Wednesday, November 30, 2011

Kembara hijrah!!!


Kembara hijrah…1433! Kembali lah duhai jiwa yang berdosa…




Bermulanya kisah pengembara..bukan baru..24 tahun mengembara dunia yang serba mewah dengan nikmat Allah…tapi dalam pengembaran seorang hamba yang baru bertatih dalam sebuah medan yang dikatakan ‘Perjuangan’ tatkala di marhalah ini pun mampu untuk kecundang… aarghh…iman itu meningkat dan kadang menurun…ramai manusia akan melalui fasa2 tersebut..Cuma bagaimana cara menghadapinya barangkali berbeza…hati pedih mengenangkan dosa-dosa yang membelenggu diri, maksiat2 hati yang belum mampu dihindari…mengenang tentang hijrah diri.. dulu, kini…Astaghfirullahal’azim….di daerah ini di marhalah ini…aku kecundang lagi…kerana aku makin terasa jauh…bermulanya kisah…

Sedih dan pilu..bila mengenangkan sahabat 2 sebatch yang tinggal berapa kerat je…huh buat diri ni semakin jauh. Sahabat2 yang dulu bersama2 dalam medan perjuangan nie yang sama2 naik, yang sama2 bergerak kerja…kini yang ada tinggallah kenangan dan yang ada sekarang tak semeriah dulu. Al ceritanya diri yang lemah nie buat keputusan..untuk ‘slow down’, walhal memang dah slow pun, takdelah laju sangat sebelum nie…prog. banyak kali ponteng..liqa’ dah terus tinggal..surau y dulunyer rumah kedua selepas bilik dah payah nak singgah…program2 ilmu, kalau dulu sayangnyer kalau tak pergi..bermulanya sem nie macam tak rasa apa kalau tak pergi… sangat banyak amanah yang ditinggal tanpa rasa bersalah…tulah ‘bencana’ atau kafarah dosa atas diri yang sengaja nak menjauh…dah rasa betapa peritnye hidup tatkala terpesong dalam landasan dan menjadikan dunia sebagai tujuan…kalau boleh diundur waktu, sesekali takkan pernah nak berfikir untuk menjauh …



Futur…Semakin hari semakin lagha..semakin hari semakin jauh…dalam proses nak menjauh maka Allah perkenankan dengan menarik balik nikmat ibadah, nikmat iman…menurun secara mendadak! Tak rasa seronok lagi dengan perjuangan yang di omong2kan..xrasa ‘Zuq’ dgn roh tarbiyah, tak rasa bersalah dengan amanah yang x tertunai. Hafalan surah wajib yang dulu terjaga sekarang dah tunggang terbalik..buku bacaan tak hadam2.. hadith pun tak terhafal…ibadah sunat tak terkawal n dah x istiqamah, usrah pun jarang2 sekali..apatah lagi amanah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. kadang2 timbul rasa seronoknyer tak terikat dengan organisasi…bebas buat apa yang aku suka…tak kisah dah apa nak jadi..lantak p lah…

Tapi bilamana hidayah Allah menyapa kembali hati yang keliru ini, Alhamdulillah moga tertautlah hati ini kepadaNya semata..tidak lagi pada kelazatan dan indahnya yang fana…sesekali tidak untuk aku meneruskan kejahilan dan kehinaan untuk kembali kepada ‘kemaksiatan hati’ yang telah menghijab diri dari segala kebaikan yang ada pada sudut dunia ini. Sempena maal hijrah yang telah menghitung hari ke-4, azam dan harapan semoga diri ini terus istiqamah dalam medan pengislahan dan perjuangan di marhalah ini ke tingkatan seterusnya sehingga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan dunia dan akherat hamba yang hina ini. Muhasabahlah duhai diri…


Bila hati disapa hidayah sekali lagi, tak mahu lagi berpaling pada jahilnya diri, ingin terus melangkah dengan keyakinan hanya padaNya. Namun melihat situasi sekarang yang hangat, membuat diri sedikit bimbang, apa yang harus aku lakukan??? Tak mampu rasa hati…tuk berdepan, sekali lagi mahu menjauh??? Tidak…sekali2 tidak…

Ighfirli ya Rabb!!!

Sunday, October 16, 2011

SURAU..OH SURAU....

Astaghfirullahal a'zim...100x ( xcukup pun tuk menebus salah dan silap diri )... =(

semalam...kehibaan melanda saat melangkah masuk ke surau kecintaanku di bumi hijau ini...tertunduk saat terduduk di belakang seorang sahabat...saat dia menyedari kehadiranku...kami berpelukan...rindu sangat2. 3 minggu aku menjauh dari surau itu...kenapa?

saat waktu yang sangat lama ku tinggalkan tanpa menjejak... kesibukan yang aku cipta sendiri dan kerana sebab dan alasan yang tak pasti aku menghindar..walhal diri tak mahu pun jauh dari surau itu... surau yang penuh dengan keindahan! keindahan iman, ilmu , ukhwah dan pengalaman...tempat berteduh dikala hujan, tempat study waktu2 exam, tempat ukhwah terbina dengan sahabat2, tempat makan minum kami bersama, tempat bertemunya insan bersaudara, tempat yang paling nyaman tatkala hati galau, tempat persinggahan yang utama...tempat solat berjemaah pastinya sudah, qiam dan iftarnya kami disitu, tempat ilmu juga tersangat pasti dengan kuliah ilmu dari ustaz, usrah dan perkongsian ilmu dengan sahabat2 seusai isyak selapas bacaan al-mulk...surau itu kami yang punya walau tak diiktiraf siapa-siapa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini adalah tulisanku saat cuti sem y panjang tapi aku berkelana di upm untuk siapkan 'Final Year Project'...apa yang kurasa saat itu...Allah menguji hambaNya dengan kata-kata yang diucapkan.. ya aku diuji...dan aku tewas dengan ujian itu...dan kini aku mahu kembali kepadaMu ya Rabb!...

Seawal tahun pertama Allah mentarbiyah diri ini untuk istiqamah dengan surau, disana ku bertemu insane-insan yang kini bergelar sahabat, ku kenal kakak-kakak yang telah membawa ku ke medan ini. Alhamdulillah, waktu itu sangat meriah dengan majlis ilmu yang tidak pernah putus sepanjang isnin dan jumaat. Namun kini surau itu seakan suram dengan wajah yang dulu di kenal di suatu sudut surau itu, di sebatang tiang yang menjadi tempat perkumpulan kami semasa junior. Sudut itu tidak lagi semeriah dulu tikamana kami di tahun satu. Saat kami mewarisi sudut senior yang dulunya suka berkumpul dibahagian belakang di sudut almari kini, tiada kelihatan adik-adik yang istiqamah tuk mewarisi tempat kami itu. Adakah salah mereka yang bergelar senior? Kerana tak mampu memberi roh kepada adik-adik untuk istiqamah?

Pernah suatu ketika seorang sahabat meluah rasa, menyatakan kebimbangannya tentang hal itu, surau tak lagi semeriah dahulu kala. Bagaimana mahu mengembalikan roh itu? Berdosakah kita yang tidak mampu untuk menyeru seramai2 umat di kolej ini untuk sekadar turun berjemaah ke surau? Apa yang harus kita lakukan untuk itu? Andai sahabat2 yang dulunya seangkatan yang istiqamah, kenapa tidak kini? Kesibukan apa yang membuat kalian hilang?

Sehingga tidak ada hati untuk menjejak lagi kaki ke surau itu..??? dimana ukhwah kita dulu? Mungkin tak sekuat gunung yang kukuh berdiri, mungkin tak sehebat badai yang menghentam pantai. Kesibukan apa yang membuat kita tak mampu untuk sekadar menyapa sahabat sendiri? Sedang masih mampu kesana-kemari bersama mereka yang lain. Mengharapkan sahabat menegur..mengharapkan sahabat menyapa, mengharapkan orang lain..sedang kita tak mahu untuk mulakan. Sekadar angin lalu bilamana berpapasan ditepian jalan atau senyum tanpa kata..

Ya Allah..itu akukah??? Yang hanya pandai berkata-kata melunak rasa dijiwa? Menyalah dan hanya meluah? Sedang sudut surau itu tetap tidak terisi melainkan setiap hari wajah yang silih berganti, yang sekali sekala ada untuk membuat halaqah, dan wajah itu kukenal…yang suatu ketika pernah menjejak surau ini dan pernah berjaya istiqamah. Cuma tidak kutahu punca yang membuat mereka menjauh..kesibukan atau kerna kita yang tidak mesra???

Dan ketika ini…surau itu semakin suram kerna cuti semester telah bermula, Cuma aku masih disini bersisa-baki dengan ‘Final Year Project”. Setiap kali ke surau itu..menggamit memori…bersama-sama sepanjang semester ini dan semester yang lalu sepanjang 3 tahun keberadaan kami di bumi hijau ini. Masa begitu cepat berlalu, sebahagian sahabat akan menamatkan pengajian pada semester ini. Sangat2 terasa dengan ketiadaan mereka. Dan setiap kali ku memasuki langkahan kaki ke surau ini setiap sudut surau itu pasti menggamit saat teindah. Dapat ku hafal memori itu. Sepotong episode masa lalu nyanyian edcoustic mengingatkan aku tentang mereka dan kenangan bersama.


Sepotong Episode (masa lalu)
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com

sebuah kisah masa lalu hadir di benakku
saat kulihat surau itu
menyibak lembaran masa yang indah
bersama sahabatku

reff:
sepotong episode masa lalu aku
episode sejarah yang membuatku kini
merasakan bahagia dalam diin-Mu
merubah arahan langkah di hidupku

setiap sudut surau itu menyimpan kisah
kadang kurindu cerita yang
tak pernah hilang kenangan
bersama mencari cahayamu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku ingin kembali...walaupun muka yang selalu ceria dan selalu ada di suatu sudut surau itu yang selalu menggamit rindu tiada lagi kini...dan insan-insan damba kasih yang selalu membawa ceria tak kunjung tiba...walaupun apa pun masalah melanda yang membuat kusutnya jiwa...aku takkan benarkan lagi kaki ini dan langkahan ini berhenti dari menjejak surau kecintaan ini...kerana aku mendambakan kasih, cinta dan redha dari siapa? Allah kan? Alhamdulillah..adik-adik makin ramai mengunjungi surau... semoga Kau tetapkan hatiku dan sahabat2 serta adik2 ku dijalan yang Kau redhai...istiqamahkan kami dengan amal kebaikan yang membawa kami kepadaMu....

Monday, September 19, 2011

Ampunkanlah segala dosa dalam diri...

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

Hati ini memang mudah tersentuh…tapi ia tersentuh bilamana ia memang disentuh..namun kadang2 walau tak disentuh ia tetap juga tersentuh kerana hati ini memang mudah tersentuh…


Dewasa ini..diri sengaja menjauh..bukan mencari alasan tapi tiada alasan untuk dijadikan alasan kerana semua itu bukan alasan…tapi tetap mahu beralasan!


Tika ini jiwa ini gersang rasa ukhwah…yang dulu menyinar jiwa yang sepi..namun kini jiwa kembali sepi kerana ukhwah yang dipuja beransur sepi…


Dulu tekad penuh dihati…menjiwai sebuah pengalaman murni..sebuah pengislahan yang menguji diri dalam perjuangan yang menuntut janji..tapi jiwa itu futur tuk kesekian kali menagih rasa di jiwa…


Dimana kalian? Tika tiada baru sedar keberadaannya…tika ada…menyapa pun payah…aarghh..aku tahu aku bukan siapa2 tuk merasa apa2 pada sesiapa pun…ada atau tidak bermaknakah?


Matang pada umurnya..hakikat usia ditangan Dia…hati, jiwa dan raga masih punya rasa…kadang tak keruan dan tak ketahuan sendiri…


Sahabat yang dulu dekat..kini yang tinggal hanya bersisa…tak mampu tuk memujuk rasa sebuah kehilangan yang tak terungkap…ya aku rindu saat suatu masa…


Mengharapkan sebuah pengertian, namun hati sendiri tak mahu mengerti..jadi apa perlu untuk dimengerti? Sebuah pengertian yang tak bererti…


Kemaafan yang harus dipinta dan diberi…keampunan yang mesti dipohon… dengan penuh rasa khauf pada pembalasanNya dan raja’ pada rahmatNya Yang Maha Luas….


Kadang2 kesengajaan dalam sengaja membawa padah kepada sebuah nikmat…walau seindah manapun dunia yang selalu dekat dihati…namun hati tetap mahu kembali kepada fitrahnya…


Bilamana takdir menyapa payah dan sulitnya hidup…tika hati mahu menangis dan berputus asa…lalu rebah dipangkuan bumi lantas tersadung menyembam tanah… La tai’asu, La tahzan, Allah pasti bersama!


Sekian lama tak punya rasa…kini rasanya bermacam rasa…apapun rasanya…masam, manis, pahit atau tak punya rasa…itu lumrah kan???


Ujian menguji keimanan yang semakin mendekatkan…atau hukum kepada kesalahan yang menjauhkan… namun harapan berpinta.. semoga terampun segala dosa dan diangkat darjatnya….


Ighfirli Ya Allah…Ighfirlana Ya Rabb!

Thursday, July 21, 2011

Lagu untukmu sahabat...

Terilham dari citer kartun jepun..ngeh2..dedikasi lagu untuk sahabat...huhu..

Hey..
Jika hati merindu…apakah y harus kulakukan?
Hanya memori yang tersimpan kan ku ungkapkan
So..
Lihat kembali kenangan indah kita lalui bersama
Yang memenuhi relung ingatan…

Kita bersama di bumi hijau ini
Penuh suka dan duka
Pasti sukar tuk melepaskan segalanya

Tapi ia perlu ditelan tuk hari esok
Yang pergi akan pergi…
kami disini pasti merindui…

Tapi kan…
Bersyukur kerna kita dipertemukan
Graduasi bukan pengakhiran
We’ll be forever friends…

Kita ada gambar bersama
Kita berkongsi kenangan yang sama
Dan ia pasti selalu menyinar dihati
Just like our smile…

Surau Serumpun, Bukit Ekspo mempertemukan kita
Family Day N9, Jaulah ke Ladang Pastura, Wetland Putrajaya Dll…
di RS,LP2, RHB, BSK, RM & VIP…

Walaupun kita tak bersama
Ayuh kita pandang langit yang sama
Dan bersama ucap lafaz hamdalah…Alhamdulillah!

Terima kaseh kerana mempertemukan kami..
Sebuah hadiah persahabatan
Yang pasti bersinar selamanya…

Seperti terangnya cahaya sang suria
Kita akan bersama selamanya
Memegang amanah dalam perjuangan ini…

Jika kalian katakan kita sahabat hingga ke syurga
Jadi ayuh sama kita realisasikan impian kesana
Bertemu cinta hakiki…memandang wajahNya bersama!

Bersama berganding bahu, bersama pesan berpesan
Bersama kita memegang masa depan ummah…
Bersama dalam rahmat dan redha ilahi..insyaAllah!
d_n

Sunday, July 17, 2011

Ta’addud Jama’ah

Sebuah cerita...Kisah tentang Mia...
Satu sem…dua sem… tiga sem…dah berlalu…sem 4 sedang menunggu masa tuk berlalu….banyak sudah yang berlaku,banyak juga perubahan yang terjadi…Mia kini masih juga Mia yang dulu…cumanya sedikit berbeza…sket jer pun x banyak…kadang matang..kadang sengal pun ada.
Sejak dua menjak ini..Mia selalu resah dan berfikir… kenapa wujudnya banyak kelompok2 halaqah kecil di kampusnya…tapi sesame mereka tak bergabung. bukan pelik sebab Mia telah sedari maklum akan kepelbagaian tersebut atau nama sedapnya semasa usrah bersama naqibahnya dulu, ta’adud (kepelbagaian) jemaah. Perkataan yang pertama kali didengarnya…Cuma hatinya tetap mahu berfikir…kan seronok kita bawa kerja islam secara bersepadu…tujuan yang sama, perjuangan ISLAM.
Kenapa tak boleh berada dalam satu jemaah yang sama??? Aahh…kacau…Mia sebenarnya rasa tersekat, dia kalau boleh mahu je menyertai setiap halaqah yang ada…tapi tak mampu tuk berdepan dengan orang2 yang tak dikenalinya walaupun sefikrah…beramah mesra dan saling bertukar pendapat dan ilmu…ermmm dia masih belum kuat… baru setahun jagung jangan nak memandai lebih…dia sendiri masih belum mampu membawa usrah untuk adik2 baru…lidah masih kelu dengan kata2…
Mia pernah mengutarakan soalan itu kepada seorang kakak yang dikenalinya dialam maya, kak Fatim. Seorang insan yang sangat dirinduinya untuk sebuah pertemuan, 2 mata... kak Fatim memberikan komentar yang agak bernas dengan mengatakan :
” Akak bukan arif, tp mungkin akak boleh simpulkan begini, walaupun jemaah ada banyak2, dorang juz berlainan fikrah pada cabang2 kecil. Contoh, masing2 ada kepentingan dan perjuangan masing-masing, tapi dasar utamanya bagi setiap jemaah tu sama, yang utama adalah agama. Cuma masalah-masalah kepentingan dunia yang buat mereka tidak boleh bergabung, tapi perjuangan utama tetap sama, islam.”
”ibarat macam pakai tudung, ada orang pakai labuh sangat sampai tutup punggung, ada yang 4 segi 60 inci, ada pakai tudung 50 inci. Semua mempertahankan cara bertudung masing2, mereka berbagai cara dan gaya tapi yang utama mereka tetap sama, mereka menutup aurat mereka, patuh perintahNya. Memang Allah sengaja biarkan supaya kita selalu menjaga dan menilai diri, memperbaiki diri, ingat mengingatkan sesama kita. Masing2 guna akal, beri buah fikiran dan menambah baik. Dia ada sebut dalam quran,jika Dia nak jadikan kita semua umat yang satu, tak susah tapi Dia tak buat macam tu, pasti ada hkmahnya!. Selagi masing2 masih tak bercanggah dari landasan utama Quran dan sunnah tak mengapa.”
” sebenarnya berbilang2 kelompok pemikiran dalam islam dah wujud sejak lama dan sebab tu juga adanya 4 mazhab terkenal, masing2 ada sebab, dalil dan hujah mengikut situasi masing2 tapi islam tak bagi kita saling tuduh menuduh orang lain tak betul, malah islam lagi tak suka jika kita rasa hanya kita yang betul. Allah dah kata, boleh jadi yang kamu sangka mereka jahat jauh lebih baik dari kita sendiri. Yang muhim sama bawa kebaikan masing2 dalam mempertahankan dan menaikkan agama Allah. Dulu akak pun tak faham,contoh HAMAS dengan FATAH tak bergabung,bukan kedua2 tu memperjuangkan islam, jika dorang bergabung mesti orang kafir takut, Di malaysia contoh, PAS, JIM, ABIM, ISMA, TABLIGH, HT dll. Tapi akhirnya akak fikir, asalkan diorang tak lari dari perjuangan sebenar, tak kisah la, akak mula nampak umat islam yang kreatif dan berwarna warni. Cumanya bila ada yang mempertahankan diri dan memburukkan yang lain akak jadi hampa.”
Panjang lebar penerangan yang diberikan kak Fatim pada Mia lewat sms yang bertalu-talu diterimanya. Terima kaseh akak!
“Ya Allah permudahkan aku tuk menjadi seorang daie.. yang belajar dan memperbaiki ibadat dan menambah ilmu agar dapat menyampaikan dan berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran…”Mia berbisik pada hati kecilnya. Kadang cemburu apabila melihat halaqah orang lain yang lebih mantap dan ramai ‘crowd’ nya… apa salah tarbiah atau dirinya sendiri yang bersalah…aah suka menyalahkan orang lain…
To be continued....
seketika yang lalu....
kini dah berakhir semester ke-6.

Tuesday, June 28, 2011

Astaghfirullah...


Ya Rabb…
Andai ku punya daya tuk menghalang
Pasti ku takkan biarkan diri ini terus terusan begini
Pastikan ku hilangkan kelam kebut yang melanda di jiwa
Resah gelisah yang sering menjelma mematuk ketenangan
“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak)
melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan
bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan.
Dan Allahmengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu. “
(Muhammad: 19)
Kapankah hati ini mampu tuk seteguh karang
Yang tak goyah dek keindahan dunia kefanaan
Dan tak tenggelam dek derasnya arus membadai
Malah berjiwa besar tuk mati di jalanNya yang diredhai
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(as-saff :4)
Hati ini kusut, busuk, tapi masih bisa menyebut namaMu
Seakan tak layak dan berdosanya aku yang hina ini
Dalam maksiat hati, tangan, kaki, mata, telinga dan segala anggota yang kecundang
Masih mahu mengharapkan belas ihsanMu...

Ya kerna ku tahu Engkaukan Maha Pengampun..
Katakanlah: “”Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53).

Namun andai besar dosaku...
Malunya tuk ku meminta padaMu..
Tapi tetap saja aku mahu memohon ampunanMu...
Rahmat dan kaseh sayangMu...

Saturday, June 4, 2011

Yang punya Rasa...Hati...Jiwa,,,

Ya Allah..semoga tika ini menjadi muhasabah buat insane kerdil yang hina dina ini…yang entah dalam pandanganMu atau tidak…semoga saja Kau sudi untuk memandang hambaMu dengan pandangan rahmatMu Ya Rabb…buat yang terdetik dihatinya untuk dekat denganMu… atau belum tiba masa untuknya merasai manisnya nikmat itu, namun tetap saja padaMu tempat pergantungan sekalian alam jagat ini.
Sekian lama rasanya, aku tak punya kudrat tuk menulis sesuatu yang menyentap rasa hati ini. Ilham yang Kau berikan ku biar saja ia berlalu tanpa ku adaptasi, namun malam ini ku mohon berikan aku secebis cahaya dalam terangnya lampu neon bukan tuk ku telusuri gelapnya malam, namun tuk ku gapai sebuah pengizzahan dari redha dan rahmatMu duhai Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kan kulunasi pena tak bermata ini dengan cahaya petunjuk dariMu, insyaallah. Izinkan aku Ya Rabb…
Perjalanan yang dirasa panjang tatkala mengira usia yang dirasa masih berbaki banyak dan banyak pula yang telah ditinggalkan, namun hati masih parah dengan rasa sakit…dimana silapnya? Kadang, merasa diri kuat..bila diterjang badai…masih mampu teguh berdiri seteguh karang, ada rasa bangga disitu, ujub, riak, dan seangkatanya yang dirasa sama. Bilamana hujan batu melanda, ribut tsunami menghentam, tetap juga akulah yang utuh dalam siap siaga tuk melawan. Namun bilamana hati dijentik, rasa ego diri menjengah rasa…digigit nyamuk sahaja seperti dunia mahu terbalik…(tiada kena mengena dgn demam denggi yer…huhu). Terpijak duri sahaja, mengaduh tidak ke sudah…aduh..aduh…(tak salah..itukan tindakan refleks..ea?) bukankah sakit yang dirasa itu sebagai kafarah dosa?
Selalunya hati itu yang selalu kalah dalam permainan hati yang direka dan diaduk di dalam hati sendiri…kerna hati itu utama berpusatnya segala disitu..yang berhati kecil mudah saja goyah..ya kerna hatinya kecil tuk menampung segala bebanan yang besar. Apa tidaknya, bila sakit hati disitulah, bila busuk hati disitu juga, kecil hati, lg bertambah kecil hatinya, terasa hati hati juga y sakit,makan hati…sendiri makan hati sendiri, bahaya kalau turut sama makan hati orang lain, hati ayam..lembu..itik..ikan ker xper la (ikan ada hati x ye…ade2)…hati-hati dengan hati…hanya yang punya hati mampu menjaga hati. Namun kadang yang punya hati juga yang merosak hati..aduhai hati…seketul darah! Rasanya sedapkah??? (maafkan aku…melalut dah…).
continue....
121 3611 - 251 5611

Thursday, May 12, 2011

No Idea...

Bismillah…rase nak bercerita tapi xdak cerita…hurmm…apa lagi nak melalut pun takdak idea…situasi2…x mengundang idea. Bila idea ada takde benda plak nak ditekan2.

Apapun alkisah..kita kena mengundang idea supaya ada idea…maka dengan ini ku isytiharkan diri supaya…menulis!!! Tulis la nie…

Mood sekarang nie apa ye??? Oye..kat fb lanie mood sedey..masing2 ngan emosi cz satu perkataan keramat…PERPISAHAN! Ye…sahabat2 yang dah abes akan meninggalkan sahabat2 y belum abes..masing2 keberatan..sementelah 3/4/5 tahun di bumi hijau UPM nie..banyak sangat benda yang dah dilalui…bersama2. Sahabat yang selama nie nampak serius pun main emosi bila nak kuar…hehe. Yang happy go lucky jadi x happy bila sahabat nak tinggalkan dia..masing2 ada perasaan berat…yelah bukan senang nak berjumpa lagi if da masing2 bawa diri. Tapi bagi aku satu jer…kalau dah kata kita sahabat hingga ke syurga..so xde lah istilah perpisahan tu kan??? Cume jarak jer y jauh tapi masih boleh jumpe insyaAllah. Uppss..bukan xde perasaan, Cuma..xnak bermain dengan perasaan..dilayan haru biru…bukan tak pernah berpisah…dalam hidup selalu terjadi perpisahan tu…tapi masih bisa ketemu kok! insyaAllah…teringat kisah suatu mase kat sekolah…form 5, first time duk asrama..kenal ramai orang…tapi y pelik aku bersedih bilamana orang yang aku tak kenal rapat..jarang bercakap ngan dia, tapi aku nangis bila dia buat keputusan nak keluar asrama…kenapa??? Secret admire…haha. Tapi tika ini hati tak mahu menangisi perpisahan sementara ini…takmahu..kerana aku yakin pertemuan pasti kembali…InsyaAllah!

nukilan pun tak ternukil...fush...

Wednesday, March 9, 2011

Ighfirlana...

YaRabb...

Kesekian kali ku ulangi lagi...

Resah dihati makin kuat terasa...

Hati ini...hati ini...ya.. masih punya rasa...

Alhamdulillah kerna Kau hadirkan rasa ini...


Ya Rahman...

RahmatMu yang Maha Luas

Limpahkanlah ia kedalam jiwa dan hati hambaMu ini

Yang mendambakanMu walau sering kali alpa dan melupakanMu

Yang terlalu inginkan SyurgaMu meskipun sering bermaksiat kepadaMu

Yang selalu meminta-minta kebaikan dariMu sedangkan diri payah tuk mensyukuri nikmatMu

Hamba yang hina ini tak berdaya apa pun andai tidak kerna belas kasehMu

Qudrat yang Kau kurniakan ini telah kusasarkan ia tanpa manfaat

Kemana-mana langkahku di mukabumiMu ku sia-siakan

Ighfirli Ya Rabbi Ighfirlana

Ya Ghafur...





Sunday, March 6, 2011

Ku menulis..kerna hati berbicara..pada hati yang punyai rasa..rasa yang macam2... ku bicara pada diri kerna kutahu Dia setia mengetahui..sedang aku masih jua begini...ku merasa dan ku terasa...masih ingin juga bicara..walhal tiada apa2 yang ingin dibicara...mengapa harus ku melayani rasa hati yang kadang hanya membuat hati lebih resah...jiwa terkadang bungkam dengan diri tak sedar masa yang tinggal cuma sedetik...andai masih diizin Dia untuk bernafas dibumi hijau ini...........
Ku memohon
Ampunkanla segala khilaf
Dosa dan noda yang telah lalu dan sedang dilakukan
Redhakan, rahmatilah, berkatilah
Kami hambaMu Ya Rabb....

ILHAM TERCITA!!!

Mencari Makna...

Ku mencari makna diri
Yang selama ini ku kobarkan
Dimanakah keikhlasan??
Hadirkan dalam diri...
Menelusuri jalan yang panjang
Namun panjang lagi jalan ke sana...
Meneladani kisah pejuang
Namun hati yang goyah...

Ku sadari diri ini masih belum kuat
Tuk menghadapi mehnah dan cabaran
Dimanakah keazaman?
Dentikkanlah jiwa pejuang...
Melangkahi jalan yang berliku
Namun liku kehidupan itu sunnatullah
Menghayati sunnah junjungan
namun jiwa yang mengah...

Harungi segala keluh kesah dihati..
Semoga yang terbaik kan hadir
Mendepani semuanya dengan istiqamah
Doa, usaha dan tawakkal
Rentak dunia usah dihati
Semaikanlah jiwa insani
Dengan kalam dari ilahi
Bekal ukhrawi disana nanti...

d_n
6.19 p.m
060311

Monday, February 21, 2011

Katakan TIDAK!!!


La…La…La!

Astaghfirullahal ‘azim….atas segala keterlanjuran kata pada hari ini..MAAF, atas salah silap dan khilaf..bagi yang terasa or rasa aku memang salah… aku mengaku salah. Terima kaseh kerana menegur…huhu. Yang sedih2 pulak, la..la..la..(bkn nyanyi nie) la sedih2 la..yang marah yang ‘bengang’ yang ‘emo’…la..la..laa.

La tahzan! La taghdab! Katakan tidak kepada semua itu..kerana tika ini kita sedang di uji…kita katakan kita telah beriman..kita laungkan bahwa kitakan “mahasiswa”..kita juga mengaku sebagai mata rantai perjuangan…masakan orang beriman tidak

diuji??? Bahkan lagi pejuang di jalan Allah!!!

Allah kan ada!!!

Susahkah untuk menghayati perkataan itu..??? tapi bilamana tekanan melanda, mehnah tribulasi dalam berjuang, asas pun hilang??? Ya....kenapa bilamana kita kata bahwa Allah itu ada…Allah bersama2 kita..tapi tak mampu tuk menjiwainya,merasainya…

Kenapa harus merasa kebergantungan kita pada yang lain…harus bersyukur pada yang lain…?

Duhai hati…harus bagaimana bilamana engkau tak mampu menyantuni hati sahabatku..bilamana kau tak mampu menyentuh hati2 yang ingin atau tak ingin kau sentuh…? Yang punya hati, tak berhati-hati dalam kehidupan fana, yang punya hati juga tak mahu menjaga hati gimana lagi cara mengembalikan hati bagi yang tak punya hati…minta padaMu Ya Rabb!

Hati…hati…hati…ada orang suka bermain dengan hati..ada juga orang tak suka bermain dengan hati.. tapi hati tu kan…

Sunday, February 13, 2011

CINTAI RASULULLAH!!!



Salam Maulidurrasul sahabat-sahabat sekalian mahasiswa pembangun ummah! insyaallah… Selawat berbingkaikan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w. Rahmat sekalian alam yang telah memayungi kita dari panasnya mentari-mentari jahiliah sehingga kini kita berada dalam kesejukan dan kedamaian di bawah naungan islam. Alhamdulillah, masih ada kecintaan dalam hati kita pada baginda dengan ingatan yang sekali sekala mengundang tiba! Ya.. tatkala Maulidurrasul menjelma..barangkali saja ingatan itu tiada jika sambutan Maulidurrasul tiada, cuti umum tiada.. mungkinkan? Sekadar persoalan yang menyinggah, jika tidak begitu..Alhamdulillah sekali lagi kerana kita memang benar punya jiwa, punya hati yang cinta pada baginda Rasulullah s.a.w.

Bicara ini bukan tentang Maulidurasul bukan pula kelebihan atau sejarah Maulidurasul , serta bukan juga syarahan panjang tentang dalil-dalil yang mengatakan itu dan ini atau khilaf pendapat ulama tentang sambutan Maulidurrasul, tapi disini ingin ku seru sahabat2 sekalian agar sentiasa melahirkan rasa kecintaan kita kepada baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar di bulan Rabiul awal sahaja bahkan sepanjang hari sepanjang bulan sepanjang tahun dan sepanjang hayat kehidupan kita. Tanamkan dalam diri kita sentiasa bahawa Rasulullah adalah peribadi teragung yang harus kita akui dihati , teladani pada perbuatan dan ucapan kita, ayuh kita sama2 menjadikan Rasulullah sebagai qudwah (ikutan) kita dalam melayari kehidupan di dunia fana ini dan mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tanda kaseh dan syukur kita kerna dilahirkan sebagai seorang islam dan umat Muhammad.

Kita susuri sebuah perjalanan kecintaan para sahabat Rasulullah s.a.w. terhadap baginda…Para sahabat –radhiyallahu ’anhum ajma’in- mendapatkan kemuliaan karena bertemu langsung dengan Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam. Mereka memiliki kesempurnaan cinta dan pengagungan yang mengungguli manusia lainnya. Belum ada dan tidak akan pernah ada orang-orang sesudah para sahabat ini yang menyamai cinta mereka

.

[Pertama]

Ali bin Abi Tholib –radhiyallahu ’anhu- pernah ditanya, ”Bagaimana cinta kalian kepada Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam?” Ia menjawab, ”Demi Allah, beliau lebih kami cintai daripada harta, anak-anak, ayah, dan ibu kami serta kami juga lebih mencintai beliau daripada air dingin pada saat dahaga.”

[Kedua]

Abu Sufyan bin Harb –saat ia masih kafir- pernah bertanya kepada Zaid bin ad-Datsinah –radhiyallahu ’anhu-, (ketika dia dikeluarkan penduduk Mekkah dari al-Haram untuk dibunuh dan dia menjadi tawanan mereka):

”Katakanlah, demi Allah, wahai Zaid! Apakah kamu suka apabila Muhammad sekarang menggantikan kedudukanmu lalu kami memukul lehernya, sedangkan kamu berada di tengah keluargamu?”

Dia menjawab,”Demi Allah, aku tidak rela bila Muhammad sekarang berada di tempatnya saat ini terkena sebuah duri yang menyakitinya, sedangkan aku duduk di tengah keluargaku.”

Abu Sufyan berkata, ”Aku tidak pernah melihat seorang pun yang mencintai seseorang seperti kecintaan para sahabat Muhammad kepada Muhammad.”

[Ketiga]

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ’anhu-, dia menuturkan, “Tatkala perang Uhud, para penduduk Madinah melarikan diri sambil berteriak, ’Muhammad terbunuh’ sehingga banyak teriakan di penjuru Madinah, maka keluarlah seorang perempuan dari Anshar dengan berikat pinggang. Kemudian ia diberi khabar mengenai kematian anak, ayah, suami, dan saudaranya. Saya tidak tahu siapakah di antara mereka yang terbunuh terlebih dahulu. Ketika perempuan ini melewati salah seorang dari mereka, ia bertanya, ”Siapakah yang mati ini?” Mereka menjawab, ”Ayahmu, saudaramu, suami, anakmu!” Namun dia malah bertanya, ”Apa yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam?” Mereka menjawab, ”Majulah ke depan.” Setelah sampai kepada Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam, ia memegang ujung baju

beliau kemudian mengatakan, ”Ayah dan ibuku sebagai tebusanmu, wahai Rasulullah. Aku tidak peduli, asal engkau selamat dari orang yang jahat.”

Dalam sebuah riwayat, ia mengatakan,”Setiap musibah terasa ringan setelah melihatmu selamat.”

Lihatlah bagaimana teladan dari para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dalam memuliakan beliau! Sudah sepantasnya kita bisa meneladani hal ini. Ketika beliau telah wafat, maka bentuk pengagungan kita adalah dengan memuliakan hadits beliau dan memperjuangkannya dari berbagai bentuk penyimpangan. Hanya Allah yang beri taufik!

Ayuh kita susuri pula perjalanan kaseh sayang baginda terhadap kita umatnya….

Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan, waktu itu Rasulullah s.a.w duduk berkumpul bersama sahabat2nya . Diantara para sahabat ada Saidina Umar, Ali, Uthman dan Abu bakar dan yang lainnya.

Lalu kemudian baginda bertanya kepada para sahabatnya, wahai sahabatku tahukah kalian, siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah. Para sahabat terdiam lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata, para malaikat ya Rasulullah merekalah yang mulia. Baginda berkata, ya.. para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih beribadah kepada Allah tentulah mereka mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan. Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam, tiba2 salah seorang sahabat kembali berkata, ya Rasulullah tentulah para nabi mereka lah yang mulia itu. Nabi Muhammad tersenyum.. Baginda berkata, ya para nabi itu mulia mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya…. para sahabat terdiam, tertanya, siapa lagi orang yang mulia, sehingga kemudian salah seorang sahabat berkata, ya Rasulullah apakah kami sahabatmu ya Rasulullah, apakah kami yang mulia itu ya rasul?.

Bayangkan, baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu baginda tersenyum.. melihat wajah sahabat, baginda berkata, tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku bagaimana mungkin kalian tidak mulia, tentulah kalian mulia…tapi ada lagi yang lain yang mulia, sahabat terdiam semuanya mereka tak mampu berkata apa2 lagi, lalu bayangkan tiba2 baginda nabi Muhammad menundukkan wajah….bayangkan tiba2 baginda menangis di hadapan para sahabat2 nya… Para sahabat pun tertanya mengapa kau menangis ya rasulullah…? lalu bayangkan Rasulullah mengangkat wajahnya terlihat bagaimana airmata berlinang membasahi pipi dan janggutnya… Baginda berkata, wahai saudaraku sahabatku tahukan kalian siapa yang mulia itu? Mereka adalah manusia2 , mereka akan lahir, jauh setelah wafatku nanti, mereka mencintai ALLAH dan tahukah kalian mereka tak pernah memandangku mereka tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian tapi mereka begitu rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya aku pun rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu… merekalah ummatku… Bayangkan saat itu baginda Nabi Muhammad menitiskan airmatanya , semua sahabat menangis…

Tolong katakan sahabat2, siapa yang dirinduikan baginda nabi Muhammad, siapa yang sentiasa di doakan baginda nabi Muhammad setiap waktu..? Demi Allah, sekarang tolong tanyakan diri kita masing2, tundukkan wajahmu pejamkan mata dan tanya ke dalam hatimu, sudahkah kau mencintai baginda nabi Muhammad s.a.w…? Tolong bayangkan siapa ikonmu selama ini, siapa ikon sahabat2mu selama ini, siapa idola saudara2 mu anak2 muda selama ini, lihatlah bagaimana mereka telah melupakan baginda nabi Muhammad, mereka lalai kepada baginda nabi Muhammad..mereka tak ada lagi rasa cinta kepada nabi Muhammad, mereka bangga dengan ikon artis2 mereka, mereka bangga dengan para pemain bola sepak yang mereka banggakan. Tolong katakan sahabat2 sekalian telah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini, sudah berapa lama kita tidak mendidik jiwa kita untuk mencintai baginda Muhammad s.a.w. Kalau kita mengaku sebagai umat nabi Muhammad, tolong tanya diri sendiri sahabat2, sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad, sudahkah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada baginda nabi Muhammad??? Sudah berapa lama kita lalai..sudah berapa lama kita leka hidup di dunia ini, sudah berapa lama kita melupakan baginda nabi Muhammad s.a.w. maka mari hari ini kita hadirkan, kita hidupkan rasa cinta ini dalam hati semoga kelak dihari kemudian di padang mahsyar kita akan berkumpul bersama baginda nabi Muhammad s.a.w… insyaallah.

*copy n paste, x ingat nak save sumber, dan adaptasi dari halaqah sentuhan kalbu...tulis balik apa yang dicakap...sbnrnya artikel (ea?) nie untuk risalah maulidurrasul...just kongsi!

Wednesday, February 9, 2011

SATU CINTA!!!

dari petikan "Surat untuk dia...."

"Asssalamualaikum…khaifahaluki ya ukhti??? Hope ceria bahgia dalam redho dan rahmatNya.. =P. tak tahu nak mula dari mana la kak…just nak share perasaan jer… x penting pun…

Akak,

Berapa lame da kita kenal tp yang tak berape nk kenal ye...?( nie soalan,sila jawab ye). Yelah..banyak perkara tentang akak yang saya tak tahu...ditanya bkn nyer nak dijawab.. sampai saya jadi segan nak tanya banyak2…tapi buat poyo jer tanya soalan yang ntah apa2.. saje nak kacau akak..nak call akak lagi segan, tak tahu nak cakap apa nanti wlpn banyak benda nak tanya…hemm…nie tunggu dapat ‘call free’ nak cakap lama2 ngan akak…pun tak ter’call’ jugak..susah la saya nie…

Akak…akak...

Saya tak tahu akak nie camne yer…betol ker akak wujud..? macam konfius...sebab saya asyik mesej akak dan dibalas ...tapi tak pernah tengok akak...dengar suara akak pun macam mimpi jer dolu2 tu...btol ea akak ada??hehe...

Akak lagi...

Yelah...saya nie tak comel macam adik akak tu...sedor diri nie kak...tapi tetap jugak nak menyibuk dalam hidup akak kan??? Menyibuk kan saya nie...takpe memang saya suka menyibuk dan membuat onar...haha..sebab saya sayang akak...walaupun tak tahu banyak mana sayangnya tu..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

manusia itu lupa... yang sering dicari-cari itu pada manusia...yang didamba kaseh dan sayang itu juga pada manusia...tapi salahkah perasaan itu ada??? bukankah kita disuruh untuk mencintai seseorang melebihi diri kita sendiri tapi kerna Allah...ya.. cintaa manusia!

Cinta itu apa ya??? "orang yang tak pernah bercinta takkan faham hati orang yang bercinta!" itu dulu, saat waktu aku mempersoal orang2 yang bercinta...kenapa bercinta??? owh...kena bercinta lah nie kalau nak tahu...? so..bercintalah...owh tidak...cubalah....

Aku cukup tak suka melihat orang2 yang ku hormat, ku pandang tinggi, yang dikatakan alim...tapi dia punya pacar! ye dulu...zaman sekolah! label alim pada aku mase tu...yang jadi imam solat tu da alim la kira...

Cinta...cinta..owh cinta... waktu mula mengenal dunia internet dan blog, sem 1 diploma.. banyak blog yang aku jumpe cerita pasal cinta...zaman aku remaja! buku2 tentang cinta...novel islamik cinta! cerpen2 cinta..! lagu2 nasyid cinta! forum2 cinta! mmg mood cinta la masa tuh...agak terpengaruh dan menjadi jiwang jiwa...Alhamdulillah terjebak! ya.. aku terpengaruh dan terjebak dengan cinta itu...dan menjadi aku pencari cinta! sehingga ku temukan...satu cinta!


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu


Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Star 5

Cukup dengan satu cinta...kerna dengan yang satu itu kan bertebaran cinta-cinta yang len...insyaallah! Jadi taK perlu lagi lah mencari cinta ye??? ermm...macamane ye??? bicara tentang cinta takkan habis..luasnya cinta! tapi biarlah dengan "satu cinta" itu sahaja...dulu...cinta nabi? cinta mak ayah, keluarga, sahabat...camane??? dengan satu cinta itulah....