Thursday, August 9, 2012

RAMADHAN KIAN PERGI...

Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk hidup dibulan mulia ini berteman sekalian makhluk dimukabumi dan bumi bertuah Malaysia ini... Merenung kepada kejadian yang berlaku disekeliling mahupun di pelusuk dunia, di Jazirah arab..umat islamnya yang ramai namun masih saling bergaduhan... penindasan dan kezaliman yang berlaku, di negara maju tak kurang hebatnya... tetap dilanda  taufan, tsunami, gempa bumi dan banjir... Di Asia Tenggara yang terdekat dengan kita...dimana2 bencana berlaku..dimana2 penindasan terjadi... Indonesia dengan gempa dan tsunami, Filipina dengan bah besar, Kemboja dan Thailand dengan bencana dan penindasan...apakah petanda?

Sedang kita di bumi bertuah ini aman damai dari segalanya...itu yang dirasa...namun bagi sebahagian yang lain tak rasa apa... dan sebahagiannya yang sedikit mengambil pelajaran dari setiap kejadian, muhasabah atas segala takdir dan ujian...lalu menjadaikan mereka orang2 yang dekat dengan Tuhan...mereka lah orang2 yang beruntung...dimana kita?

Menghampiri malam2 terakhir ramadhan...10 MALAM TERAKHIR... dimana kita?  Masih istiqamah dengan terawihnya? Amalan2 dan ibadah siang dan malam?? Alhamdulillah....3x. atau sedang sibuk membuat kuih raya? Menjahit baju raya? Menghias rumah? Ber’shopping’ raya dan sebagainya??? Alhamdulillah juga kerna masih ada kita di mukabumi milik Tuhan ini...masih diberi peluang untuk merasai suasana setahun sekali ini..tapi tiadakah rasa terdetik dihati satu rasa??? RUGi??? Surau Masjid sudah pasti surut...

Mahukah kita bila berakhirnya Ramadhan menjadi orang yang CELAKA? Saat menjelmanya syawal yang sepatutnya kita kembali kepada Fitrah...namun apa yang kita dapat selain lapar dan dahaga sepanjang sebulan berpuasa???

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.

[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]

Kupasan hadith di link ini:


RaMaDHaN yang lalu kunukilkan sebuah puisi....

Ya Ramadhan…
Betapa ku pilu mengenangkan diri yang hina
Dalam keberkatanMu aku tersasar dari sebuah jalan
Sedangkan aku lalai terleka dengan enaknya belaian dunia
Ya Allah berikanku peluang tuk merebut malam2 terakhir ini

Andainya ramadhan sepanjang tahun
Beruntunglah diri insane yang terpilih Tuhan dalam kerahmatan
Namun bagi insane yang kealpaan tak bisa jadi apa
Berikanku ku pengampunanMu Ya Tuhan jauhkanku dari neraka
Kurniakanlah nikmat syurgaMu dan ampunilah aku…

Detik  tinggal Cuma sedetik tak perlu dihitung
Ramadhan bakal pergi, masihkah ada lagi ruang untukku
Merebut cintamu, merasai cintamu, merangkul segenap rindu…
Andainya ini ramadhan terakhir bagiku..pasti aku kecewa
Kerna aku hamba yang berdosa…

Ya Rabb temukan aku lagi tuk Ramadhan yang akan datang
Kerna tika ini aku masih jauh dariMu
Dekatkan aku padaMu agar aku merasai nikmat dan manisnya
Menjadi pencinta ramadhan tuk merebut cintaMu
Berikanku kesempatan ruang dan peluang tuk meraihnya…

d_n ( 22 ramadhan, 10.13 pm)

Namun kini...saat Ramadhan bakal pergi lagi...Ya Rabb! ampunilah hambamu ini...Aku tak mahu menjadi dikalangan orang2 yang celaka itu...Bantu lah kami tuk malam2 terakhir ini mencapai rahmat , redha dan maghfirahMu...serta pengampunan dosa...Lahaulawala quwwatailla billah...Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendakMu Ya ALLAH...

No comments: