Tuesday, August 19, 2008

sambungan...


Jawapan untuk persoalan entry sebelum nie..tapi tak pasti sangat dengan penulisan saye nie...kalau ada yang lebih arif semestinya Prof Madya Mat Rofa sendiri lah...


segala-galanya bermula dengan satu asbab:


“apabila anak berumur tujuh tahun, ajarkanlah dia bersolat, dan apabila umurnya sepuluh tahun pukullah dia sekiranya tak bersolat.”


seperti kita sedia maklum di barat masalah sosial sangat teruk dikalangan remaja ( tak terlepas jugak kat tempat kite kan? ). Para pengkaji barat ini telah membuat kajian tentang hadith nabi diatas dan berdasarkan kajian yang dilakukan, apabila seseorang itu dipukul di bahagian punggungnya, berkali2, maka hormone yang berkaitan dengan kebahagiaan akan dikeluarkan dan pengeluaran hormon tersebut dapat menyembuhkan penyakit kemurungan. Di Russia, dikatakan klinik memukul punggung telah banyak dibuka, dan khidmat memukul dikenakan bayaran 100 us dolar.. para penagih dadah merelakan diri mereka dipukul untuk menyembuhkan penyakit ketagihan tersebut, hiv pun dapat disembuhkan dengan kaedah pukulan itu... Tapi jangan pulak lepas nie, pakat2 nak buka klinik memukul punggung tu… kaedah pukulan tu ada cara dia yang betul , jangan bantai je pukul tu…

spongebob kena tibai...

Berkait dengan sunnah nabi, manusia berbalik kepada zaman silam… subhanallah. Benda tu dah lama rasulullah ajarkan kepada kita, tapi sekarang baru penemuan tentang hikmahnya ditemui, bukannya oleh orang islam…padahal islam telah lama mempraktikkan sejak zaman rasulullah lagi. Tapi zaman sekarang melihat kepada karenah remaja sekarang…mungkin sebab kita tak amalkan apa yang diajarkan oleh rasulullah, maka banyak masalah yang timbul dewasa ini… orang barat mengkaji islam dan menemukan banyak kebaikan dalam islam dan mereka memeluk islam kerana kitab yang ada pada umat islam, mereka kaji al-quran dan bukannya kerana umat islam itu sendiri..sebab apa? Tengoklah umat islam zaman sekarang boleh ke jadi ikutan, segelintir sahaja… kita meninggalkan islam hanya untuk mengikut barat yang tersimpang jauh…nau’zubillah…


*segala yang baik hanya dari Allah dan segala kekurangan pastinya dari hamba yang hina ini...

No comments: