Bismillahirahmanirahim… Salam
Jumaat!
“Astaghfirullahala’zim…
yah! Sungguh berat beban dosa dirasa sedang dipikul…” entah mengapa rasa hati
yang asyik meresahkan dan sangat berat dirasa sedang mengganggu fikiran Mia. Ye
dia dapat merasakan perasaan jauh itu…perasaan serba salah dengan tingkahnya
sendiri. Dia tahu dia sedang melakukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya,
tapi dia seakan merelakan perkara itu terjadi pada dirinya. Ya! dia biarkan
rasa resah dihiburkan dengan perkara yang malah makin membuat dia asyik dengan
hiburan dan melupakan resah hatinya. Walhal dia tahu itu bukan caranya untuk
mengubat resah dijiwa tapi dia seakan dilupakan. Ya..sedang dilupakan… mungkin
Tuhan sengaja menjarakkan hati Mia daripada kebaikan, yang sepatutnya dia cari penawar
bagi hati yang dia tahu sedang sakit pada jalan mendekat pada Allah dan
bukannya hiburan-hiburan yang menyedapkan halwa mata dan telinga dan membuat
dia ketawa dan lupa akan masalah hatinya yang sedang parah dimamah jahiliah
moden yang sudah menyinggah hatinya. Astaghfirullahal’azim…
Mia
kini sememangnya telah terlepas daripada kawanan yang dulu kuat mengikat
dirinya untuk berbuat perkara kebaikan, dia kini bebas daripada kawanan itu
yang selama ini sangat membelenggu dirinya, walaupun bukan dengan keterpaksaan
yang menjerumuskan Mia ke kawanan tersebut, sememangnya ia daripada kerelaan
dan kesanggupan dirinya sendiri. Dan kerana itu..Mia tidak menyenanginya, dia
semahunya tidak mahu terlepas daripada kawanan tersebut dan semahunya kekal
bersama kawanannya itu, namun apakan daya Mia tak sekuat itu untuk kembali
bertaut pada tali yang telah dia lepaskan dulu, bukan sengaja dilepaskan tali
itu, tapi kerana keadaan dan masa tidak mengizinkan lagi. Atau mungkin itu
tapisan untuk dirinya…? Mungkin saja dia tidak layak untuk berada disitu???
Tapi
Mia mengerti akan satu hal, walaupun dia tidak lagi berada dalam kawanannya,
dia sepatutnya teguh berdikari dan tetap utuh dengan keyakinan bahawa Allah
selalu bersama! Allah kan ada! Kenapa tidak
dia mengahayati dan memahami akan itu? Allah kan selalu bersama dengan
orang-orang yang mendambakanNya dan Allah sangat dekat bukan? Tapi Mia yang
sering membina tembok dan benteng dengan dirinya, selalu tersasar di saat-saat
ketaatan hati pada yang Esa mahu terbina! Saat-saat hati mula mahu lunak dengan
kebaikan-kebaikan Mia seakan sengaja menjarakkan diri dengan mencari hiburan
dunia untuk menghiburkan hatinya. Melayan perkara-perkara lagha yang sedia terhidang di media massa dan dunia
tanpa sempadan dialam maya, semuanya ada buat menghibur jiwa-jiwa yang
keresahan dan jiwa-jiwa yang mencari selain tuhan untuk merawat duka dihati…walhal
itu bukan caranya. Bukan caranya…Mia tahu itu, tapi dia yang tewas dengan
godaan nafsunya sendiri…
Mia
sendiri tidak tahu kenapa dia masih berani mengikut kata nafsu daripada tetap
berpegang teguh dengan iman dihatinya. Saat-saat dia benar-benar menyesali akan
sikapnya dan berazam untuk menanggalkan karat-karat dosa yang telah lama
melekat pada dirinya, ya dia seakan rasa itulah waktu terbaik andai nyawanya
diambil tika itu, tapi bilamana jahiliah itu mula menapak lagi, resah dijiwanya
hanya Tuhan yang tahu..takot-takot saat dia sedang terleka melayan kehendak
nafsu tika itulah datangnya malaikat maut menyapa tanpa belas…mahu apa dia tika
itu? Mahu jika diberi peluang tuk sebuah pertaubatan? Sememangnya itu dambaan setiap
jiwa..jiwa yang yang sedang berdepan ajalnya di kerongkongan, pasti mahu
kembali kepada Tuhannya…tapi??? Bukankah itu sudah terlambat untuk sebuah
penyesalan???
“Ya
Allah.. saat masih ada waktu…aku ingin kembali kepadaMu…kembali padaMu! Ampunilah
kami yang banyak berdosa ini, jauhkan kami daripada azab api neraka dan azab
kubur, jauhkan kami daripada fitnah dunia, fitnah kematian dan fitnah dajjal. Wahai
Tuhan yang membolak balikkan hati, tunjukilah kami kejalan kebaikan dan
cintaMu, tempatkan kami bersama orang-orang yang mencintaiMu dan orang yang Engkau
cintai”
No comments:
Post a Comment