Monday, September 22, 2008

BUBUR LAMBUK...nyum...

Tanggal 21 september...














tersusun rapi....





bubur lambuk dah siap....






sup tulang ayam.....



hasilnya....bukan lagi bubur lambuk yang aku makan pada hari tu..tapi dah jadi nasi air..best makan bubur lambuk tue dengan sup tulang ayam tu..nyum2..Alhamdulillah...

Saturday, September 20, 2008

VIRUSSS!!!

Astaghfirullahal'aziim... ya Allah... Alhamdulillah,
Kau telah menyesakkan nafasku dan meresahkan hatiku..aku tahu hanya satu...
kerana aku semakin jauh dariMU..
izinkan aku kembali menautkan hati ini hanya untukMU,
jauhkan aku dari segala keluh kesah yang semakin menjauhkan aku dan ENGKAU ya RABB!
biarlah ujian ini menjadikan aku sedar bahawa aku memang dalam kealpaan...
maka bantulah aku untuk mempertingkatkan iman dijiwa ini...
dihati ini biar hanya ENGKAU yang bertakhta...izinkan aku..merayu padaMU dengarkan aku...
hanya padaMU titis airmata ini kuserahkan...
agar kelak ia menjadi saksi aku mencintaiMU...keranaMU!
huhu..sedih nie...semua 'word' dalam pendrive hilang..semua karya2 and assement 'lost'..
virus pemusnah!!!!! terima kaseh sebab sedarkan aku sesuatu dengan 'KEHILANGAN'...

Monday, September 15, 2008

MUHASABAH CINTA



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa
biarJadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
~~~Muhasabah Cinta - Edcoustic~~~

CERITA CINTA

Bismillahirahmanirahim…

Aku mencari2 ilham untuk menulis kali nie..tentang ap yek? Sebenaqnya memang no idea, tapi mengadaptasi dari cerita seorang teman…tentang kisah cinta..haa….hehe jeng3…


`~~~Berkisah tentang cinta..sukar untuk dibicarakan, kerana aku belum pernah merasa dan melibatkan diri dalam percintaan antara dua insane. Dan sememangnya aku tak tahu apa yang mengharuskan aku mencintai seorang insane bernama lelaki di ketika ini, kerana aku tidak merasakan adanya keharusan itulah maka tak terdetik dihati ini untuk berada dalam kondisi jatuh cinta. Mungkin saja peluang itu terbuka luas untukku berada dalam kondisi tersebut, andaikata nafsu yang beraja dan beronak duri dalam jiwaku. Kerana kesempatan dan jalan kearah itu terbentang luas dan mudah bagiku untuk menjebakkan diri. Tapi kerana adanya perasaan takut pada sebuah kelalaian dan pembalasan Tuhan, maka membuatkan aku jauh dari jalan itu… Alhamdulillah , kerana Allah masih memeliharaku dari terjebak dengan kepalsuan cinta yang sering diagung2 kan oleh sebahagian orang. Meskipun begitu, jauh disudut hati ini, naluri kecil ini tak lepas dari fitrah kejadian manusia itu sendiri, yang ingin mencintai dan dicintai, dan perasaan itu pernah kualami dan membuat aku sedikit terleka dalam arus khayalan dan angan. Hanya kini setelah kutemui dambaan cinta yang benar dan wajar untukku, maka cinta itulah yang lebih ku damba dari selainnya. Kerana cinta yang kurasakan saat ini lebih indah nikmatnya berbanding, nikmat cinta manusia yang bersifat sementara. Cinta oh cinta, setiap insane mendambakan cinta insan, tak terkecuali aku, walau sebanyak manapun kukatakan aku tidak mencintai insane bernama lelaki, namun naluri kecil ini masih mengharap hadirnya seorang insane soleh disisiku untuk mendampingiku dan membimbingku sebagai insane yang bergelar suami. Ye..tak dinafikan walau sekuat mana keinginan itu, aku tak mampu untuk meraihnya andaikata diri ini sendiri tak mampu menjadi insane solehah, bukankah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan sebaliknya pula. Aku tersangat khuatir akan diri ku sendiri, kerana aku bimbangi diri ini yang tak kuat untuk menjalankan tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri. Hanya padaNya ku berserah dan memohon, andai ada insane yang layak untukku, maka hadirkanlah ia dekat denganku sebagai penunjuk jalanku dan sebagai layaknya seorang suami soleh yang menjadi dambaan setiap insane solehah…andai takdirku bukan didunia , cukupkanlah aku dengan nikmat syurgaMU.~~~’

~dr hati seorang insan~

Alhamdulillah…aku suka sangat bila sahabatku mengkhabarkan berita tentang kisah cinta dia…aku bersyukur sebab disebalik kejadian yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Aku harap sahabatku akan terus istiqamah dalam perjuangan mencari redha ilahi…semoga sukses dan sentiasa dalam rahmat ilahi…persiapkan dirimu untuk menjadi solehah semoga kan hadir insan soleh yang menjadi penghias hidupmu..ameen.


Kadang2 manusia nie bila disentak dengan satu perkara baru nak sedar dan muhasabah balik diri sendiri..Alhamdulillah sekurang2nya kesedaran tu ada dan semoga mujahadah untuk melawan nafsu…dalam kondisi yang lainnya kalau kita terlalu asyik dan taksub dengan sesuatu perkara ia mungkin akan buat kita leka dan lupa asal kejadian kita dan tujuan penciptaan kita ke dunia nie…yelah Manusia…mudah lupa, tak dinafikan. Tapi janganlah sampai terleka terus dengan yang fana tu…haiyak cakap boleh la..aku nie nak praktikkannye dalam kehidupan sehari2 pun tak tercapai lagi…yelah manusia….


tentang cinta nie...aku bukan orang yang selayaknya dapat menyampaikan dengan baik. cuma bila berbicara tentang cinta..hanya satu yang bisa ku abadikan... CINTA yang aku dambakan dan orang lain jugak dambakan adalah cinta pencipta CINTA itu sendiri iaitu ALLAH! cintaNya cinta segala2nya..insyaAllah.

Saturday, September 13, 2008


AHLAN 21!!! DAH...



semoga umur baru ini tidak menjadikan 'KAMU' seorang yang semakin lalai dengan kehidupan..


semoga umur baru ini akan menjadikan 'KAMU' lebih matang dalam memaknakan erti "USIA"


semoga umur baru ini yang semakin berkurangnya hayat 'MU' akan dipergunakan sebaiknya


semoga umur baru ini bisa menjadikan 'KAMU' lebih baik dari umur lame 'MU'...


semoga umur baru ini akan menjadi HIJRAH baru untuk 'KAMU'...


berubah dari segala keburukan kepada yang lebih baik...


semoga segala cita2 'MU' akan terkabul..tidak didunia, moga2 akhiratnya ter 'realisasi...'


insyaAllah...


Semoga bisa menjadi INSAN SOLEHAH!


semoga, "SEMOGA" itu akan tercapai dengan redha ilahi...dan diri yang perlu ISTIQAMAH!


dalam MUHASABAH & MUJAHADAH...
HANYA KAMU!!!

-dariku untuk 'MU'- 13 september 2008

“Tentang dia”


Oh indahnya..alangkahkah indah..indah sangat indah nya..sangat2lah indah…apa yang indahnya nyer tu??? Apa saja yang mengindahkan,terindah..diindahkan atau apa saja…..yang pasti kenangan terindah di UMT selalu saja hadir mengusik ruang kalbu…uh uh uh..walaupun ranjau berduri lebih banyak dalam dalam lipatan kenangan itu tapi tetap saja hati ini merindu….


pada teman yang selalu membonceng aku kat belakang tatkala enjin motosikal kepunyaan pembonceng tu sendiri memulakan derumannya… aku tak tahu kenapa aku rindu kat dia…walaupun dia bukan lah baik sangat pun…yang selalu gaduh dengan aku, dialah. Yang selalu tak sependapat dengan aku, dia jugak..walaupun kata2 nya agak kasar dalam lembut..tetap saje aku senang..kadang2 aku tak suka dia dalam banyak perkara tapi banyak perkara jugak yang aku suka tentang dia…


dia bukan sahabat,kawan baik atau apa saja istilah yang selalu diguna pakai untuk mengklasifikasikan tentang seseorang yang dekat dengan kita. Aku tak tahu status dia pada aku..sebab dia hanya pernah menjadi rooomate masa kat hostel sem 1 n 2, pastu duk rumah sewa sekali,bilik lain2 selama 3 sem... dan sememangnya kami hanya selalu bersama tatkala keluar dari rumah. Yelah sebab kalau nak kekelas aku driver dia, kalau nak ke mana2 lah memang berdua.. dalam kelas ke apa ke memang konfem la dalam group yang sama kalau diberi pilihan…hanya dengan dia kelemahanku terserlah…dia tahu aku jenis macamana,tapi banyak lagi dia tak tahu tentang aku…samalah dengan aku aku tahu dia jenis macamna,,tapi ada lagi yang mungkin aku tak tahu tentang dia..


seingat aku aku mula baik dengan dia start sem 3 or 4 la kot..coz mase kat hostel takdop la kacip sangat..dia bukan insan istimewa pada aku…Cuma dekat dihati..aku pun tak faham sangat apa motif tertulisnyer benda nie…


Tika inie aku senang nak berbicara pasal dia nie,(tadi baru call dia)…teringat pulak detik2 bersama. Yang pasti bulan ramadhan lani..memang tak sama dengan yang lepas…semestinya sebab dah memang tempat yang berbeza… Cuma bila teringat2 suasana kat umt mesti meriah…uh uh. Teringat kat nasi kerabu dekat bazaar ramadhan yang best tu…aku n dia suka makan nasi kerabu...hari2 pun takpe,sebab kitorang p beli tempat lain2..huhu.



***aku tak pasti kalau apa yang aku kate tentang dia sebenarnya terbalik...yang pasti aku rindu dia sebagai temanku merangkap best frenz la kot...huhu tak mau ngaku konon...***

Tuesday, September 9, 2008

"FLASH BACK"

Keresahan itu adalah satu ujian
Jangan kau membebaninya dengan ketidaksabaran
Bersabarlah duhai sahabat
Jangan kau meredupkan wajahmu nan indah
Kekalutanmu tiada kesudahannya andai kau terus begitu
Sebaliknya senyumlah, ingatlah Allah
Hasbunallahuwani’malwakiil...
Sebaik-baik penolong adalah Allah
Tidakkah kau menyedarinya?
Maafkan diriku melontarkan persoalan ini
Jua maafkan diriku andai tersilap bicara
Kerana diriku jua sepertimu
Kerna aku jua terkadang kalah dalam ujian
Mainan emosi sering kali memberi rasa resah
Begitu mencengkam jiwa yang lama gersang
Aku pernah tewas pada nafsu amarah
Ku jua pernah kecundang dalam keterpaksaan
Tapi teguran Tuhan seringkali mengingatkan
Kerana ujian adalah tarbiah dari Allah:



"sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dimuka bumi
sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka,
siapakah antaranya yang lebih baik amalannya” (alkahfi: 7)

‘Wahai tuhanku,tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya’

Tiada manfaat yang diberikan andai hidup ini hanya pandai berkata-kata, tatkala diuji tiada kesabaran, setelah berlalu baru disesali. Sesungguhnya kesabaran itu dapat dilihat tatkala menghadapi ujian dariNya bukan sesudahnya...

Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi,
menghadapi kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah,
elakkan daripada kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik
saja, Jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan Tabah…



*untukku dari diriku...

sekadar hati berbicara

subhanallah...alhamdulillah...allahuakhbar!

terhenti seketika rutinku berblog..kehidupan sehari2 pun kacau bilau seadanya...tanpa alat perantara yang penting bagi orang2 macam aku...amendenya?

huhu..."mata" ku jatuh dalam lubang ari jumaat lepas......hehe tak yah cakaplah. tapi alhamdulillah sekarang dah ada "mata baru" walaupun ada sedikit masalah dengan "mata baru" nie, tapi sekurang2nya dapatlah jugak menghadap pc nie tanpa "mengendap" or menyepetkan mata...

baru je p amik cermin mata baru td..tapi macam tak selesa je..aku duk try buka tutup mata kiri n kanan, dan sememangnya yang sebelah kanan nie masih kabur...itulah ciptaan manusia. banyak kurangnyer...takkan dapat melawan ciptaan Allah. 'uncle' tue sruh aku pakai dulu dalam seminggu...tapi pening lah dengan keadaan 'power' tak 'balance' nie..

salah aku yang tak menjaga nikmat pemberianNya dulu..dah jadi macam nie baru nak menyesal....tiada gunanya lagi..uh uh uh...

Tuesday, September 2, 2008

SATU RENUNGAN DAN PENGHAYATAN:



KHUTBAH RAMADHAN
BAGINDA RASULULLAH S.A.W


Wahai manusia! Sungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Jam demi jam - jam yang paling utama. Malam–malamnya adalah malam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan.

Dibulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabkan. Bermohonlah kepada Allah rabbmu dengan niat yang tulus, hati yang suci agar Allah membimbingnya untuk melakukan siyyam (puasa) dan membaca kitabNya. Bersedekahlah pada kaum fuqara’ dan masakin (miskin). Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu melihatnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya manusia akan dikasihi anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza Wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menjawab ketika mereka menyerunya, menyambut mereka ketika mereka memanggilnya dan mengabulkan doa meraka ketika mereka berdoa kepadanya.

Wahai manusia, sesungguhnya diri–diri kamu tergadai kerana amalan–amalanmu, maka bebaskanlah dengan istigfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)mu, maka ringankanlah, mperpanjangkanlah sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang syahid dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al- amin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu menjamu orang berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas-atas dosa yang lalu. Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan katanya; Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya menjamu sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun seteguk air.”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan perkerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di dunia ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat kelak.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya sewaktu berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan ini. Barangsiapa yang memperbanyakkan selawat kepada-Ku di bulan ini Allah akan memberatkan timbangannya. Barangsiapa di bulan membaca 100 ayat al-Quran ganjaran-Nya sama seperti mengkhatam al-Quran di bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka bagimu maka minta kepadanya agar tidak pernah menutupkannya bagimu.