Monday, July 7, 2008

jejakku ke bumi hijau nan permai

Alhamdulillah atas sebuah kesyukuran
Yang nikmatnya tak semua merasai
Terima kasih atas khabar gembira
Syukurku tak terkira
La,tahzan pada khabar duka
Bukan kerana tak layak untukmu
Mungkin saja rezekimu belum tiba


Dimana pun jua kaki ini menjejak
Kuharap disitulah rezekiku
Bukan hanya pada makan minum teduh dan pakai
Kuharap lebih dari itu, walau kutahu tak layak bagiku
Namun kata hatiku begitu
Kerana ku tahu Engkau lebih mengetahui
Apa yang kudambakan dariMu

Seluruh hidupku hanya untukMu
Kuserahkan segala mala hanya padaMU
Andai Kau ingin begitu
Aku hanya pasrah padaMu
Tapi bantulah aku…
Kerana tanpaMu siapalah aku…




*Alhamdulillah...kaki ini telah berpijak di bumi hijau nan permai ini..walaupun tika ini hati ini penuh dengan kegundahan, insyaAllah akan ku atasi rasa hati yang menyesak kalbuku... ya Allah bantulah hambaMU ini... untuk dekat selalu denganMU...

No comments: