Friday, July 11, 2008

Mujahadah diri




Disebalik kekeliruan aku untuk menjejakkan kaki ke bumi hijau sebelum ini, pengakhirannya aku dah berada pun disini melalui minggu orientasi yang hamper2 meng’down’ kan aku, yang buat air mata nie menitis laju tatkala rasa menyesal dengan sebuah pilihan…yang mengembalikan kenangan indah UMT, aku membanding2 kan kedua2 universiti ni dalam keharu- biruan… suasana yang berbeza, situasi yang berbeza, system yang berbeza, dan pastinya orang yang berbeza, lagi pasti dua negeri yang berbeza, dan yang pastinya yang membezakan tu semua adalah aku…sebab aku terlalu membezakan kedua2 nya buat aku jadi ‘stress’ sendiri.


Dalam gusar dan keliru, akhirnya terjawab sudah segala hikmah disebalik apa yang berlaku. Tiada lafaz yang selayaknya ku alunkan selain lafaz ALHAMDULILLAH… inspirasi aku ada kat sini, untuk aku jadikan rujukan dan tauladan, walaupun belum jumpa secara dua mata lagi dengan dia, tapi insyaAllah…dan itulah penguat untuk aku dan seharusnya aku memang perlu kuat, sebabnya apa yang berlaku hari ini adalah pilihan aku sendiri, permintaan aku sendiri,..aku yang selalu meminta padaNya begitu dan begini, dan saat masanya apa yang aku minta itu dikabulkanNyA…sepatutnyalah aku bersyukur dan bukannya mengeluh… dan aku tahu takdir ALLAH itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA…walaupun aku masih dalam percubaan dan dalam mujahadah untuk meletakkan diri aku dalam situasi yang terbaik, harapan aku moga dipermudahkan…


“Allahummala sahla illa maa ja’altahu sahla waa’ antataj a’lulhuzna iza syi’ta sahla…”

No comments: