengah l.i nie..huu..takde keje ek??so. manfaatkan masa yang ada...

Harus untuk sentiasa paksa diri untuk menulis...