Tuesday, August 5, 2008

*****MEMANAH******

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah,hari ahad baru nie aku berpeluang menyertai program memanah yang diadakan sekerat hari tu. Walaupun just hanya aktiviti memanah tapi , ada banyak mende yang dapat dipelajari, bukan sekadar ilmu memanah itu sendiri, tapi dari memanah yang merupakan salah satu sunnah yang dituntut untuk kita pelajarinya, yang di dikatakan best,seronak dan sbg tu..ia sebenarnya boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kiter.. sebab islam itu indah. Semua yang kita buat walhal sekecil perkara pun semua ada sebab dan peranan tersendiri. Macam aktiviti memanah ni, bukan sekdar itulah..macam kater akak yang beri pengisian skit sebelum xtvt bermula, dia kater ,aku pun ingat2 luper. Tapi yang sempat menyusup ke kalbu sikit2, ape2 yang kita buat mesti ada matlamat dia, macam memanah, ada sasaran yang harus kita target, untuk mencapai target tu apa yang kita kena buat? Untuk dapat target yang tepat, kita kena mahir, kena ada ilmu..kita kena pergi langkah demi langkah, nak memanah bukan amik je panah tu dan terus kesasaran dia..boleh ke? Konfem la tak..sebab apa? Yelah aku dah merasai sendiri tadi kan..hehe. pengajar dah buat demo kat depan berkali2 tu pun aku masih terkial2 kat belakang tu.. almaklumlah aku nie lembab sikit..tapi itulah yang nak cuba disampaikan, kena ada inisiatif untuk melakukan sesuatu..ada cara dia..kena ada cara yang betul, kalau tak naye je diri sendiri n orang lain..yelah kalu dah buat ikut suka je, kalau tak kena kat orang pun, naye kat alatan memanah yang mahal tu…huhu.teknik memanah yang diajar tadi pun banyakmemerlukan daya tahan kita, kekuatan tangan dan ketajaman mata (betui tak?), semasa menarik anak panah tu kena letak pada tempat yang betul, takleh lah bantai je.. tangan kiri luruskan dan tangan kanan kena tarik sampai ke dagu..susah gak nak tarik tu..salah teknik sakit tangan jugak ,ada yang melecet pun…boleh patah jugak…alat memanah tu…

Dari sisi lainnya,sebagai student pulak, apa matlamat kita? Bukan sekadar belajar,belajar, dan belajar je kan? Mesti ada pengisian lain yang perlu kita buat..sememangnya semua orang nak Berjaya kan? Tapi harapannya kejayaan tu biarlah seimbang dunia n akhirat…tak reti nak tulis balik apa yang akak tu cakap. Tapi dari pengalaman aku sendiri apa yang aku dapat selepas aktiviti tu..apa yang aku cuba fahamkan dari akak tulah, susah sikit mulanya nak aplikasikan. Tapi apa yang aku rasa…semasa aku pegang panah tu aku tak rasa apa2,just Cuma excited,tak leh nak menimbulkan rasa kehambaan tu..nak focus betul2 ke apa ke..nak bayangkan yang sasaran depan aku tu adalah matlamat hidup aku keapa ke tak…Cuma selepas beberapa detik aku rehat n duk muhasabah diri, apa yang aku dapat simpulkan..hehe. aku rasalah kan semua yang memanah tu..pasti target mereka adalah bulatan kuning yang paling tengah tu..camtu jugak aku.bila tak dapat apa yang nak tu rasa kecewalah sikit..tapi ia tak buat aku terus putus asa nak berenti terus..cuba lagi n cuba lagi. Walaupun tak kena juga sasaran tu.. dan bila sasaran yang kena tu agak tepat, rasa, wah… pandai jugak aku..(dah riak da..astaghfirullahal'azim..). ha macam tulah hidup nie.. bila tak dapat apa yang kita huhu sedihnyer..bila kita dapat apa yang kita nak pulak suka hatilah…sememangnya fitrah manusia gitulah..banyak halangan yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita nak..dan tiap2 ujian dan halangan tu pastilah ada hikmah disebaliknya,andai kita redha dan tawakkal hanya padaNya..

Sebenarnya apa yang aku tulih nie..lari dari perspektif asal apa yang ada di benak fikiran aku masa memanah tu..aku tak reti nak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan apa yang nak aku luahkan.. Alhamdulillah cuaca pada pagi tu redup..macam kate demo tu.. “cuaca hari ni redup tak macam semalam yang terik..” mungkin sebab wajah2 penuh dengan keimanan dan sejuk mata memandang yang hadir pagi tu maka Allah memberkati program tersebut yang bukan sekadar bermotifkan duniawi saja, bukan sekadar nak seronok2, atau isi masa lapang je..ada pengisian yang dititpkan dalam program tu. Semoga program tersebut diberkati Allah Amen… (mereka2 tu bukan aku..) kerna diriku bukanlah mereka ku apa adanyanya…masih sukar untuk aku menyesuaikan diri dalam kelompok mereka2. Tapi Alhamdulillah kekuatan untuk pergi tupun tanpa orang yang betul2 aku kenal dah cukup bermakna buat aku…semoga hari ini lebih baik dari semalam dan andai ada esok, insyaAllah lebih2 baik lagi… thanks buat insan yang menjemput aku ke ke program tu...
*lepas nie kalu ada xtvt berkuda bagus gak ek...huhu.

No comments: