Friday, July 25, 2008

Uzlah cinta

Ku mengejar cinta dalam uzlah kesepian
Mendamba iman taqwa merasuk jiwa
Namun jiwa ini lemah pada nafsu yang kerakusan
Tetap mencari jejak pada indah dunia kefanaan
Terjebak terus menjadi diriku yang kelalaian
Dari mengingati tentang sebuah pertemuan
Kematian yang menjadi penghubungnya
Memagut resah menambah gelisah
Pastikah aku terlepas dari azabMu Tuhan?
Sengaja ku ajukan persoalan
Kerna jawapannya kukira kutahu..
Dan sesungguhnya Engkau lagi mengetahuinya
Apakah layak ku ke syurgaMu atau sebaliknya….
Apa yang telah kupersiapkan ?
Itu yang perlu ku titikkan
Hanya petunjukMu kudamba ya Rabb
Agar aku tahu apa yang harus ku perbuat
Dalam uzlahku yang singkat ini
Moga kan hadir jua keberkatanMu…

Tuesday, July 22, 2008

Teman sejati

Selama ini ku mencari2 teman sejati
Buat menemani perjuangan suci
Namun belum kutemui dikau duhai teman
Adakah kerna aku yang gagal untuk mencari
Atau sememangnya kau tak ditakdirkan untukku
Atau tatkala kau hadir aku yang tak mempedulikanmu
KepadaMu Tuhan ku mohon dikabulkan permintaan
Agar aku terus teguh dan utuh dalam sebuah pengabdian
Kurniakan daku seorang teman sejati dunia akhirat
Yang aku selesa dengannya dan dia juga begitu
Yang saling mencurahkan cinta hanya kernaMu…

Tika ini aku kembali keliru, hala hidupku kemana?
Semangat dan azam yang dulu berkobar2
Kini luntur dek keangkuhanku sendiri..
Ku kembali bertanya pada diri
Apakah itu kifarah atas dosa-dosa semalam?
Atau teguran Tuhan atas khilaf yang kulakukan
Atau apa lagi yang harus ku perkatakan
Tentang aku yang lemah ini….

Hanya satu pintaku padamu teman
Andai kau sudi mendampingiku kerna Allah
Hulurkanlah salam untukku agar ku tahu
Bahwa aku tak sendiri dalam perjalanan hidup ini
Pimpinlah daku…
kerna sesungguhnya aku amat memerlukan bimbingan …

Ya Allah..
Takkan pernah aku untuk berputus asa
Memohon dan meminta padaMu
Agar suatu masa nanti teman sejati yang kudambakan
Akan hadir menghiasi segenap ruang hidupku
Biarpun hanya dalam cahaya bingkisan rindu ku…
berikan aku kekuatan…
***Sekadar nukilan rasa...bukan tak bersyukur dengan teman2 disisi2,cuma harapan yang suatu ketika dahulu pernah hadir dan masih mekar ke saat ini. harapan dari insan yang dhaif..
***Alhamdulillah.. aku dah ketemu sesuatu yang amat berharga disini dan insyaAllah, itulah pemudah cara bagiku untuk bertemu dengan insan yang kudambakan..ameen.

Entry luahan kalbu



Program yang aku citer sebelum nie Alhamdulillah berjalan lancar dan semoga mendapat redha Allah selalu… Alhamdulillah kerna aku berpeluang untuk menyertai program tu dan Alhamdulillah sahabat aku pun turut serta…walaupun ada keraguan dalam hati masing2… Alhamdulillah, Allah bukakan hati kami… InsyaAllah, semoga kami akan terus istiqamah untuk memilih jalan ini..Ya Allah pandulah hati kami agar sentiasa mudah untuk menerima setiap perkara kebaikan dan tiada was2 dalam melakukan perkara kebaikan… ameen2 ya rabbal alameen…



Sebenarnya inilah yang aku cari dalam pencarian aku selama ini..walaupun dulu peluang tu ada tapi aku yang tak pandai menggunakan peluang tu, boleh kate se dua je aku pernah sertai program cam tu mase kat UMT, tu pun payah rasa nak buat keputusan, asyik duk main dengan perasaan sendiri…almaklumlah aku memang tak biasa dengan program2 macam nie…takde pengalaman, SEGAN dan rasa tak layak nak bersama2 mereka ( sape ek?) …walaupun aku berminat sangat dan membuak2 perasaan nak ikut dengan xtvt2 macam tue…tapi tulah macam aku kate..aku ni penakut maka keberanian tu takdop dan mudah je keinginan tu dikalahkan oleh perasaan aku sendiri…



sebab tu..sekarang aku nak ubah sikap aku, insyaALLAH…tapi, ish.. (tapi tu selalu ada dalam hidup aku…)sukar untuk aku…tak reti nak royak dah..dan tak tahu macamane nak buat…huhu…help me!


‘Menjadi diriku atas segala kekurangan’ lagu nie selalu menjadi penghibur dikala aku rasa sesak! Dengan penuh harap… banyak sangat kekurangan diri ini yang buat aku ‘down’…



Lega rasa dapat luahkan perasaan nie…tapi masih banyak yang tak mampu aku luahkan..biarlah menjadi rahsia buat sementara waktu…aku nak citer kat orang pun…pada siapa? Sape yang nak dengor… aku pun bosan dengan masalah aku sendiri yang tak sudah2…tapi Alhamdulillah aku ada DIA untuk aku curahkan segala yang tak terluah…dan blog nie sebagai tempatnya untuk aku meluahkan sikit2 la… sekurangnya rasa macam dah luahkan pada seseorang dan lega…walaupun aku tahu takdop orang bace..tapi sekurang2nyer aku tetap pembaca setia apa yang aku tulih…haha. Ehem2….


sekian dulu wassalam…(macam tulih surat lah pulok…)

Saturday, July 19, 2008

luper la...

Astaghfirullah....lupa nak ucapkan TAHNIAH buat semua warga UMT yang dah bergraduat baru2 nie... dan TAHNIAH buat semua budak dip.ikan yang berjaya sambung degree kat tempat pilihan anda...terutamanya kat UMT tercinta tu...aku lah orang paling jeles...huhu.. nak balik UMT... Terkilan sangat masa konvo aritu coz tak banyak peluang pun bergambar ngan kawan2...
sekadar mencurahkan rasa dihati...
GOOD LUCK buat semua....

saje suka2..

assalamualaikum...aha tak tahu..memang takde idea nak menulis dan memang takdop bahan nak di 'post' kan. padahal hari ni aku ada masa 3 jam untuk menghadap pc. bcoz..aku bertugas pada hari sabtu jam 2-5 petang untuk bilik ict kolej aku. tapi hari nie entah kenapa takde apa2 yang aku buleh buat...huhu...
esok ada program yang aku dijemput oleh seseorang...aku memang nak pergi sangat....tapi perasaan 'keseganan' yang tinggi dalam diri aku, buat aku jadi takut....aku try ajak sahabat aku yang sorang tu..dia kate dia pun diajak oleh seseorang, tapi dia pun takut...aku cuba pujuk dia... tapi la ni dia masih konfius...
ya Allah bukakanlah hati kami untuk dekat denganMu dan orang2 yang dekat denganMU...
permudahkanlah kami ya Allah untuk memilih jalan yang Kau redhai...dan jauhkanlah kami dari perasaan syak wasangka dan was2.. insyaAllah aku pergi walaupun tanpa sahabatku itu...harapnya dia dah ada jawapan yang pasti...
Tak seperti bintang dilangit
Tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya...
*menjadi diriku atas segala kekurangan*

Thursday, July 17, 2008

Aku yang lemah

Ya Allah…
tak tertanggung rasanya bebanan ini
hati ini tak kuat
aku lemah

kenapa? Kenapa? Dan kenapa?
Sukar untukku rungkaikan
Masalah yang kucipta sendiri
Membelenggu diri dalam sebuah kekeliruan

Oh Tuhan
Tunjukkan aku jalan
Tak mahu lagi tersasar arah
Kerna aku tak daya lagi menanggung
Bebanan dosa-noda semalam

Ku akui banyak kurangnya diri ini
ku sesali atas segala khilaf
dan kukembali kini mengharap redhaMu…

Friday, July 11, 2008

Mujahadah diri




Disebalik kekeliruan aku untuk menjejakkan kaki ke bumi hijau sebelum ini, pengakhirannya aku dah berada pun disini melalui minggu orientasi yang hamper2 meng’down’ kan aku, yang buat air mata nie menitis laju tatkala rasa menyesal dengan sebuah pilihan…yang mengembalikan kenangan indah UMT, aku membanding2 kan kedua2 universiti ni dalam keharu- biruan… suasana yang berbeza, situasi yang berbeza, system yang berbeza, dan pastinya orang yang berbeza, lagi pasti dua negeri yang berbeza, dan yang pastinya yang membezakan tu semua adalah aku…sebab aku terlalu membezakan kedua2 nya buat aku jadi ‘stress’ sendiri.


Dalam gusar dan keliru, akhirnya terjawab sudah segala hikmah disebalik apa yang berlaku. Tiada lafaz yang selayaknya ku alunkan selain lafaz ALHAMDULILLAH… inspirasi aku ada kat sini, untuk aku jadikan rujukan dan tauladan, walaupun belum jumpa secara dua mata lagi dengan dia, tapi insyaAllah…dan itulah penguat untuk aku dan seharusnya aku memang perlu kuat, sebabnya apa yang berlaku hari ini adalah pilihan aku sendiri, permintaan aku sendiri,..aku yang selalu meminta padaNya begitu dan begini, dan saat masanya apa yang aku minta itu dikabulkanNyA…sepatutnyalah aku bersyukur dan bukannya mengeluh… dan aku tahu takdir ALLAH itu adalah yang terbaik untuk hambaNYA…walaupun aku masih dalam percubaan dan dalam mujahadah untuk meletakkan diri aku dalam situasi yang terbaik, harapan aku moga dipermudahkan…


“Allahummala sahla illa maa ja’altahu sahla waa’ antataj a’lulhuzna iza syi’ta sahla…”

Tuesday, July 8, 2008

copy n paste from my email

Masyaallah, Subhanallah, Allahuakhbarr !!! Tak terfikir dan tak tau pun kita selama ni kan.. . . .
buat renungan bersama . . .

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih !
Baik korang semua baca ! Citer dia camni .....
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....
Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!
Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.
Nak tau apa keputusannya ?
Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Monday, July 7, 2008

from penawarku email..

NASEHAT BAGI JIWA YANG MENCARI:

janganlah sedih dikala dia luput darimu.
janganlah galau dikala angan-mu tak kunjung datang.
janganlah bimbang dikala mau-mu belum di penuhi.
janganlah resah dikala tongkat-mu yang patah.

baik menurut kita belum tentu baik menurut - Allah.
buruk menurut kita belum tentu buruk menurut-DIA.

Dia lah Allah paling tahu tentang kita.
Dia lah Al - Khaaliqu....
Dia lah Al - Maaliku...
.Dia lah Ar - Raaziqu...
Dia lah Ar - Rahmaanu..
Dia lah Ar - Rahiima..

Jagalah iman di dadamu.
Hanya Allah yang engkau tuju.
Hanyalah Dia yang engkau rindu.
Selain-Nya semua...palsu. ..

SEMUA TERTULIS di LAUH-MAHFUZ.ALLAHU AKBAR wa lillahilhamdu


dsjkamarul@gmail.com

jejakku ke bumi hijau nan permai

Alhamdulillah atas sebuah kesyukuran
Yang nikmatnya tak semua merasai
Terima kasih atas khabar gembira
Syukurku tak terkira
La,tahzan pada khabar duka
Bukan kerana tak layak untukmu
Mungkin saja rezekimu belum tiba


Dimana pun jua kaki ini menjejak
Kuharap disitulah rezekiku
Bukan hanya pada makan minum teduh dan pakai
Kuharap lebih dari itu, walau kutahu tak layak bagiku
Namun kata hatiku begitu
Kerana ku tahu Engkau lebih mengetahui
Apa yang kudambakan dariMu

Seluruh hidupku hanya untukMu
Kuserahkan segala mala hanya padaMU
Andai Kau ingin begitu
Aku hanya pasrah padaMu
Tapi bantulah aku…
Kerana tanpaMu siapalah aku…




*Alhamdulillah...kaki ini telah berpijak di bumi hijau nan permai ini..walaupun tika ini hati ini penuh dengan kegundahan, insyaAllah akan ku atasi rasa hati yang menyesak kalbuku... ya Allah bantulah hambaMU ini... untuk dekat selalu denganMU...