Thursday, November 25, 2010

Sekadar Muhasabah Diri...

Alhamdulillah...Allahdulillah...Alhamdulillah...Allahuakhbar!!!

Exam da berlalu...KPS pun baru saja selesai berlangsung semalam...dan hari ini..ku disini.. esok belum tahu di alam mana...semoga ada ruang dan kesempatan untuk aku berlebih-lebihan dalam beramal kerana esok yang belum pasti. izinkan aku ya Rabb! kerana aku hamba yang hina dina. kadang lupa dengan fananya dunia, sehingga kelam kabut dunia sentiasa beriringan dengan langkahan kehidupan,cuma saja aku yang mengesampingkannya dan kadang aku yang tewas dalam mengurus kehidupan dan mengatur langkahan ini. aku , ya manusia biasa cuma yang sentiasa lupa, turun naik iman yang baru berputik belum mekar dan mengembang menjadi mawar berduri yang menjadi impian setiap muslimah...ya, aku juga bercita-cita dan kan berusaha untuk menjadi yang mukminah, cuma mengukur diri dan taqwa ku ditahap mana???

Ya Allah,
melihat semangat adik-adik semasa KPS berlangsung amat memberi kesan kepada diri..walaupun aku hanya berpeluang bersama-sama disaat malam terakhir, namun aku kegelisahan kerana sahabat-sahabat yang mengtarbiah adik-adik adakah mereka sebenarnya tertarbiah??? aku sendiri bagaimana...? insyaallah aku pasti sahabat2 ku lebih2 lagi ditarbiah kerana mereka bersama adik-adik lebih lama.. Ya kerana ku tahu hanya orang yang melaksana dan merasai sahaja akan lebih terkesan pengtarbiayahan diri mereka. So, untuk rasa ditarbiah.. rasailah pahit manis, perit juang dalam bergerak kerja...berjuang berkorban demi cinta! Cinta Dia Yang Lebih bermakna, kerana dengan cintaNya akan hadir kekuatan dalam diri yang mungkin sahaja tidak pernah diketahui dek diri sendiri...Kalau cinta manusia yang diagung-agungkan...ya, itu sahaja. innamal a'malubinniat...manisnya cinta manusia yang berdasarkan apa sahaja... andai kecintaan kepada yang SelayakNya tidak melebihi cinta manusia itu sendiri, walaupun dia tunang, suami, ayah , dan insan2 terkasih kita...apakah punya daya untuk meraih manisnya nikmat berjuang itu..??? eh... tiba2 aku beremosi bila teringatkan tentang cinta manusia... kenapa??? sepertinya lewat bicaraku tersasar...hehe kembali ke 'mood' asal.

tapi...seperti telah hilang fokus...ya sebentar aku menamatkan tulisan ini. tak dapat menyambung lagi kerana aku ingin lebih dahulu mengisi ruang kekosongan yang perlu diisi..

sekian.
monolog d_n berbicara...

1 comment:

Anonymous said...

ya kak, adakah tarbiyah diri kita brjalan...
sedih juga xdpt join KPS..

N. Azizah A. Samah