Tuesday, August 14, 2012

~Tazkirah Ramadhan~


Alhamdulillah...sekadar mahu berkongsi apa yang didengar usai solat terawih tadi... Ustaz ada kongsikan cerita.. 45 minit! Banyak yang ustaz ceritakan...tapi atas lemahnya daya ingatan hamba yang dhaif ini, okeylah kiranya 1 cerita dari 4 cerita yang boleh dikongsikan..he! Ceciter....

Alkisahnya bermula... tentang seorang khalifah yang hebat! Khalifah Harun Ar-Rasyid yang gemar mendengar nasihat dan meminta nasihat daripada ulama’ pada zamannya. Pada suatu hari...tatkala khalifah meminta untuk diberikan nasihat...lalu seorang ulama iaitu Sheikh Athollah (xpasti ejaan y betul, coz pada pendengaran hamba begitulah, kurang lebih bunyinya) telah berkenan memberikan nasihat. Maka syeikh pun memberikan nasihatnya yang berbunyi “ Sesungguhnya dunia ini tidak ada nilainya, melainkan nilai segelas air”. Maknanya apa..? begini ceritanya...

Disebuah padang pasir...yang tida bertepi seperti laut yang tak berpenghujung, seorang kaya telah berjalan dan berjalan tanpa hala tuju, rupanya dia telah tersesat di tengah padang pasir tersebut... tiada seorang manusia pun yang kelihatan ditengah-tengah padang pasir tersebut...maka dia dalam keadaan amat keletihan meneruskan perjalanan sehinggalah bertemu dengan seorang penjual air. Maka dengan keletihan yang amat dasyat...orang kaya tersebut meminta air kepada penjual tersebut. Namun kata penjual air, “ saya akan berikan air ini kepada Tuan tetapi dengan harga 5 juta, ada setuju?”.  Orang kaya tersebut tanpa membuang waktu dan melengahkan masa terus saja bersetuju dengan harga tersebut...orang kaya katakan..tambahan pula keaadaannya waktu tersebut sangat membutuhkan air. Lalu dibeli air tersebut dan diminum sepuas2nya sehingga hilang rasa dahaganya. Setelah itu orang kaya tersebut meminta penjual air menunjukkan arah dimana terdapat perkampungan atau daerah yang berdekatan, lalu penjual tersebut membawa orang kaya tersebut ke sebuah pekan yang berdekatan. Saat sampai sahaja ke pekan tersebut...orang kaya tersebut berasa hendak membuang air kecil...tapi dia tidak dapat memenuhi hajatnya tersebut. Lalu penjual air menawarkan penawar kepada orang kaya dengan harga 5 juta lagi... orang kaya bersetuju dan akhirnya dia berjaya membuang air kecil dengan sebanyak segelas... lalu begitulah yang dimaksudkan dari penceritaan diatas, orang kaya tersebut sanggup membayar sebanyak 10 juta hanya untuk segelas air...

Lalu setelah mendapat Maud’izzah dari Sheikh tersebut maka bergetarlah jiwa sang Khalifah yang dekat dekat hatinya dengan Allah... hati kita bagaimana???

Satu lagi kisah tentang Ibrahim Adham, selepas penghijrahannya dari seorang pemimpin yang kaya raya kepada manusia biasa yang hidup dalam kemiskinan, dikisahkan suatu masa Ibrahim Adham ingin memasuki sebuah tandas berbayar,namun  sebelum memasukinya dia berhenti dan menangis... lalau penjaga tandas tersebut bertanya, mengapa kau menangis? Apakan engkau tidak mempunyai wang dan mengingati zaman kekayaanmu wahai Ibrahim Adham?..lalu apa jawabnya???

“aku menangis bukan kerana kemiskinanku kini, tetapi...mengingatkan aku betapa untuk memasuki ketempat sehina inipun bayaran dikenakan...apatah lagi untuk memasuki SYURGA ALLAH???

Masyaallah...Maud’izzah dari orang-orang soleh! Kita dimana???

Ustaz ada menyebut tentang perumpamaan2 yang ada dalam Al-Quran...haiwan2 yang diumpamakan oleh Allah untuk membuat manusia berfikir...tetapi tak ramai manusia yang mengambil pengajaran... Manusia diumpamakan seperti haiwan ternakan, bahkan lebih teruk lagi malahan sesat, kenapa? Kerana mereka diberi penglihatan, diberi pendengaran diberi hati namun mereka tidak mahu melihat kebesaran Allah... mereka tidak mahu mendengarkan ilmu tentang islam bahkan hati mereka jauh dari Allah... seperti diumpamakan dengan anjing yang menjulurkan lidahnya jika kita marah atau mengatakan sesuatu kepadanya atau tidak melakukan apa-apa anjing tersebut tetap menjulurkan lidahnya... Anjing itu kotorkan pada pandangan kita...namun ia tetap makhluk Allah yang banyak disebut dalam Al-Quran... salah satunya kisah pemuda kahfi bersama anjing penjaga mereka.

Begitulah sedikit perkongsian yang sempat bertandang diingatan hamba...untuk manfaat diri sendiri juga...Insyaallah!

Astaghfirullahal’azim... 

~Taman Cempaka, Ampang~
          25 Ramadhan

"Ya Allah...Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang-orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku, ibu..ayah dan seluruh ahli keluargaku, jiran tetangga, guru2, sahabat handai, insan2 yang kukenali..seluruh muslimin dan muslimat, mukmin dan mukminat sekaliannya...Ampunilah kamia, Jauhkan kami dari api nerakaMu dan masukkan kami kedalam syurgaMu..." Ameen...

No comments: