Tuesday, August 26, 2008

Aduhai diri....

AduhaI diri betapa beruntung dirimu
Berada dalam jagaan ilahi
Betapa kau menyalahi aturanNya
Tetap saja kau mearasai kasih sayangNya
Tatkala kau getir dalam lelah
biarpun kau hampa gelisah
Tetap kepadaNya kau berserah
walaupun kadang kau rebah
kebahnya cepat pula mengarah

Duhai diri yang selama ini kegersangan
Betapa besar nikmat iman yang kau kecapi
Peganglah ia duhai diri
Jangan kau biar temanmu itu meninggalkanmu
Oh indahnya diri, andai perhiasanmu utuh bertambah seri
Utuhnya iman bertambah rasa kehambaan
Moga saja kau bisa menjaga hati
Agar hanya cintaNya yang bertakhta
Dan cinta orang2 yang hanya mencintaiNya
Semoga diri sentiasa berada dalam lembayung rahmatNya…

Diri jaga diri baik2 Kalau diri jatuh, bangkitlah berdiri lagi.. ingat Allah. Kalau masih tak bisa berdiri, maka diri usahlah rasa bersendiri , kerana diri ini tak sendiri, sesungguhnya dalam diri tahu siapa yang diri ada, kerana terciptanya diri ke dunia adalah kerana takdir DIA…
DIA YANG ESA!

Monday, August 25, 2008

MERDEKA!!! MERENUNG PADA KEJADIAN




Setiap kejadian yang kau takdirkan
Pasti hikmah disebaliknya amat besar!


Pada helaian2 kertas yang sering ditatapi
Buat kita alpa pada kisah jihad saudara kita yang sedang berjuang
Pada alunan music di halwa telinga
Buat kita lupa pada dentuman perang yang meragut nyawa saudara kita
Pada enak makan minum pakai dan teduhan
Seringkali jua kita abaikan nasib saudara yang menangis di iraq
Pada riak tawa dan gurau mesra bersama teman2 dan keluarga
Buat kita leka, sedang saudara disana meratap menangis kehilangan yang tersayang





Sedang kita masih alpa, lupa, lalai dan leka
Mereka syahid di jalan Tuhan
Tatkala kita sedang enak menjalani hidup penuh kedamaian
Derita sengsara saudara kita tiada di hiraukan
Sedang mereka memperjuangkan agama tanahair tercinta
Kita pula menggadaikan maruah mencemarkan agama
Tatkala mereka tersenyum dialam sana
Kita pula bagaimana?




Apa yang kita perjuangkan?
Sering kita membicarakan tentang derita mereka
Sering kita menyalahkan barat yang bangsat
Sering kita membahaskan tiap kejadian
Kitakah pejuang kebenaran?
Sedang dalam diri kita penuh dengan kepalsuan!
Kecintaan pada dunia tak mampu kita kalahkan
Kita masih kefakiran iman, tatkala barat sudah menang!
Menjajah tiap2 pemikiran budaya dan fizikal umat

Bagaimana kita digelar insan merdeka?
Setiap tahun bergembira menyambutnya
Sedang kita tertipu oleh erti merdeka yang kita ciptakan sendiri
Dimana perjuangan yang sepatutnya memerdekakan kita dari penjajahan?
Dimana risalah2 kebangkitan islam?
Yang ada hanyalah khayalan anak2 muda
Dalam memaknakan erti kemerdekaan!
Renungkan duhai insan...

“Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri merubahnya”..(surah ar-ra’du )


Berikan kami kemerdekaan yang sebenar...
Duhai yang Maha Penyayang!


dzatuun_nithaqaini



sebenaqnya..nukilan nie dah tercipta tahun lepas lagi....tapi tahun nie baru ter 'post'..hehe

MAWADDAH_ training mujahidah course

Indahnya ukhwah yang selama ini ku damba…
Ya A llah terima kasih tak terhingga ..
Alhamdulillah terlafaz di bibir ini tak terkira…
Betapa Engkau Maha Pemurah Maha Penyayang…
Menghadirkan MAWADDAH di bumi hijau ini
Tak ternukil betapa aku mensyukuri nikmat ini
Biar hanya hati ini yang merungkai rasa
Biar dalam sujudku tercurah rasa syukur itu
Biar doa sebagai penawar hati yang teruja
Kuharap ku mampu memegang amanah itu
Saling menjaga dan mengasihi kerna Allah
Tautkan hati2 kami ya Allah..
Moga tiada sengketa yang beraja
Dan tiada hasad yang menular
Jua tiada amarah yang terlahar…
Hanya MAWADDAH yang mengalir
Dalam liang2 saraf kehidupan insani…
Dalam ikatan suci yang Kau redhai…
Moga MAWADDAH di bumi hijau ini
Mampu menjadi penegak kalamMu…
Kebersamaan kami hanya dengan redhaMu…

Saturday, August 23, 2008

OH DIRI...

Aku bukanlah seorang yang solehah
Namun aku ingin menjadi solehah
Dan aku bukanlah ‘alim dengan ilmu
Dan sememangnya aku sedang mencari
Aku juga bukanlah insane sempurna insane yang ku damba
Namun aku akan berusaha, bukan untuk jadi sempurna
Tapi cukup sekadar tak hina dipandanganNya..


Aku juga bukan seorang yang kuat dan tabah
Kerna aku selalu rebah dan kalah pada nafsu sendiri
Dan aku masih banyak kurangnya
Bukan seperti yang mereka sangkakan
Kerna diriku bukanlah mereka, ku apa adanya


Aku insane yang baru tersedar dari fana dunia
Semuanya hanya kerna indahnya akhlak mereka
Namun yang pasti hidayah Allah jua yang menjadi tunjangnya
Yang menjadikan aku kini insan yang mengerti tentang satu perkara
Bahawa hidupnya insan adalah dibawah kekuasaanNya


Tak perlu disesal apa yang telah tertakdir
Kerna itu adalah yang terbaik untukku dan kamu…
dalam setiap keluh kesah itu ada jalan keluar iaitu dengan
DUIT…


Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal


*sekadar sebuah rasa.....tapi betul lah DUIT tu penting kan?....huhu.

Tuesday, August 19, 2008

lirik nasyid

Beruntunglah
Album :
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com


beruntunglah bila hati mengenal Allah
beruntunglah bila diri merindu Allah
beruntunglah bila jiwa berharap Allah
beruntunglah cita-cita hanyalah Allah

semua makhluk kan memuji memuja Allah
bersujudlah semesta raya kepada Allah
takkan ada perbandingan untukMu Allah
keagungan kebesaran milikMu Allah

semua di langitMu
semua dalam lautMu
setiap hati mendamba cintaMu
Allah Allah hanya Allah
semua kan bermuara
suka duka airmata cinta
hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu

hanya Allah Maha Pengasih
hanya Allah Maha Penyayang
Allah yang mengampuni
Allah yang memaafkan

Allah Maha Pemurah
Allah Maha Dermawan

Allah.. Allah.. Allahu Akbar
hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu.. Allah.. hu

Pengirim : mday

sambungan...


Jawapan untuk persoalan entry sebelum nie..tapi tak pasti sangat dengan penulisan saye nie...kalau ada yang lebih arif semestinya Prof Madya Mat Rofa sendiri lah...


segala-galanya bermula dengan satu asbab:


“apabila anak berumur tujuh tahun, ajarkanlah dia bersolat, dan apabila umurnya sepuluh tahun pukullah dia sekiranya tak bersolat.”


seperti kita sedia maklum di barat masalah sosial sangat teruk dikalangan remaja ( tak terlepas jugak kat tempat kite kan? ). Para pengkaji barat ini telah membuat kajian tentang hadith nabi diatas dan berdasarkan kajian yang dilakukan, apabila seseorang itu dipukul di bahagian punggungnya, berkali2, maka hormone yang berkaitan dengan kebahagiaan akan dikeluarkan dan pengeluaran hormon tersebut dapat menyembuhkan penyakit kemurungan. Di Russia, dikatakan klinik memukul punggung telah banyak dibuka, dan khidmat memukul dikenakan bayaran 100 us dolar.. para penagih dadah merelakan diri mereka dipukul untuk menyembuhkan penyakit ketagihan tersebut, hiv pun dapat disembuhkan dengan kaedah pukulan itu... Tapi jangan pulak lepas nie, pakat2 nak buka klinik memukul punggung tu… kaedah pukulan tu ada cara dia yang betul , jangan bantai je pukul tu…

spongebob kena tibai...

Berkait dengan sunnah nabi, manusia berbalik kepada zaman silam… subhanallah. Benda tu dah lama rasulullah ajarkan kepada kita, tapi sekarang baru penemuan tentang hikmahnya ditemui, bukannya oleh orang islam…padahal islam telah lama mempraktikkan sejak zaman rasulullah lagi. Tapi zaman sekarang melihat kepada karenah remaja sekarang…mungkin sebab kita tak amalkan apa yang diajarkan oleh rasulullah, maka banyak masalah yang timbul dewasa ini… orang barat mengkaji islam dan menemukan banyak kebaikan dalam islam dan mereka memeluk islam kerana kitab yang ada pada umat islam, mereka kaji al-quran dan bukannya kerana umat islam itu sendiri..sebab apa? Tengoklah umat islam zaman sekarang boleh ke jadi ikutan, segelintir sahaja… kita meninggalkan islam hanya untuk mengikut barat yang tersimpang jauh…nau’zubillah…


*segala yang baik hanya dari Allah dan segala kekurangan pastinya dari hamba yang hina ini...

Saturday, August 16, 2008

Seminar Mimbar Intelek



Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah..semalam berpeluang menghadiri seminar mimbar intelek bersama prof madya dr. mat Rofa. Sepautnya ad kelas, tapi dibatalkan..alhamdulillah(huhu) ada hikmahnya, boleh turut serta dalam seminar tu..banyak perkara baru yang diperolehi, tapi tak reti sangat nak menterjemahkannya semula dalam blog ni, so sikit2 tu insyaAllah boleh la.. tersuka dengan satu hadith yang dibacakan oleh prof dalam pengisisan tu, maksud dia lebih kurang camni..


“orang islam itu seperti sebuah pohon yang sifatnya daunnya tak pernah gugur, daunnya hijau sepanjang tahun dan tak bermusim, dan ketahuilah bahawa pohon itu adalah pohon tamar”



Apa yang dapat dikaitkan agaknya ek? Dari penerangan yang diberi dan pada pemahaman saye sendiri, baiknya orang islam itu, dia tak pernah bermusim..betul tak? Yelah baik tu bukan pada sesetengah perkara je, bukan pada sesetengah orang je dan bukan pulak ikut mood atau seangkatan dengannya. Baiknya seorang muslim adalah berterusan dalam apa jua keaadaan. Macam yang diberitahu, baiknya orang islam tak bermusim,macam pohon tamar tu, buahnya manis, dibaling dengan batu balas dengan buah yang manis,dibaling lagi dengan batu, dibalas lagi dengan lebih banyak.
erm...bestnyer...



Subhanallah… dimana ada muslim disitu ada kehidupan yang baik, sebab kita merubah masyarakat. Allahuakhbar!!! Boleh ke kita jadi macam tu? Kalau orang baling kita dengan batu sanggup ke kita kasi duit ke,apa ke kat dia? Mustahil…kita takde sponsor! Itu jawapan sayer kot…pohon tamar tu sendiri banyak manfaatnya,semua bahagian nya amat berguna..dan sifatnya macam manusia, yang paling ketara kalau kita dipancung kepala..hidup lagi ke? Hehe macam tulah pohon tamar nie..kalau dicantas bahagian atasnya tu..tumbuh lagi ke? Hanya dengan kuasa Allah…

Satu lagi hadis yang menarik yang ditonjolkan, mybe kita dah biasa dengan hadith nie, tapi ada perkara yang menarik mungkin kita tak tahu disebalik hadith tu.. nak tahu? Kita hint kan hadith nye dulu yer…



“apabila anak berumur tujuh tahun, ajarkanlah dia bersolat, dan apabila umurnya sepuluh tahun pukullah dia sekiranya tak bersolat.”


Lebih kurang cam tu lah..kalau salah tolong perbetulkan.. Biasa kan dengar? Kenapa agaknya kita disuruh pukul anak yang berumur 10 tahun? ada hikmah yang tak terduga..

nantilah sambung kat entry akan datang..insyaAllah. sebenarnya banyak lagi perkara yang diketengahkan dalam seminar tu..tapi atas sebab kekurangan diri saye ni,yang kurang daya ingatan dan tak reti nak menyampaikan semula apa yang disampaikan oleh prof..maka apa yang ada tu je lah yang terdaya...yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang kurang adalah dari saye sendiri...

Tuesday, August 12, 2008

Opick -rapuh-

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, August 6, 2008

merasa diri hina

:::oh...terasanya aku...semoga insaflah diriku..:::
MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk di tegah olih Allah.Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi.Firman nya yang bermaksud "Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepada Ku."(Al Maidah: 44). " Janganlah kamu rasa terhina dan sedih padahal kamulah yang tinggi selagi kamu beriman." (Ali Imran: 139)

Rasa hina dan rasa lemah hanya dibenarkan oleh Allah kepada kita ialah terhadap diriNya. Kita di perintahkan untuk rasa hina dan lemah hanya di sisi Allah.Kita tidak boleh merasa hina dan lemah di sisi manusia.Tiada sebab mengapa kita mesti melihat ada manusia lain lebih hebat dari kita sehingga kita takut dan rasa terhina di hadapanya.Jangan sampai kita menghina diri pada sebarang makhluk.Kerana di sisi Allah, manusia itu sama saja kecuali hamba hamba Nya yang bertaqwa. Orang bertaqwa lebih mulia daripada orang yang tidak bertaqwa.Siapa yang lebih taqwanya, lebih tinggilah darjatnya di sisi Allah.
FirmanNya yang bermaksud "Semulia mulia kamu di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa di kalangan kamu." (Al Hujarat: 13)Maka kalau begitu tidak boleh kita mengukur kemuliaan seseorang kerana ilmunya, jawatan, kekayaan, keturunan dan lain lain lagi.Lagilah tidak boleh kita merasa diri hina, lemah dan kurang di hadapan seseorang yang lebih tinggi jawatannya atau hartanya atau kekayaannya atau ilmunya dari kita.
Olih Cikgu Ku--
Salaam & RegardsAmri Abdul Wahab68000 Ampang,
SelangorMALAYSIA

Tuesday, August 5, 2008

*****MEMANAH******

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah,hari ahad baru nie aku berpeluang menyertai program memanah yang diadakan sekerat hari tu. Walaupun just hanya aktiviti memanah tapi , ada banyak mende yang dapat dipelajari, bukan sekadar ilmu memanah itu sendiri, tapi dari memanah yang merupakan salah satu sunnah yang dituntut untuk kita pelajarinya, yang di dikatakan best,seronak dan sbg tu..ia sebenarnya boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kiter.. sebab islam itu indah. Semua yang kita buat walhal sekecil perkara pun semua ada sebab dan peranan tersendiri. Macam aktiviti memanah ni, bukan sekdar itulah..macam kater akak yang beri pengisian skit sebelum xtvt bermula, dia kater ,aku pun ingat2 luper. Tapi yang sempat menyusup ke kalbu sikit2, ape2 yang kita buat mesti ada matlamat dia, macam memanah, ada sasaran yang harus kita target, untuk mencapai target tu apa yang kita kena buat? Untuk dapat target yang tepat, kita kena mahir, kena ada ilmu..kita kena pergi langkah demi langkah, nak memanah bukan amik je panah tu dan terus kesasaran dia..boleh ke? Konfem la tak..sebab apa? Yelah aku dah merasai sendiri tadi kan..hehe. pengajar dah buat demo kat depan berkali2 tu pun aku masih terkial2 kat belakang tu.. almaklumlah aku nie lembab sikit..tapi itulah yang nak cuba disampaikan, kena ada inisiatif untuk melakukan sesuatu..ada cara dia..kena ada cara yang betul, kalau tak naye je diri sendiri n orang lain..yelah kalu dah buat ikut suka je, kalau tak kena kat orang pun, naye kat alatan memanah yang mahal tu…huhu.teknik memanah yang diajar tadi pun banyakmemerlukan daya tahan kita, kekuatan tangan dan ketajaman mata (betui tak?), semasa menarik anak panah tu kena letak pada tempat yang betul, takleh lah bantai je.. tangan kiri luruskan dan tangan kanan kena tarik sampai ke dagu..susah gak nak tarik tu..salah teknik sakit tangan jugak ,ada yang melecet pun…boleh patah jugak…alat memanah tu…

Dari sisi lainnya,sebagai student pulak, apa matlamat kita? Bukan sekadar belajar,belajar, dan belajar je kan? Mesti ada pengisian lain yang perlu kita buat..sememangnya semua orang nak Berjaya kan? Tapi harapannya kejayaan tu biarlah seimbang dunia n akhirat…tak reti nak tulis balik apa yang akak tu cakap. Tapi dari pengalaman aku sendiri apa yang aku dapat selepas aktiviti tu..apa yang aku cuba fahamkan dari akak tulah, susah sikit mulanya nak aplikasikan. Tapi apa yang aku rasa…semasa aku pegang panah tu aku tak rasa apa2,just Cuma excited,tak leh nak menimbulkan rasa kehambaan tu..nak focus betul2 ke apa ke..nak bayangkan yang sasaran depan aku tu adalah matlamat hidup aku keapa ke tak…Cuma selepas beberapa detik aku rehat n duk muhasabah diri, apa yang aku dapat simpulkan..hehe. aku rasalah kan semua yang memanah tu..pasti target mereka adalah bulatan kuning yang paling tengah tu..camtu jugak aku.bila tak dapat apa yang nak tu rasa kecewalah sikit..tapi ia tak buat aku terus putus asa nak berenti terus..cuba lagi n cuba lagi. Walaupun tak kena juga sasaran tu.. dan bila sasaran yang kena tu agak tepat, rasa, wah… pandai jugak aku..(dah riak da..astaghfirullahal'azim..). ha macam tulah hidup nie.. bila tak dapat apa yang kita huhu sedihnyer..bila kita dapat apa yang kita nak pulak suka hatilah…sememangnya fitrah manusia gitulah..banyak halangan yang perlu kita hadapi untuk mencapai apa yang kita nak..dan tiap2 ujian dan halangan tu pastilah ada hikmah disebaliknya,andai kita redha dan tawakkal hanya padaNya..

Sebenarnya apa yang aku tulih nie..lari dari perspektif asal apa yang ada di benak fikiran aku masa memanah tu..aku tak reti nak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan apa yang nak aku luahkan.. Alhamdulillah cuaca pada pagi tu redup..macam kate demo tu.. “cuaca hari ni redup tak macam semalam yang terik..” mungkin sebab wajah2 penuh dengan keimanan dan sejuk mata memandang yang hadir pagi tu maka Allah memberkati program tersebut yang bukan sekadar bermotifkan duniawi saja, bukan sekadar nak seronok2, atau isi masa lapang je..ada pengisian yang dititpkan dalam program tu. Semoga program tersebut diberkati Allah Amen… (mereka2 tu bukan aku..) kerna diriku bukanlah mereka ku apa adanyanya…masih sukar untuk aku menyesuaikan diri dalam kelompok mereka2. Tapi Alhamdulillah kekuatan untuk pergi tupun tanpa orang yang betul2 aku kenal dah cukup bermakna buat aku…semoga hari ini lebih baik dari semalam dan andai ada esok, insyaAllah lebih2 baik lagi… thanks buat insan yang menjemput aku ke ke program tu...
*lepas nie kalu ada xtvt berkuda bagus gak ek...huhu.