Monday, November 1, 2010

COMING SOON!!!! KEM PUTRA SOLEH!


Satu Kem yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) akan diadakan seperti berikut:





Setiap penghujung semester 1 pihak Persatuan Mahasiswa Islam akan mengadakan sebuah Kem Pemantapan yang merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak. Kem ini telah berlangsung beberapa sesi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua mahasiswa upm. Oleh kerana penyertaan adalah terhad maka cepat-cepat lah mendaftar nama kepada wakil kami seperti yang tertera di atas...Objektif utama Kem ini diadakan adalah seperti berikut:

0.1 Membentuk akhlak islamiyah di kalangan peserta dan menjadikannya sebagai pegangan dan amalan hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

0.2 Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang di pikul sebagai pelajar muslim terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama.

0.3 Memberi kesedaran mengenai cabaran aqidah dan isu – isu semasa berkaitan dengan kehidupan dunia Negara islam.

KPS menjanji aktiviti-aktiviti yang menarik yang bakal meninggalkan kenangan dan pengalaman yang terindah disamping menambah ilmu pengetahuan dan mengikat ukhwah bersama peserta dan fasilitator. KPS turut menampilkan penceramah-penceramah hebat!!! Nak tahu siapa penceramahnya??? Sertai KPS dan daftarlah sekarang...

Di bawah adalah sedikit gambaran tentang Kem yang dikenali dengan KEM ANAK MUDA ISLAM pada sesi lepas yang pernah dianjurkan ...





No comments: