Monday, January 6, 2014

Tinta Hati 2014...

SUBHANALLAH… 2014!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis di sela-sela waktu terlapang… disebuah kedai computer di persisiran pantai di daerah timur. Cumanya pantainya tidak kelihatan didepan mata untuk dihayati. Selalu berkeinginan untuk menjengah pantai sebelum masuk kerja…tapi tak pernah kesampaian hajat dihati. Sebabnya malas nak bergerak awal dari rumah… ya! Itu semua alasan! Hajat dihati nak mengambil angin pagi di persisiran pantai Balok dan ‘snap’ gambar alam…tapi sungguh diri ini tak bisa!

Owh! Ini tahun baru…jadi saya punya azam yang bukan baru tapi diperbaharui… saya mahu perbanyakkan entry penulisan saya! ye meneliti ‘blog archive’ di blog saya, dari tahun ke tahun saya perhatikan entry-entry saya semakin berkurang, sungguh semakin berkurang! Saya tahu semuanya berlaku kerana kelemahan pengurusan hidup saya dan factor iman saya yang kadang turun naik, sama turun naik macam mood saya untuk menulis. Alhamdulillah saya masih ada mood menulis walaupun kadang-kadang saya paksakan diri untuk menulis.

Sekali lagi saya perhatikan penulisan saya dari tahun ketahun punya tema tersendiri, walaupun sebenarnya main redah je penulisan tu, ada yang dapat saya simpulkan dari penelitian keataas tulisan saya sendiri. Aduhai..bukan nak buat kajian or thesis nie, skema sangat kenapa??

Okey.. mengimbas penghasilan blog ini, saya bermula pada tahun 2008, di tahun akhir pengajian diploma perikanan di tempat praktikal di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut, Besut Terengganu. Disitu saya bermula dan berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog, sebelumnya saya hanya suka menjelajah ke blog-blog islamik yang saya suka hati nak menyinggah, dan pastinya ada blog tertentu yang menjadi pilihan hati saya untuk bertandang, mengutip ibrah dari penulisan mereka. Itu yang buat saya ‘terjeles dan terdengki’ dan terinspirasi untuk ada blog sendiri. Pada tahun yang sama saya berhijrah ketempat baru, yang menjadi impian saya sejak SPM lagi iaitu Universiti Putra Malaysia di peringkat ijazah. Alhamdulillah… semakin banyak dugaan yang saya rasa dan ujian yang bertandang menyebabkan saya banyak menulis dan mengharap. Sebab itu dua tahun terawal saya di blog, banyak kisahnya tentang ceritera dan rasa hati yang penuh dengan angan , impian dan harapan yang selalu saya inginkan. Tapi pada tahun itu sungguh banyak rasa hati yang buat saya keliru barangkali dengan pilihan yang saya sendiri buat untuk berhijrah!

Seterusnya, selepas setahun di UPM saya lebih terlibat dengan organisasi dan ‘menyibukkan’ diri dengan rutin baru saya. Pengalaman dan ilmu yang semakin bercambah saya cuba kongsikan, namun terkadang tak mampu mengekspretasikannya kedalam bentuk tulisan. Hanya pengalaman yang mampu dirasai dan dihayati dan melekat pada hati dan fikiran dan bukannya tulisan. Tahun 2009 dan 2010 adalah tema ‘PERJUANGAN’ dalam tulisan-tulisan saya, tak banyak tapi ada kisahnya, kerana sememangnya pada tahun itu saya sangat bersemangat dan berkobar-kobar api perjuangan dalam diri. Tarbiyah diri sedang melonjak naik ketika itu, namun adakala terselit juga ketidakmampuan dan kelemahan diri. Semuanya pada Dia saya bergantung harap,dan sungguh itulah tahun bermakna buat saya kerana ujian dan dugaan itu saya raih bersama teman, taulan dan sahabat perjuangan! Nikmat ukhwah juga disitu…ternyata disitu indah!

Ditahun pengakhiran saya di UPM, 2011.  Kemerosotan yang sangat ketara dalam dunia penulisan saya! Ya kerana itu tahun penuh dengan ujian! Turun naik iman! datang dan perginya insan! organisasi yang dalam percanggahan! Semuanya itu membuat hati tawar, malah menjauh juga rasa hati untuk menulis. Tahu yang penuh dengan emosi, dan tekanan ditambah kesibukan projek akhir tahun, membuat saya tidak betah menulis dalam kondisi hati yang bermasalah! Dan itu juga merupakan tahun perpisahan yang sangat membuat jiwa terasa kosong, dengan hilangnya sahabat-sahabat yang selama ini tempat bergantung harap, bercanggah pendapat dan saling melengkapi sesama sendiri. Dan kondisi diri yang tak mampu menjadi contoh terbaik buat adik-adik yang lebih berdikari. Sedikit sebanyak mempengaruhi hati yang sedia terpalit kefuturan, namun masih mencuba mencari diri dalam kelemahan tersebut!

2012! Itu tahun pengakhiran sebagai mahasiswa! Bermulanya Latihan industry dan jauh dari sahabat membuat saya semakin terasa kehilangan dan jauh dari medan perjuangan! Walaupun sebenarnya ia adalah medan pertempuran yang hebat dalam diri saya, pertembungan iman dan nafsu! Ia buat rasa kerinduan bertambah dan kadang ia menjadi motivasi diri untuk terus bangkit, walaupun di akhirnya saya kalah sendiri melawan sepi! Seperti pernah saya nukilkan dalam entry Graduasi bukanlah pengakhiran! Kehidupan tetap berterusan...saya diibaratkan seekor kambing yang terlepas dari kawanannya dan terdedah kepada bahaya sang serigala, itulah analogi yang selalu diperdendanngkan dalam usrah dan kepentingan berjemaah di  suatu ketika! dan sememangnya saya benar-benar terlepas dari ikatan tali yang suatu ketika pernah saya pegang erat padanya...

2013 adalah reality kehidupan yang saya telah lalui setelah bergraduasi, kesana kemari dalam perjalan duniawi, mengharapkan rezeki datang bergolek..? takkan tumbuh biji benih yang telah dimasak dengan air mendidih, perumpaan yang tiada kaitan! Hehe. Hanya pernyataan!  Hanya harapan tanpa usaha doan, juga tak kemana saya melainkan RUMAH-KL-KLUANG-RUMAH, hanya itu  tempat permusafiran yang saya biasa kesana kemari. Sehinggalah penghujung bulan 10, Alhamdulillah saya memulakan kerja disini!

Ya disini…ditempat saya sedang menulis diketika ini…semoga sahaja tahun 2014 ini, saya lebih termotivasi dari tahun sebelumnya. Dan semoga sahaja idea dan ilham dari Tuhan sudi menyinggah kedalam hati dan fikiran untuk membuat lebih kebaikan dan perbaikan…dan harapannya juga bisa bermanfaat kepada semua orang! Saya mahu menjadi orang yang bermanfaat, tika ini, setelah nanti dan ketika mati yang pasti semoga masih mampu memberi bakti….inshaallah!

Astaghfirullahal’azim…

Saya akhirinya disini saat 1.00 p.m! sekian!


~tinta d_n~

No comments: