Saturday, August 16, 2008

Seminar Mimbar Intelek



Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah..semalam berpeluang menghadiri seminar mimbar intelek bersama prof madya dr. mat Rofa. Sepautnya ad kelas, tapi dibatalkan..alhamdulillah(huhu) ada hikmahnya, boleh turut serta dalam seminar tu..banyak perkara baru yang diperolehi, tapi tak reti sangat nak menterjemahkannya semula dalam blog ni, so sikit2 tu insyaAllah boleh la.. tersuka dengan satu hadith yang dibacakan oleh prof dalam pengisisan tu, maksud dia lebih kurang camni..


“orang islam itu seperti sebuah pohon yang sifatnya daunnya tak pernah gugur, daunnya hijau sepanjang tahun dan tak bermusim, dan ketahuilah bahawa pohon itu adalah pohon tamar”



Apa yang dapat dikaitkan agaknya ek? Dari penerangan yang diberi dan pada pemahaman saye sendiri, baiknya orang islam itu, dia tak pernah bermusim..betul tak? Yelah baik tu bukan pada sesetengah perkara je, bukan pada sesetengah orang je dan bukan pulak ikut mood atau seangkatan dengannya. Baiknya seorang muslim adalah berterusan dalam apa jua keaadaan. Macam yang diberitahu, baiknya orang islam tak bermusim,macam pohon tamar tu, buahnya manis, dibaling dengan batu balas dengan buah yang manis,dibaling lagi dengan batu, dibalas lagi dengan lebih banyak.
erm...bestnyer...



Subhanallah… dimana ada muslim disitu ada kehidupan yang baik, sebab kita merubah masyarakat. Allahuakhbar!!! Boleh ke kita jadi macam tu? Kalau orang baling kita dengan batu sanggup ke kita kasi duit ke,apa ke kat dia? Mustahil…kita takde sponsor! Itu jawapan sayer kot…pohon tamar tu sendiri banyak manfaatnya,semua bahagian nya amat berguna..dan sifatnya macam manusia, yang paling ketara kalau kita dipancung kepala..hidup lagi ke? Hehe macam tulah pohon tamar nie..kalau dicantas bahagian atasnya tu..tumbuh lagi ke? Hanya dengan kuasa Allah…

Satu lagi hadis yang menarik yang ditonjolkan, mybe kita dah biasa dengan hadith nie, tapi ada perkara yang menarik mungkin kita tak tahu disebalik hadith tu.. nak tahu? Kita hint kan hadith nye dulu yer…



“apabila anak berumur tujuh tahun, ajarkanlah dia bersolat, dan apabila umurnya sepuluh tahun pukullah dia sekiranya tak bersolat.”


Lebih kurang cam tu lah..kalau salah tolong perbetulkan.. Biasa kan dengar? Kenapa agaknya kita disuruh pukul anak yang berumur 10 tahun? ada hikmah yang tak terduga..

nantilah sambung kat entry akan datang..insyaAllah. sebenarnya banyak lagi perkara yang diketengahkan dalam seminar tu..tapi atas sebab kekurangan diri saye ni,yang kurang daya ingatan dan tak reti nak menyampaikan semula apa yang disampaikan oleh prof..maka apa yang ada tu je lah yang terdaya...yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang kurang adalah dari saye sendiri...

No comments: