Showing posts with label Mencari jejak ukhwah.... Show all posts
Showing posts with label Mencari jejak ukhwah.... Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Ada Brani???



Hari minggu, Mia mengambil peluang untuk mengemas ruang biliknya yang agak berserakan, barang-barang tidak teratur dan kotak plastic yang baru dibelinya masih belum berisi. Jadi Mia mahu mengisi barang-barangnya yang merata-rata kedalam kotak tersebut. Dalam ligat Mia bekerja, dia membelek-belek simpanan bukunya dan tertarik dengan sebuah buku koleksi tulisanya yang pernah ditulis semasa zaman belajar di university.  Mia terhenti disitu dan mula membaca tulisan-tulisannya sendiri. Mia mula menjelajah kenangan demi kenangan dengan membaca tulisan-tulisan tersebut, kadang Mia tersenyum sendiri membaca keletahnya yang kurang matang suatu ketika dahulu…Mia membaca satu tulisan yang ditulisnya, satu soalan berbelit yang pernah dihantar kepada seseorang dan diabadikan kedalam buku tersebut.

Mia:    Salam akak, macam mana nak jadi berani ek? bukan dengan hantu or jembalang ke.. tapi berhadapan dengan reality kehidupan sekarang. Saya rasa takut dan lemah sangat, reality umur macam dah matang tapi sebab saya ni kurang ilmudan pengalaman kot tak menjadikan saya nie orang yang matang, so kena Tanya orang yang faham lah kan? Okay ringkasnya, akak berikan saya sedikit nasihat untuk saya istiqamah dalam kebaikan..boleh?

Akak Y: Salam, dek maaf ye lambat sket..huhu. nak berani??? Keberanian ni anugerah Allah! Kena banyak munajat pada Dia minta diberi keberanian dalam jalan syariatNya. Banyak mengaku kelemahan diri, diri hina, kerdil, banyak berdosa, banyak melakukan maksiat, jahat dan Allah sahaja yang Maha Mulia. Allah suka jika kita mengaku kelemahan diri dan minta Dia beri keberanianyang sepatutnya jika keberanian itu perlu untuk kita.

                 Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelahlalu keluarlah mata air daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah (2:74).

                Kita rasa kata-kata Al-Quran yang menggoncang jiwa kita, Allah menyatakan kalau batu itu lagi baik daripada kita sebab batu itu ada perasaan malu, sementara hati kita berkarat. Batu jatuh kerana takut sedangkan hati kitabergoncang sekejap je bila takut pada Allah iaitu saat kita diuji musibah, maka hati jadi ngeri. Tapi batu lagi baik daripada hati yang selama hidupnyatak pernah khusyuk kepada Allah kecuali beberapa saat saja.

Mia:     Jadi batu lebih baik kan kak? So, camnenak jadi lebih baik daripada batu ek? boleh perjelaskan lagi? Supaya saya lebih terasa…

Akak Y: Sememangya manusia nie sebaik-baik kejadian sebab dikurniakan akal. Tapi jika kita tak mampu tundukkan nafsu kita, kita lebih teruk daripada batu, malah lebih teruk daripada haiwan. Manusia akan jatuh tersungguh ke lembah kehinaan bila berkelakuan lebih teruk daripada haiwan dan menjadikan nafsunya sebagai raja. Cuba adik rujuk tafsir fi zilalil quran berkenaan Allah jadikan khalifah diatas mukabumi…

Mia:       Erm..saya takde tafsir tu.. tapi thanks.. sebab sampaikan ayat-ayat tu, inshaalllah akan saya renung dan amalkan.


Sekadar itu yang ditulis Mia..Mia terfikir-fikir apa yang menjadi asbab kepada pertanyaan yang dikemukakan kepada akak Y ye? Mia tak mampu mengingat asbabnya, tapi wajah insan tersebut masih kuat terbayang dimindanya. Ye insan yang tak pernah ditegurnya semasa keberadaan mereka di alam kampus yang sama tapi masih mampu mengingat memori singkat ketika bersama beliau. Ah kenangan! sesekali menjengah akak Y di blognya buat Mia terubat rasa rindu pada sebuah tulisan yang mampu menyentuh hati kecilnya...terima kasih akak kerana masih sudi menulis setelah sekian lama... dan Alhamdulillah...kerana hati masih mampu terasa! betapa kenanya nasihat tersebut buat Mia tika ini... xrugi rasanya mengabadikan mesej yang baik kedalam bentuk tulisan... semoga bermanfaat pada hari mendatang! Alhamdulillah harinya pada tika ini manfaat untuk Mia sendiri!

Thursday, December 20, 2012

Sahabat Hingga Ke Syurga...


Mia menghantar mesej rindu dan sayang buat sahabat-sahabatnya yang jauh di mata namun selalu dikenang dalam setiap  titip doa rabithah yang menjadi penutup diakhir tadahan doanya. Seorang demi seorang sahabat yang pernah dulu mewarnai kehidupan kampus hijaunya dulu dilayangkan kata-kata rindu. Memang niatnya mahu mengganggu ingatan sahabatnya, adakah benar seperti yang dikata? Sahabat hingga ke syurga...Friends forever? Itulah kalam indah yang sering mereka lontarkan dulu tatkala tika bersama.

“Salam sayang sahabat, apa khabar iman dihati?  Maaf, lame tak tanye khabar, tak ber tegur sapa di fb or kirim khabar tentang diri (coz takde yang tanye pun..huhu). saje nak melayangkan kalam sayang dan rindu buat sahabat, sebab...jarak antara kita semakin membuat ukhwah itu semakin hambar.... bukan salahkan ukhwah kita tapi hakikat iman dihati ini yang makin pudar barangkali.... Sendiri kini buat diri makin alpa, tak de orang nak tegur, takde orang nak cerita, takde orang nak ketuk hati ni.. buat diri yang jauh makin jauh dirasa...tahu Allah selalu ada! Tapi tetap nak rasa yang sahabat tetap disisi... sekali lagi maaf, mesej yang panjang2 nie Cuma nak kata...saya rindu kamu!”

Mia tak mengharapkan balasan dari sahabatnya itu, namun satu persatu mesej menyusul dari sahabatnya yang kejauhan, ada juga yang tak berbalas...namun Mia yakin sahabat-sahabatnya pasti merasai perasaan yang sama...Cuma bagaimana cara menghadapinya yang berbeza pasti mengikut tahap iman dihati...

“Salam Mia...rindu kamu juga...mood rindufillah...”

“Mia, saya pun rindu Mia jugak. Rasa sunyikan? Tulah nak wat camne, adat pertemuan pasti ada perpisahan..yang pasti sahabat tetap dihati, hehe.”

“Sama je kita Mia, huhu, ana tiap2 malam sebelum tidur, hujan dulu air mata, tak tahu nak mengadu kat manusia macam mana, takut orang lain tak faham kita cerita...”

“Rindu akak juga...akak ada kat mana sekarang?”

“Allah..Allah..Allah... Kak Mia...saya pun sebenarnya rasa apa yang akak rasa..sesungguhnya kita sumua dalam perjuangan...perjuangan iman dan kufur...akak...apa yang kita dapat buat ye..hurmmm...”

“Salam sayang..hp dah tak leh on da, so takde  no. Yang lekat, sape mesej itulah no. Baru yang saya ada, maaf sangat2, siapakah gerangan yang sedang merindu ni?”

Mia hanya mampu tersenyum dengan kehadiran mesej dari sahabatnya itu, yang perlu dibalas, dia membalasnya...sekadar rasa hati yang ingin dikongsikan bersama sahabatnya, mereka masih tetap setia disisi walaupun bukan jasad yang menemani, namun ruh perjuangan yang pernah sama dirasa suatu ketika, masih mampu menyemarak rasa sebuah persahabatan walau tak bersama lagi dalam kebersamaan yang dulu pernah mewarnai kehidupan di alam kampus di universiti tarbiyah hijau itu!

Sungguh! Ingin sekali Mia mengalunkan lagu buat sahabat-sahabatnya, namun kerna dia tahu suara nya pasti sumbang di kedengaran, maka Mia hanya mampu mendedikasikan lagu ‘sahabat’ untuk sahabatnya...“Dengarkanlah apa sahaja lagu, melodi dan iramanya serta liriknya yang bagus-bagus (hihi..), ianya pasti untukmu sahabatku...”Mia monolog sendiri.

Tapi masih ingin Mia menyusun kata buat tatapannya sendiri... dia mengadaptasikan lagu hijau daun(suara ku berharap)  yang di ‘edit’nya sedikit... melodinya best! buat Mia ingin turut sekali menyanyi dengan liriknya sendiri...

Disini ku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu..masih tanpamu... sahabat!
Bila esok hari datang lagi
Ku cuba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu... meski tanpamu...sahabat!
Bila ku ingat memori indah tika bersama
Menatap gambar lama hanyalah penawar
Ku dapat tertawa ,  menangis dan merenung
Ditempat ini aku bertahan...
Sahabat..
Dengarkanlah aku...
Apa khabarnyadisana sahabatku?
Masih berharap... dihatinya ada aku...
Sahabat hingga ke syurga!
````````````````````````````````````````````````

Saturday, December 8, 2012

Jejak Hatiku...Sahabat ku Rindu!



Ya Allah… kini aku telah melalui fasa-fasa baru dalam hidupku dan bakal lagi meneroka pengalaman baru yang pastinya aku tak tahu bagaimana kisahnya. Bukan lagi kisah sebagai seorang mahasiswa sebuah universiti tempatan. Universiti Tarbiyah kecintaanku! Kini jalannya lebih payah lagi tuk kususuri, tambahan sendirian tanpa teman dan sahabat disisi aku rasa semakin goyah langkahku. Aku masih belum memasuki alam pekerjaaan yang sebenar, kerna masih dalam pencarian kerja yang tetap, sekarang masih kehulu ke hilir mencari sedikit wang saku, sekadar part time belum cukup untuk aku melangkah gagah.Aku perlu perkerjaan yang tetap dan mampu untuk meyara hidup, in shaa Allah, rezekinya ada dimana-mana, perlu untuk aku meneroka dan mencari, berusaha dan bersabar, berdoa dan tawakkal. Tika ini masih disini, dan aku masih mampu untuk sekadar hidup dan menambah baik diri! 

Dan sekian lama aku tak menulis, fb pun tak pernah update status, cuma mengintai di celahan masa yang ada, kisah-kisah sahabat dan membaca  status2 yang boleh memotivasikan diri yang sedang dalam pencarian diri yang baru. Membaca kisah2 mereka kadang buat hati tersentuh dan mahu berubah. Dan aku mahu mulakan langkah perubahan itu dengan tulus tanpa berganjak, bukanlah aku mahu berubah tanpa membuat apa-apa tapi teruskan langkah tanpa perlu menghiraukan halangan dan cabaran yang bakal ku tempuhi dan tak tergoda lagi dengan keindahan dunia yang fana yang selalu mengasyikkan hati dan terus menggoda nafsu tuk terus berkompromi dengan nya dan lantas menjerat aku sekali lagi kelembah berbahaya itu. Aku tak mahu kembali ke masa silam yang gelap dan terpesong langsung dari aqidah seorang muslim dan mukmin!

Sungguh malu pada Dia yang selalu memberi ruang dan peluang untuk sebuah pertaubatan dan sering aku memperolok-olokkan taubat tersebut, bermain-main dengan sebuah penyesalan dan taubat, walaupun bukan aku ingin sengaja melakukannya tapi terpedaya dengan keasyikannya yang menjebak aku kepada sebuah dosa yang berulang-ulang.Dan aku tak mahu terus-terusan bermain dengan sesuatu yang tak daya aku menolaknya, jadi aku harus teruskan langkah dan tak berpaling lagi pada kelalaian itu. Dan hanya padaMu Ya Rabb! Tempat ku meminta kekuatan untuk terus istiqamah dengan taubat dan hijrah diri kearah yang lebih baik..dan mendekatkan diri kepadaMu…

Dan saat bila mengenangkan kisah semalam yang suram…hati rindu tuk kembali kemasa bersama sahabat, dimasa awal mengenal erti hidup bertuhan..detik-detik suka dan duka dalam pelayaran sebuah perjuangan yang roh nya sangat menggentar jiwa, merindui detik-detik pentarbiyahan dan kuliah ilmu yang menyemarakkan rasa kecintaan terhadap perjuangan untuk meyemarakkan islam di kampus hijau dulu. Saat tika bersama sangat mengulit rasa rindu yang mencengkam sanubari insan sepertiku. Kerna di awal mengenal erti berjamaah, kami telah bersama mengharunginya dan merasai perit jerihnya, dan saat dalam kekeliruan  pasti ada sahabat yang akan menjernihkannya.  Sahabat-sahabat perjuangan yang dulu selalu bertemu dan menyapa, sering bergerak kerja bersama, ber'meeting dan berkuliah ilmu bersama, tidur bersama, merempit bersama, berjaulah bersama, berkem bersama, berdemontrasi bersama dan segala-gala kebersamaan yang pernah dilalui bersama sangat indah terasa tika itu…

Namun kini, saat tak lagi bersama,  kerna pengakhiran sebuah perjalanan sebagai mahasiswa di universiti hijau itu kami bertebaran ke segenap pelusuk bumi tuhan, mencari rezeki dan menjengah pengalaman dan takdir berbeza! Sangat terasa kejauhan itu…sungguh terasa! Lama aku rasa menyepikan diri dari sahabat-sahabat, dan mereka juga lama juga menyepi dari hidupku… Bukan sengaja menjauh.. tapi sememangnya jauh..mereka terlalu jauh untuk ku bertaut dan kugapai… Sahabat…sungguh aku mendambakan kalian disisi selalu, namun itu takkan mungkin berlaku kerna setiap pertemuan pasti ada perpisahan, dan perpisahan ini sangat2 menguji kekuatan diri..bukan Ukhwah yang harus dipersalahkan tapi iman dalam diri yang goyah itu harus diperbaiki…

Dulu selalu saja mengomongkan Ukhwah Fillah, Friends Forever and 'whatever' the ever… namun aku tak dapat merasakan ruh tersebut tika berjauhan seperti ini, mungkin aku yang sering tertipu dengan omonganku sendiri tentang ukhwah dan sahabat… sering aku yang mengungkap dan menukilkan kalam tentang persahabatan dan ukhwah sedang aku tak begitu ikhlas dalam menghayati dan memaknai ertinya…Cuma rasa hati yang selalu aku permainkan dengan kata-kata yang disusun indah! Untuk siapa? Mungkin hanya untuk ku persembahkan pada mereka-mereka yang ku anggap sahabat, namun aku terpedaya dengan harapan dan keyakinanku sendiri… aku hanya bermain rasa barangkali untuk menyedapkan hati sendiri… bila berjauhan begini aku tidak merasakan ruh tersebut melainkan hanya kerinduan terhadap kenangan-kenangan lama tika bersama…ku sedar kini aku belum cukup mengenal mereka, aku belum memahami mereka dan masih banyak perkara yang tak ku ketahui tentang mereka yang kukatakan sahabat… aku tak pasti apa manfaat yang telah ku berikan kepada mereka dan bakti apa yang ku berikan kepada mereka? tiada apa kukira… tak seperti sahabat2 lain yang sentiasa memberi…kadang kata-kata yang berunsur nasihat dan motivasi, kadang yang memahami dan pelbagai sumbangan yang mereka hulurkan buat sahabat2 yang lain, tapi aku..apa adanya? Bicaranya tak petah, sumbangannya kurang menyerlah, dan tak pandai tuk memahami dan menasihati… bahkan tak cukup mesra dan payah tuk didekati… sungguh aku cemburu pada mereka yang memaknai ukhwah itu...

Oh ya..aku bukan maksum untuk tidak pernah melakukan dosa..aku manusia biasa cuma, yang kadang turun naik imannya… dan kata orang, kemanisan iman itu akan dirasai manis bilamana adanya proses turun naik iman…betulkah begitu? Tapi aku  tak mahu sesekali dan sekali lagi merasainya saat penurunan iman… ia malah menjadikan aku semakin jauh dariNya…kerna ia payah sekali untuk mengembalikannya, untuk naik dan bangkit semula dari kesilapan tak mudah andai tak didorong iman, teman dan Tuhan…

Sunday, September 30, 2012

Memori sebuah jejak ukhwah...


Baru-baru nie aku tiba-tiba teringat tentang seseorang…insan pertama yang aku kenal melalui perkenalan didalam bas diawal semester aku di upm…saat permulaan dia menegur aku…dia sebagai senior mesti ingat aku lebih muda darinya…tapi rupanya kami sebaya…dia yang mula menegur aku dan meminta no. telefon…adegan yang aku selalu impikan akan berlaku pada seorang aku sebelum menjejakkan kaki ke universiti… dan adegan yang aku masukkan dalam cerpen dalam karya aku yang masih tersimpan dalam folder ‘ilhami’…lama aku menunggu saat itu… 3 tahun sebelumnya…hanya harapan…dan saat terjadinya peristiwa itu…pada awal pertemuan aku selalu  mengharap agar ukhwah kami berpanjangan…rupanya takdir aku dan dia tak lama…aku sungguh tak pandai menghargai dan memaknakan ukhwah yang selalu aku omongkan…apa-apapun dia adalah sebahagian pencetus inspirasi kepada diri dan perubahan seorang aku… dia yang membawa aku mengenal satu erti yang tak kufahami…

Baru aku perasan, bila menulis tentang dia…rupanya usrah pertamaku di bumi UPM dengan dia…di surau kecintaanku…pertama kali aku dalam halaqah kecil itu…namun aku rasa dan pasti itu juga kali terakhir aku bersamanya dalam halaqah kecil tersebut…kisah pertama dan terakhir yang aku dengar dari dia tentang awal perkenalannya dengan islam, kisah dan detik pengislamannya, serta dugaan dan cabaran di awal dan saat dia mula berhijrah sampai ke tahap itu…

Dia yang pertama mengajak ku ke majlis ilmu ‘Kuliah Fiqh Wanita’ yang dianjurkan oleh PMIUPM ketika itu… dia yang pertama mengajak aku kesurau kolej ketika itu…diwaktu aku sibuk dengan persediaan kolej dalam acara kawad kaki pada awal semester bermula yang membuat aku sukar tuk berjemaah di surau… awal semester aku sangat ‘taat’ dengan arahan biro2 kolej yang banyak songeh… tapi dialah yang pandai ‘mencuri masa’ untuk bertemu dengan aku dan memperkenalkan aku dengan beberapa senior dan sahabat baru ketika itu…yang membuat aku jatuh cinta pada surau itu… pertemuan kami acap kali di surau itu atau kuliah fiqh. Dia juga yang menemukan aku dengan lebih ramai sahabat sehingga satu masa membuatk aku dan dia semakin jauh…entah mengapa??? Aku sendiri tertanya-tanya…kenapa begitu sikapku? Salah aku atau dia??? Yang aku ingat, mungkin kerana kami jarang bertemu lagi…pertemuan yang sekali sekala membuat aku segan dengannya…ditambah pula ketika itu aku telah menemukan insan yang aku kenali sebelumnya…dan mula menyertai grup usrah baru…tapi itu bukan penyebabnya kerana dia dan naqibahku saling mengenal, malah baik sekali…sungguh aku tak tahu penyebab sebenarnya..mungkin kerana aku orang yang lambat mesra…untuk benar2 mengenali hati budinya…

Sunggguh, aku tak ingat apa2 lagi tentang dia selepas itu melainkan pertemuan dan pertembungan kami di fakulti yang hanya bersalaman dan sepatah dua kata bertanya khabar…dan khabar tentang sakit yang dialaminya melalui seorang senior, dan dia habis belajar dan terus senyap…selepas dia hilang dengan kisah hidup dia yang aku tak ketahui…no. telefonnya hilang bersama dengan hilangnya nset ku…langsung baru2 ini aku tak pasti kisah benar atau sekadar mimpi…dan aku sendiri tak pasti dari mana seumbernya…aku dapat tahu dia dah kahwin dan mempunyai seorang anak…4 tahun berlalu begitu pantas…kadang aku tertanya…reality atau mimpi? Namun yang teramat pasti dia pernah hadir dalam kisah hidup seorang aku…menceria dan mengesani hatiku walau sekejap Cuma.. memori itu memberi keindahan, angan dan harapan yang pernah muncul dalam mencipta pengalaman hidupku…

Aku ingin sekali menulis cerpen tentang kisah yang pernah diceritakan dulu..yang masih teringat2 dalam memori rapuhku ini…dia memberi keizinan kepada kami untuk menceritakan kisah itu semula melalui penulisan atau pengkisahan..Cuma waktu itu aku tak pandai nak mengolah..sekarang pun masih mencari2 idea… sungguh ingin sekali menjalin ukhwah itu kembali… dan aku tahu…aku yang bersalah…bukan memutuskan…tapi kerana aku yang tak pandai mengeratkan…dan aku sungguh rasa bersalah…hanya ketika ini, kenapa sekarang aku mula memikirkan tentang dia? Kenapa tidak dulu…saat waktu dan peluang masih ada…kami bersama… hanya tika saat ini yang terlewat…ingin sekali menjejak ukhwah itu kembali…’ottoke’?

"Ya Allah dimanapun dia berada kini, tetap sahaja kami dibawah langitMu yang sama, pertemukan kami suatu saat nanti dengan pertemuan yang barakah, semoga Engkau sentiasa berkati dan rahmati dirinya dan keluarganya dengan rahmat kaseh sayangMu...limpahkan kaseh sayangMu kepada kami, hamba yang hina ini dalam menggapai redhaMu...tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang Kau cintai dan himpunkan kami bersama orang-orang yang Kau beri nikmat, petunjuk dan hidayahMu...". Ameen...

Wednesday, May 30, 2012

Sajak :Mencari Jejak Ukhwah

Mencari sesuatu yang aku tak pernah kecapi
Jejak demi jejak melangkah di bumi Tuhan, yang ku kuharap..
Ukhwah fillah bisa aku realisasikan demi meraih redha dan rahmatNya...

Mencari Jejak Ukhwah...

Yang selalu ku impikan
Saat dan ketika tak pernah padam
Dari ingatan kecil hingga dewasa kini
Ku masih berharap dalam sebuah pencarian
Dalam jejak-jejak kesamaran dan liku-liku kehidupan
Aku tak berpasrah hanya dengan takdir yang menyapa pada hidup
Yang aku dambakan dari pencarian jejak ukhwah itu bukan cuma insan
Namun yang lebih utama adalah erti disebalik kejadian dan sebuiah pertemuan

Ukhwah yang selama ini bermain dirasa tanpa dapat merasa
Adakah ia retorik semata yang sering dilontar oleh mereka-mereka
Asyik mendengarkan kata manis dari mereka yang mengkhabarkan tentang kemanisan
Tanpa ada cela dan nista yang merasuk jiwa dan raga mereka tentang kemanisan ukhwah itu
Apakah benar sebegitu rupa ukhwah yang mereka cipta? atau ia cuma mainan kata pemujuk jiwa?

Mencari dan terus mencari..
Menjejak dan terus menjejak..
Apakah akan ku temu ukhwah yang ku damba???

Memaknakan ukhwah dengan cara ku sendiri?
Atau mencari hikmah dibalik cerita dan pengalaman mereka?

Perlukah lagi aku omongkan?
Rasa dijiwa yang bergejolak tentang sebuah makna?

Penyudahnya aku simpulkan..
Dalam pencarian jejak ukhwah..aku menemukan Dia...
Bukan kah itu yang lebih utama?
Jejak-jejak kehidupan yang tak pernah aku sangkakan..
Wadah untuk aku sampai kepada Dia Yang Maha  Agung...


Ya Allah..apapun rasa hati ini...
Kau Maha Mendengarkan..Dan Kau Maha Tahu...
Yang terbaik buat hambaMu...

Namun ukhwah itu indah kan?
Segalanya... jika kerana Allah!

d_n
4.37 pm
*Terilham dengan tajuk tu..Mencari Jejak Ukhwah...he.
"Menjejak Ukhwah"

3/4/12 : 10.30pm

Mia 'mengedit' satu mesej yang diterimanya dari teman sekolah lamanya dulu...dah lama dia tidak mengganggu insan itu...entah kenapa hatinya selalu mengingat insan itu...niat dihati mahu berkongsi rasa yang entah apa-apa sejak dua menjak ini... ingin bertanya pendapat..tapi x mampu rasanya nak meluah kata...

“Tuhan, berkatilah akak yang ku kasehi ini, cubit aje pipinya kalo dia nakal. Tuntunlah dia ke jalan yang benar, tapi  jangan biarkan air mata jatuh di pipinya yang maniss itu ya. Kerna sebahagian semangatku ada di dirinya. Kuatkan  dia dalam apa keadaan sekalipun, salam sayang.” send...

“manis sekali kata-katanya, jangan bimbang..tiada air mata yang jatuh di pipi ini.. tapi deras  menghujani  hati saat ini. Ya Allah..hanya engkau kekuatan kami...”

“Allah..dalam hati ada hujan! Rahmat Allah tu...untung akak!”

“Haha, semua yang di uji Allah itu beruntung”

“Yup..tapi hati yang tak mampu menangis...sakitnya..tak daya nak sentuh hati..”

“Saat Allah tak berkehendak menguji, tak berkehendak hati menangis, janganlah dipinta2 dik, he,  bersyukurlah atas segala yang diberiNya”

``````````````````````````````````````````````
“Kak..hujan lebat!”

“masih hujan kah? Makan apa malam nie?”

“akak nie..hehhe..udah berhenti..takyah la layan mesej saya yang ntah ape2 tu...x makan pape lg..”
“hujan di bumi ke hujan di hati? He. Take care..makan la, nanti masuk angin perut tu..jaga diri..”

“Ye baik...tunggu masuk angin lu..akak tu da makan blum? Nanti sakit lagi..kan jatuh terhantuk dinding plak...berkecai plak nset..hilang lg no saya..huhu..uppss sory2.”

“mia makan la..akak xlapa”

“Akak..gurau je..jgn amek ati ek..xbest  r. Akak senyum sket eh.xlapa gak lg nie..”

“xde pa pe pun lah. Akak ok je. Xde amek ati ape..jaga diri leklok”

“he. Tau..akak kan baik! Ye dok?”

“ he, jumpa pun x lagi, mana tau akak ni baik... akak nie lanun paling ganas d muka bumi ni tau!”

“kalo dapat khabar akak dah xde, bile2 teringat kat akak, mia kirimkanlah fatehah ya!”

“Sape yang nak khabarkan kt saya kak? Well... semoga Allah panjangkan umur akak dan saya dengan umur yang berkat! Sebab nanti saya nak p cari akak..haha! muka lanun hati baik takpe...he. take care kak!”

Mia membelek-belek 'nset'nya... mesej dari insan itu yang masih disimpan kemas di dalam' inbox' dah lama dia tidak mengahantarkan mesej buat insan tersebut..entah kenapa dia takut untuk menghantar sekadar satu mesej bertanya khabar...takut tiada balasan...hanya doa yang Mia mampu berikan dia tak daya lagi mengharap...namun masih tetap berharap pada Dia yang selayaknya yang Maha mendengarkan hambanya yan lemah ini...Satu pintaku...temukan kami di SyurgaMu....

Sunday, July 17, 2011

Ta’addud Jama’ah

Sebuah cerita...Kisah tentang Mia...
Satu sem…dua sem… tiga sem…dah berlalu…sem 4 sedang menunggu masa tuk berlalu….banyak sudah yang berlaku,banyak juga perubahan yang terjadi…Mia kini masih juga Mia yang dulu…cumanya sedikit berbeza…sket jer pun x banyak…kadang matang..kadang sengal pun ada.
Sejak dua menjak ini..Mia selalu resah dan berfikir… kenapa wujudnya banyak kelompok2 halaqah kecil di kampusnya…tapi sesame mereka tak bergabung. bukan pelik sebab Mia telah sedari maklum akan kepelbagaian tersebut atau nama sedapnya semasa usrah bersama naqibahnya dulu, ta’adud (kepelbagaian) jemaah. Perkataan yang pertama kali didengarnya…Cuma hatinya tetap mahu berfikir…kan seronok kita bawa kerja islam secara bersepadu…tujuan yang sama, perjuangan ISLAM.
Kenapa tak boleh berada dalam satu jemaah yang sama??? Aahh…kacau…Mia sebenarnya rasa tersekat, dia kalau boleh mahu je menyertai setiap halaqah yang ada…tapi tak mampu tuk berdepan dengan orang2 yang tak dikenalinya walaupun sefikrah…beramah mesra dan saling bertukar pendapat dan ilmu…ermmm dia masih belum kuat… baru setahun jagung jangan nak memandai lebih…dia sendiri masih belum mampu membawa usrah untuk adik2 baru…lidah masih kelu dengan kata2…
Mia pernah mengutarakan soalan itu kepada seorang kakak yang dikenalinya dialam maya, kak Fatim. Seorang insan yang sangat dirinduinya untuk sebuah pertemuan, 2 mata... kak Fatim memberikan komentar yang agak bernas dengan mengatakan :
” Akak bukan arif, tp mungkin akak boleh simpulkan begini, walaupun jemaah ada banyak2, dorang juz berlainan fikrah pada cabang2 kecil. Contoh, masing2 ada kepentingan dan perjuangan masing-masing, tapi dasar utamanya bagi setiap jemaah tu sama, yang utama adalah agama. Cuma masalah-masalah kepentingan dunia yang buat mereka tidak boleh bergabung, tapi perjuangan utama tetap sama, islam.”
”ibarat macam pakai tudung, ada orang pakai labuh sangat sampai tutup punggung, ada yang 4 segi 60 inci, ada pakai tudung 50 inci. Semua mempertahankan cara bertudung masing2, mereka berbagai cara dan gaya tapi yang utama mereka tetap sama, mereka menutup aurat mereka, patuh perintahNya. Memang Allah sengaja biarkan supaya kita selalu menjaga dan menilai diri, memperbaiki diri, ingat mengingatkan sesama kita. Masing2 guna akal, beri buah fikiran dan menambah baik. Dia ada sebut dalam quran,jika Dia nak jadikan kita semua umat yang satu, tak susah tapi Dia tak buat macam tu, pasti ada hkmahnya!. Selagi masing2 masih tak bercanggah dari landasan utama Quran dan sunnah tak mengapa.”
” sebenarnya berbilang2 kelompok pemikiran dalam islam dah wujud sejak lama dan sebab tu juga adanya 4 mazhab terkenal, masing2 ada sebab, dalil dan hujah mengikut situasi masing2 tapi islam tak bagi kita saling tuduh menuduh orang lain tak betul, malah islam lagi tak suka jika kita rasa hanya kita yang betul. Allah dah kata, boleh jadi yang kamu sangka mereka jahat jauh lebih baik dari kita sendiri. Yang muhim sama bawa kebaikan masing2 dalam mempertahankan dan menaikkan agama Allah. Dulu akak pun tak faham,contoh HAMAS dengan FATAH tak bergabung,bukan kedua2 tu memperjuangkan islam, jika dorang bergabung mesti orang kafir takut, Di malaysia contoh, PAS, JIM, ABIM, ISMA, TABLIGH, HT dll. Tapi akhirnya akak fikir, asalkan diorang tak lari dari perjuangan sebenar, tak kisah la, akak mula nampak umat islam yang kreatif dan berwarna warni. Cumanya bila ada yang mempertahankan diri dan memburukkan yang lain akak jadi hampa.”
Panjang lebar penerangan yang diberikan kak Fatim pada Mia lewat sms yang bertalu-talu diterimanya. Terima kaseh akak!
“Ya Allah permudahkan aku tuk menjadi seorang daie.. yang belajar dan memperbaiki ibadat dan menambah ilmu agar dapat menyampaikan dan berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran…”Mia berbisik pada hati kecilnya. Kadang cemburu apabila melihat halaqah orang lain yang lebih mantap dan ramai ‘crowd’ nya… apa salah tarbiah atau dirinya sendiri yang bersalah…aah suka menyalahkan orang lain…
To be continued....
seketika yang lalu....
kini dah berakhir semester ke-6.