Thursday, November 25, 2010

Sekadar Muhasabah Diri...

Alhamdulillah...Allahdulillah...Alhamdulillah...Allahuakhbar!!!

Exam da berlalu...KPS pun baru saja selesai berlangsung semalam...dan hari ini..ku disini.. esok belum tahu di alam mana...semoga ada ruang dan kesempatan untuk aku berlebih-lebihan dalam beramal kerana esok yang belum pasti. izinkan aku ya Rabb! kerana aku hamba yang hina dina. kadang lupa dengan fananya dunia, sehingga kelam kabut dunia sentiasa beriringan dengan langkahan kehidupan,cuma saja aku yang mengesampingkannya dan kadang aku yang tewas dalam mengurus kehidupan dan mengatur langkahan ini. aku , ya manusia biasa cuma yang sentiasa lupa, turun naik iman yang baru berputik belum mekar dan mengembang menjadi mawar berduri yang menjadi impian setiap muslimah...ya, aku juga bercita-cita dan kan berusaha untuk menjadi yang mukminah, cuma mengukur diri dan taqwa ku ditahap mana???

Ya Allah,
melihat semangat adik-adik semasa KPS berlangsung amat memberi kesan kepada diri..walaupun aku hanya berpeluang bersama-sama disaat malam terakhir, namun aku kegelisahan kerana sahabat-sahabat yang mengtarbiah adik-adik adakah mereka sebenarnya tertarbiah??? aku sendiri bagaimana...? insyaallah aku pasti sahabat2 ku lebih2 lagi ditarbiah kerana mereka bersama adik-adik lebih lama.. Ya kerana ku tahu hanya orang yang melaksana dan merasai sahaja akan lebih terkesan pengtarbiayahan diri mereka. So, untuk rasa ditarbiah.. rasailah pahit manis, perit juang dalam bergerak kerja...berjuang berkorban demi cinta! Cinta Dia Yang Lebih bermakna, kerana dengan cintaNya akan hadir kekuatan dalam diri yang mungkin sahaja tidak pernah diketahui dek diri sendiri...Kalau cinta manusia yang diagung-agungkan...ya, itu sahaja. innamal a'malubinniat...manisnya cinta manusia yang berdasarkan apa sahaja... andai kecintaan kepada yang SelayakNya tidak melebihi cinta manusia itu sendiri, walaupun dia tunang, suami, ayah , dan insan2 terkasih kita...apakah punya daya untuk meraih manisnya nikmat berjuang itu..??? eh... tiba2 aku beremosi bila teringatkan tentang cinta manusia... kenapa??? sepertinya lewat bicaraku tersasar...hehe kembali ke 'mood' asal.

tapi...seperti telah hilang fokus...ya sebentar aku menamatkan tulisan ini. tak dapat menyambung lagi kerana aku ingin lebih dahulu mengisi ruang kekosongan yang perlu diisi..

sekian.
monolog d_n berbicara...

Thursday, November 11, 2010

FINAL EXAM SEM 5!!!

9/11/2010 - PENGURUSAN LADANG (8.30-10.30 PAGI )

11/11/2010 - PATOLOGI TUMBUHAN ( 11.00-1.00 TENGAHARI)

- KOMUNIKASI PERSEORANGAN ( 8.30- 10.30 MALAM )

12/11/2010 - PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN ( 8.30-10.30 MALAM)

13/11/2010 - KEUSAHAWANAN PERTANIAN (11.00-1.00 TENGAHARI)


14/11/2010 - BERKEMAS UNTUK PULANG...HOHO..BALIK KAMPUNG....ALHAMDULILLAH!

Tuesday, November 9, 2010

Di Keheningan malam ku mencari...

-Jalan Pulang-

Dikeheningan kali ini ku berjaga
Di kesunyian berteman alunan zikir
Ku membasuh hati yang kotor dibalut selut hitam
Dunia yang kukejar didepan keciciran dibelakang
Dunia yang kutinggalkan di belakang
Mendahului di hujung persimpangan
”Barangsiapa menghendaki keuntungan di akherat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menhandaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi di tidak akan mendapat bahagian di akhirat.” (42:20)
Harus bagaimana ku memandu diri
Yang kadang kelelahan dengan permainan dunia
Harus apa yang ku pilih antara 2 persimpangan
Yang membuat ku buntu untuk meneruskan langkah
Diikut, takut tak mampu tuk menggalas bebanan amanah
Ditinggal, bimbang keciciran lagi langsung futur
”..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)
Mengimbas memori semalam selalunya indah
Memikirkan masa depan tak selalunya indah
Meninggalkan teman taulan mudah
Mencari jalan pulang tuk kembali tak selalunya mudah
Kerna disitu telah terbina jurang dalam diri
Maka yang membinanya pasti terasa sempit
”(Iaitu) Orang yang berinfak dijalan Allah, baik diwaktu lapang ataupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (3:134)
Duhai diri, berlapang dada itu payah bukan?
Apatah lagi tuk ithar...
Kadang hati yang berbelah bahagi sentiasa mencari salah diri
Walhal keterbukaan sentiasa diberi
Menanti kembalinya sahabat disisi
Tuk bersama dalam perjuangan ini..usah sendiri lagi...
”Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu dikembalikan.” (2:245)
Rindu menanti saat-saat suatu masa
Kita bersama seperti waktu dulu
Gurau senda, menggamit memori, indah kan?
Mengjauhnya satu jasad seakan pudar langkah itu
Namun perjuangan harus berterusan untuk menggapai redhanya Tuhan
Kerana kita yang perlukan ISLAM bukannya ISLAM yang perlukan kita...
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)
Ya Rabbi...
Dikeheningan dinihari ini
Kumohon pengampunanMu dengan rahmatMu
Sinarilah relung hati kami dengan cahayaMu
Dengan segala petunjuk kebenaran pandulah kami
Yang mengaku berjuang dijalanMu..
” ...Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (18:10)
Penuhi jiwa kami dengan khazanah ilmuMu
Tuk kami teguh berdiri didunia yang kian terasing
Kembalikan kepada kami jiwa seorang dai’e
Tuk kami kembali menyatu hanya keranaMu
Dan satukan hati-hati kami sekali lagi dan selama-lamanya
Tuk kami terus berada dijalan yang Kau redhai...
”Dan berdoalah, ”Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat.” (23:29)
Dzatuun_nithaqaini
4.23 a.m
091110
suatu sudut dikamar sepi...ilham dari Kalamullah.

Saturday, November 6, 2010

Tinta buatmu...Muslimah...

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum…


Ingin sekali rasa ini menyebar ke segenap pelusuk bumi hijau ini. Lahaulawalaquwwatailahbillah (tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah).



Sekali hati kecil ini bertekad...biarlah rasa ini turut sama dirasai dan meresap ke jiwa2 yang punya jiwa.. Maka dengan ini ku isytiharkan perang bagi jiwa2 yang tak punya rasa...



Kan ku terobos hati2 yang gersang dan lalai dari mengingati kematian...kerana orang yang paling cerdik dia ntara kalian adalah orang yang sentiasa mengingati MATI...



Kulontarkan persoalan ini bukan untuk dijawab...tapi renung2kan dan selamat beramal...



Aaargh...FINAL EXAM!!! BUZY...BUZY...Apa ya yang kalian lakukan persediaan untuk ke Final Exam??? Lama mana peruntukan untuk menghadap buku2, nota2, laptop untuk assignment dan tak termasuk Facebook untuk kalian habiskan...??? dan lama mana pula rutin wajib sebagai HamBA Allah yang kalian laksanakan... SOLAT??? Sejauh mana solat kalian yang menghindar kalian dari berbuat maksiat??? Bukankah Allah berfirman solat itu mencegah kemungkaran... pernah muhasabah, ditahap mana solat aku yang sekarang??? Apa yang aku dapat dari solat aku yang sekarang??? Dan apa perancangan untuk menambah baik solat aku yang sekarang...??? Nak terus berada ditahap nie sentiasa...??? Sempurna ke solat aku? Allah terimakah...???



Sebagaimana usaha kita dalam akademik kita...kesungguhan kita tak tidur malam, study, discussion, assignment, dan kuliah2 yang tak pernah miss...untuk apa semua tu..??? pointer yang baik...tinggi...4.0! dan yang lebih besar dari itu kalian juga yang tahu... konteks kita sebagai mahasiswa itu yang utama...dunia kita!



Cuba aplikasikan itu untuk tawaran istimewa dari Allah kepada kita sebagai hambaNya untuk akherat kita..SOLAT lagi...skop yang kecil...tapi ganjaran yang BESAR! Berapa ramai orang yang suka bilamana diberi ganjaran RM27 berbanding RM1. Lengahnya kita bila menyebut tentang solat berjemaah...walhal saat Ramadhan mentarbiyah diri, sanggup menjelmakan diri di khalayak, meredah hujan gerimis...meninggalkan kesibukan sementara untuk bersama dalam jemaah berterawih yang 8 rakaat ditambah witirnya. Fenomena alam yang wujud sekian lama...gelombang tsunami RAMADHAN yang sangat indah dirasai di ketika itu...Susahkan untuk sekadar maghrib dan isya’ berjemaah di surau yang dulu dibesarkan tatkala Ramadhan menjelma dan kini dikecilkan semula tatkala berlalunya ramadhan...??? apa ya yang dicari ketika itu...??? bukankah yang wajib lebih utama...kenapa ditinggalkan??? Belum cukupkah dengan tarbiyah ramadhan yang sebulan itu untuk menjadikan kita merasai manisnya solat berjemaah itu??? Siapa lagi yang diharap untuk menghidupkan surau kalau bukan kita yang mengaku umat islam dan mensyahadahkan kalimah Agung Lailahaillallah...???Mengaharapkan orang cina...india...?



Kalaulah kita boleh berkomitmen dengan something yang membuatkan kita bersungguh2 melakukannya walaupun payah,susah dan mentensionkan diri kita..tapi masih boleh menerima tugasan dan melaksanakannya... seringkali ku saksikan seorang mahasiswa yang diberi tangungjawab untuk mengendalikan sesuatu pogram kolej atau apa sahaja, lihatlah kebersungguhan dirinya yang ketara..ketensionannya yang mungkin ketara atau tetap ’cool’ dengan tugasan/tanggungjawab tersebut. Perhatikan masanya dihabiskan kemana???



KENAPA TIDAK Komitmen kita dengan ALLAH SEBEGITU...??? Hari2 kita memenuhi jasad dan kehendak nafsu dengan makanan ruji dan makanan tambahan yang berlebih2, setiap hari juga kita memenuhi kehendak sosial dan fizikal kita dengan aktiviti sosial dan riadah...dan tentu sekali kehendak akal dan fikiran kita yang diasah untuk menjadikan akademik keutamaan kita... TETAPI... dimana letaknya kehendak rohani kita...apa yang kita suapkan untuk ruh kita sebagai makanan membesarkan jiwa...? solat 5 waktu...cukup??? membaca Al-Quran...cukup???



Kenapa seorang muslimat payah tuk berjemaah ke surau???



"kat bilik pun boleh solat berjemaah apa???"



perempuan tak digalakkan berjemaah di surau/masjid"



"jaga hati. elak fitnah"



"banyak kerja, assignment, study, FINAL EXAM!"



"surau kotor, banyak bulu kucing"



"tak sah solat kalau tak buka tabir kat surau"



Banyak sangat alasan...nak tanye pulak nie...



kat bilik pun boleh makan, kenapa nak kena turun cafe???



solat berjemaah kat surau tak digalakkan, pergi kuliah ,berhimpit2 naik bas itu sunnah???



pergi surau ada fitnah?? duk main FB n duk kata bukan2 tu bukan fitnah???



Kalau surau kotor, banyak bulu kucing..mai la duk bersih sama-sama x boleh???



kat surau xleh study...???



kalau xbuka tabir tak sah..kita buka lah tabir...



kenapa banyak sangat alasan?????

kenapa kita selalu berkira dengan Allah untuk buat perkara kebaikan???

lupakah kalian, siapa orang yang paling banyak alasan??? mahu jadi macam tu ker...???
Syaitan tu sesat dan menyesatkan...tu alasan2 tu dia yang duk bagi...yang baik dia bagi nampak tak baik...yang tak baik dia bagi nampak baik...kita duk ikut p dia...


Ya ALLAH banyaknya persoalan2 yang tak terjawab yang masih membelenggu diri-diri hambaMu...Dimana kami disisiMu..? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.. Ayuh! muhasabah hari ini jadikan cetusan rasa untuk terus kita berfikir tanpa henti...apa tujuan sebenar penciptaan kita ke dunia sementara ini...



”Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu...”



Jadikan setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita...makan... minum.. belajar... tidur..sebagai satu ibadah kepadaNya disamping ibadah2 wajib yang telah ditetapkan..carilah ganjaran sunat pula untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tidak rugi...kerana sesungguhnya rugilah manusia yang tidak mengambil manfaat daripada kehidupannya dengan mencari keredhaan Allah... Sahutlah panggilan Hayya alasSOLAH...dengan melangkahkan kakimu menuju solat berjemaah...biar jauh biar payah untuk mujahadah,tekadkan niat dihati imarahkan surau kita dengan ukhwah dan ibadah..berpayah untuk mendekati Allah itu lebih besar ganjaran pahalanya disisi Allah...



Fenomena yang kulihat, surau akan penuh, pastinya saat Ramadhan menjelma...perginya Ramadhan surutlah jemaahnya. Terbaru sempena FINAL EXAM!!! Aku takjub dengan fenomena baru-baru ini di surau serumpun.. Alhamdulillah...penuh surau tu dengan jemaah..tatkala SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN diadakan dengan sedikit pengisian ceramah MENANGANI STRESS oleh Ust. Azziyadi. Kalaulah hari-hari begitu....

Kunukilkan rasa hati ini sebagai hadiah buatmu yang bergelar muslimah, ilallah :

Ketika Cinta Bertasbih...
Hati terpaut mengulik resah
Alangkah indahnya saat hati menyatu
Beriringan dalam satu saf yang kukuh
Bahu ke bahu mengecas aliran positif
Saling memberi dan menerima tanpa sedar
Tanpa mengenal siapa kau dan siapa aku...
Tapi keberadaan dalam berjemaah itu
Yang bertunjang rasa kebersamaan
Pasti kan terpaut hati-hati kan terjalin ikatan-ikatan
Menggugah rasa ego diri pada sebuah pertemuan
Sesuatu yang dimulai pasti akan disudahi...
Pertemuan itu pasti membibit rasa dihati untuk saling mengenali...



Kuseru kalian yang bergelar muslimah...hidupkan islam dalam diri kita maka akan tertegaklah ISLAM itu...



Maafkan keterlanjuran dan kesalahan dalam tinta bisu ini yang berjela2, yang paling utama ingin disampaikan adalah ayuh sama2 IMARAHKAN SURAU KITA! Wallua’alam...SALAM UKHWAH!!!


~~~Dari hati seorang hamba~~~ kadang2 geram dengan alasan yang kadang2 hanya alasan....ada faham???

tinta_bisu@yahoo.com

Monday, November 1, 2010

COMING SOON!!!! KEM PUTRA SOLEH!


Satu Kem yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) akan diadakan seperti berikut:





Setiap penghujung semester 1 pihak Persatuan Mahasiswa Islam akan mengadakan sebuah Kem Pemantapan yang merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak. Kem ini telah berlangsung beberapa sesi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua mahasiswa upm. Oleh kerana penyertaan adalah terhad maka cepat-cepat lah mendaftar nama kepada wakil kami seperti yang tertera di atas...Objektif utama Kem ini diadakan adalah seperti berikut:

0.1 Membentuk akhlak islamiyah di kalangan peserta dan menjadikannya sebagai pegangan dan amalan hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

0.2 Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang di pikul sebagai pelajar muslim terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama.

0.3 Memberi kesedaran mengenai cabaran aqidah dan isu – isu semasa berkaitan dengan kehidupan dunia Negara islam.

KPS menjanji aktiviti-aktiviti yang menarik yang bakal meninggalkan kenangan dan pengalaman yang terindah disamping menambah ilmu pengetahuan dan mengikat ukhwah bersama peserta dan fasilitator. KPS turut menampilkan penceramah-penceramah hebat!!! Nak tahu siapa penceramahnya??? Sertai KPS dan daftarlah sekarang...

Di bawah adalah sedikit gambaran tentang Kem yang dikenali dengan KEM ANAK MUDA ISLAM pada sesi lepas yang pernah dianjurkan ...





Sunday, October 31, 2010

MUSAFIR LALU...

MasyaAllah!!!... ermmm...

kelemahanku...aku x reti memujuk orang, aku tak pandai amik ati orang, aku memang fail! berdepan dengan orang yang menangis...cz aku x dpt menjiwai dan merasainya...jahat ke aku???
if ada orang bercerita kat aku sambil nangis2 dan aku tersenyum sambil hentam dia balik...xreti nak beri nasihat yang dia harapkan...tapi aku balik menyalahkan dia..hai takziah cz jd org y dekat ngan aku... walaupun aku tahu aku salah...tapi aku takleh memberi harapan palsu dan sekadar menyedapkan hati...biar dia tahu hakikat sebenar...tapi yang susahnya akulah...rata-rata aku dengar dr orang y dekat dengan aku dan selalu kena ng aku..diorang cakap aku nie suka melawan cakap dan nak aku je yang betul...betul ea??? tapi aku just nak mengatakan kebenaran...mungkin kerana intonasi yang aku guna yang menyebabkan diorang 'blame' aku... hemm...tapi tu dengan orang2 yang dekat...sgt2 dekat barangkali sehingga aku beraksi begitu...aku taknak mereka bergantung kat aku, dan tak berharap aku terlalu bergantung pada mereka...biarlah pergantungan kita hanya pada Allah cuma...

Nak citer kisah semalam!

Semalam ada 'trip' ke Sg. Besar bersama student n lecturer KURSUS KEUSAHAWANAN PERTANIAN, perjalanan yang agak jauh kira..ingat kwsan selangor dekat jer...tapi kira2 perjalanan pergi semalam ambil masa 3 jam termasuk sesat..kira2 dah boleh sampai rumah if naik kereta... Destinasi yang dituju ialah Ladang Fertigasi & Ternakan ikan keli..bukan nak cerita pasal benda nie ye...cuma ibrah dari perjalanan semalam.

Dalam perjalanan ke Sg Besar, aku sangat kagum dengan pemandangan sawah padi yang menghijau kat Sekinchan semalam, Subhanallah sangat cantik! tak pernah tengok sawah padi yang menghijau sebegitu...dan sepanjang perjalanan juga aku n the geng sangat teruja dengan pemandangan yang luar biasa!!! melihat buah mempelam yang berjuntaian didepan mata hanya kecur liur melihatnya...baru ku sedar Selangor adalah Lubuk Pertanian! bermacam2, pelbagai jenis tanaman disepanjang jalan yang kami lalui...cukup2 mengkagumkan! eh..tapi bukan nak citer pasal pertanian nie ...

ceritanya begini...

Musafir kami semalam banyak buat aku terfikir, bila tengok awan, padi nan hijau, pokok2, sungai, pantai betapa besar KeagunganNya! Dia Maha Pencipta kan?tapi bila lihat rumah2 yang tersergam indah, terukir cantik, bangunan2 tinggi dan gah, turut terkagum dengan senibina ciptaan manusia...walhal, jika dibandingkan dengan ciptaan Allah tadi, mana yang lebih patut kita takjub! Masyaallah... aku begitu terpesona dengan indah neon di malam hari, sempat mengimbas memori...jika di terengganu pasti meriah lagi kan! membazir kadang2 aku fikir...TAPI...aku cuba untuk mentadabbur apa yang kupandang agar tidaklah sia2 perjalananku. Maka aku diilhamkan untuk mencoret something dalam blog nie...tapi aku tak mampu persembahkan yang sempurna dengan tulisan seperti mana aku melakar idea dalam benak fikiranku semalam...

Tatkala aku melihat indahnya binaan rumah dan bangunan yang tersergam indah sepanjang perjalanan, kupandang awan, kupandang langit biru...sempat kembali mengimbas kezaman kanak2 ku...dulu aku suka memandang langit bersama teman2, kami pandang, kami tenung lama2...takde kerja! kami lihat awan bergerak! setelah penat mendongak kami turunkan pandangan ke wajah teman2 yang lain...hahaha...hitam! semua nampak hitam muka teman2 ku...(cubalah), aduhai terpesong lagi...Langit dan awan itu tinggi kan? tak tercapai dek tangan kita...bangunan manusia itu pasti saja telah dicapai..sekurang2nya oleh orang yang membinanya... Maha Besar Dia Yang Menciptakan! awan itu tak bertiang...langit itu dimana penghujungnya? Rumah besar yang terukir cantik itu...besar mana??? bangunan tinggi yang tersergam indah itu..tinggi mana??? Neon2 cantik dimalam hari itu yang membuat siapapun terpukau memandangnya...secantik manapun ia tak mampu menerangi alam seperti terangya Si Matahari...bulan sekalipun lebih indah dari neon ciptaan manusia...tapi kenapa aku lupa??? selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang tak pernah ku syukuri...???

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?"

Terlalu banyak sehingga aku lupa...terlalu banyak hingga aku keliru...terlalu banyak sehingga aku kufur pada nikmatNya...terlalu banyak hingga tak rasa apa-apa lagi mendustakan nikmatNya.. Astaghfirullahal'azim...

Saturday, October 23, 2010

Maafkan aku teman...

Astaghfirullahal’azim…sebelum ku mulakan bicara tanpa suara ini ingin sekali ku memohon maaf andai apa yang terucap ini bakal membuat hati-hati yang punya rasa terasa…Tapi semoga yang punya jiwa kan berjiwa besar! Maka terimalah…kerana aku bukan mahu mengetuk pintu dan hati-hati yang lalai, bukan pula menyentap hati-hati yangresah gelisah untuk berasa aman, melainkan Cuma pada hati yang punya rasa! semoga aku punya rasa yang sama…tuk ku mengerti!
Sedia maklum..aku hanya insane biasa yang masih dalam proses pembaikpulih dan mengislah diri. Andai ada kata yang menyakitkan, andai ada ucapan yang tak seperti diinginkan..ampun maaf dan takziah kerana punya aku sebagai teman…
Dewasa ini..semakin meningkat umur dan pendeknya usia..semakin hari semakin kuat pula teruji..jika dulu diuji dengan teman yang bukan sefikrah..kini ujian itu lebih lagi dengan sahabat yang sefikrah! Jika dulu aku begitu mengkagumi insane-insan yang berukhwah fillah tanpa dapat aku merasai kemanisan tersebut..kini tatkala aku merasa manisnya ukhwah itu namun lazatnya kurang menyerlah kali…mungkin saja kerna acuan dan bahan yang berbeza yang diguna pakai atau kerana “tukang masaknya” yang kurang pakar…entah…aku sendiri yang tak pasti..bagaimana ya yang dikatakan ukhwah fillah itu??? Meneliti kisah-kisah orang, aku sedikit teruja dan cemburu dengan ukhwah yang mereka kecapi.. gimana aku mampu untuk berada ditahap seperti mereka...adakah kerana kefahaman atau apa ya??? Adakah kerna aku yang kurang faham tentang konsep ukhwah itu..sukar tuk berlapang dada atau ithar.. ya aku cuba untuk itu...namun hatiku siapa tahu jika bukan Dia...barangkali belum cukup itu untuk aku...maka ditambahi lagi dengan ujian-ujian kehidupan yang kadang melelahkan. Tapi Diakan Maha Tahu tentang baik buruk hambanya. ”Tidak akan diubahnya nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”, itu juga seringkali diperdengar, diulang2..tapi setakat mana aku memandang itu sebagai satu harapan dan cara untuk aku berlepas diri dari kegelisahan...
Subhanallah...
Sahabat..
Jika kau terasa diuji..mereka juga diuji..kita sama teruji... tapi sejauh mana diri mampu untuk bertahan dan keluar dari segala belenggu ujian itu... kita kadang lupa barangkali saat hati resah gelisah , memikirkan tentang itu dan ini, memikirkan sahabat-sahabat yang membuatkan hati bertambah gundah, tika itu Dia hanya mahu untuk kita kembali kepadaNya...ISTIGHFAR lah...kerna rasa itu mungkin saja dosa yang datang dari hati kita.. andai hati tidak tenang jua mungkin saja istighfar kita itu belum cukup untuk menghapus dosa itu...banyaknya karat2 pada hati dan bintik-bintik hitam yang cuba menutupi..tapi ingatlah ”Bukankan dengan mengingati Allah ,hati akan jadi tenang...” perbanyakkanlah istighfar.. jangan merasa cukup dengan istighfar kita yang telah banyak kita lafazkan...andai hati tetap tidak juga tenang itulah petanda betapa istighfar kita itu belum cukup! Dan betapa ingatan kita bukan padaNya... Belum cukup untuk menghapus karat pada hati yang sangat berkarat barangkali...syak wasangkamu pada siapa???
Aarghh...mendambakan impian yang tak seindah impian, payah tuk mewaraskan akal fikiran dengan cerita-cerita sumbang yang asyik menyumbang kepada dzon-dzon yang kadang mematikan hati dan mematahkan langkah dalam perjuangan melawa nafsu... Nafsi-nafsi nya insan membuat benteng antara hubungan fillah yang didamba.. payah benar tuk mengerti hati insan andai tidak diselami..tapi payah juga untuk memahami hati insan yang sedia terbina,tapi seakan ada jarak yang memisahkan...Tawarnya ukhwah itu, perlu ditambah gula??? Atau dibiar saja tanpa apa-apa, barangkali suka dengan yang pahit??? Atau apa? Suatu saat ku terdetik..barangkali ini bukan tujuannya...Lillah...atau Billah..???
Hati itu milik Allah kan..? atau kita telah punya rasa bahwa hati itu milik kita? Jika benar hati itu milikNya maka harus diurus hati itu mengikut kehendakNya..bukan dengan ada kepentingan sendiri, yang suka diambil, ditinggalnya apa yang tidak disuka. Kadang tika ammarah dan nafdu beraja, kita seakan lupa pada siapa yang berada didepan..ego menerjah rasa..aku tertekan!!! Tanpa mahu peduli..mereka punya rasa apa...hanya aku dan selalu aku...kenapa tidak mereka...??? Walhal itu hadiah dari Dia buat hambanya yang dikasehi...tidakkah Dia tahu hatimu penuh dengan bebanan dan kau ketakutan dengan bayang2 mu sendiri...tapi tetap saja Dia inginkan kau disampingnya untuk merasai ujian itu...agar kau mahu mengadu padaNya Cuma..Dia rindu tuk mendengarkan rintihanmu berpanjangan...tapi kau seakan lupa..”Tidak aku uji hambaku melainkan dia mampu untuk menghadapinya” keluhanmu yang kedengaran, seperti tidak redha dengan ketentuan...kau yang dipilih Dia untuk dekat denganNya melalui peringkat-peringkat ujian yang terasa seolah-olah tak mampu tuk kau hadapi lagi...walhal Dia amat tahu tentang kemampuan mu...jangan kau menolak tawaran dari Yang Maha Penyayang itu....
Maafkan aku kerna kurang mengerti dan tak memahami...

Friday, October 22, 2010

