Saturday, December 8, 2012

Jejak Hatiku...Sahabat ku Rindu!



Ya Allah… kini aku telah melalui fasa-fasa baru dalam hidupku dan bakal lagi meneroka pengalaman baru yang pastinya aku tak tahu bagaimana kisahnya. Bukan lagi kisah sebagai seorang mahasiswa sebuah universiti tempatan. Universiti Tarbiyah kecintaanku! Kini jalannya lebih payah lagi tuk kususuri, tambahan sendirian tanpa teman dan sahabat disisi aku rasa semakin goyah langkahku. Aku masih belum memasuki alam pekerjaaan yang sebenar, kerna masih dalam pencarian kerja yang tetap, sekarang masih kehulu ke hilir mencari sedikit wang saku, sekadar part time belum cukup untuk aku melangkah gagah.Aku perlu perkerjaan yang tetap dan mampu untuk meyara hidup, in shaa Allah, rezekinya ada dimana-mana, perlu untuk aku meneroka dan mencari, berusaha dan bersabar, berdoa dan tawakkal. Tika ini masih disini, dan aku masih mampu untuk sekadar hidup dan menambah baik diri! 

Dan sekian lama aku tak menulis, fb pun tak pernah update status, cuma mengintai di celahan masa yang ada, kisah-kisah sahabat dan membaca  status2 yang boleh memotivasikan diri yang sedang dalam pencarian diri yang baru. Membaca kisah2 mereka kadang buat hati tersentuh dan mahu berubah. Dan aku mahu mulakan langkah perubahan itu dengan tulus tanpa berganjak, bukanlah aku mahu berubah tanpa membuat apa-apa tapi teruskan langkah tanpa perlu menghiraukan halangan dan cabaran yang bakal ku tempuhi dan tak tergoda lagi dengan keindahan dunia yang fana yang selalu mengasyikkan hati dan terus menggoda nafsu tuk terus berkompromi dengan nya dan lantas menjerat aku sekali lagi kelembah berbahaya itu. Aku tak mahu kembali ke masa silam yang gelap dan terpesong langsung dari aqidah seorang muslim dan mukmin!

Sungguh malu pada Dia yang selalu memberi ruang dan peluang untuk sebuah pertaubatan dan sering aku memperolok-olokkan taubat tersebut, bermain-main dengan sebuah penyesalan dan taubat, walaupun bukan aku ingin sengaja melakukannya tapi terpedaya dengan keasyikannya yang menjebak aku kepada sebuah dosa yang berulang-ulang.Dan aku tak mahu terus-terusan bermain dengan sesuatu yang tak daya aku menolaknya, jadi aku harus teruskan langkah dan tak berpaling lagi pada kelalaian itu. Dan hanya padaMu Ya Rabb! Tempat ku meminta kekuatan untuk terus istiqamah dengan taubat dan hijrah diri kearah yang lebih baik..dan mendekatkan diri kepadaMu…

Dan saat bila mengenangkan kisah semalam yang suram…hati rindu tuk kembali kemasa bersama sahabat, dimasa awal mengenal erti hidup bertuhan..detik-detik suka dan duka dalam pelayaran sebuah perjuangan yang roh nya sangat menggentar jiwa, merindui detik-detik pentarbiyahan dan kuliah ilmu yang menyemarakkan rasa kecintaan terhadap perjuangan untuk meyemarakkan islam di kampus hijau dulu. Saat tika bersama sangat mengulit rasa rindu yang mencengkam sanubari insan sepertiku. Kerna di awal mengenal erti berjamaah, kami telah bersama mengharunginya dan merasai perit jerihnya, dan saat dalam kekeliruan  pasti ada sahabat yang akan menjernihkannya.  Sahabat-sahabat perjuangan yang dulu selalu bertemu dan menyapa, sering bergerak kerja bersama, ber'meeting dan berkuliah ilmu bersama, tidur bersama, merempit bersama, berjaulah bersama, berkem bersama, berdemontrasi bersama dan segala-gala kebersamaan yang pernah dilalui bersama sangat indah terasa tika itu

Namun kini, saat tak lagi bersama,  kerna pengakhiran sebuah perjalanan sebagai mahasiswa di universiti hijau itu kami bertebaran ke segenap pelusuk bumi tuhan, mencari rezeki dan menjengah pengalaman dan takdir berbeza! Sangat terasa kejauhan itu…sungguh terasa! Lama aku rasa menyepikan diri dari sahabat-sahabat, dan mereka juga lama juga menyepi dari hidupku… Bukan sengaja menjauh.. tapi sememangnya jauh..mereka terlalu jauh untuk ku bertaut dan kugapai… Sahabat…sungguh aku mendambakan kalian disisi selalu, namun itu takkan mungkin berlaku kerna setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan perpisahan ini sangat2 menguji kekuatan diri..bukan Ukhwah yang harus dipersalahkan tapi iman dalam diri yang goyah itu harus diperbaiki…

Dulu selalu saja mengomongkan Ukhwah Fillah, Friends Forever and 'whatever' the ever… namun aku tak dapat merasakan ruh tersebut tika berjauhan seperti ini, mungkin aku yang sering tertipu dengan omonganku sendiri tentang ukhwah dan sahabat… sering aku yang mengungkap dan menukilkan kalam tentang persahabatan dan ukhwah sedang aku tak begitu ikhlas dalam menghayati dan memaknai ertinya…Cuma rasa hati yang selalu aku permainkan dengan kata-kata yang disusun indah! Untuk siapa? Mungkin hanya untuk ku persembahkan pada mereka-mereka yang ku anggap sahabat, namun aku terpedaya dengan harapan dan keyakinanku sendiri… aku hanya bermain rasa barangkali untuk menyedapkan hati sendiri… bila berjauhan begini aku tidak merasakan ruh tersebut melainkan hanya kerinduan terhadap kenangan-kenangan lama tika bersama…ku sedar kini aku belum cukup mengenal mereka, aku belum memahami mereka dan masih banyak perkara yang tak ku ketahui tentang mereka yang kukatakan sahabat… aku tak pasti apa manfaat yang telah ku berikan kepada mereka dan bakti apa yang ku berikan kepada mereka? tiada apa kukira… tak seperti sahabat2 lain yang sentiasa memberi…kadang kata-kata yang berunsur nasihat dan motivasi, kadang yang memahami dan pelbagai sumbangan yang mereka hulurkan buat sahabat2 yang lain, tapi aku..apa adanya? Bicaranya tak petah, sumbangannya kurang menyerlah, dan tak pandai tuk memahami dan menasihati… bahkan tak cukup mesra dan payah tuk didekati… sungguh aku cemburu pada mereka yang memaknai ukhwah itu...

Oh ya..aku bukan maksum untuk tidak pernah melakukan dosa..aku manusia biasa cuma, yang kadang turun naik imannya… dan kata orang, kemanisan iman itu akan dirasai manis bilamana adanya proses turun naik iman…betulkah begitu? Tapi aku  tak mahu sesekali dan sekali lagi merasainya saat penurunan iman… ia malah menjadikan aku semakin jauh dariNya…kerna ia payah sekali untuk mengembalikannya, untuk naik dan bangkit semula dari kesilapan tak mudah andai tak didorong iman, teman dan Tuhan…

No comments: