Tuesday, September 9, 2008

"FLASH BACK"

Keresahan itu adalah satu ujian
Jangan kau membebaninya dengan ketidaksabaran
Bersabarlah duhai sahabat
Jangan kau meredupkan wajahmu nan indah
Kekalutanmu tiada kesudahannya andai kau terus begitu
Sebaliknya senyumlah, ingatlah Allah
Hasbunallahuwani’malwakiil...
Sebaik-baik penolong adalah Allah
Tidakkah kau menyedarinya?
Maafkan diriku melontarkan persoalan ini
Jua maafkan diriku andai tersilap bicara
Kerana diriku jua sepertimu
Kerna aku jua terkadang kalah dalam ujian
Mainan emosi sering kali memberi rasa resah
Begitu mencengkam jiwa yang lama gersang
Aku pernah tewas pada nafsu amarah
Ku jua pernah kecundang dalam keterpaksaan
Tapi teguran Tuhan seringkali mengingatkan
Kerana ujian adalah tarbiah dari Allah:



"sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dimuka bumi
sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka,
siapakah antaranya yang lebih baik amalannya” (alkahfi: 7)

‘Wahai tuhanku,tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya’

Tiada manfaat yang diberikan andai hidup ini hanya pandai berkata-kata, tatkala diuji tiada kesabaran, setelah berlalu baru disesali. Sesungguhnya kesabaran itu dapat dilihat tatkala menghadapi ujian dariNya bukan sesudahnya...

Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi,
menghadapi kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah,
elakkan daripada kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik
saja, Jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan Tabah…



*untukku dari diriku...

No comments: