Tuesday, November 9, 2010

Di Keheningan malam ku mencari...

-Jalan Pulang-

Dikeheningan kali ini ku berjaga
Di kesunyian berteman alunan zikir
Ku membasuh hati yang kotor dibalut selut hitam
Dunia yang kukejar didepan keciciran dibelakang
Dunia yang kutinggalkan di belakang
Mendahului di hujung persimpangan
”Barangsiapa menghendaki keuntungan di akherat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menhandaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi di tidak akan mendapat bahagian di akhirat.” (42:20)
Harus bagaimana ku memandu diri
Yang kadang kelelahan dengan permainan dunia
Harus apa yang ku pilih antara 2 persimpangan
Yang membuat ku buntu untuk meneruskan langkah
Diikut, takut tak mampu tuk menggalas bebanan amanah
Ditinggal, bimbang keciciran lagi langsung futur
”..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)
Mengimbas memori semalam selalunya indah
Memikirkan masa depan tak selalunya indah
Meninggalkan teman taulan mudah
Mencari jalan pulang tuk kembali tak selalunya mudah
Kerna disitu telah terbina jurang dalam diri
Maka yang membinanya pasti terasa sempit
”(Iaitu) Orang yang berinfak dijalan Allah, baik diwaktu lapang ataupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (3:134)
Duhai diri, berlapang dada itu payah bukan?
Apatah lagi tuk ithar...
Kadang hati yang berbelah bahagi sentiasa mencari salah diri
Walhal keterbukaan sentiasa diberi
Menanti kembalinya sahabat disisi
Tuk bersama dalam perjuangan ini..usah sendiri lagi...
”Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu dikembalikan.” (2:245)
Rindu menanti saat-saat suatu masa
Kita bersama seperti waktu dulu
Gurau senda, menggamit memori, indah kan?
Mengjauhnya satu jasad seakan pudar langkah itu
Namun perjuangan harus berterusan untuk menggapai redhanya Tuhan
Kerana kita yang perlukan ISLAM bukannya ISLAM yang perlukan kita...
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)
Ya Rabbi...
Dikeheningan dinihari ini
Kumohon pengampunanMu dengan rahmatMu
Sinarilah relung hati kami dengan cahayaMu
Dengan segala petunjuk kebenaran pandulah kami
Yang mengaku berjuang dijalanMu..
” ...Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (18:10)
Penuhi jiwa kami dengan khazanah ilmuMu
Tuk kami teguh berdiri didunia yang kian terasing
Kembalikan kepada kami jiwa seorang dai’e
Tuk kami kembali menyatu hanya keranaMu
Dan satukan hati-hati kami sekali lagi dan selama-lamanya
Tuk kami terus berada dijalan yang Kau redhai...
”Dan berdoalah, ”Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat.” (23:29)
Dzatuun_nithaqaini
4.23 a.m
091110
suatu sudut dikamar sepi...ilham dari Kalamullah.

No comments: