Thursday, June 26, 2008

Bicara buatmu teman..



Maafkan diriku duhai teman, Kerana aku yang tak layak bergelar teman sejati, Ego yang meninggi bersarang dalam hati, Membiarkanmu terkapai2 hilang arah tujuan, Membiarkanmu asyik dengan kefanaan dunia, Menjebakkanmu ke kancah kepalsuan, Walaupun bukan niatku begitu

Maafkan aku teman Kerna Tak bisa memberi sedikit ruang, hanya simpati pada hati yang tak kuat untuk memimpinmu, yang mengarahkan aku dan kamu kepada dua haluan yang berbeza

maafkan aku teman kerana tak bisa membantumu saat kau kedukaan, maafkan aku teman kerna berbicara menyakitkan, maafkan aku teman kerna tak bisa menjadi tauladan

maafkan aku teman yang penuh dengan kekurangan yang kurang pengertian yang banyak diam dari tegahan yang menahan dari meluahkan yang sakit kerana pandangan yang benci kepada kemaksiatan…

namun kerana itu ujian aku teruskan walaupun hati yang terseksa penuh dengan bebanan dosa ku tak layak menyalahkanmu teman kerana sesungguhnya aku yang bersalah dalam penilaian dan sebuah kesanggupan…

maafkan aku teman… atas sebuah penyesalan ku tak mahu lagi ia berulang atas setiap kekhilafan yang kau dan aku lakukan semoga Allah memberi petunjuk jalan untuk kita kembali kejalan lurus sebuah pertaubatan semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan rahmatNya…

“Ya Allah, ampunilah kami atas segala dosa yang kami lakukan dan janganlah kiranya engkau memesongkan hati kami setelah Kau berikan kami petunjukMu..dan ampunilah jua dosa kedua ibu bapa kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami masih kecil…”

rasa hati ini...

Bismillahirahmanirahim….

entah kenapa akhir2 ni aku rasa entah je…entah kenapa rasa tak best jer… entah kenapa rasa takut semacam je.. entah kenapa buat aku jedi macam ni.. adakah ini petanda untukk aku…?entah jugak…tak tahu…bila muhasabah balik kenapa aku jadi cam niee..entah jugak. Haiyak.. tak jumpa jawapan untuk permasalahan aku ni.. sebenarnya bukan problem besar pun tapi aku je yang tak reti nak handle…entah kenapa lagi… padahal aku baru je rasa bahagia coz dapat tawaran sambung study..tapi macam susah sangat nak dapat. .dua tiga hari ni aku duk pikir pasal tawaran bersyarat untuk kemasukan u tu.. mybe sebab tu kot aku risau semacam kot..takut2 impian tak jadi nyata. Tapi tadi aku dah call pihak ‘u’ tu..dia suruh aku daftar 29 nie…bawa result sem last n result muet. Result muet aku tak kuar lagi coz aku baru je ambik bulan 5 ari tu..tu yang buat aku takut…kot2 di reject. Padahal kalau aku direject pun aku sepatutnya redha…aku rasa aku boleh terima kot…tapi tulah entah kenapa hati aku tak boleh nak tenang jugak.

Mybe jugak…coz aku duk asyik ingat pasal tawaran tu je…tapi aku rasa, mybe sebab aku takut untuk menghadapi tempat baru yang bakal aku jejaki nanti, coz apa yang bakal aku lalui nanti adalah benda baru, memang aku akui aku takut untuk menerima sesuatu yang baru, aku takut aku tak leh bawa diri… aku takut aku masih ditakuk yang lama dan aku takut aku semakin teruk dari aku sekarang… aku tahu aku tak patut aku fikir macam tu.. tapi sebab aku tahu sape akulah yang buat aku tak dapat lari dari memikirkan perkara2 tu…perasaan nie sama macam saat2 aku dapat tawaran ke umt 3 tahun yang lepas..dulu aku nekad tak mboh g ke umt coz aku nak ke form six, tapi akhirnya aku dah abis pun diploma kat umt, dan Alhamdulillah banyak mende yang aku belajar dan dapat. Tapi kenapa masih ada perasaan yang sama sekarang ni… sepatutnya aku lebih matang, tapi fikiran aku ni bukan jenis macam tu.. apa yang ada dalam pemikiran aku ni semuanya hal yang remeh temeh.

Sebenarnya aku takut aku tak dapat sesuaikan diri aku..yelah aku nie bukan dari kategori orang yang cerdik pandai..aku takut benda yang sama akan berulang2 dalam diri aku,walaupun aku dah tekad dan berazam nak berubah dari sikap lama aku tu aku tak yakin aku boleh buat…buktinya setiap semester sama je…sebab malas aku jadi begini…tapi betapa Allah sayangkan aku, Dia masih beri aku peluang sambung degree, sedangkan ramai kawan2 aku yang tak dapat sambung,padahal result diorang lagi bagus dari aku...aku Cuma bernasib baik je..Tapi aku? Kenapa susahnya untuk aku bersyukur? Belum cukupkah nikmat yang Allah kurniakan?

Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur…

Apa2 pun hari2 yang akan datang tetap berlalu jugak…aku akan hadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku… sebab tak semua yang aku khuatirkan akan menjadi nyata.. dan semestinya apa yang tak aku jangkakan pasti akan berlaku…Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk aku..aku serahkan segala2 nya padaMu Ya Rabb….mohon redha dan maghfirahMu….ameen.


* tak tahu motif apa aku letak gambar nie.. tapi apa2 pun ia memberi inspirasi...insyaAllah..


Monday, June 23, 2008

from my email...

Tolong sebarkan kawan2 ku.....

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui...

Negara kite nie banyak tugu... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2.... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. " Menurut beliau... Nama perlis ini juga menda tan gkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku



http://groups.yahoo.com/group/penawarku/join

Thursday, June 19, 2008


TAHNIAH!!!


buat semua warGa UMT yang bakal bergraduat julai nanti tahniah semuanya...terutamanya buat budak diploma perikanan GOOD LUCK!


yang dapat sambung degree TAHNIAH! yang tak dapat lagi tu try la buat rayuan, insyaAllah ada rezeki..


la tahzan! rezeki Allah ada kat mana2, mungkin Dia tak beri apa yang kita mintak sebab dia nak beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mintak tu..


jangan pernah menyesal dengan setiap apa yang pernah berlaku.


pasti ada hikmah di sebalik tiap kejadian, yang boleh kita jadikan iktibar dalam hidup ini...


BERTEMU KITA DI HARI KONVOKESYEN nanti...


daa...assalamualaikum...

Kisah si nyamuk

Kisah di suatu hari…

Dalam keboringan yang tak terlampau…sempat tanganku membelek-belek buku yang menjadi peneman setiaku tatkala suka or duka. Alahai senang cerita boleh dikatakan diarilah but its not like a diary yang betul2 diari lah. Coz macam2 ada dalam buku tu…hampir2 penuh dan sarat dengan hasil tangan yang tak berbakat ni… mybe tajuk diatas tu sesuai kot coz cerita ni memang pasai nyamuk la… nak dijadikan cerita kat tempat aku praktikal dulu, aku duk kat kuartes yang disediakan.. pasai banyak sangat nyamuk kat situ sampai tidur malam sentiasa terganggu, maka terhasillah ilham kat bawah ni..mybe takde apa yang istimewanya tapi sama2lah kita fikirkan…huhu.


Setiap sesuatu yang ada dimukabumi ini
Adalah ciptaan Yang Esa
Dia menjadikan tiap sesuatu
Pasti ada fungsinya tersendiri
Walhal seekor nyamuk pun (dah hinggap kat kaki aku dah…)
Yang sering kita cemuh disetiap ketika
Gigitan nyamuk yang sering membuat kita marah (xtau la klau korang tak marah )
Yang sering mengganggu lena di malam hari (kecuali yang tido mati…)
Yang membuat kita tergaru2
Disebalik kejadian nyamuk, apakah hikmahnya?
Ubat nyamuk terhasil, ridset dan seangkatan dengannya
Untuk menghasilkan semua itu
Pastinya banyak bahan dan tenaga yang diperlukan
Begitulah manusia sebagai penjananya
Bukankah dari situ terbukanya sebuah peluang pekerjaan?
Ya…bagi kita yang bukan berada ditempat mereka
Pasti tak merasai kesannya bukan?
Fikirkan jika suatu hari nyamuk tu takde…(mybe tak kot…)
Nyamuk aedes yang merbahaya tu pun berguna…(apatah lagi kita sebagai khalifah dimuka bumi…)
berguna ape?
Banyak lagi hikmah di sebalik kejadian nyamuk tu..
Ye lah..eh eh orang suruh fikir..fikirlah…renung2kan dan selamat beramal…




*Ha2 itulah alkisahnya..si nyamuk yang diciptakan Allah sebagai punca rezeki kepada orang yang membuat kelambu, coz aku lah salah seorang pembelinya…hu2.

*kantoi betul la… masa aku duk edit kisah ni ada pula orang duk mengintai kat belakang..hampeh btul la adek aku yang sorang tu, boleh dia ketawa dengan tajuk yang aku buat nie…kelakar ke? Aku rasa tak…

penantian berakhir...

Bismillahirahmanirahim…
dengan lafaz Alhamdulillah sekali lagi kualunkan kalimah suci ini tanda kesyukuran yang tak terbelah bagi…tak tau nak ucap mende lagi selain lafaz yang mulia Alhamdulillah.
Syukran Ya Allah… penantian yang ku tunggu2 akhirnya sampai sudah ke destinasinya, keputusannya… 1-0, hehe… Allah telah memberi aku peluang dan ruang untuk meyambung ijazahku di sebuah university yang menjadi idaman aku di suatu ketika dulu…aku tak kata aku Berjaya sebab aku masih belum berjaya, sebab tanpaNya aku memang takkan dapat peluang tu..insyaAllah akan aku pergunakan peluang dan ruang di tempat baru yang bakal ku jejaki tu sebaiknya, izinkan aku…ya Rabb.
saat aku mengetahui keputusan tu aku tak rasa apa2, aku gembira sebenarnya, tapi aku takut untuk melahirkan rasa gembira tu..takut2 ia hanya mimpi semata. Sebab sebenarnya banyak sangat masalah yang melanda, bukan mengeluh atau menyesal Cuma rasa peluang tu sukar untuk dikecapi…well,, Alhamdulillah. Dan saat ni, walaupun aku rasa terharu dan rasa nak menangis tapi air mata ni tak mau keluar lah pulak…
~menjadi diriku dengan segala kekurangan~

Tuesday, June 17, 2008


Pasrah pertaubatan


Semboyan sepi berlagu hiba
Langkah perwira tak betah lagi bangkit
Menggegar kan pentas dunia kepalsuan
Hanya menjerumuskan perjuangan
kekancah kehinaan
Setelah menggunung mencipta keghairahan
Kini debu kehampaan berterbangan kencang
Mengocak segala keladak nafsu
Yang mengeruhkan segala kejernihan iman
Tak sanggup lagi merasa aman
Dengan segala pasrah kefanaan
Yang selama ini kuulang-ulang
Dengan segala apa yang tak ku ketahuan
Ku bimbangi kan datang lagi
penyesalan berulang
Tatkala aku sedang lalai kelekaan
Mungkinkah izrail datang menjemputku
Dengan wajah kebengisan tanpa belas?
kerna itu ya Rabb..izinkan aku…
menyatakan kata taubat padaMu
sebelum nafasku menghembus
segala nikmatMu
sebelum lenaku yang panjang
di pembaringan barzakhMu
sebelum tiba hari akhir
sebuah pertaubatan insan tidak lagi diterima….
Ampunkan aku….

Lagi curahan rasa..



Alhamdulillah…

dengan lafaz syukur kumulakan segalanya, kerna masih ada ruang dan waktu untukku menitipkan sesuatu untuk entry kali ini. Mungkin sekadar luahan rasa yang bakal ku bicarakan, namun harapanku luahan ini biarlah suatu hari nanti mampu ku tafsirkan dan dijadikan iktibar untuk kehidupanku seterusnya,andaikata ruang dan waktu masih ada dan selayaknya aku nikmatinya…

Tika ini, aku masih mencari-cari arah tujuan dalam menentukan kemana hala tujuku nanti, pengajianku di peringkat diploma telahpun berakhir 2 bulan yang lalu. Tak sampai sebulan pun lagi aku akan bergraduat dengan pakaian jubah unggu..entah kenapa tak ada debaran pun dalam hati aku dan tak pula rasa teruja…yang menjadi debaran aku saat ini ialah penantian untuk panggilan menyambung pengajian ke peringkat ijazah, yang khabarnya akan keluar pada minggu ke3 bulan nie…itu yang kunanti2kan dan selalu membuat aku penasaran… namun kata hatiku tak mampu merasa dan meneka kemana aku…mungkinkah? Atau bisakah? Atau apa? Semua kehendak Tuhan tak mampu kujangkakan..betapa lemahnya hidup insan didunia yang fana ini…sememangnya Kuasa Allah tak terduga di segenap jiwa kita sebagai manusia biasa. Sesungguhnya aku redha dengan segenap keputusannya, kerana hanya itu yang mampu untukku di ketika ini…


Andaikata aku tak layak ke degree…?apa yang aku nak buat, aku sememangnya sedang mereka2 hari depanku..namun aku masih tak jumpa jawapan untuk persoalan tu…sebab dalam pemikiran aku sekarang , aku tetap akan terus belajar dan belajar…memanglah ada persediaan untuk menghadapi kemungkinan2 yang bakal terjadi tu…tapi segalanya ku serahkan kepada Allah. Hanya Dia..yang layak menentukan takdir hidupku…


Pencarianku terhenti seketika, dan rutinku juga kacau bilau seadanya, secicip rasa tak mampu untuk ku mengkoreksi diri menjadi yang lebih baik…menjadi diriku atas kekuranganku….









Edcoustik-menjadi diriku


Tak seperti bintang dilangit
Tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajar kita memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku dengan segala kekurangan
Menjadi diriku atas kelebihanku

Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insane biasa tak mungkin sempurna
Tetapku bangga atas apa yang dikurnia
Setiap waktu kunikmati anugerah hidup yang kumiliki…


Monday, June 16, 2008

luahan rasa


Sebenarnya takde idea nak menulis nie, dan sememangnya aku bukanlah orang yang ada idea pun… kalau ada idea , takde bakat nak mengarang ayat pulak..tapi insyaAllah aku nak try juga buat. Bukan berlagak atau ‘ex’ ke apa tapi mybe latihan untuk aku supaya bertambah2 lah kemahiran menulis yang harus dipupuk tu, insyaAllah. Aku tahu penulisan aku ni masih di tahap yang rendah dan mybe tak terkesan pun pada sesiapa…sebabnya aku memang tak reti nak mengarang. Apa2 pun bersyukur aku kerana masih diberi keinginan yang kuat tu..sebab tu jelah faktor aku masih menulis ni..sebenarnya menulis tu memang lah senang je, tapi untuk menulis sesuatu yang berguna tu yang susah, aku ni jenis yang tak berkembang kot…nak beri pendapat ke pandangan ke susah skit. Pemikiran aku nie ntah…aku tak tahu…kadang tu matang kadang tak , kadang waras kadang tak, kadang bergeliga dirasa walhal takpun…itulah aku, just apa yang terdetik itulah yang aku curahkan…


*~~menjadi diriku dengan segala kekurangan~~*

Orang zalim tidak diberi petunjuk

Firman Allah s.w.t: Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan).
Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata: Saya dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, Maka terbitkanlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 258)

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Sesungguhnya pengikut- pengikut Thaghut dan Thaghut dalam neraka jahanam. Semoga Allah memeliharakan kita dari azab-Nya. Allah menghendaki untuk menggambarkan pada kami sebagai gambaran realiti berkenaan dengan alam”.
Firman Allah: Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan).
Sayyid Qutub berkata: “Raja yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya itu bukanlah menolak kewujudan Allah s.w.t, akan tetapi ia hanya menolak Wahdaniah Allah dari segi Uluhiah dan Rububiah. Juga menolak pentadbiran dan pengurusan- Nya yang tunggal terhadap perjalanan alam buana ini”.

Samalah dengan setengah-setengah golongan sesat di zaman jahiliah yang mengiktirafkan kewujudan Allah, tetapi mereka mengadakan tuhan-tuhan tandingan bagi Allah dan kepada tuhan-tuhan inilah mereka hubungkan sesuatu aktiviti atau amalan di dalam hidup mereka.
Raja itu juga menolak bahawa hak hakimiah atau hak memerintah itu adalah milik Allah yang Maha Esa sahaja. Tiada undang-undang melainkan undang-undang Allah dalam segala urusan hidup di bumi dan di dalam perundangan masyarakat.

Raja yang menolak wahdaniah Allah yang degil itu berbuat demikian kerana sesuatu sebab yang sepatutnya dia beriman dan bersyukur. Sebab itu ialah Allah mengurniakan pemerintahan kepadanya dan meletakkan kuasa di tangannya. Sepatutnya dia bersyukur dan mengakui Wahdaniah Allah, tetapi kuasa telah membuat orang yang tidak menghargai nikmat Allah dan tidak memahami sumber pemberian itu menjadi manusia yang melampau dan angkuh.

Oleh sebab itulah mereka meletakkan kekufuran di tempat kesyukuran dan menjadi sesat dengan sebab yang seharusnya mereka boleh menjadi mukmin. Mereka dapat menjadi pemerintah kerana Allah mengangkat mereka menjadi pemerintah, tetapi Allah tidak membenarkan mereka memperhambakan orang ramai dengan memaksa mereka mengikut undung-undang yang dibuat oleh mereka, sedangkan mereka juga bersifat hamba seperti orang ramai.

Mereka seharusnya menerima undang-undang atau syariat Allah dan tidak membuat undang-undang sendiri selain syariat Allah, kerana mereka hanya khalifah atau wakil pemerintah bukannya pemerintah yang sebenar.
Sayyid Qutub berkata: “Apakah tidak engkau melihat? Itulah pertanyaan yang mengandungi maksud mengeji dan memburukkan. Bantahan dan kecaman itu tercetus dari susunan kalimat pertanyaan ini sendiri dan susunan maknanya. Perbuatan itu adalah satu perbuatan yang sungguh keji.

“Adalah tidak wajar bagi seseorang berdebat dan membantah dengan sebab nikmat dan kurnia. Adalah tidak wajar bagi seseorang hamba mendakwa mempunyai sesuatu kuasa dari ikhtisas Allah. Adalah tidak wajar bagi seseorang pemerintah memerintah manusia dengan hawa nafsunya tanpa mengambil undang-undang dari Allah”.

Firman Allah: Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan.
Al-Baghawi berkata: “Peristiwa ini berlaku mengikut sebahagian ulama selepas daripada Ibrahim dicampakkan ke dalam api.”
Sayyid Qutub berkata: “Kerja-kerja menghidup dan mematikan merupakan dua gejala yang berulang-ulang kali berlaku pada setiap saat dan sentiasa terdedah kepada perasaan dan akal manusia. Tetapi di dalam waktu yang sama kedua-duanya merupakan rahsia yang membingungkan mereka.

Hakikat mati
“Akal manusia terpaksa merujuk rahsia ini kepada sumber yang lain yang bukan bersifat manusia dan kepada urusan yang lain dari urusan para makhluk. Mereka pasti menunjukkan rahsia ini kepada Allah yang berkuasa mencipta dan memusnahkan untuk menghuraikan teka-teki yang melemahkan sekalian yang hidup”.

Kita tidak mengetahui sesuatu apa pun mengenai hakikat hidup dan hakikat mati sehingga ke saat ini, tetapi kita hanya memahami gejala-gejalanya sahaja pada yang hidup dan yang mati. Kita terpaksa menyerahkan sumber hidup dan mati ini kepada sesuatu kuasa yang bukan dari jenis kuasa-kuasa yang kita mengetahui seluruhnya, iaitu kuasa Allah.

Oleh sebab itulah Ibrahim a.s memperkenalkan Tuhannya (kepada raja itu) dengan sifat yang tidak ada pada sesiapa pun dan tidak boleh didakwa oleh sesiapapun apabila raja itu bertanya beliau: “Siapakah Tuhan yang menjadi sumber hukum dan undang-undang itu?” Ibrahim menjawab: “Tuhanku yang menghidup dan yang mematikan. Oleh kerana itu Dialah juga yang berhak memerintah dan mengatur undang-undang” .

Sebagai seorang Rasul yang dikurniakan kebolehan laduni sebagaimana telah kami terangkan di permulaan juzuk ini, tentulah Ibrahim a.s. tidak bermaksud dengan sifat menghidup dan mematikan itu ialah semata-mata untuk menyatakan kerja menghidup dan mematikan itu sahaja kerana kerja ini memanglah kerja Allah yang Maha Esa yang tiada siapapun dari makhluk-nya yang turut mengambil bahagian dalam kerja itu.

Namun raja yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya itu telah memandang dirinya mempunyai sifat tuhan kerana dia memerintah kaumnya dan berkuasa menghukumkan mereka hidup atau mati dan kerana itu dia berkata kepada Ibrahim: “Aku penghulu mereka dan akulah yang mentadbirkan segala urusan mereka dan kerana itu maka akulah tuhan yang engkau wajib patuhi segala perintah dan hukumnya”.

Firman Allah: Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, Maka terbitkanlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Al-Nasafi berkata: “Ini bukanlah dengan melarikan hujah kepada hujah yang lain seperti sangkaan sebahagian kerana hujah pertama lazim yang sudah sempurna. Tetapi apabila musuh yang laknat enggan dengan hujah menghidupkan dengan cara membebaskan orang yang sepatutnya dibunuh, maka dialih hujah yang lain kerana kebodohan mereka”.

Al-Maghari berkata: “Allah tidak memberi hidayat kepada yang berpaling daripada menerimanya dan yang tidak melihat kepada dalil untuk menyampaikan kepada makrifat yang sebenar”.
Ibnu Jauzi berpendapat dengan makna ‘orang kafir’ dan kata Muqatil pula dengan makna ‘dia tidak diberi hidayat untuk berhujah. Yakni Namruz’.

Iktibar Ayat
* Kelebihan Nabi Allah Ibrahim sebagai Rasul Ulul Azmi.
* Berhujah diharuskan untuk menegakkan kebenaran dalam menyampaikan dakwah.
* Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

rujukan: http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
BERSATULAH

Ya rabbi , ya rabbi..
Ya rabbal alamin
Bangkitlah, bangkitlah ,
pemuda pemudi islam
Bersatulah kita umat islam
Jangan bercerai berai
hai umat islam

Ya Allah, ya ALLAH
Allah yang maha tinggi
PadaMu..padaMu
kami berserah diri
bersatulah kita umat islam
jadikan hidup ini tenteram dan damai

ya ALLAH tunjukilah kami
kejalan yang telah kau redhai
janganlah harta dunia ini
menghalangi mengingat ilahi
ya Allah ampunilah kami
kuatkan iman hamba ini
selalu ada dalam jiwa kami
semoga tak terlepas lagi
-SAKHA-

Monday, June 2, 2008

penyesalan berbuah kesyukuran...ntah betul ke ayat tu...

ALHAMDULILLAH...YA ALLAH..

Terima kasih, syukur dipanjatkan kehadratMu..sebenarnya entry lain yang nak di post kan, tapi takdir Allah mengatasi segala2nya. baru semak result untuk sem 6 LI, khabar yang diberitakan sebaliknya dan Alhamdulillah sekali lagi dan berkali2 harus kuucapkan bcoz result sebenarnya ALHAMDULILLAH...sujud padaMu ya Rabb..


nukilan ni terhasil saat aku dikhabarkan tentang sesuatu yang mendebarkan hati aku sebelum result keluar...

Dulu ku membina harapan menyulam impian


Angan ku tinggi tapi tak mampu menggapai awan


Tiba saatnya semakin mendekat hari ketibaan


Ku diberitakan sebuah khabar kekecewaan


Ku kecundang ditengah jalan penyesalan


Bertimpa sesalan ke benak fikiran


Akal syaitan menunjang persoalan


Mengapa begitu dugaan tuhan?


Kumerayu diberikan ihsan dan jawapan


Diteleku kesepian ku pohon keampunan


Ampunkan aku ya Tuhan…


Atas riak dan jua kehasadan


Ku menerima kifarah atas kesalahan


Baru ku sedar hidupnya insan



Hanya kefanaan yang melekakan



Bukan harapan yang menjadi bekalan iman



Tapi bekalan iman yang membina harapan untuk kejayaan…


Terima kasih Tuhan…Alhamdulillah atas segala petunjuk panduan…


Tegar aku dalam pertimbangan iman…