Aku..Kau..Saat Remaja!!!

Memori alam remaja!


Teringat saat memori tatkala menyapa

Kita remaja dialam bahgia

Dimasa itu yang kenal hanyalah erti suka

Duka yang terpalit tiada tersimpan dihati

Kerna kau teman kita bersama


Namun kini saat takdir memisahkan antara kita

Tiada lagi kegembiraan suka dan duka tika bersama

Waktu kita sama mematri janji namun tiada ia ditepati

Indahnya kenangan buat ku tersenyum girang

Mengingati satu persatu peristiwa manis alam remaja


Bilakah lagi kita kan bertemu mengikat kembali tali persahabatan

Biarpun pasti beda yang ketara atau patah kata tak terucap

Pasti ada kerinduan yang menjengah menusuk dibalik kalbu

Teman, rindunya sebuah gelak tawa yang dulu mewarnai hidup kita

Andai kau tahu rindu ini..sampaikan khabar dari sudut manapun kau berada....

Thursday, October 21, 2010

Menerjah Minda Rasa

Menerjah Minda Rasa
Yang dirasa itu bukan kebenarannya
Harus bagaimana menyerlah jiwa
Pantas Al-Quran dan As-Sunnah disisih?
Sedang dua petujuk kebenaran telah tertadah

Harus apalagi dicari pada selainnya?
Omongan kata amat berkobar-kobar
Disanjung..dipuja..amalnya mana?
Kau katakan kita pejuang di jalan Allah
Buktinya mana..sekadar retorik diantara kita..?

Pegangan yang kau agungkan...demana tunjangnya?
Hatimu...hatimu...hatimu..itu...
Letaknya dimana...pada siapa...?
Kata kau..."Aku Cinta Allah"
Tapi saat teruji kau melatah

Sabarmu ditelan nafsu...kau keliru!

"Barangsiapa mengaku cinta Allah, padahal dia mengeluh ketika ditimpa bala, maka pengakuannya bohong..."

d_n
230410
11.50 p.m

Monday, October 11, 2010

Buatmu Dai'eyah, Pemegang Masa Depan Ummah!!!

Waktu...

"Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa,yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat diseburt?"

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."

"Sungguh , Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."

Masa...

"Demi masa. Sungguh! manusia berada dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."

BUATMU DAI'EYAH PEMEGANG MASA DEPAN UMMAH!!!

Sepi telah berlalu meninggalkan ribuan memori
Senyap para dai'e ibarat jurang lautan yang paling dalam
Sukar tuk sampai...

Tak tersentuhkan hatimu bila mengingati sorotan perjuangan Rasulullah dan para sahabat???
Sedang engkau diberi amanah/taklifan sebagai seornag DAI'E
Tak terdetikkah dihatimu bilamana seruan Ilahi menyapa, mengetuk pintu hatimu?

hanya sekadar itu kau biar ia berlalu sepi?
Meninggalkan sahabat yang
pernah kau dekati suatu waktu...
Kau curah kaseh dan sayang pada hatinya sekadar apa???

Sehingga dia mencintaimu dan mengasihimu..lantas kau biarkan...
Terkapai2 dalam perjuangan yang kau wariskan
Sehingga dia lesu dalam medan dan hilang tujuan

Lalu semakin hari, jauh meninggalkan kita
Dalam dunia keasyikan yang
fana ...
Dalam kesibukan
yang penuh dengan kepalsuan!

Duhai sahabat
Kau itu Dai'e, kita bersama!
Kembalikan kegemilangan dakwah dan tarbiyah!

Hadirkan hatimu bersama cinta Ilahi...
Lapangkan dadamu untuk berjiwa besar
Bersama kita menongkah arus menggapai awan!

d_n berbicara pada hati yang punya rasa...



Sunday, October 10, 2010


Tanggal 7 oktober 10 KRISS 12O CCC 1926 telah dinobatkan sebagai

"MOTOR 1 MALAYSIA oleh Prof Ghizan..."


Haha...nothing la...cuma terkesan dengan kata2 Prof. pada hari kejadian... "Nie motor sape?Jarang saya tengok fenomena macam nie berlaku kat UPM.." jeng...jeng...jeng.... "Apa masalah dengan motor aku, apa kene...???,soalku dalam hati..tersengeh2 x faham...hehe. Owh..baru terperasan pembonceng kat belakang aku rupanya...Chai Ying asbabnya Prof. berkata2 begitu..
hah ha... So, adakah aku PENCETUS FENOMENA BARU..???(perahsantan...;-p)

Kamar Hatiku Berbicara...sepi!

Alhamdulillah…atas segala nikmat yang telah diberi tanpa dipinta mahupun yang selalu dipinta. Nikmat IMAN, ISLAM, SIHAT, dan seangkatannya…bahkan nikmat UDARA, AIR, MAKAN, MINUM, dan seangkatannya pula…Masih lagi aku disini dengan langkahan kaki yang masih teguh berdiri walaupun kadang goyah diterjah mehnah dunia, namun disini juga tempat ku menahan lelah lantas terduduk lemah tatkala kudrat tak terjana TAPI…belum tersungkur mati hanya kerana peritnya DUNIA memperdaya…kerana HATI yang dipermainkan dunia, masih lagi mahu mekar dalam jagaan Ilahi, lalu Hati itu meminta…Kuatkan hambaMu yang lemah lesu…Ya Rabbi… hati yang dulu pernah jauh..masih mahu berada dalam dakapan RahmatMu…JANGAN… JANGAN…JANGAN dijauhkan Kami….ERATKAN KAMI dalam naungan cintaMu…

Hadirkan dalam jiwa KAMI roh perjuangan para SAHABAT agar kami tidak beralasan dalam GERAK kami yang digelar DAI’E yang mengaku sebagai penyambung mata rantai perjuangan RASULULLAH...Atau kamikah yang salah dalam menilai ??? Yang senang dicari...yang payah ditinggal...sedang SUNNAH orang berjuang dimana senangnya??? Aargh...kami yang keliru sendiri...Kamikah yang mengaku mata rantai itu...??? dimana seruan-seruan mujahid yang berkobar dan bersemangat waja! Dimana saf yang berdiri teguh dan tersusun padu dalam satu jemaah???disini sana...bukankah ”ALLAH mencintai orang2 y berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur...”??

Friday, September 17, 2010

Dikala Hujan...

SUBHANALLAH...

tik...tik...tik....

saat pagi menyapa wajah...

tik..tik...tik...

bukan jam randik berbunyi...

tik...tik...tik...tik...lagi...

aku tahu di luar hujan...

tik..tik..tik... lagi..dan lagi...

buatku terjaga...

hujan agak lebat diluar...

Masyaallah...bah melanda...

tik...tik..tik...tu rupanya air yang trun dari syiling bilikku...bocor...

aku mula kekecohan mencari baldi dan mengalihkan buku2 yang dibasahi...

bilikku kini dilimpahi air...2 baldi dah hampir penuh...dan lantai pun digenangi juga...

baju yang tersidai ditepian jendela basah kuyup...meja rak buku semua kena...

hehe nasib baik katilku tak basah...boleh sambung tidur lagi..?

mestilah tak...berani???cubalah...

nak tukar bilik...kejadian pertama selama 4 semester aku disini...bilik yang sama...

xpenah begini...apakah itu petanda....dapat bilik baru...??? haha sukakah aku????

Ya Allah...permudahkan aku...redhakan aku dengan ujian sekecil ini....

tak ada apa-apanya...

Thursday, September 16, 2010


Tentang Dia...

Menginginkanmu hadir di depan mataku…mustahil
Menginginkan kau mengingati disaat aku mengingatimu…bisakah?
Menginginkanmu selalu membuat aku penasaran pada sebuah pertemuan…2 mata.

Keinginanku bukan itu yang Dia mahu
Keinginanku bukan jua itu yang kau mahu
Tapi ku sangat ingin selalu mengharapkanmu
Hadir tuk ku melepas segala kemusykilan

Hati ini rawan tatkala mengingatimu
Kuat rasa rindu tuk berjumpa denganmu
Kerna belum pernah ada pertemuan itu
Sekadar mendengar suaramu yang telah kulupa

Tapi kau tak sepertiku punya rasa seperti yang kurasa
Kerna hanya aku yang berharap dan mendambakanmu
Kerana apa ku berperilaku sedemikian rupa...untuk apa???
Ketemu jawapannya..pasti Dia yang lebih tahu..

Ya Allah...andai kehadirannya dalam hidupku Kau restui
Pertemukan kami dalam rahmatMu dengan redhaMu..
Menjalin hubungan fillah dengan izin dan keranaMu..
Dan menambah taqwa tuk meraih singgahsana di syurgaMu..

Saat aku merindukan dia detikkanlah pada hatiku untuk sekadar... Subhanallah
Saat aku perlukan dia cukupkan aku dengan lafaz... Alhamdulillah
Saat aku mengingatinya jangan sampai aku lupa pada penciptanya...Lailahailallah
Engkau yang lebih utama.... Allahuakhbar!!!

Aku yang merindui dia...
Biar tiada ingatan dihatinya untukku...
Tetap jua aku inginkan dia selalu hadir di dalam mimpiku
Walaupun aku pasti tak dapat mengecamnya...

”Ya Allah...
Peliharalah dia yang kukasehi keranaMu
Bantulah saat dia sulit dan payah dalam mengharungi ujianMu
Rahmatilah perjalanan hidupnya di dunia wal akherat
Permudahkanlah segala urusannya tuk meraih redhaMu
Kasehilah dia melebihi kaseh dan cintanya pada insan2 yang dia kaseh dan cintai”

Biarkan harapan itu terus ku pasakkan
Kerna ku yakini janjiNya....

d_n (4syawal)
11.23pm di teratak ibu...kotak 4 segi.
Saat aku teringatkan Dia....dia...dia...dan..dia-dia...

Kisah Syawal...

"sebuah cerita tentang Mia.."


”Esok balik kul berapa tiket?” Kaklong bertanya.. dan menambah”Balik dah la lambat pergi awal pulak...buat ape tahu kat sana... jumpe pakwe ke ape..”

Mak mula menyampuk, ” ada program katanya..program aje..orang cuti lame dia cuti sekejap...”

”jangan nak menentang kerajaan mia..hang buat program bukan-bukan kat sana, belajar jer elok-elok dapat kerja dengan kerajaan jugak nanti...”tiba-tiba mak mengeluarkan statement politiknya...

Dah mula dah...

”ntah..banyak sangat program...jangan hang terlibat dengan ajaran sesat pulak...”

”adush...Nau’zubillahiminzalik...kakak aku nie bukan main dasyat duk pikirnya...ajaran sesat dikatanya aku...”mia berbicara pada hati sambil tersenyum dan minta dijauhkan...mia hanya membiarkan ibu dan kakaknya membuat andaian sendiri...

”wuish...sesat?..orang ada program hari raya lah...dun wery..doakan jer orang istiqamah dengan hidup yang sekarang...owh.. jangan lupa doakan kejayaan orang..nanti buka cuti da start exam balik, sebab tu lah orang nak bailk awal...huhu.”

”mak tak suka ke dengan anak mak yang sekarang nie...berbanding yang dolu-dolu tu...?” sengaja mia menanyakan soalan provokasi kepada ibunya...menduga hati seorang ibu...

Diam...

”bukan tak suka...aku takut hang tu duk melawan kerajaan..nanti tak dapat duit bantuan tu lagi...hang dah mendaftar belum mengundi...?” si ibu merisaukan seorang anak...lagi-lagi itu...

”lagi2 tu...insyaallah dah...rezeki Allah yang bagi mak...kalu takde, takde rezeki lah tu...”mia menjawab.

Setakat itu...jeng...jeng.jeng....

politik...politik..politik....aku tak suka politik....tapi dalam kehidupan seharian tak dapat lari dari berpolitik...dengan nama sedapnya..”siasah”... siapa aku untuk membenci??? Nabi pun bersiasah apa...? aku jer yang menyempitkan ruang lingkup siasah tu...masih banyak tak faham...hah...jangan lupa daftar pemilih!!! Udah...


nothing....

Balik Kolej..hoho..hoho...balik kolej...

Alhamdulillah...selamat sampai..ke bumi hijau kecintaanku...dah duk bersantai kat atas katil bilik yang kurang empuk tapi masih selesa nie...baru jer... sejak kul 3 ptg td nek bas dari kuantan - pekeliling-lrt ke pandan indah(amik motor)-merempit ke upm dgan kelajuan 100 km/jam-Alhamdulillah 8.30 selamat mendarat ke kolej...lenguh bahu duk "kelek" beg dari tadi...bekalan raya yang melebihi had muatan beg...sampai sedikit terkoyak beg balik kampung yang dipinjam dari kakakku..huhu.

sekarang...tengah geram...hehe duk call my best fren tak dapat2 sejak hari raya ke-4 lagi... kenapa ye??? urmm...boring...lapaq (tp malas nak menurunkan diri dari tingkat 5 nie..)...sakit belakang...

tahap keboringan melampau...tolong la...la la la....

Astaghfirullahal'azim....

Saturday, September 4, 2010

Antara Tinggi Dan Rendang...

Assalamualaikum warahmatullah...

Subhanallahh...Alhamdulillah...Allahuakhbar!!!


Sekadar sebuah ingatan tentang suatu kenangan bersama teman seperjuangan...saat waktu Tuhan mengizinkan kami mengembara ke ladang buah, setahun yang lalu untuk menikmati sedikit nikmat dunia masa musim buah rambutan, pulasan dan durian. Dalam duk asyik mengintai buah,memetik dan mengupas kulit si rambutan dan pulasan, seorang kakak mengeluarkan statement "Pokok yang tinggi adalah pokok yang baik" dan aku membidas dan berkata, pokok yang tinggilah pokok yang tak baik. terus aku keluarkan teori pertanian yang baru aku belajar..tentang pemangkasan pokok. praktikalnya, pokok yang baik adalah pokok yang dijaga rapi sedari kecilnya dibaja, dibelai, dicantas, dipotong, dipangkas dan segala2 'di' yang patut dibuat...sehingga matangnya pokok itu ia dapat menjadi pohon yang rendang dan berbuah ranum sekaligus memudahkan untuk di 'harvest'. si kakak terdiam..aku fikir dia faham. rupanya aku yang tak faham apa yang dia cuba nak sampaikan...sehinggalah kami pulang dari ladang dan kembali membuat halaqah di 'markas'...


Analogi yang dibuat oleh si kakak (sesi yang diceritakan oleh:)

http://azlindaabdullah.blogspot.com


kisah sebiji apple..ada sebiji apple yang berada tinggi nun di atas pokok..apple tu berasa sedih kerana tiap kali orang datang,dia akan mengambil apple yang rendah..tak ambil apple yang tinngi tersebut..pada suatu hari, dia menjatuhkan dirinya ke bawah..tetapi, orang tidak juga mengambilnya..renungannya disini..apple yang tinggi itu diibaratkan seperti seorang perempuan yang menjaga dirinya..yang maruahnya dijaga..yang dibawah itu, perempuan yang biasa2 sahaja, yang tidak terlalu menitik beratkan ttg batas2, dan garis panduan yang telah disyariatkan dalam islam..selepas perempuan yang tinggi itu menjatuhkan maruahnya..menjadi perempuan yang tidak lagi perpegang pada hukum2 islam,dengan harapan, ada seorang jejaka yang akan mendampinginya..tetapi ia tidak juga dihiraukan..kerana masih ramai perempuan2 yang lebih elok darinya..pengajarannya disini..kita mestilah menjaga maruah dan menjadi seorang muslimat yang tinggi keperibadiannya,jangan risau pada jodoh kerana semuanya sudah ditetapkan, apa yang penting, kita sebagai hambanya..hanya mampu berdoa..berdoala.jangan kerana seorang lelaki,kita menjatuhkan maruah kita sendiri..



dari sudut pandangan seorang aku :



kenapa aku katakan pokok yang tinggi itu tak baik??? banyak faktor masa tu aku cakap macam tu..dan tika akal warasku sering memikirkan tentang itu dan jawapan terbaik bukanlah berdasarkan teori semata-mata. masih banyak sudut pandangan yang boleh diambil ibrah dari hanya sepohon pokok. dari suatu sudut, aku diilhamkan dengan dengan Kalamullah yang banyak mengumpamakan pohon-pohon hijau yang tumbuh dan mereka memberikan hasil yang banyak dan manfaat pada manusia, dalam surah Al-An'am : 99 sebagai contoh. Analogi nya pokok yang baik adalah pohon yang rendang dan berbuah ranum, dikaitkan dengan seorang hamba...begitulah perlunya kita untuk menjadi seperti sepohon pokok yang rendang dan rimbun lagi bermanfaat pada orang lain. pohon yang rendang, mudah dicapai dan menyenangkan ramai orang malah disukai dan digemari. bukankah itu sifat seorang dai'e yang harus ada? pokok yang tinggi, sukar digapai..seolah2 ego manusia yang melangit tinggi. Ya dia mulia di pandangan nya berada tempat yang tinggi, dipandangan manusia dia hebat disitu...namun dia tiada berbakti... bilamana manusia begitu mengharapkan dia...jauh...sangat jauh tuk digapai...apa namanya manfaat bagi manusia...??? pokok yang tinggi itu kerana tak dijaga,kecilnya tak dicantas tak dipangkas, hidupnya tiada kawalan, bebaslah ia membesar dan meninggi...begitulah manusia andai tak dijaga imannya tak dibaja dan disuburkan dengan Takwa dan dididik dirotan...makin tinggilah egonya...

Dulu...aku selalu berdebat dengan emak, buat apa nak tanam pokok-pokok nie semua, beli lagi baik...kadang emak menanam sayur di depan, tepi dan belakang rumah yang bersisa ruang...dan diminta aku untuk menyiramnya... aku akan memberontak...tanam pun tak hidup...letih menyiram jer...kalau jadi pun...bagi kat orang jugak... banyak2 tanam...aku membebel sambil menyiram...tak faham... suatu ketika di zaman kanak-kanak. Dan bilamana Allah mengizinkan aku untuk faham tentang itu...betapa aku ketemu hebatnya jiwa seorang ibu...manfaat tanaman yang ditanam itu bukan sekadar untuk kita makan hasilnya...kalau orang curi pun kita dapat pahalanya, serangga kecil berteduh dan memakannya, pahala jua kita dapat...ditambah lagi dengan sedekahkan ia kepada jiran-jiran, lagi-lagi lah bertambah pahalanya...MasyaAllah!!!

betapa Pemurahnya Dia pada kita....

SALAM LEBARAN...


MANFAATKAN RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI...

Saturday, August 14, 2010

Lalang VS Padi

CERITERA HIJAU!!

Pertanian adalah kehidupan...


Perjalanan yang panjang dalam rembang kefatamorganaan dunia…

Mengheret rakus jiwa yang yang kegersangan iman di jiwa...


Tandus..usang...jasad yang bernyawa ibarat lalang yang meliuk2...

Semakin tinggi ia semakin melangit tinggi egonya

Payah pula didekati tajam tersisip walau tanpa duri

Kadang cantik dipandang namun hati tak mampu bertenang

Ditebas tak mati dibakar cepat pula kembali

Kerna lalang berjasa hanya bagi haiwan ternak..makannya yang paling enak!



Beza sekali walau dalam keluarga yang sama, si cilik padi..

Semakin berisi semakin tunduk kebumi, menambah bakti diberi...

Resmi padi tak pandai meninggi, sedar diri hamba Ilahi

Dari tanah ia datang, tumbuh silih berganti pada tanah jua tempat kembali

Dituai tak habis, benihnya menyusul generasi berbudi

Makanan ruji manusiawi yang enak tetap teruji...




Umpama 2 kejadian lalang dan padi...

Beza? Serupa? apa yang kita mampu terjemahkan...






ustaz hasrizal karangkan...

http://saifulislam.com/?p=594


Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…


hemm..."lalang-lalang tinggi berdiri" lalang lagi fames dari padi ye... xpenah lagi aku dengar padi dilagukan...heh!