Thursday, December 20, 2012

Sahabat Hingga Ke Syurga...


Mia menghantar mesej rindu dan sayang buat sahabat-sahabatnya yang jauh di mata namun selalu dikenang dalam setiap  titip doa rabithah yang menjadi penutup diakhir tadahan doanya. Seorang demi seorang sahabat yang pernah dulu mewarnai kehidupan kampus hijaunya dulu dilayangkan kata-kata rindu. Memang niatnya mahu mengganggu ingatan sahabatnya, adakah benar seperti yang dikata? Sahabat hingga ke syurga...Friends forever? Itulah kalam indah yang sering mereka lontarkan dulu tatkala tika bersama.

“Salam sayang sahabat, apa khabar iman dihati?  Maaf, lame tak tanye khabar, tak ber tegur sapa di fb or kirim khabar tentang diri (coz takde yang tanye pun..huhu). saje nak melayangkan kalam sayang dan rindu buat sahabat, sebab...jarak antara kita semakin membuat ukhwah itu semakin hambar.... bukan salahkan ukhwah kita tapi hakikat iman dihati ini yang makin pudar barangkali.... Sendiri kini buat diri makin alpa, tak de orang nak tegur, takde orang nak cerita, takde orang nak ketuk hati ni.. buat diri yang jauh makin jauh dirasa...tahu Allah selalu ada! Tapi tetap nak rasa yang sahabat tetap disisi... sekali lagi maaf, mesej yang panjang2 nie Cuma nak kata...saya rindu kamu!”

Mia tak mengharapkan balasan dari sahabatnya itu, namun satu persatu mesej menyusul dari sahabatnya yang kejauhan, ada juga yang tak berbalas...namun Mia yakin sahabat-sahabatnya pasti merasai perasaan yang sama...Cuma bagaimana cara menghadapinya yang berbeza pasti mengikut tahap iman dihati...

“Salam Mia...rindu kamu juga...mood rindufillah...”

“Mia, saya pun rindu Mia jugak. Rasa sunyikan? Tulah nak wat camne, adat pertemuan pasti ada perpisahan..yang pasti sahabat tetap dihati, hehe.”

“Sama je kita Mia, huhu, ana tiap2 malam sebelum tidur, hujan dulu air mata, tak tahu nak mengadu kat manusia macam mana, takut orang lain tak faham kita cerita...”

“Rindu akak juga...akak ada kat mana sekarang?”

“Allah..Allah..Allah... Kak Mia...saya pun sebenarnya rasa apa yang akak rasa..sesungguhnya kita sumua dalam perjuangan...perjuangan iman dan kufur...akak...apa yang kita dapat buat ye..hurmmm...”

“Salam sayang..hp dah tak leh on da, so takde  no. Yang lekat, sape mesej itulah no. Baru yang saya ada, maaf sangat2, siapakah gerangan yang sedang merindu ni?”

Mia hanya mampu tersenyum dengan kehadiran mesej dari sahabatnya itu, yang perlu dibalas, dia membalasnya...sekadar rasa hati yang ingin dikongsikan bersama sahabatnya, mereka masih tetap setia disisi walaupun bukan jasad yang menemani, namun ruh perjuangan yang pernah sama dirasa suatu ketika, masih mampu menyemarak rasa sebuah persahabatan walau tak bersama lagi dalam kebersamaan yang dulu pernah mewarnai kehidupan di alam kampus di universiti tarbiyah hijau itu!

Sungguh! Ingin sekali Mia mengalunkan lagu buat sahabat-sahabatnya, namun kerna dia tahu suara nya pasti sumbang di kedengaran, maka Mia hanya mampu mendedikasikan lagu ‘sahabat’ untuk sahabatnya...“Dengarkanlah apa sahaja lagu, melodi dan iramanya serta liriknya yang bagus-bagus (hihi..), ianya pasti untukmu sahabatku...”Mia monolog sendiri.

Tapi masih ingin Mia menyusun kata buat tatapannya sendiri... dia mengadaptasikan lagu hijau daun(suara ku berharap)  yang di ‘edit’nya sedikit... melodinya best! buat Mia ingin turut sekali menyanyi dengan liriknya sendiri...

Disini ku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu..masih tanpamu... sahabat!
Bila esok hari datang lagi
Ku cuba tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu... meski tanpamu...sahabat!
Bila ku ingat memori indah tika bersama
Menatap gambar lama hanyalah penawar
Ku dapat tertawa ,  menangis dan merenung
Ditempat ini aku bertahan...
Sahabat..
Dengarkanlah aku...
Apa khabarnyadisana sahabatku?
Masih berharap... dihatinya ada aku...
Sahabat hingga ke syurga!
````````````````````````````````````````````````

No comments: