Monday, June 2, 2014

Nun…Demi pena dan apa yang ditulisnya…


Adaptasi daripada rakaman IKIM~ Ustazah Nurhafizah~

Alhamdulillah masih diberi kesempatan disela-sela waktu untuk mendengar rakaman IKM FM sambil-sambil mengantuk nie. Tapi disebabkan mendengar sambil menaip, kuranglah siket kemengantukannya.

Saya kongsikan kata-kata dan catatan menarik daripada ustazah Nur Hafizah musa sepertimana yang saya dengar dan mungkin diolah sedikit dengan cara penulisan saya. Tulisan yang saya gelapkan saya ambil langsung dari kata-kata ustazah.

Dalam dua episode ‘Nun’ ustazah memperbincangkan tentang kepentingan mencatat dalam kehidupan seharian kita, terutamanya mencatat ilmu yang diperolehi daripada kuliah mahupun luar kuliah, secara formal mahupun tidak formal.

Kenapa mencatat sangat penting dalam hidup kita? Mengapa kita dianjurkan untuk mencatat? Senang sahaja jawapannya. Supaya kita ingat! Boleh dibuat rujukan!

Sepertimana catatan yang telah dibuat oleh ulama’ silam beribu tahun lampau dan mutakhir ini, yang menulis, yang mencatat ilmu dan pengalaman mereka  yang akhirnya memberi manfaat untuk kita semua dimasa sekarang dengan penulisan mereka yang disimpan dan dibukukan serta diajarkan kepada kita. Hasil catatan yang telah mereka buat kita boleh merujuk semula mutiara ilmu tersebut.

“Pendidikan penulisan perlu dititikkan dari awal…” daripada umur kanak-kanak lagi kita perlu didik anak-anak kita untuk mencatat, kita berikan mereka buku catatan kepada mereka dan suruh mereka tuliskan apa-apa sahaja yang mereka rasa dengan itu juga kita boleh tahu dan nilai anak-anak kita.

 “Ilmu itu bagaikan hasil buruan dalam karung dan menulis adalah tali ikatannya…”    Syair imam syafie

“Ikatlah ilmu dengan menulis” Ali Bin Abi Talib

Peripentingnya menulis/mencatat sehingga dikatakan sedemikian rupa tentangnya oleh Imam syafie dan Ali. Betapa tidaknya? Ilmu itu sehebat manapun ia kita perolehi daripada orang hebat manapun, kadang apabila kita dapat, kita rasa kehebatannya tika itu sahaja, dan apabila kita pulang tanpa membawa sebarang catatan, ilmu itu akan berlalu begitu sahaja tanpa jejak dan bakal dilupakan oleh kita manusia yang dikatakan ‘insan’ mudah lupa!

Doa munajat seorang anak muda: DOA munajat memohon 5 kemuliaan:

“ Wahai Tuhanku apabila Engkau menerima taubatku, apabila Engkau mengampunkan dosa-dosaku, maka muliakanlah aku dengan kekuatan hafazan, dengan kejelasan kefahaman, sehingga aku boleh hafal dan aku boleh faham segala apa yang aku dengar dari Al-quran dan segala apa yang aku dengar daripada ilmu-ilmuMu. Maka muliakan aku dengan suara yang merdu, sehingga sesiapa yang mendengar suaraku, bacaanku, kata-kataku, bertambah gementar hati mereka, tersentuh hati mereka, menggoncang jiwa mereka, supaya melihat kebenaran itu benar walaupun sebenarnya mereka itu orang yang berhati batu. Dan muliakanlah aku Ya Allah dengan limpahan rezeki yang halal dan kurniakanlah daku rezeki daripada jalan yang tidak disangka-sangka.”

Ini adalah doa yang dikongsikan ustazah, yang diceritakan doa ini ustazah catat dalam mukasurat pertama Al-Quran miliknya sewaktu berumur belasan tahun. Dibaca dan diamalkan sehinggalah suatu saat Al-Quran itu hilang tanpa jejak, tetapi pada tahun 2012 ustazah terjumpanya kembali dan membukanya dan terjumpa doa tersebut yang telah lama ditinggalkan semenjak habis persekolahan. Dan berkongsi doa tersebut dengan anak-anaknya kini dan juga kita semua. Begitulah kuasa catatan!

“Ya Allah ambil lah nyawaku disaat Engkau paling redha denganku dan aku  paling redha denganMu.. Ya Allah jadikanlah setiap langkahku  semakin aku melangkah semakin aku dekat denganMu, jangan ada walau satu langkah yang aku langkah dalam hidup ini menjauh dariMu.” 

Kata-kata yang ustazah kongsikan daripada seorang syeikh dalam doanya dalam suatu majlis ilmu yang terkesan pada jiwa ustazah dan ustazah catatkan dan amalkan. Betullah betapa indahpun kata-kata seseorang yang dituturkan jika kita tidak catatkannya betapa keindahan itu akan berlalu pergi dan kitapun melupakannya.

Okey sampai kat sini sahaja saya dah kurang rajin nak mengulas..huhu. yang kat bawah nie catatan yang sempat saya tulis untuk episode  2 .

Lazimkan membaca quran sebelum subuh, sebab itu terapi paling indah dalam hidup kita. Baca dengan hati yang tenang dan menghayati Surah muzammil .

Betapa besar nya erti catatan dalam kehidupan.  Perkaitan yang teguh dengan akal, hati dan fizikal, kerana ia berkait dengan amalan tafakur iaitu merenung. Dan apabila kita merenung dan bertafakur akan ada kemampuan untuk merasa dan peka.

Penulisan yang baik bergantung dengan pemikiran yang baik, untuk memikir dan ada elemen Al-Quran, merenung dan mentadabbur Alquran. Belajar daripada binatang yang ada dalam Al-quran dan sbg.

Sentiasa mengambil pelajaran daripada ciptaan Allah, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan catatlah ia dalam apa bentuk tulisan yang boleh kita kembali merujuknya saat suatu masa kita melupakannya.

Catatan Imam al- ghazali:

“Ya Allah janganlah Engkau jadikan kami termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya bercakap, kami mendengar tapi tidak mengamal, kami mendengar tapi tidak menerima. Jangan jadikan kami golongan orang yang apabila kami diperingatkan, kami menangis-nangis keinsafan namun apabila datang waktu untuk mengamalnya kami seperti biasa, melalai dan melupakannya..”


Catatlah..ikatlah ilmu kamu dengan menulis…


No comments: