Thursday, April 8, 2010

BERBICARALAH HATI....SEMAHUMU...

assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim... aku mulakan penulisan ini bukan kerana nak sangat menulis...tapi semacam hati ini rasa macam lain or lain macam... sempat je tadi air mata mengalir tiba2... tak tahu kenapa.. sempat juga kepala terase pusing...tak tahu juga kenapa... dan segala macam yang aku rasa tiba2 nie juga lah..tiba2 aku duk balik depan pc secara tiba2..huhu..walhal niat dihati dah nak mula gerakkan langkah menghayun pulang ke kamar 4 segi nun... tapi hati bicara buat ape kat bilik...??? bisa jadi sesak..ermm..bilik bukan tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran dan hati yang duk bercelaru nie... ke masjid...??? humm.. malam nie ada solat hajat perdana kt masjid UPM dan IFD kt UM...tapi....bukan mencari alasan untuk tak pergi... sekali lagi tapi... kehendak Dia bukan begitu...

Ya Rabb! ampunkan aku permudahkan aku dalam apa jua urusan dunia dan akheratku... juga sahabat2ku..permudahkan mereka atas segala kesulitan dan urusan dunia dan akherat mereka... Ya Allah betapa ku tahu...hanya Engkau yang mengetahui gelora hati ini...jiwa ini kecamuk resah tiba2 kerana apa...??? mungkin kerana dosa yang ku lalaikan daripada mengambil berat akannya... atau segala kemungkinan yang tak bisa tuk ku fahami...atau tidak cuba untuk memahami???

Ya Allah tunjukkan aku jalannya...yang Kau redhai untuk aku berada diatasnya...kerana Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku...

aku ingin menangis semahuku...ingin mengadu segala mala padaMu. owh..hiba hatiku...ingin rasanya membawa diri merentasi benua dunia... melangkaui kemuncak awan yang tak terjejak... dan menerokai seluas lautan yang tak berpenghujung... betapa tak berdayanya aku...

saat aku merasa hina...tak upaya dan terasa lemahnya aku... sehina apapun aku ,tetap ingin ku berharap untuk bertemu denganMu... Ya Rabbi... pertemuan yang hakiki denganMu.. agar dunia ini tidak lagi menjadi kecintaanku... agar tiada lagi hambatan rindu antara cinta insan dan Penciptanya...

No comments: