Monday, September 15, 2008

CERITA CINTA

Bismillahirahmanirahim…

Aku mencari2 ilham untuk menulis kali nie..tentang ap yek? Sebenaqnya memang no idea, tapi mengadaptasi dari cerita seorang teman…tentang kisah cinta..haa….hehe jeng3…


`~~~Berkisah tentang cinta..sukar untuk dibicarakan, kerana aku belum pernah merasa dan melibatkan diri dalam percintaan antara dua insane. Dan sememangnya aku tak tahu apa yang mengharuskan aku mencintai seorang insane bernama lelaki di ketika ini, kerana aku tidak merasakan adanya keharusan itulah maka tak terdetik dihati ini untuk berada dalam kondisi jatuh cinta. Mungkin saja peluang itu terbuka luas untukku berada dalam kondisi tersebut, andaikata nafsu yang beraja dan beronak duri dalam jiwaku. Kerana kesempatan dan jalan kearah itu terbentang luas dan mudah bagiku untuk menjebakkan diri. Tapi kerana adanya perasaan takut pada sebuah kelalaian dan pembalasan Tuhan, maka membuatkan aku jauh dari jalan itu… Alhamdulillah , kerana Allah masih memeliharaku dari terjebak dengan kepalsuan cinta yang sering diagung2 kan oleh sebahagian orang. Meskipun begitu, jauh disudut hati ini, naluri kecil ini tak lepas dari fitrah kejadian manusia itu sendiri, yang ingin mencintai dan dicintai, dan perasaan itu pernah kualami dan membuat aku sedikit terleka dalam arus khayalan dan angan. Hanya kini setelah kutemui dambaan cinta yang benar dan wajar untukku, maka cinta itulah yang lebih ku damba dari selainnya. Kerana cinta yang kurasakan saat ini lebih indah nikmatnya berbanding, nikmat cinta manusia yang bersifat sementara. Cinta oh cinta, setiap insane mendambakan cinta insan, tak terkecuali aku, walau sebanyak manapun kukatakan aku tidak mencintai insane bernama lelaki, namun naluri kecil ini masih mengharap hadirnya seorang insane soleh disisiku untuk mendampingiku dan membimbingku sebagai insane yang bergelar suami. Ye..tak dinafikan walau sekuat mana keinginan itu, aku tak mampu untuk meraihnya andaikata diri ini sendiri tak mampu menjadi insane solehah, bukankah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan sebaliknya pula. Aku tersangat khuatir akan diri ku sendiri, kerana aku bimbangi diri ini yang tak kuat untuk menjalankan tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri. Hanya padaNya ku berserah dan memohon, andai ada insane yang layak untukku, maka hadirkanlah ia dekat denganku sebagai penunjuk jalanku dan sebagai layaknya seorang suami soleh yang menjadi dambaan setiap insane solehah…andai takdirku bukan didunia , cukupkanlah aku dengan nikmat syurgaMU.~~~’

~dr hati seorang insan~

Alhamdulillah…aku suka sangat bila sahabatku mengkhabarkan berita tentang kisah cinta dia…aku bersyukur sebab disebalik kejadian yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Aku harap sahabatku akan terus istiqamah dalam perjuangan mencari redha ilahi…semoga sukses dan sentiasa dalam rahmat ilahi…persiapkan dirimu untuk menjadi solehah semoga kan hadir insan soleh yang menjadi penghias hidupmu..ameen.


Kadang2 manusia nie bila disentak dengan satu perkara baru nak sedar dan muhasabah balik diri sendiri..Alhamdulillah sekurang2nya kesedaran tu ada dan semoga mujahadah untuk melawan nafsu…dalam kondisi yang lainnya kalau kita terlalu asyik dan taksub dengan sesuatu perkara ia mungkin akan buat kita leka dan lupa asal kejadian kita dan tujuan penciptaan kita ke dunia nie…yelah Manusia…mudah lupa, tak dinafikan. Tapi janganlah sampai terleka terus dengan yang fana tu…haiyak cakap boleh la..aku nie nak praktikkannye dalam kehidupan sehari2 pun tak tercapai lagi…yelah manusia….


tentang cinta nie...aku bukan orang yang selayaknya dapat menyampaikan dengan baik. cuma bila berbicara tentang cinta..hanya satu yang bisa ku abadikan... CINTA yang aku dambakan dan orang lain jugak dambakan adalah cinta pencipta CINTA itu sendiri iaitu ALLAH! cintaNya cinta segala2nya..insyaAllah.

No comments: