Thursday, December 31, 2015

PERTANIAN ITU IBADAH, SUNNAH! P3

Iubt part 3:

Akhir-akhir ini, saya banyak berfikir, apakah nasib saya dalam bidang ini? Kadang-kadang gerun memikirkan masa depan yang belum pasti, tetap saja saya mahu berusaha dan bertawakkal kepada Dia! Ye! Kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan diri saya dan kemampuan saya selagi mana saya tidak memulakan langkah kaki ini dan terus berjuang dalam bidang yang saya minati ini.


Sejak akhir-akhir ini juga kedengaran, luahan dan keluhan hati saya sendiri dan rakan-rakan IUBT yang masih berada disini mencari ‘income’ dan pengalaman dengan projek kecil-kecilan masing-masing. Mampukah kita bertahan? Boleh ke kita buat projek ni nanti? Sempat ke nak jaga 4 SPH (system Perlindungan Hujan) kita nanti, cukup ke modal kita nak buat projek nanti? Banyak sangat kekangan dan persoalan yang muncul selagi mana projek sebenar tidak dimulakan. Ya! kami sudah ada pengalaman sebelum ini menanam Rock Melon selama 2 musim, tapi 4 SPH itu dikendalikan oleh 10 orang, 1 SPH paling kurang 2  orang menjaganya. ‘Income’? masih perlu kepada komitmen yang lebih untuk hasil yang lebih baik.

Untuk projek sekarang juga, tanaman timun batang yang masih mengeluarkan hasil dan lada solok yang bakal dikutip hasilnya juga membuat kami kepeningan sendiri memikirkan nasib diri dalam bidang ini. Untuk timun batang sekarang telah 2 minggu hasil dikuti, harganya? Sangat menyedihkan bila difikirkan, hari ini sahaja jualan menurun, untuk 1 plastik timun batang yang beratnya 7 kilo jatuh kepada RM4, Sebelum ini RM7. Seakan tak berbaloi penat lelah kami, sedangkan ‘orang tengah’ yang lebih untung tanpa perlu berpenat lelah menanam mereka boleh mengaut keuntungan.
 Ujian dengan lada solok pula, pokonya besar, daunnya lebat, bunganya banyak namun buahnya kurang melekat dibawah rimbun SPH, buahnya lambat mengeluarkan hasil sebelum ini yang menjadi kerisauan kami pada mulanya, tapi Alhamdulillah sekarang buah semakin banyak dan esok kami bakal mengutip hasilnya, semoga bertambah rezeki kami.


Dan projek jagung juga diharap memberikan hasil lumayan dengan syarat haruslah dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang, haha rumput-rumputan itu haruslah diracun! Dan tak lupa juga tanaman terung yang semakin membesar dan sudah mula berbuah semoga akan bertambah rezeki kami, ini projek beralih tangan, orang lain yang mulakan kami yang menyambung menjaga dan membajanya, masih dalam proses baik pulih pokok dan selenggara rumput yang semakin meninggi.

Okay cukup disini dulu…Alhamdulillah akhirnya rajin juga saya menulis…Kikiki…


3 in 1,  Penutup 2015!

PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...

SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!

PERTANIAN ITU IBADAH SUNNAH! P2

Iubt part 2


Baiklah, sebenarnya sekarang saya sedang dan masih mengusahakan tanaman-tanamanan sayur-sayuran kontang, timun batang dan lada solok dan sedikit sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kailan serta salad dalam skala kecil. Sebenarnya ia untuk sara hidup sebelum memulakan projek dibawah TKPM yang dijangka bermula selewat-lewatnya bulan 4 untuk proses penanaman, sebelumnya perlu untuk penyediaan tempat kerana ia tempat baru. Mahu atau tidak saya perlu mencari sumber lain untuk terus bertahan disini, untuk sekadar hidup…hihi teruk benor bunyinya keadaan disini. Well, Alhamdulillah ada tempat berteduh free dan kelengkapan yang serba lengkap disini. Bertahan dan bertabahlah cari ‘income’ banyak2 sebelum kena berpindah ke rumah baru pertengahan bln 2 nanti.

Itu yang ingin diceritakan, sekarang dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing, saya menyahut cabaran menteri untuk tanam sayur sendiri, hihi… but the true story is, semua tu kena ada kos, benih pun bukan lagi murah, baja-baja tambahan, uii…ada kos tu, untuk jual…?  x berbaloi-baloi dgn penat dengan balik modal xde untongg!


Dalam bidang nie semua bergantung kepada rezeki, ALLAH dah tetapkan bahagian kita masing-masing, siapa usaha lebih dia dapat lebih siapa malas pun mungkin dapatlah. Namun sedikit kekeciwaan dalam bidang nie kerana ‘income’ datang dan pergi bukan atas kehendak kita kerana harga pasaran dimainkan oleh orang lain, petani tiada kuasa untuk menetapkan harga walaupun yang bersusah payah adalah petani itu sendiri, tambahan lagi orang baru macam saya yang baru nak memulakan karier sebagai ‘petani muda’ (cett…muda la sangat) kenapa petani? Tak dapat tidak itulah istilahnya walaupun ditambah petani moden ke usahawan tani ke atau apa lagi istilah yang lebih sedap didengar, realitinya saya adalah petani! inshaAllah masih dalam usaha menambah baik ‘skill’ dan inovasi dalam pertanian.

Yes! Saya perlu berfikir lebih kreatif dalam bidang ini, kerana apa? Kerana sekuat manapun kamu bekerja dalam bidang pertanian ini belum tentu hasilnya berbaloi, yang harus diperbaharui adalah sikap dan idea dan inovasi yang lebih berkesan untuk menjimatkan tenaga kerja dan penggunaan yang berlebihan dalam input seperti baja dan racun, ya! Pasti ada jalan dan inisiatif yang lebih baik dan bijak, semoga Allah mempermudahkan  dan membuka jalan untuk saya menemukan dan mempraktikkannya.

PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...

SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!



PERTANIAN ITU IBADAH SUNNAH!



PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...


SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!


~Well done TAGLINE  penghujung tahun sempena penutupan 2015!~

IUBT PART 1:


Sekian lama, dah nak abis penggal 2015 dan bakal menjengah 2016! Tak banyak yang saya berkongsi dalam perjalanan 10 bulan ini, tapi sangat banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya kutip dan pelajari, biarlah ia saya simpan sendiri, bukan kedekut tapi kerna diri ini seakan ‘hang’ semacam kurang pandai untuk bercerita dan berkongsi ibrah!  Haha.. ada pulak istilah tu ye?

Sekejap! Sekejap jer masa berlalu, pantas!
Sangat pantas… Sekadar kembali mengimbau kenangan dan pengalaman sepanjang mengikuti program IUBT ini bersama-sama peserta kursus yang lain seramai 11orang disini, PLPP Besut, ditolak 1 yang akhirnya telah menamatkan program IUBT pada 03/11/15 yang lalu. 8 bulan saya menyertai kursus Inkubator Usahawan Belia Tani, peserta IUBT yang tinggal disini Cuma sekerat yang tinggal yang masih bersisa baki disini dan bakal menyambung projek disini pada 2016. Belum pasti, kerana keadaan dan takdir boleh berubah, andai hari ini yang dirancang itu begini tak semestinya esok itu yang akan terjadi begitu. Sungguh segala-galanya dalam perancangan Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Perpisahan juga telah melakar sejarah lagi, ye perpisahan sementara sebelum ketemu lagi yang entah bila kan menjelma lagi. Seperti dulu-dulu, perpisahan itu tak dapat tidak perlu ditelan dan diharungi kerana setiap pertemuan itu telah pasti akan berlalu dengan perpisahan. Cepat atau lambat, ia pasti terjadi, sementara atau selamanya itu tak pasti , yang pasti juga ,andai tak di dunia yang menemukan kita semoga syurga tempatnya, Amiin.

Tulisan ini hanya untuk muhasabah diri ini di pengakhiran tahun dan penamatan kursus ini yang telah lama sebenarnya berakhir. Apa yang telah saya dapat Disini…?

Banyak…terlalu banyak sehingga saya hilang kata-kata, ye kerana terlalu banyak sehingga saya tak punya masa untuk menulis banyak, hehe, alasan kan? Bersambung di siri akan datang….koh…koh..koh…

Friday, December 18, 2015

Masa Lalu...

MASA LALU..,


Betapa rindunya aku pada masa lalu
Betapa aku kini jauh darinya
Masa lalu yang telah hilang dan berganti
Namun kenapa itu yang selalu dikenang?

Betapa jauhnya masa tuk ku takluki
Sedang diri masih juga belum sedar diri
Betapa masa telah lama meninggaklan kita
Sedang diri masih di takuk lama

Jauh sudah masa lalu pergi
Tapi masa depan seakan tak pasti
Betapa aku semakin ketinggalan
Dari sebuah hijrah dan perubahan

Jauhkah lagi masa akan diberi ruang?
Tuk sekadar bersenang lenang dalam keasyikan
Jauhkah lagi usia tuk menggapai kematangan?
Sedang dunia semakin menghampiri hari perhitungan


Apalagi yang harus dikenangkan?
Teguhkan saja pendirian dan tetaplah melangkah
menongkah arus badai tuk menghadapi ujian yang mendatang
Kerna dunia tetap berputar seiring aturan Tuhan tanpa pernah menunggu kita

Sungguh belenggu kehidupan dan kerinduan
Takkan pernah hilang dan pasti mengganggu
Namun tempuh sahajalah ia sebagai sebahagian sisi kehidupan
Kerna ujian dan dugaan takkan pernah  jauh dari hidupnya insan...

Pasti! Janji Tuhan akan berlaku
Tinggal sahaja samada kita yang mengusahakannya
Sebuah kejayaan ataupun kegagalan itu juga pasti
Buat hamba yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran...

Tuhan,  aku hambaMu memohon ampunan atas segala dosa
Yang seringkali menghiasi diriku siang dan malam
Terimalah taubat dari seorang insan yang hina ini
Sungguh ku tak berdaya tanpaMu...

1.47 p.m

21/03/15

Monday, November 23, 2015

"Tempel Basi"


Bismillahirohmanirohim...
Snap pelangi!

Snap UPM!
Lama rasanya tak menulis...kat sini la, conteng-conteng biasa tu adalah dalam buku tapi sebenarnya memang dah lama la  x menulisnya kan? ada ke orang kesah? he...well I kesah la...x tercapai target U!

Snap MAEPS! 

Alhamdulillah sebenarnya Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) 2015 dah melabuhkan tirainya 2 november lalu, ha’ah dah basi cerita tu tapi nak bagitau jugak, aritu malas nak citer pdhl banyak citer. Walaupun dah abis saya masih bersisa baki disini projek tanaman jagung, lada solok, timun batang masih berjalan dan bakal pula menyambung projek tanaman melon kat sini masuk TKPM Besut pulak, InshaAllah. Well! saya masih akan menghadap muka orang-orang yang sama untuk suatu tempoh yang saya pun tak tahu bila akan berakhir, InshaAllah sampai jadi ‘kaya’ hati budi dan jadi usahawan berjaya dunia dan akherat. Tapi harapnya akan ada kisah baru la bakal tercipta dan orang baru juga akan ketemu, ye la boring dah ngadap muka yang sama walaupun mungkin nanti kitorang takkan selalu jumpa pun, tapi kemungkinan jumpa tu pasti la ada, haha. 

Hadiah untuk diri sendiri...
Hai... nak citer tentang buku2 yang dah abes baca tu kan...kenapa lah xde mood! ye la novel jer pun yang abes dibaca tu..hehe Berlumba dengan ayam, Cinta Potato Spring, Istikharah cinta Adawiyah done! tengah cari mood nak membaca buku-buku selebihnya...

Hurmm...Sekadar cerita dan berita daripada saya... kali nie takde motif, saje nak menempel... Anyeong! Nite!




Wednesday, October 7, 2015

Tenggelamnya kapal Van Der Wijck...


Seawalnya saya tak berniat pun untuk membuat synopsis tentang buku ini, tapi atas permintaan seorang sahabat, saya merajinkan diri juga untuk menulis. Biasanya saya  tak membuat synopsis bagi buku yang saya baca, saya Cuma tulis apa yang saya dapat dan rasa semasa sesebuah buku dibaca. Dan seingat saya juga synopsis cerita hanya saya tulis semasa di alam persekolahan dahulu, itu kali terakhir saya bersinopsis. Jadi saya kurang mahir rasanya untuk menulis synopsis tapi saya tetap akan mencuba..


Sinopsis Tenggelamnya kapal Van Der Wijck

 Berrkisar tentang cinta seorang anak muda, Zainuddin terhadap seorang perempuan yang elok pekertinya, Hayati. Cinta suka sama suka namun tidak direstui keluarga pihak perempuan kerana berpegang pada adat Minangkabau yang kuat. Sedangkan Zainuddin dilihat sebagai pemuda yang tiada harta dan keturunan, kerana menurut adat Minangkabau, keturunan anak ditentukan oleh si ibu. Walaupun Zainuddin merupakan keturunan ayahnya yang dilahirkan di Minangkabau tetapi Zainuddin sendiri dilahirkan dan dibesarkan di Mengkasar di sebelah ibunya, sebaliknya pula di Mengkasar Zainuddin tidak pula dipandang sebagai keturunan Mengkasar kerana adatnya di Mengkasar dilihat pada keturunan ayahnya, maka Zainuddin dianggap berketurunan Minangkabau. Konfliknya Zainuddin semenjak kedua orang tuanya meninggal, hidupnya seperti orang terbuang yang tak punya keturunan saat dia menjejak ke Minangkabau, dirinya tidak diterima sebagai keturunan yang sah walaupun dirinya diakui sebagai pemuda baik pekerti. Dan diketika itu juga dirinya telah jatuh cinta kepada seorang ‘puteri’ terpelihara daripada keturunan orang Minangkabau yang beradat. Cinta terjalin diantara keduanya dengan perantaraan surat rahsia pada awalnya dan setelah suatu masa Zainuddin ‘dihalau’ secara halus oleh datuknya Hayati dari kampong asalnya saat kisah cinta mereka menjadi buah mulut orang kampung Dusun Batipuh, surat juga yang menjadi perantaraan cinta mereka. Surat-surat Zinuddin sangat halus dan berseni dan itu sangat mengusik jiwanya Hayati yang pada awalnya hanya kasihan dengan untung nasib Zainuddin akhirnya jatuh cinta dengan peribadinya Zainuddin.

Namun cinta itu yang pada awalnya Nampak sangat indah, akhirnya dikaburi dek kerana harta dan bujukan orang-orang terdekat yang akhirnya memalingkan cinta Hayati terhadap Zainuddin kepada Aziz yang dilihat lebih gantang dan berharta, ditambah menurut adat Minagkabau Aziz lebih layak tuk dijadikan suami oleh kemenakan Hayati setelah dipersetujui ramai dan Hayati yang akhirnya sendiri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Aziz. Aziz merupakan abang kepada sahabat baiknya Khadijah yang tinggal di kawasan yang lebih moden berbanding kampung Hayati yang masih terpelihara adat dan keluhuran agamanya. Aziz pula merupakan seorang yang kaki perempuan, kaki judi yang hanya berkenan dengan kecantikan Hayati dan hanya mahukan Hayati, jika tidak boleh secara haram yang biasa dia dapatkan dia mahukan Hayati secara halal dengan ikatan pernikahan. Dan ditambah pula dengan hasutan dan bujukan Khadijah yang memberikan gambaran baik terhadap Aziz dan memburukkan Zainuddin kepada Hayati membuatkan Hayati keliru dan akhirnya memutuskan berkahwin dengan Aziz kerna memikirkan untung nasibnya lebih baik bersama Aziz berbanding Zainuddin.

Dan Zainuddin akhirnya sendiri menangisi nasib dirinya yang membuat dirinya terlantar sakit Selama bulan, dirinya seakan-akan orang gila bayang, bagaikan majnun yang meratapi laila mengenangkan nasib dirinya yang seperti tak punya siapa-siapa lagi sehingga kadang membuat dirinya berputus asa dan ingin membunuh diri. Tetapi Allah masih sayangkan dirinya, kerana menghadirkan insan yang mengasihi dirinya iaitu keluarga angkatnya (Muluk dan ibunya) yang merupakan penjaga Zainuddin dimana Zainuddin menumpang teduh sejak pelariannya dari Dusun Batipuh. Kisah persahabatan Zainuddin dan Muluk bermula saat Zainuddin meluahkan rasa hatinya dan menceritakan untung nasib dirinya kepada Muluk dan yang akhirnya menjadi batu loncatan ialah apabila Muluk yang pada asalnya juga hanyalah orang biasa pada pandangan Zainuddin yang banyak berperilaku salah seperti berjudi dan bersabung, tapi akhirnya kata-kata Muluk dan kekagumanya kepada Zainuddin dalam karangannya menjadikan Zainuddin seorang yang terkenal. Saat Zainuddin membuat keputusan untuk berhijrah ke kota besar, Muluk bersedia menjadi peneman dan turut berhijrah bersama-sama Zainuddin dalam usahanya memperbaiki diri dan berguru dengan Zainuddin  yang dilihatnya punyai ilmu dan berakhlak mulia, cumanya sahaja cintanya Zainuddin kepada Hayati yang membuat Zainuddin terlihat lemah.

Akhirnya ditempat baru, Zainuddin dikenali dengan dan termahsyur dengan nama samara “Z” dalam penulisannya yang semakin digemari ramai. Dari Pulau Sumatra ke Tanah Jawa, Jakarta dan akhirnya menjejak ke Surabaya nama Zainuddin dikenali dan tulisannya juga sangat menusuk jiwa-jiwa pembacanya. Beralih kepada Hayati, hidupnya menjadi kucar kacir setelah berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Zainuddin. Mereka bertemu dan bersahabat semula namun tidak sama lagi seperti dulu. Zainuddin memegang janji yang diberikan Hayati lewat surat terakhir yang dikirimnya, yang menyatakan mereka hanya akan bersahabat jika bertemu lagi, namun jauh disudut hati Zainuddin dia masih mencintai Hayati dan begitu juga Hayati sendiri. Aziz semakin menjadi-jadi perangainya dikota Surabaya dengan sifat buruknya yang suka berjudi dan bermain perempuan yang akhirnya dia muflis dan menyesali dirinya. Aziz dan Hayati menumpang di rumah Zainuddin yang telah dianggapnya sahabat, walaupun dia pernah menjadi penghalang kepada Zainuddin dan Hayati suatu ketika dahulu, dia juga telah mengakui kesilapan dirinya dan memohon kemaafan daripada Zainuddin, dan kelihatannya Zainuddin juga sudah memaafkan dirinya. Namun jauh disudut hati Aziz dia masih rasa bersalah dan mahu menebus kesalahan dirinya. Yang akhirnya membawa diri ke tempat lain untuk mencari rezeki, namun Hayati ditinggalkan dibawah jagaan Zainuddin dengan alasan dia akan membawa Hayati selepas keadaan dirinya stabil di tempat baru. Zainuddin tidak keberatan namun dia tidak betah berada dirumahnya sendiri, lewat malam baru dia pulang dan tidak bertemu langsung dengan Hayati dirumahnya kerana menjaga diri. Suatu hari sampai surat daripada Aziz kepada Zainuddin dan Hayati yang mengatakan dia menceraikan Hayati dan memberi peluang kepada Zainuddin untuk memperisterikan Hayati dengan alasan menebus kesalahan dirinya, dan saat sampainya surat itu, mereka mendapat khabar berita tentang kematian Aziz yang membunuh diri di hotel tempatnya menginap.

Klimaksnya, Walaupun Hayati telah diceraikan dan peluang untuk mereka bersama sangat terbuka luas memandangkan kedua-duanya masih sangat saling mencintai namun Zainuddin dengan tegar hatinya membuat keputusan untuk menghantar Hayati pulang ke kampong halamannya. Sedangkan Hayati masih mahu berharap Zainuddin menerima dirinya dan membina hidup bersama-sama. Ditanyakan Hayati kenapa Zainuddin sekejam itu? Jawabnya “Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walaupun kecil, dan dia lupakekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya” Zainuddin berkata seperti itu kerana dia masih ingat akan perbuatan Hayati tehadap dirinya dan hatinya ego untuk memaafkan Hayati walaupun sudut paling dalam dirinya masih sangat mencintai Hayati. Keputusan dibuat dan Hayati dihantar pulang dengan menaiki Kapal Van Der Wijck, keras hatinya Zainuddin sehingga tidak mahu untuk mengahantar Hayati ke pelabuhan, hanya disuruhnya abang Muluk menghantarkan Hayati. Esoknya, Zainuddin meluahkan perasaan hatinya yang menyesal membiarkan Hayati pergi dan membuat keputusan untuk membawa pulang Hayati semula setelah dibacanya surat selamat tinggal Hayati yang dikirimkan kepada Muluk. Saat keberangkatan Zainuddin ingin menaiki keratapi dia dikhabarkan tentang khabaran yang menghenyak dirinya sehingga terduduk dan gementar badannya saat membaca “KAPAL VAN DER WIJCK TENGGELAM”. Kisah cinta mereka yang tidak kesampaian diakhiri dengan kematian Hayati dalam kemalangan kapal tenggelam dan diikuti pula kematian Zainuddin yang menangisi dan menderita kerana kehilangan Hayati selamanya (Zainuddin mati kerana sesak nafas dalam tidur selepas menulis nota terakhir untuk Muluk). Semasa hayatnya selepas kematian Hayati Zainuddin menyempatkan dirinya menulis karangan-karangan yang lebih meresap dan menusuk jiwa namun belum sempat diterbit semasa hayatnya, hanya wasiat kepada Muluk supaya dicetak hasil karangannya dan keuntungannya diguna untuk membantu anak-anak muda yang terlantar dalam menuju cita-citanya. Muluk menguburkan Zainuddin disebelah kuburan Hayati kerana sebelumnya Zainuddin sendiri seringkali menziarahi dan membelai kuburan Hayati semasa hayatnya. Dan sebegitu lah layaknya meurut fikiran Muluk supaya kuburan keduanya itu menjad lukisan tamsil dan pedoman bagi orang kemudian.


~ huish…panjang jugak no…~ Begitu kisahnya berakhir….sungguh  tak pandai saya menceritakannya dengan ‘nada’  yang lebih menarik dan ‘gugusan’ ayat yang lebih indah, sekadar itu!

1.10 p.m
3/10/15

PLPPWT

Cerita tentang buku...lagi!

Bismillahirahmanirahim… Saya menulis dengan nama Allah, Alhamdulillah masih diberikan kudrat untuk menitipkan jemari ini di papan kekunci ini. Walaupun mata mengajak tidur, dan perut pun berlaku keroncong minta diisi, tetapi mala mini saya utamakan menulis dahulu kerana dah lama rasanya mengabaikan keinginan hati untuk menulis dan lama juga rasanya menangguh-nangguh idea dan ilham yang datang sewaktu membaca. Ye! Kali ini saya menulis kerana ilham mendesak daripada pembacaan novel yang baru sahaja saya seselai membacanya. Novel yang dibeli last minit sebelum berangkat pulang bercuti hari raya haji yang lepas, novel yang disambar tanpa banyak tilik dan terus ke kaunter pembayaran sebelum ditutup kedai.


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sebuah karya Hamka, novel dan tulisan Hamka yang pertama kali saya baca. Kenapa? Novel ini pernah menjadi ‘buah mulut’ sahabat-sahabat saya di fb, jadi saya ini pantang menengok dan mendengar buku-buku yang bagus dikongsikan diceritakan saya pasti akan mencarinya dan jika dirasa baik saya takkan ketinggalan untuk membelinya, jadi novel ini salah satu daripada sasaran  saya pada tahun ini. Alhamdulillah… sebelumnya saya telah menghabiskan bacaan buku Saiful Nang, Tarbiah Sentap dan Api Tauhid karya Kang Abik yang memang menjadi kegemaran saya sejak ayat-ayat cinta lagi.

Rasanya tahun nie banyak sekali buku yang telah saya habiskan pembacaannya sepanjang berada di PLPPWT Di Besut, Alhamdulillah! Tapi banyak sekali saya tangguhkan penulisan saat idea datang mencelah ketika pembacaan buku-buku tersebut, makanya banyaklah sudah karya dan ilham saya yang terabai. So, kali ini saya tetap mahu menulis walaupun perasaan malas itu yang sering  memujuk rayu tuk tidak menulis.

Sepanjang pembacaan novel ini, pada awalnya payah untuk menghabiskan bacaan, setakat semalam, hanya separuh saya telah baca selama kurang lebih seminggu, tetapi separuhnya lagi saya habiskan pada malam ini bermula selepas isyak tadi sehinggalah detik 12 malam menjelang tiba. Apa yang ingin saya kongsikan ye? Novel ini tentang kisah seorang anak muda yang terlalu mengagungkan cintanya terhadap seorang perempuan tetapi tidak menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan sebaliknya kekecewaan dan derita yang berpanjangan kerana wanita yang dipuja menjadi milik orang lain sehingga yang akhirnya membawa pemuda tersebut menjadi seorang penulis terkenal dan akhirnya bertemu kembali dengan kekasih hatinya sehingga kematian memisahkan mereka dan kematian juga yang menyatukan mereka. Tragisnya pengkisahan cinta yang dibawa oleh Hamka dengan gaya Bahasa Indonesia yang kadang saya sendiri kurang mengerti tapi tetap sahaja masih mampu untuk menghadami jalan ceritanya, tapi bukan itu yang ingin diceritakan, saya bukan pakar pengulas buku, apatah lagi ini kali pertama saya membaca penulisan Hamka yang cukup terkenal, tapi tetap sahaja saya belum cukup mengenali beliau.

Bila membaca tulisan ini, ia mengembalikan kenangan saya ke sekolah rendah dulu, penulisan gaya bahasa lama seperti dalam buku hikayat yang pernah saya baca ketika berada di sekolah rendah, buku hikayat Malim Deman, Hikayat Hang Tuah dan novel Puteri Santubong yang saya masih ingat dibaca ketika itu. Jarang rasanya murid sebaya saya mahu dan suka membaca buku-buku penulisan seperti itu, dan saya sendiri tak pasti kenapa saya suka membacanya ketika itu, masih menjadi misteri buat saya. Kerana tika ini payah sekali untuk saya memegang apatah lagi membaca buku genre sebegitu.
Membaca buku ini juga buat saya mahu menulis kembali dan mahu sekali menghasilkan karya lagi, tapi kadang buat saya terfikir bagaimana ya caranya? Penulisan saya  masih tidak mampu tuk mempengaruhi, dan tiada ‘aura’ untuk menjadi sebuah santapan kepada pembaca. Kadang membaca penulisan dan kata-kata orang lain yang pandai bermain kata dan sememangnya kata-katanya itu tepat sekali, saya jadi cemburu dengan mereka. Mereka mampu untuk menarik orang lain, mampu menyentap hati-hati dan mampu mempengaruhi dan menasihati secara baik dan hikmah sekali, tapi saya tidak sesekali mampu begitu, kerna itu kadang saya tak mahu lagi berharap untuk menulis tapi tetap sahaja mahu menulis…


Dan saat membaca buku ini juga saya sedar bahawa penulisan yang baik itu datangnya daripada hati, baik hati itu baiklah penulisan itu diterima. Tepat! Saya tahu hati ini masih ‘kurang baik’ kerna itu saya masih berusaha untuk mendidik hati dan diri kepada lebih baik, agar suatu masa nanti penulisan saya mampu memberi ‘hati yang baik’ itu kepada hati-hati yang ingin kepada kebaikan juga untuk menerimanya.  Dan sepertinya juga benar sekali, untuk menghasilkan penulisan yang baik dan menyentuh hati ianya perlu daripada pengalaman dan rasa hati sendiri yang melaluinya baru ia mudah tuk meresap kedalam jiwa pembaca. Kerana kebanyakannya juga kita punya kisah hidup yang lebih kurang sama, tapi bagaimana cara mengatasinya itu yang kadang berbeza. Dan pastinya juga setiap orang kan berbeza dan caranya juga berbeza dan inilah saya dengan cara saya…

Dalam kesempatan ini juga saya berfikir, dua tiga hari kebelakangan ini yang sibuk di permusafiran buat saya sesak dan tak mampu berfikir dengan baik, untuk sekadar menghadap laptop dengan rasa aman baru hari ini kesempatanya tiba untuk menulis. Segalanya berkait, dan saya mahu sekali kaitkan pengalaman sepanjang mengenal orang-orang baru dalam hidup saya disini banyak sekali kisah dan pengalaman yang tercipta, baik dan buruknya pasti ada namun bagaimana untuk saya mengadaptasi kisah itu dalam kehidupan saya yang seterusnya hanya saya yang bisa melakukannya dengan izin Allah dan ilham yang baik daripada Dia selalu saya pohonkan agar kehidupan saya yang seterusnya adalah lebih baik lagi dan lebih dekat denganNya selalu. InsyaAllah… SEMOGA DIPERMUDAHKAN KEHIDUPAN SETERUSNYA…..


Dan saya mahu sekali lagi kongsikan baris kata terakhir daripada novel ini yang buat saya merasakan bahawa saya ini masih jauh perjalanannya untuk menjadi seorang penulis!

“Karena demikian nasib tiap-tiap orang yang bercita-cita tinggi; kesenangannya buat orang lain, buat dirinya sendiri tidak. Sesudah itu menutup mata, barulah orang akan insaf siapa sebetulnya dia…”

Dan kata-kata ini rasanya banyak sekali mengingatkan saya tentang keadaan diri dan insan sekeliling saya, betapa saya ini masih jauh daipada sifat itu dan sangat-sangat dhaif… Astaghfirullahal’azim….

1.15 a.m
03/10/15

PLPPWT

Sunday, August 16, 2015

Bismillahirahmanirahim…..

Lama..ye dah lama kan? Iya..saya tau dah lama saya tak menulis dan post tulisan saya kat sini. Tapi sebenarnya siapa yang kisah? Saya sendiri jugalah… kan? Kerna apa? Target saya untuk tahun nie nak penulisan saya bertambah daripada tahun sebelumnya, tapi nampak gayanya tak tercapai hasrat itu..tapi masih ada masa…masih ada waktu!

Sebenar-benarnya penulisan saya dipengaruhi ‘mood’ sebab tu saya hanya menulis bila ada ‘mood’ tapi tak juga.. kadang saya menulis bila idea tu datang kebanyakannya bila time membaca buku…bila ada buku yang saya baca waktu tu lah idea paling banyak saya rasa nak menulis, tapi disebabkan mahu menghabiskan pembacaan saya abaikan idea-idea yang datang dan bila pembacaan dah habis semua idea itu dah hilang, so? Dan bilama saya melayan idea saat pembacaan sesebuah buku, maka yang terjadi pula saya akan hilang focus untuk meneruskan pembacaan buku tersebut, lagi…ottoke?

Oh! Sebenarnya saya sedang dalam proses pembacaan buku TARBIAH SENTAP!!!  That’s why saya sedang menulis sekarang…sebabnya saya sudah tersentap!!! hahaha


Sebenarnya saya tetap menulis tapi tidak terus mengepost tulisan tersebut ke blog, saya simpan dulu dan tunggu masa untuk online sahaja, tiba masanya bertubi-tubilah yang keluar…

Dan sejujurnya juga, penulisan saya dipengaruhi oleh keadaan diri saya dari sudut rohani dan jasmani saya yang kadangkala bertelagah sesame sendiri yang kadang membuat saya kacau bilau dari sudut emosi sendiri. Yang membuat saya terhalang untuk menulis adalah kerana masalah emosi saya yang kadang mempengaruhi jiwa nurani saya yang membuat diri saya keliru selalu, tentang turun naik iman dan permasalahan jiwa nurani yang membelenggu hati. Senang cerita bila mengalami percanggahan iman dan nafsu, persaingan antara pahala dan dosa yang selalu membuat kenaikan dan penurunan graf keimanan itulah penulisan saya pun begitu. Bilamana saya tidak lagi menulis, saat itu sebenarnya saya dalam dilemma penurunan graf iman, saat itu mungkin saya dalam keadaan lalai dan lupa, saat itu mungkin saya telah jauh meninggalkan etika sebagai seorang muslim apatah lagi mukmin, dan mungkin juga saat itu saya sedang berseronok dengan hiburan dunia yang melekakan dan mengasyikkan sehingga leka pada dunia dan hilang pedoman.

Kenapa saya berbicara tentang ini? Sebabnya cuma satu…saya akui saya tak punya ramai teman, kenalan apatah lagi sahabat yang boleh saya rujuk dan luahkan segala macam rasa hati ini, jadinya inilah wadah bagi saya, sekadar menulis rasa hati sendiri bukan lah untuk membuka aib diri mahupun menagih simpati melainkan sekadar meluah rasa hati yang terpendam dan tak terluah di lisan. Puas ke dengan cara begini? Tentu sahaja tidak…tapi sekurang-kurangnya saya punya rujukan buat diri saya sendiri tuk memuhasabah diri tatkala terasa jauh dan semakin menjauh daripada kebaikan, bahawa saya pernah berada dalam kebaikan dan mampu untuk jadi baik dan sepatutnya saya perlu meneruskan kebaikan dan istiqamah dengan kebaikan bukannya terus alpa dan leka …dan tujuan lainnya juga saya mahu menyampaikan kebaikan bukannya keburukan, jadi harus bagi saya tuk menambah baik diri!!!

Okey…saya merasakan mutu penulisan saya berada ditahap ‘kebingungan’ yang nyata…saya merasakan juga tahap pemikiran dan penulisan saya semakin keliru…sepertinya saya berada dalam persimpangan kekeliruan yang nyata, saya tahu…tapi saya buntu…tolong bantu!!!

Tolong ingatkan saya…tolong tegur saya…tolong nasihatkan saya… Sampai saya betol-betol tersentap!!!

10.45 p.m

15/08/15

Sebenarnya lama rasa tak menulis 'something yang menyentap' diri sendiri dan mampu beri rasa itu kepada orang lain...Astaghfirullahal'azim....
Bismillahirahmanirahim….


Okay.. hari ini saya mahu menulis, setelah sekian lama menyepikan diri daripada penulisan, alahai yang kononnya azam tahun nie nak menambahkan penulisan yang bermanfaat tapi sebaliknya sejak menyertai program IUBT nie semakin ‘kurus’ pulak semangat menulisnya… walhal banyak sudah kisah yang terkisah dan banyak pula pengalaman yang membuat diri tergamam malah tak kurang juga ilmu yang semakin membuat ianya bercambah walaupun bukan menadah di bilik kuliah. Ilmu yang datang daripada pengalaman bertani, pengalaman bergaul dengan makhluk Allah yang bernama manusia ataupun bukan tetap sahaja setiap hari pasti ada ilmu daripada Allah yang datang secara langsung mahupun tidak langsung.


Kalau nak bercerita perihal manusia, banyak juga yang telah dipelajari daripada pengalaman bekerja bersama mereka yang berbeza latarbelakang, 11 orang peserta IUBT di PLPPWT, 4 daripadanya termasuk saya mendapat pendidikan formal di kolej dan universiti, graduan diploma dan ijazah dalam bidang pertanian dan perladangan. 5 daripadanya berlatarbelakang pendidikan yang berbeza juga, graduan daripada university dan politeknik dan termasuk seorang engineer yang mereka ini tidak pernah melibatkan diri secara langsung dengan pertanian dan perladangan. Dan 2 lagi lepasan SPM Dan STPM, salah seorang daripadanya merupakan orang yang boleh dikira terlibat secara langsung dalam pertanian tanpa diploma dan degree tapi dia lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripada kami yang punya pendidikan tinggi, boleh dikatakan hasil tanamannya lebih berjaya daripada kami dan ianya telah terbukti pada musim yang lepas, umurnya masih muda 21 tahun! Kalau mahu bercerita perihal mereka sememangnya banyak cerita yang mahu dikongsi, tapi cukup disini sahajaa… hahaha!


Sekarang kita cerita perihal tanaman pula, apa cer?? Banyak dan panjang ceritanya… sekarang telah masuk musim ke-2 penanaman kami disini, sekarang kami sedang bertungkus-lumus membersihkan SPH (Sistem Perlindungan Hujan) yang kami gunakan untuk menanam Rock Melon, sekarang masih dibawah proses pembersihan sayur-sayuran yang kami tanam selepas tanaman rock melon musim pertama. Sayur-sayuran masih lagi banyak yang belum di harvest, terutamanya SPH kumpulan saya dan kumpulan sebelah kerana masih banya sisa baki sayur didalamnya, terasa saying nak membuang sedangkan masa tinggal 5-6 hari lagi proses penanaman melon akan bermula, sekarang masuk hari ke-5 semaian melon, hari ke-10 masa untuk ditanam ke batas. Dan kami masih bertungkus lumus membersihkan SPH, semoga dipermudahkan segala urusan. Tanaman lada solok pula masih mengeluarkan hasil, tapi harga pasaran sekarang telah turun sekitar Rm5/kg hari ini. Lada solok juga bakal digantikan dengan tanaman jagung selepas ini, di ladang terbuka sana. Kami masih belum membersihkan sepenuhnya di ladang terbuka, semaian jagung juga belum bermula, anggaran 30 ribu jagung yang bakal kami tanam nanti secara berperingkat. Hasilnya inshaAllah lumayan, namun penjagaanya juga pasti ‘tip top’ untuk mendapatkan hasil yang lumayan, tapi segalanya hanya pada Allah kita bertawakkal dan berserah. Kenapa?

perosak tanaman!
Kerana dalam bidang nie semuanya rezeki daripada Dia, yang menyemai biji benih kita, yang menanam anak pokok kita, yang memberi baja dan air kita, yang menjaga dan menyelenggara tanaman daripada perosak dan penyakit kita, TAPI yang menumbuhkan Dia, yang membesarkan dan menghidupkan tanaman Dia, yang menyubur dan menurunkan hujan Dia, yang menghadirkan serangga dan penyakit tanaman juga Dia, Yang memberikan hasil dan rezeki semuanya dari Dia. Jadi usahlah berlagak sombong dalam usaha kita mencari formula dan strategi serta kaedah dan apa jua sekalipun yang kita rasa ianya disebabkan kita maka tanaman itu menjadi, padahal semuanya itu datangnya daripada Allah jua!



Bukankah telah banyak perumpamaan yang dibuat Allah dalam Al-Quran tentang orang-orang yang bersyukur dengan kurniaanNya dan banyak juga perumpamaan itu melibatkan tanaman-tanaman dan pertanian. Semunya itu harus ditekuni dan diambil pelajaran bagi kita sebagai hamba, bukanlah perumpamaan itu dibuat tanpa ada sebab dan musabab, tetapi ia adalah sebagai hikmah disebalik tiap kejadian yang kita hadapi setiap hari dan setiap ketika, segalanya ada ilmu yang harus digali dan ada hikmah yang perlu ditelusuri.

Cukup sampai disini sahaja…inshaAllah kita sambung lagi jika diberi kesempatan dan ilham…

1203 pm
1/8/15

PLPPWT.

Saturday, July 4, 2015

Kembali padaMu...

Innalillah wainna ilaihi rojiun….

Sungguh dari Allah kita datang kepadaNya juga kita akan dikembalikan….

Berita kematian seorang sahabat UPM menjengah tiba di malam hari ini, saat aku baru membuka facebook dan wasup kala 12 malam menjelma. Dan khabar itu tak membuatkan aku untuk tidur lena pada malam ini… 2 hari sebelum Ramadhan telah pergi seorang sahabat Upm juga menghadap bertemu ilahi, keduanya berpangkat adik kepada aku, keduanya aku kenal raut wajahnya dan pernah bekerjasama dalam beberapa program PMIUPM. Walaupun keduanya sememangnya tidak rapat dengan aku dan aku juga tidak mengenali keduanya dengan istilah akrab namun keduanya tetap pernah hadir dalam hidup seorang aku, yang aku mengenali dan pernah berurusan diantara keduanya, walaupun tak mesra tapi kenangan itu ada. MADA,Amiruddin susuk yang aku tak kenali mana, tapi aku masih ingat ‘style’ dan raut wajahnya yang tenang dan mudah tersenyum, itu yang aku ingat tentang dirinya, sepetang tadi aku masih mendengar khabar berita tentang dia dari group wasup sahabat-sahabat yang meminta untuk mendoakan kesembuhan untuk dirinya. Dan aku tak terlepas dari itu, sempat aku mendoakan untuk kesehatan dirinya dan bersedekahkan bacaan mathurat untuk dirinya, semoga dia tabah dan kuat menghadapi ujian Allah. Namun takdir Allah mendahului kehendak dan permintaan manusia, sungguh ajal itu pasti dan tiada pertangguhan. Begitu juga dengan arwah Liyana, susuk yang selalu tersenyum.. Semoga Allah merahmati dan meredhai mereka keduanya di alam sana.

Tak lupa juga dua lagi insan yang ku kenal telah pergi dulu dalam PMIUPM, salah seorangnya senior yang ku kenali sewaktu mula-mula mengenal Jemaah di UPM, walaupun kami tak rapat tapi aku masih mengingati saat kali pertama berjumpa dengannya, Kak Mardhiah. Dan seorang lagi arwah Wani, dia orang yang paling dekat dengan aku tapi tetap tak seakrab mana, dia merupakan ahli usrah MAWADDAH dengan aku dan sekolej dengan aku, tapi dengan dia paling banyak kenangan yang dicipta kerana kami dekat, sekolej yang sama. Berkongsi usrah yang sama dan selalu bertemu di surau serumpun yang sama, bersolaat Jemaah bersama, bertadarus , berusrah dan banyak kebersamaan kami dalam aktiviti surau, kolej dan persatuan, tapi aku tak pernah tahu tentang penyakit dan kisah hidupnya kerna tak pernah cuba untuk memahami dan mendekati, sungguh aku bukan sahabat yang baik... Namun sungguh Allah lebih sayangkan mereka semuanya?insan-insan yang kukenali ini telah pergi dulu, dan mereka yang kukenal ini tersangat pasti aku bahwa mereka orang-orang yang dikasihi Allah, keluarga dan sahabat-sahabat perjuangan, yang pasti aku tahu mereka orang baik-baik. Mereka ini juga orang-orang yang semasa hayatnya memberi komitmen yang tinggi dalam perjalanan dakwah islam dan murah dengan senyuman, sekurang-kurangnya itu yang aku ingat tentang diri mereka. Semoga sahaja mereka ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan ditempatkan dikalangan ahli syurga, amin.

Dan saat Ramadhan ini, aku tak dapat lari dari mengenang kembali saat-saat orang yang tersayang pergi menghadap ilahi, saat dan tika waktu aku masih jahil 10 tahun lalu, arwah ayah juga dijemput saat Ramadhan masih berbaki. Semoga sahaja arwah ayah tenang disana, dan mendapat rahmat dan redha Allah, dijauhkan daripada siksa kubur dan dilepaskan daripada azab neraka, semoga berada di kalangan hamba-hamba yang soleh dan beriman, amin.

Tentang aku?masih panjangkah usia yang berbaki? Masih enakkah tidur di malam hari ? masih betahkah di dunia saat malaikat maut sedang mengintai detik waktu tuk merenggut nyawa? Adakah aku akan diingati tatkala pemergian ku  nanti yang entah bila bakal tiba? Adakah teman taulan yang sudi mendoakan dan menitipkan kalam kebaikan buat diri saat aku tiada lagi di dunia? Baikkah? Atau jahatkah Aku dipandangan sisi mereka? Dengan keadaan diri yang belum cukup baik dan masih bersisa baki kejahatan dalam diri adakah aku mampu tuk menghadapi maut yang tak mengenal waktu dan masa? Tak mengenal usia dan ketika? Mampu atau tidak, bekalku apa? 

Astaghfirullahal’azim…

12:51 a.m.
4/7/15

17 ramadhan 1436

Wednesday, June 17, 2015

Harapan Ramadhan....Amin...Ya Rabbal A'lamin...

“Ya Allah tambahkan kesehatan kepada kami untuk Engkau panjangkan umur kami untuk sampai ke bulan Ramadhan. Ya Allah Engkau jadikanlan bulan Ramadhan menjadi bulan yang dirindui oleh orang-orang yang soleh, jadikan kami orang-orang yang soleh yang merindui bulan Ramadhan. Ya Allah bilamana Engkau menjadikan kami orang-orang yang merindui Ramadhan, jadikan Ramadhan juga merindui kepada kami."

"Engkau jadikan puasa yang dilakukan di bulan Ramadhan sebagai satu sebab syafaat kepada orang yang berpuasa dengan menghadap kepada Engkau untuk memberi syafaat kepada orang yang berpuasa, jadikan amal ibadah puasa kami menjadi sebab syafaat kepada kami nanti ketika puasa akan menghadap kepada Engkau, Ya Rabbal A’lamin…"

"Ya Allah Engkau jadikan bulan Ramadhan bulan yang agung sepertimana nabi Muhammad memberitahukan kepada kami. Ya Allah Engkau jadikan kami orang-orang yang memahami akan arti kedudukan dan ke agungan bulan Ramadhan sehingga keagungan itu bersemadi di hati kami dan kami tahu cara untuk memberikan penghormatan kepada bulan Ramadhan. Ya Allah jadikan Ramadhan adalah bulan yang kami agungkan dengan amal ibadah kepada Engkau Ya Rabbal A’lamin…"

"Anugerahkan kepada kami kesabaran di bulan Ramadhan dan di luar bulan Ramadhan, jadikan kami orang-orang yang mengambil pelajaran pada madrasah Ramadhan untuk mendidik hati kami, untuk mentarbiyah hawa nafsu kami agar supaya ia takluk dan patuh kepada kehendakMu Ya Rabbal A’lamin… Jadikan kami orang-orang yang bertaqwa, mematuhi segala perintahMu dan menjauhi segala laranganMu."

"Ya Rabbal A’lamin bilamana Engkau jadikan seluruh makhluk ini menyambut kedatangan Ramadhan, jadikan kami juga orang-orang yang menyambut dan disambut oleh bulan Ramadhan. Ya Rabbal A’lamin jauhkan kami daripada tipu daya hawa nafsu kami, jangan Kau jadikah hawa nafsu kami mengalahkan kepada kami, bantulah kami mengalahkan daripada kehendak dan hawa nafsu yang menyebabkan kami rugi untuk meraih pemberian daripadaMu."

"Ya Allah sambunglah pertalian tali silaturahim diantara kami, jadikan hati-hati kami ini saling terbuka untuk maaf-memaafkan. Ya Allah pereratlah hubungan sesame orang-orang islam diantara kami ini khususnya Ya Rabbal A’lamin dan kaum muslimin di timur dan di barat, jadikan persahabatan dan eratnya hubungan sesame islam ini menjadi sebab tambahnya penurunan rahmat hidayah dan pertolongan daripada Engkau dan termasuklah kami dari golongan orang-orang yang mendapat hadiah khusus di bulan Ramadhan. Jauhkan kami dari segala maksiat, khususnya khamar yang menjadi ummu khabaib, jauhkan kami daripada perkara sedemikian Ya Rabbal A’lamin…"


"Ya Allah jadikan kami orang-orang yang berbakti kepada kedua ibubapa kami yang masih hidup atau telah meninggal dunia, jadikan mereka redha kepada kami kerana keredhaan mereka adalah menjadi sebab keredhaan Engkau kepada kami, dan jadikan anak-anak kami adalah orang-orang yang berbakti kepada ibubapanya Ya Rabbal A’lamin… Ya Rabbal A’lamin… Ya Rabbal A’lamin…”

Marhaban Ramadhan...


Daurah Ramadhan…(Kursus/Latihan) ~Ustazah NorHafizah Musa~

Pentingnya hati ini untuk meLalui satu proses pelatihan suatu proses pendidikan, yang kita boleh rangka aktiviti harian kita  iaitu kita jaga dan amalkan perkara-perkara ini :

1.       Jaga solat fardhu berjemaah

“Barangsiapa yang melakukan solat di masjid secara berjemaah selama 40 hari dan dia tidak pernah terlepas sekali pun satu rakaat solat isyak dan dia akan terbebas daripad api neraka”

2.       Tanamkan dan lazimkan diri dengan amalan zikrullah

Hadith nabi : katakanlah wahai Fatimah ketika kamu berpagi-pagian : Subhanallah wa bihamdih la quwwata illa billah ma syaa Allahukana wama lam yasya’ lamyakun…

Dan barangsia yang membaca pagi terpelihara sehingga ke petang dan siapa yang membaca pada petang hari terpelihara dia  sehingga ke pagi.

Anas bin malik meriwayatkan bahawa nabi mewasiatkan kepada Fatimah untuk mengamalkan pagi dan petang untuk dibaca : Ya hayyu ya qayyum birohmatika astaghih aoslihli sya’ni qullah wala takilni la nafsi tarfato ain..

“Wahai Yang Maha Hidup, dengan namaMu dengan kasih sayangMu aku memohon pertolongan, perbaiki lah seluruh urusanku dan janganlah Engkau serahkan diriku walaupun pada kadar sekelip mata” Hadith riwayat An-Nasa’i.

Asma’ binti umais meriwayatkan Rasulullah bersabda: hendak tak kamu aku ajarkan kamu satu kalimat yang kamu baca apabila kamu rasa kesusahan : Allah, allahu rabbi la ushyrikubihi syai aa.. “Allah, Allah Tuhanku, tidaklah aku  menyekutukan Allah dengan sesuatupun…” Hadith riwayat Abu Daud Ahmad Ibnu Majah dan At-Tabrani

3.       Membaca Al-Quran dan fahamkan maksudnya.

Sebelum berkomunikasi dengan manusia lain komunikasi dulu dengan Allah, caranya dengan membaca al-quran dengan satu mukasurat ke satu muka surat  dengan maknanya.
Hadith Rasulullah menyebut :

“Ada satu golongan itu apabila bercakap baik sangat bunyinya, dia membaca quran tapi dia baca quran, imannya tidak dapat melampaui kerongkongnya”

 Maknanya dia baca setakat di lidah tapi tak sampai pun ke hati ayat quran yang dibacanya..

~~~~~~~~~~~~~~~


Alhamdulillah…masih diberi nyawa tuk bernafas dimukabumi milik Tuhan ini…Alhamdulillah semoga sampai aku ke bulan Ramadhan yang tak sampai  sehari dua lagi… Alhamdulillah kerna masih diberi rasa tuk menyambut Ramadhan Kareem walaupun sekali lagi dirantauan masih sahaja di dalam negeri darul iman dan semestinya tetap di bumi Malaysia. Alhamdulillah aku punya rasa untuk menyelongkar laptop sebelum Ramadhan tiba, mencari-cari simpanan ceramah-ceramah agama tentang Ramadhan, untuk timbulkan rasa seronok dan sebagai persediaan tuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini, sekali lagi sampaikan aku ke bulan Ramadhan Ya Allah…dan berkatilah daku dibulan Ramadhan dan pertemukan daku dengan Malam Lailatul Qadar..

Muhasabah di malam hari ini, sambil mendengar ceramah Ramadhan semoga mampu untuk kongsikan sesuatu dan ada sesuatu yang mampu meresap kedalam diri ini, sesuatu yang mungkin telah lama hilang ataupun sesuatu yang aku tak pernah kecapi ia atau sahaja mungkin aku tak pernah tahu apakah sesuatu yang aku dambakan itu. Tetap sahaja aku mahu berharap tentang itu…tentang sesuatu yang aku tak pasti tapi mahu! Aku mahukan sesuatu penambahan dalam hidup ini , sesuatu yang mendekatkan aku kepada Tuhan bukan yang menjauhkan, sesuatu yang melunakkan daku kepada kebaikan bukannya kemungkaran, sesuatu yang membawa aku ke syurga bukannya neraka, dan sesuatu yang membawa keredhaan Tuhan bukannya kemurkaan Tuhan…dan segala macam sesuatu yang menambah pahala dan bukannya dosa…

Alhamdulillah sekali lagi kerna sungguh! Hari ini aku masih bernyawa esok belum pasti, saat dan ketika yang terasa panjang tuk sampai ke bulan Ramadhan yang hanya bertingkah sehari sahaja lagi, kerna apa? Hari ini aku mendapat khabar tentang seorang adik yang kukenal walaupun tak serapat mana tapi kami pernah bekerjasama dalam banyak program PMIUPM semasa di zaman kampus dan saat aku mendapat khabar yang dia telah pergi bertemu menghadap Ilahi pada pagi tadi kerana kemalangan, aku tersentak dan terbayang-bayang wajah arwah, masih segar diingatan wajah dengan senyuman yang sentiasa terukir diwajahnya dan jaket hitam yang sentiasa dipakai yang menjadi trademark PMI . Allahurabbi…. 2 hari lagi Ramadhan…Innalillahi wainna ilaihi rojiun… Ya Allah..Tempatkan beliau di kalangan hambaMu yang soleh dan hamba yang Kau Redhai…

 ~~~~~~~~~~~

Astaghfirullahal'azim....


Saturday, June 13, 2015

Muhasabah sebelum Ramadhan...

Sekali lagi aku menulis di kekunci keyboard ini, dalam detik waktu yang bersilih ganti dan keadaan laptop yang semakin nazak yang memberi amaran-amaran hardisk akan berlaku kerosakan tapi aku masih berkira-kira untuk menggantikan dengan yang baru, biar betul-betul rosak tapi bimbang juga segala maklumat tak dapat diselamatkan lagi if kerosakan berlaku secara tiba-tiba. Walau apapun detik ini aku masih disini dan hanya berharap moga-moga jangka hayatnya masih panjang.
 
Aku masih menulis walaupun aku malas untuk menulis, aku masih menulis walaupun aku tak layak tuk menulis, aku masih menulis walaupun aku tak ada idea yang bernas tuk menulis, aku masih menulis walaupun aku masih bermaksiat pada Dia. Selayaknya aku tak harus meneruskan penulisan ini atas bebanan dosa yang semakin hari semakin berat dipikul. Sungguh saat aku ingin lari daripada segala macam perasaan dan bisikan jahat dalam hati dan di fikiran ini semakin aku jatuh terjebak pada nafsu sendiri, Astaghfirullahal’azim…hanya padaMu jua yang harus ku memohon ampunan atas segala bebanan dosa ini Ya Allah, siapa lagi yang selayaknya ku mengadu dan memohon ampunan selainMu? Sungguh aku hamba yang sangat berdosa dan masih tidak sedar diri akan kesilapan aku ini, tapi aku sungguh tak mahu meneruskan hidup ini dengan bermaksiat terus padaMu Ya Allah, tapi aku tak mampu tuk menghalang dan melawan betapa kuatnya nafsuku menggongcang iman dihati ini Ya Rabbi. 

Tolong aku… tunjuki daku jalan kebenaran dan terimalah taubatku dan jangan Kau biarkan aku kembali mengulangi kesilapan yang berulang-ulang dalam berbuat dosa padaMU. Saat ini, aku masih berkira-kira Antara dosa dan pahala, aku ingin sekali merebut segala kebaikan untuk diri tapi dalam masa yang sama hatiku ini masih gemar akan dunia yang sementara ini, keasyikan dan keseronokan yang fana dan kenapa aku masih sukakan kekotoran yang dikaburi keindahan dan kefanaan dunia ini? 

Ya Allah ku tak punya jawapan dan  ku tak punya daya tuk persoalan ini walaupun aku tahu tapi aku masih tak mampu tuk menjawab dan menghalanginya daripada berlaku. Sungguh aku selalu tewas dengan musuh utama dalam diri ini iaitu nafsu dan bisikan-bisikan syaitan yang menambah perasa pada hati yang sedia kotor dan berkarat ini. Dalam pada aku mencari kebenaran dan kebaikan aku masih kalah pada bisikan-bisikan halus yang mengajak aku pada jalan kelalaian dan kealpaan. Dalam aku mengejar pahala kebaikan aku masih keciciran dengan dosa-dosa yang menimbun dan kesia-siaan yang aku ciptakan sendiri. Sungguh aku merindukan saat-saat dekat denganMu Tuhan…betapa saat aku hanya bergantung harap padaMu, mengadu hanya padaMu dan hanya Engkau satu-satunya pengharapanku dan peneman setia kala ku duka dan kala ku resah dan kala ku berdosa dan kala ku sendiri dan kala ku khalayak ramai. 

Dan sungguh aku kini merasakan betapa aku hilang…hilang sesuatu yang aku pernah ada dalam diri ini, sesuatu yang aku tak tahu apakah ia? Atau aku seakan sengaja buat tak tahu apa yang aku hilang, sepertinya aku semakin hilang rasa kehambaan padaMu Ya Rabbi. Ya rasa kehambaan dan rasa takut padaMu, taqwa dalam diri semakin pudar ataukah aku tak pernah ada rasa taqwa itu dalam diri ini? 

Ya Allah sungguh aku semakin ketandusan iman dalam diri dan amalan-amalan sunat yang semakin aku lupakan. Ya Allah aku ingin sekali diriku kembali kepada masa-masa aku istiqamah dalam amalan yang aku pernah lakukan, seperti solat dhuha, puasa sunat isnin dan khamis, qiam dan bacaan quran yang dulu aku pernah istiqamah melaksanakannya dan juga majlis ilmu dan pembacaan buku-buku agama dan kecintaan pada ilmu yang suatu saat dulu aku pernah istiqamah dengannya, aku sangat berharap Engkau berikan aku sekali lagi keistiqamahan tersebut dan bantulah aku untuk menjadi lebih baik daripada itu dan masa sekarang, tolong aku Ya Allah…sungguh aku sangat perlukan dan mendambakan petunjuk hidayahMu selalu menghiasi diriku dan insan-insan di sekelilingku… Sesungguhnya aku tak mahu berada dalam kerugian di dunia dan hidup yang sia-sia 

Ya Allah…pertemukan aku dengan insan yang boleh membantu diri ini untuk dekat denganMu selalu samada perseorangan mahupun berjemaah, tolong hadirkan insan itu Ya Rabbi…aku ingi sekali lagi berbakti pada diri dan masyarakat dan bergelumang dengan aktiviti kemasyarakatan dan dakwah yang lebih dekat dengan reality ummah masa kini dan kurniakan daku hikmah dalam tutur kata, dalam penulisan dalam memberi nasihat dan teguran, dalam berkata-kata dan dalam setiap tingkah laku seharianku agar aku mampu tuk menyentuh hatiku sendiri Ya Rabb dan juga mampu menyentuh hati-hati insan lain andai ada insan-insan yang mendengar, ataupun membaca mahupun melihat daku ini merasa kedekatan denganMu, mengingatiMu dan ingin kembali kepadaMu….jadikan aku insan itu yang mampu mempengaruhi hati orang lain untuk lebih dekat denganMu…. Ampunkan aku, astaghfirullahal’azim andai panjang angan-angan dan meminta itu dan ini walhal aku sesekali tak layak tuk meminta segala macam sedangkan diri ini sungguh berlumuran dengan dosa….Astaghfirullahal’azim….                               


26/03/15 : 10.19 p.m, PLPPWT.



 "Ya Allah sampaikan aku ke bulan Ramadhan..."


Sebagai satu noktah untuk kita berfikir, bahawa apa yang sebenar telah berlaku dengan hati kita yang suatu hari nanti kita akan bawa untuk bertemu dengan Allah. Kalu segala maksiat dan dosa yang kita lakukan yang menyebabkan hati itu mengeras, kita tunggu saat bila lagi sedangkan dihadapan kita tawaran Allah terbuka luas untuk kita gapai dan raih dengan kehadiran Ramadhan!!

Agak-agaknya kita termasuk dikalangan yang mana?

Adakah kita termasuk dalam golongan mukmin yang gembira, seronok dan bahagia dengan kehadiran Ramadhan ataukah golongan munafik yang rasa berat hati nak masuk bulan Ramadhan. Dan satu lagi yang kita perlu pertimbangkan, apakah telah tertulis untuk kita segala kebaikan segala rahmat dan segala kurnia yang melimpah ruah keampunan dan keredhaan Allah dalam bulan Ramadhan atau sebaliknya. Allah Maha Mengetahui siapa yang tidak dapat apa-apa pun dalam Ramadhan kecuali kebinasaan, kerugian dan sebagainya.

Seminggu lagi, mungkin tak sampai seminggu pun Ramadhan akan kita hadapi dan sambut, ianya menuntut kita dengan suatu keazaman yang jitu, suatu mujahadatul nafsi yang sangat tinggi perancangan yang baik, mudah-mudahan kita tidak gagal untuk merancang, kalu merancang pun dah gagal, takut-takut kita tak dapat menghadapi Ramadhan dengan sempurna.

~Ustazah Nor Hafizah Musa~ Usrati I.K.I.M fm

Sunday, May 31, 2015

Kerna Rasa itu sama...


Kadang-kadang kita rasa kita nie kesian sangat… tapi bila difikir-fikir balik, terlalu banyak lagi yang kita ada, yang kita rasa, yang sepatutnya buat kita jadi sangat bersyukur, apalah nak dikira kurang kaseh sayang manusia, bila kaseh sayang Allah sepenuh semesta! Kan?


Hakikatnya manusia nia memang payah nak bersyukur kan? Pasti ada rasa tak cukup dgn apa yang ada, nak lagi.. nak tu.. nak nie.. untuk sekadar berasa cukup dengan Allah payah sekali tuk direalisasi. Cukup bagiku Allah! X semudah ucapan di bibir.

Hakikatnya manusia memang ada perasaan tu, sebab bila ada rasa tu, pasti rasa nak mencari sesuatu, seseorang dan apa-apa je yang boleh kita lepaskan dan luahkan. Tetapi manusia itu juga lupa yang selalu dekat dengannya, yang selalu ada untuknya yang selalu tahu akan dirinya ada disisinya. Tapi sebab manusia tu lupa maka dia lari dari hakikat bertuhan yang dia sepatutnya yakini, Allah selalu ada untuk dia!

Kaseh sayang manusia sepenuh semesta pun takkan cukup dengan nilaian kaseh sayang Allah! Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan?


Kalau kita rasa lemah mungkin kerna hati kita kosong. Istighfar banyak-banyak, solawat banyak-banyak, kalau tak tahan sangat, duduk diam-diam, ngadu kat Allah dan nagis je kat Dia, enshaAllah lega.

Kalau sedih dan berat je dada, rasa susah hidup, baca surah Alam Nasyroh dan kalau rasa diri sorang-sorang cub abaca surah Ad-Dhuha.

Orang soleh kata, kalau masih punya rasa kesal, hati itu masih hidup, iman naik turun. Kita memang takde daya, semuanya harap pada rohmat dan pertolongan Allah. 


Kita takkan boleh buat taat jika Allah tak dorong kan hati kita tuk buat taat. Dan kita takkan dapat lepaskan diri dari dosa jika Allah tak Tarik kita dari keinginan tuk buat dosa.

Kerna itu orang soleh selalu ucap : La Haula Wala Quwwata ILLAH Billah… 
Takde daya buat taat dan takde daya hinder maksiat kecuali dengan pertolongan Allah. 

Kita doa banyak-banyak, Allahumma a’inna a’ala dzikrika wa syukrika wa husni ibadatika. 



Ya Allah bantula kami dalam  mengingatiMu dan mensyukuri nikmaMu dan bantulah kami memperelok ibadah kami kepadaMu!

250525

plppwt

Friday, April 10, 2015

Sebuah Rasa Tentang Sahabat!

Sahabat!
Suatu panggilan yang kian tenggelam timbul dalam diari hidup seorang aku
Suatu ingatan yang semakin gelap dan kabur dalam memori kenangan seorang insan
Suatu istilah yang kian hambar dirasa dan semakin pudar warna

Duhai Sahabat…
Sedih rasa hati ini mengenangkan begitu rapuhnya makna sahabat pada diri ini
Sesal dirasa kerna tak pernah utuh membina sebuah ikatan ukhwah yang diidamkan
Sungguh yang bersalah itu aku kerna bersendiri kini, kalian tak pernah ku persalahkan!

Sahabat!
Insan seperti apakah seorang sahabat itu pada diriku?
Yang seringku gelarkan mereka itu sahabat, dimana mereka kini?
Yang selalu ku dedikasikan mereka nukilan hati ini siapakah mereka itu dihatiku?

Sungguh! sahabat…
Kalian itu yang pernah menyinggah dalam diari kehidupan hati ini
Kalian yang pernah muncul dalam ingatan dan memori perjalanan hidup ini
Kalian itu yang pernah bersama-sama dalam sebuah perjuangan mengenal makna diri  ini…

Sahabat!
Jika kalian mendengarkan rasa rindu hati ini, Jika kalian merasakan getaran rindu jiwa ini
Sudilah kiranya kalian mendoakan akan keteguhan dan keutuhan persahabatan ini
Dan sesekali jangan biarkan diri ini terus jauh dan semakin menjauh dari kalian…

Tuhan…
Sungguh! Sahabat itu suatu anugerah yang paling bermakna dalam hidup ini
Nilaian yang tiada bandingan tuk sebuah harga persahabatan yang indah
Sebuah hadiah yang Kau berikan tuk ku merasakan kemanisan sebuah persahabatan!

Terima kasih Tuhan…
Kau hadirkan kasih sayang dalam jiwa setiap insan dengan sifatMu Ya Rahman..
Maka dengan sifat Ar-Rahim Mu…Kasihilah, sayangilah dan pandangilah sahabatku..
Dalam setiap sudut dan detik kehidupan  mereka Kau redhailah mereka semuanya… sahabatku!

21/03/15
4.37 p.m
PLPPWT, Besut.