Sunday, July 17, 2011

Ta’addud Jama’ah

Sebuah cerita...Kisah tentang Mia...
Satu sem…dua sem… tiga sem…dah berlalu…sem 4 sedang menunggu masa tuk berlalu….banyak sudah yang berlaku,banyak juga perubahan yang terjadi…Mia kini masih juga Mia yang dulu…cumanya sedikit berbeza…sket jer pun x banyak…kadang matang..kadang sengal pun ada.
Sejak dua menjak ini..Mia selalu resah dan berfikir… kenapa wujudnya banyak kelompok2 halaqah kecil di kampusnya…tapi sesame mereka tak bergabung. bukan pelik sebab Mia telah sedari maklum akan kepelbagaian tersebut atau nama sedapnya semasa usrah bersama naqibahnya dulu, ta’adud (kepelbagaian) jemaah. Perkataan yang pertama kali didengarnya…Cuma hatinya tetap mahu berfikir…kan seronok kita bawa kerja islam secara bersepadu…tujuan yang sama, perjuangan ISLAM.
Kenapa tak boleh berada dalam satu jemaah yang sama??? Aahh…kacau…Mia sebenarnya rasa tersekat, dia kalau boleh mahu je menyertai setiap halaqah yang ada…tapi tak mampu tuk berdepan dengan orang2 yang tak dikenalinya walaupun sefikrah…beramah mesra dan saling bertukar pendapat dan ilmu…ermmm dia masih belum kuat… baru setahun jagung jangan nak memandai lebih…dia sendiri masih belum mampu membawa usrah untuk adik2 baru…lidah masih kelu dengan kata2…
Mia pernah mengutarakan soalan itu kepada seorang kakak yang dikenalinya dialam maya, kak Fatim. Seorang insan yang sangat dirinduinya untuk sebuah pertemuan, 2 mata... kak Fatim memberikan komentar yang agak bernas dengan mengatakan :
” Akak bukan arif, tp mungkin akak boleh simpulkan begini, walaupun jemaah ada banyak2, dorang juz berlainan fikrah pada cabang2 kecil. Contoh, masing2 ada kepentingan dan perjuangan masing-masing, tapi dasar utamanya bagi setiap jemaah tu sama, yang utama adalah agama. Cuma masalah-masalah kepentingan dunia yang buat mereka tidak boleh bergabung, tapi perjuangan utama tetap sama, islam.”
”ibarat macam pakai tudung, ada orang pakai labuh sangat sampai tutup punggung, ada yang 4 segi 60 inci, ada pakai tudung 50 inci. Semua mempertahankan cara bertudung masing2, mereka berbagai cara dan gaya tapi yang utama mereka tetap sama, mereka menutup aurat mereka, patuh perintahNya. Memang Allah sengaja biarkan supaya kita selalu menjaga dan menilai diri, memperbaiki diri, ingat mengingatkan sesama kita. Masing2 guna akal, beri buah fikiran dan menambah baik. Dia ada sebut dalam quran,jika Dia nak jadikan kita semua umat yang satu, tak susah tapi Dia tak buat macam tu, pasti ada hkmahnya!. Selagi masing2 masih tak bercanggah dari landasan utama Quran dan sunnah tak mengapa.”
” sebenarnya berbilang2 kelompok pemikiran dalam islam dah wujud sejak lama dan sebab tu juga adanya 4 mazhab terkenal, masing2 ada sebab, dalil dan hujah mengikut situasi masing2 tapi islam tak bagi kita saling tuduh menuduh orang lain tak betul, malah islam lagi tak suka jika kita rasa hanya kita yang betul. Allah dah kata, boleh jadi yang kamu sangka mereka jahat jauh lebih baik dari kita sendiri. Yang muhim sama bawa kebaikan masing2 dalam mempertahankan dan menaikkan agama Allah. Dulu akak pun tak faham,contoh HAMAS dengan FATAH tak bergabung,bukan kedua2 tu memperjuangkan islam, jika dorang bergabung mesti orang kafir takut, Di malaysia contoh, PAS, JIM, ABIM, ISMA, TABLIGH, HT dll. Tapi akhirnya akak fikir, asalkan diorang tak lari dari perjuangan sebenar, tak kisah la, akak mula nampak umat islam yang kreatif dan berwarna warni. Cumanya bila ada yang mempertahankan diri dan memburukkan yang lain akak jadi hampa.”
Panjang lebar penerangan yang diberikan kak Fatim pada Mia lewat sms yang bertalu-talu diterimanya. Terima kaseh akak!
“Ya Allah permudahkan aku tuk menjadi seorang daie.. yang belajar dan memperbaiki ibadat dan menambah ilmu agar dapat menyampaikan dan berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran…”Mia berbisik pada hati kecilnya. Kadang cemburu apabila melihat halaqah orang lain yang lebih mantap dan ramai ‘crowd’ nya… apa salah tarbiah atau dirinya sendiri yang bersalah…aah suka menyalahkan orang lain…
To be continued....
seketika yang lalu....
kini dah berakhir semester ke-6.

No comments: