Wednesday, November 30, 2011

Kembara hijrah!!!


Kembara hijrah…1433! Kembali lah duhai jiwa yang berdosa…




Bermulanya kisah pengembara..bukan baru..24 tahun mengembara dunia yang serba mewah dengan nikmat Allah…tapi dalam pengembaran seorang hamba yang baru bertatih dalam sebuah medan yang dikatakan ‘Perjuangan’ tatkala di marhalah ini pun mampu untuk kecundang… aarghh…iman itu meningkat dan kadang menurun…ramai manusia akan melalui fasa2 tersebut..Cuma bagaimana cara menghadapinya barangkali berbeza…hati pedih mengenangkan dosa-dosa yang membelenggu diri, maksiat2 hati yang belum mampu dihindari…mengenang tentang hijrah diri.. dulu, kini…Astaghfirullahal’azim….di daerah ini di marhalah ini…aku kecundang lagi…kerana aku makin terasa jauh…bermulanya kisah…

Sedih dan pilu..bila mengenangkan sahabat 2 sebatch yang tinggal berapa kerat je…huh buat diri ni semakin jauh. Sahabat2 yang dulu bersama2 dalam medan perjuangan nie yang sama2 naik, yang sama2 bergerak kerja…kini yang ada tinggallah kenangan dan yang ada sekarang tak semeriah dulu. Al ceritanya diri yang lemah nie buat keputusan..untuk ‘slow down’, walhal memang dah slow pun, takdelah laju sangat sebelum nie…prog. banyak kali ponteng..liqa’ dah terus tinggal..surau y dulunyer rumah kedua selepas bilik dah payah nak singgah…program2 ilmu, kalau dulu sayangnyer kalau tak pergi..bermulanya sem nie macam tak rasa apa kalau tak pergi… sangat banyak amanah yang ditinggal tanpa rasa bersalah…tulah ‘bencana’ atau kafarah dosa atas diri yang sengaja nak menjauh…dah rasa betapa peritnye hidup tatkala terpesong dalam landasan dan menjadikan dunia sebagai tujuan…kalau boleh diundur waktu, sesekali takkan pernah nak berfikir untuk menjauh …



Futur…Semakin hari semakin lagha..semakin hari semakin jauh…dalam proses nak menjauh maka Allah perkenankan dengan menarik balik nikmat ibadah, nikmat iman…menurun secara mendadak! Tak rasa seronok lagi dengan perjuangan yang di omong2kan..xrasa ‘Zuq’ dgn roh tarbiyah, tak rasa bersalah dengan amanah yang x tertunai. Hafalan surah wajib yang dulu terjaga sekarang dah tunggang terbalik..buku bacaan tak hadam2.. hadith pun tak terhafal…ibadah sunat tak terkawal n dah x istiqamah, usrah pun jarang2 sekali..apatah lagi amanah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. kadang2 timbul rasa seronoknyer tak terikat dengan organisasi…bebas buat apa yang aku suka…tak kisah dah apa nak jadi..lantak p lah…

Tapi bilamana hidayah Allah menyapa kembali hati yang keliru ini, Alhamdulillah moga tertautlah hati ini kepadaNya semata..tidak lagi pada kelazatan dan indahnya yang fana…sesekali tidak untuk aku meneruskan kejahilan dan kehinaan untuk kembali kepada ‘kemaksiatan hati’ yang telah menghijab diri dari segala kebaikan yang ada pada sudut dunia ini. Sempena maal hijrah yang telah menghitung hari ke-4, azam dan harapan semoga diri ini terus istiqamah dalam medan pengislahan dan perjuangan di marhalah ini ke tingkatan seterusnya sehingga redha dan rahmat Allah sentiasa memayungi kehidupan dunia dan akherat hamba yang hina ini. Muhasabahlah duhai diri…


Bila hati disapa hidayah sekali lagi, tak mahu lagi berpaling pada jahilnya diri, ingin terus melangkah dengan keyakinan hanya padaNya. Namun melihat situasi sekarang yang hangat, membuat diri sedikit bimbang, apa yang harus aku lakukan??? Tak mampu rasa hati…tuk berdepan, sekali lagi mahu menjauh??? Tidak…sekali2 tidak…

Ighfirli ya Rabb!!!

Sunday, October 16, 2011

SURAU..OH SURAU....

Astaghfirullahal a'zim...100x ( xcukup pun tuk menebus salah dan silap diri )... =(

semalam...kehibaan melanda saat melangkah masuk ke surau kecintaanku di bumi hijau ini...tertunduk saat terduduk di belakang seorang sahabat...saat dia menyedari kehadiranku...kami berpelukan...rindu sangat2. 3 minggu aku menjauh dari surau itu...kenapa?

saat waktu yang sangat lama ku tinggalkan tanpa menjejak... kesibukan yang aku cipta sendiri dan kerana sebab dan alasan yang tak pasti aku menghindar..walhal diri tak mahu pun jauh dari surau itu... surau yang penuh dengan keindahan! keindahan iman, ilmu , ukhwah dan pengalaman...tempat berteduh dikala hujan, tempat study waktu2 exam, tempat ukhwah terbina dengan sahabat2, tempat makan minum kami bersama, tempat bertemunya insan bersaudara, tempat yang paling nyaman tatkala hati galau, tempat persinggahan yang utama...tempat solat berjemaah pastinya sudah, qiam dan iftarnya kami disitu, tempat ilmu juga tersangat pasti dengan kuliah ilmu dari ustaz, usrah dan perkongsian ilmu dengan sahabat2 seusai isyak selapas bacaan al-mulk...surau itu kami yang punya walau tak diiktiraf siapa-siapa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini adalah tulisanku saat cuti sem y panjang tapi aku berkelana di upm untuk siapkan 'Final Year Project'...apa yang kurasa saat itu...Allah menguji hambaNya dengan kata-kata yang diucapkan.. ya aku diuji...dan aku tewas dengan ujian itu...dan kini aku mahu kembali kepadaMu ya Rabb!...

Seawal tahun pertama Allah mentarbiyah diri ini untuk istiqamah dengan surau, disana ku bertemu insane-insan yang kini bergelar sahabat, ku kenal kakak-kakak yang telah membawa ku ke medan ini. Alhamdulillah, waktu itu sangat meriah dengan majlis ilmu yang tidak pernah putus sepanjang isnin dan jumaat. Namun kini surau itu seakan suram dengan wajah yang dulu di kenal di suatu sudut surau itu, di sebatang tiang yang menjadi tempat perkumpulan kami semasa junior. Sudut itu tidak lagi semeriah dulu tikamana kami di tahun satu. Saat kami mewarisi sudut senior yang dulunya suka berkumpul dibahagian belakang di sudut almari kini, tiada kelihatan adik-adik yang istiqamah tuk mewarisi tempat kami itu. Adakah salah mereka yang bergelar senior? Kerana tak mampu memberi roh kepada adik-adik untuk istiqamah?

Pernah suatu ketika seorang sahabat meluah rasa, menyatakan kebimbangannya tentang hal itu, surau tak lagi semeriah dahulu kala. Bagaimana mahu mengembalikan roh itu? Berdosakah kita yang tidak mampu untuk menyeru seramai2 umat di kolej ini untuk sekadar turun berjemaah ke surau? Apa yang harus kita lakukan untuk itu? Andai sahabat2 yang dulunya seangkatan yang istiqamah, kenapa tidak kini? Kesibukan apa yang membuat kalian hilang?

Sehingga tidak ada hati untuk menjejak lagi kaki ke surau itu..??? dimana ukhwah kita dulu? Mungkin tak sekuat gunung yang kukuh berdiri, mungkin tak sehebat badai yang menghentam pantai. Kesibukan apa yang membuat kita tak mampu untuk sekadar menyapa sahabat sendiri? Sedang masih mampu kesana-kemari bersama mereka yang lain. Mengharapkan sahabat menegur..mengharapkan sahabat menyapa, mengharapkan orang lain..sedang kita tak mahu untuk mulakan. Sekadar angin lalu bilamana berpapasan ditepian jalan atau senyum tanpa kata..

Ya Allah..itu akukah??? Yang hanya pandai berkata-kata melunak rasa dijiwa? Menyalah dan hanya meluah? Sedang sudut surau itu tetap tidak terisi melainkan setiap hari wajah yang silih berganti, yang sekali sekala ada untuk membuat halaqah, dan wajah itu kukenal…yang suatu ketika pernah menjejak surau ini dan pernah berjaya istiqamah. Cuma tidak kutahu punca yang membuat mereka menjauh..kesibukan atau kerna kita yang tidak mesra???

Dan ketika ini…surau itu semakin suram kerna cuti semester telah bermula, Cuma aku masih disini bersisa-baki dengan ‘Final Year Project”. Setiap kali ke surau itu..menggamit memori…bersama-sama sepanjang semester ini dan semester yang lalu sepanjang 3 tahun keberadaan kami di bumi hijau ini. Masa begitu cepat berlalu, sebahagian sahabat akan menamatkan pengajian pada semester ini. Sangat2 terasa dengan ketiadaan mereka. Dan setiap kali ku memasuki langkahan kaki ke surau ini setiap sudut surau itu pasti menggamit saat teindah. Dapat ku hafal memori itu. Sepotong episode masa lalu nyanyian edcoustic mengingatkan aku tentang mereka dan kenangan bersama.


Sepotong Episode (masa lalu)
Album : Sepotong Episode
Munsyid : Edcoustic
http://liriknasyid.com

sebuah kisah masa lalu hadir di benakku
saat kulihat surau itu
menyibak lembaran masa yang indah
bersama sahabatku

reff:
sepotong episode masa lalu aku
episode sejarah yang membuatku kini
merasakan bahagia dalam diin-Mu
merubah arahan langkah di hidupku

setiap sudut surau itu menyimpan kisah
kadang kurindu cerita yang
tak pernah hilang kenangan
bersama mencari cahayamu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku ingin kembali...walaupun muka yang selalu ceria dan selalu ada di suatu sudut surau itu yang selalu menggamit rindu tiada lagi kini...dan insan-insan damba kasih yang selalu membawa ceria tak kunjung tiba...walaupun apa pun masalah melanda yang membuat kusutnya jiwa...aku takkan benarkan lagi kaki ini dan langkahan ini berhenti dari menjejak surau kecintaan ini...kerana aku mendambakan kasih, cinta dan redha dari siapa? Allah kan? Alhamdulillah..adik-adik makin ramai mengunjungi surau... semoga Kau tetapkan hatiku dan sahabat2 serta adik2 ku dijalan yang Kau redhai...istiqamahkan kami dengan amal kebaikan yang membawa kami kepadaMu....

Monday, September 19, 2011

Ampunkanlah segala dosa dalam diri...

Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah…

Hati ini memang mudah tersentuh…tapi ia tersentuh bilamana ia memang disentuh..namun kadang2 walau tak disentuh ia tetap juga tersentuh kerana hati ini memang mudah tersentuh…


Dewasa ini..diri sengaja menjauh..bukan mencari alasan tapi tiada alasan untuk dijadikan alasan kerana semua itu bukan alasan…tapi tetap mahu beralasan!


Tika ini jiwa ini gersang rasa ukhwah…yang dulu menyinar jiwa yang sepi..namun kini jiwa kembali sepi kerana ukhwah yang dipuja beransur sepi…


Dulu tekad penuh dihati…menjiwai sebuah pengalaman murni..sebuah pengislahan yang menguji diri dalam perjuangan yang menuntut janji..tapi jiwa itu futur tuk kesekian kali menagih rasa di jiwa…


Dimana kalian? Tika tiada baru sedar keberadaannya…tika ada…menyapa pun payah…aarghh..aku tahu aku bukan siapa2 tuk merasa apa2 pada sesiapa pun…ada atau tidak bermaknakah?


Matang pada umurnya..hakikat usia ditangan Dia…hati, jiwa dan raga masih punya rasa…kadang tak keruan dan tak ketahuan sendiri…


Sahabat yang dulu dekat..kini yang tinggal hanya bersisa…tak mampu tuk memujuk rasa sebuah kehilangan yang tak terungkap…ya aku rindu saat suatu masa…


Mengharapkan sebuah pengertian, namun hati sendiri tak mahu mengerti..jadi apa perlu untuk dimengerti? Sebuah pengertian yang tak bererti…


Kemaafan yang harus dipinta dan diberi…keampunan yang mesti dipohon… dengan penuh rasa khauf pada pembalasanNya dan raja’ pada rahmatNya Yang Maha Luas….


Kadang2 kesengajaan dalam sengaja membawa padah kepada sebuah nikmat…walau seindah manapun dunia yang selalu dekat dihati…namun hati tetap mahu kembali kepada fitrahnya…


Bilamana takdir menyapa payah dan sulitnya hidup…tika hati mahu menangis dan berputus asa…lalu rebah dipangkuan bumi lantas tersadung menyembam tanah… La tai’asu, La tahzan, Allah pasti bersama!


Sekian lama tak punya rasa…kini rasanya bermacam rasa…apapun rasanya…masam, manis, pahit atau tak punya rasa…itu lumrah kan???


Ujian menguji keimanan yang semakin mendekatkan…atau hukum kepada kesalahan yang menjauhkan… namun harapan berpinta.. semoga terampun segala dosa dan diangkat darjatnya….


Ighfirli Ya Allah…Ighfirlana Ya Rabb!

Thursday, July 21, 2011

Lagu untukmu sahabat...

Terilham dari citer kartun jepun..ngeh2..dedikasi lagu untuk sahabat...huhu..

Hey..
Jika hati merindu…apakah y harus kulakukan?
Hanya memori yang tersimpan kan ku ungkapkan
So..
Lihat kembali kenangan indah kita lalui bersama
Yang memenuhi relung ingatan…

Kita bersama di bumi hijau ini
Penuh suka dan duka
Pasti sukar tuk melepaskan segalanya

Tapi ia perlu ditelan tuk hari esok
Yang pergi akan pergi…
kami disini pasti merindui…

Tapi kan…
Bersyukur kerna kita dipertemukan
Graduasi bukan pengakhiran
We’ll be forever friends…

Kita ada gambar bersama
Kita berkongsi kenangan yang sama
Dan ia pasti selalu menyinar dihati
Just like our smile…

Surau Serumpun, Bukit Ekspo mempertemukan kita
Family Day N9, Jaulah ke Ladang Pastura, Wetland Putrajaya Dll…
di RS,LP2, RHB, BSK, RM & VIP…

Walaupun kita tak bersama
Ayuh kita pandang langit yang sama
Dan bersama ucap lafaz hamdalah…Alhamdulillah!

Terima kaseh kerana mempertemukan kami..
Sebuah hadiah persahabatan
Yang pasti bersinar selamanya…

Seperti terangnya cahaya sang suria
Kita akan bersama selamanya
Memegang amanah dalam perjuangan ini…

Jika kalian katakan kita sahabat hingga ke syurga
Jadi ayuh sama kita realisasikan impian kesana
Bertemu cinta hakiki…memandang wajahNya bersama!

Bersama berganding bahu, bersama pesan berpesan
Bersama kita memegang masa depan ummah…
Bersama dalam rahmat dan redha ilahi..insyaAllah!
d_n

Sunday, July 17, 2011

Ta’addud Jama’ah

Sebuah cerita...Kisah tentang Mia...
Satu sem…dua sem… tiga sem…dah berlalu…sem 4 sedang menunggu masa tuk berlalu….banyak sudah yang berlaku,banyak juga perubahan yang terjadi…Mia kini masih juga Mia yang dulu…cumanya sedikit berbeza…sket jer pun x banyak…kadang matang..kadang sengal pun ada.
Sejak dua menjak ini..Mia selalu resah dan berfikir… kenapa wujudnya banyak kelompok2 halaqah kecil di kampusnya…tapi sesame mereka tak bergabung. bukan pelik sebab Mia telah sedari maklum akan kepelbagaian tersebut atau nama sedapnya semasa usrah bersama naqibahnya dulu, ta’adud (kepelbagaian) jemaah. Perkataan yang pertama kali didengarnya…Cuma hatinya tetap mahu berfikir…kan seronok kita bawa kerja islam secara bersepadu…tujuan yang sama, perjuangan ISLAM.
Kenapa tak boleh berada dalam satu jemaah yang sama??? Aahh…kacau…Mia sebenarnya rasa tersekat, dia kalau boleh mahu je menyertai setiap halaqah yang ada…tapi tak mampu tuk berdepan dengan orang2 yang tak dikenalinya walaupun sefikrah…beramah mesra dan saling bertukar pendapat dan ilmu…ermmm dia masih belum kuat… baru setahun jagung jangan nak memandai lebih…dia sendiri masih belum mampu membawa usrah untuk adik2 baru…lidah masih kelu dengan kata2…
Mia pernah mengutarakan soalan itu kepada seorang kakak yang dikenalinya dialam maya, kak Fatim. Seorang insan yang sangat dirinduinya untuk sebuah pertemuan, 2 mata... kak Fatim memberikan komentar yang agak bernas dengan mengatakan :
” Akak bukan arif, tp mungkin akak boleh simpulkan begini, walaupun jemaah ada banyak2, dorang juz berlainan fikrah pada cabang2 kecil. Contoh, masing2 ada kepentingan dan perjuangan masing-masing, tapi dasar utamanya bagi setiap jemaah tu sama, yang utama adalah agama. Cuma masalah-masalah kepentingan dunia yang buat mereka tidak boleh bergabung, tapi perjuangan utama tetap sama, islam.”
”ibarat macam pakai tudung, ada orang pakai labuh sangat sampai tutup punggung, ada yang 4 segi 60 inci, ada pakai tudung 50 inci. Semua mempertahankan cara bertudung masing2, mereka berbagai cara dan gaya tapi yang utama mereka tetap sama, mereka menutup aurat mereka, patuh perintahNya. Memang Allah sengaja biarkan supaya kita selalu menjaga dan menilai diri, memperbaiki diri, ingat mengingatkan sesama kita. Masing2 guna akal, beri buah fikiran dan menambah baik. Dia ada sebut dalam quran,jika Dia nak jadikan kita semua umat yang satu, tak susah tapi Dia tak buat macam tu, pasti ada hkmahnya!. Selagi masing2 masih tak bercanggah dari landasan utama Quran dan sunnah tak mengapa.”
” sebenarnya berbilang2 kelompok pemikiran dalam islam dah wujud sejak lama dan sebab tu juga adanya 4 mazhab terkenal, masing2 ada sebab, dalil dan hujah mengikut situasi masing2 tapi islam tak bagi kita saling tuduh menuduh orang lain tak betul, malah islam lagi tak suka jika kita rasa hanya kita yang betul. Allah dah kata, boleh jadi yang kamu sangka mereka jahat jauh lebih baik dari kita sendiri. Yang muhim sama bawa kebaikan masing2 dalam mempertahankan dan menaikkan agama Allah. Dulu akak pun tak faham,contoh HAMAS dengan FATAH tak bergabung,bukan kedua2 tu memperjuangkan islam, jika dorang bergabung mesti orang kafir takut, Di malaysia contoh, PAS, JIM, ABIM, ISMA, TABLIGH, HT dll. Tapi akhirnya akak fikir, asalkan diorang tak lari dari perjuangan sebenar, tak kisah la, akak mula nampak umat islam yang kreatif dan berwarna warni. Cumanya bila ada yang mempertahankan diri dan memburukkan yang lain akak jadi hampa.”
Panjang lebar penerangan yang diberikan kak Fatim pada Mia lewat sms yang bertalu-talu diterimanya. Terima kaseh akak!
“Ya Allah permudahkan aku tuk menjadi seorang daie.. yang belajar dan memperbaiki ibadat dan menambah ilmu agar dapat menyampaikan dan berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran…”Mia berbisik pada hati kecilnya. Kadang cemburu apabila melihat halaqah orang lain yang lebih mantap dan ramai ‘crowd’ nya… apa salah tarbiah atau dirinya sendiri yang bersalah…aah suka menyalahkan orang lain…
To be continued....
seketika yang lalu....
kini dah berakhir semester ke-6.

Tuesday, June 28, 2011

Astaghfirullah...


Ya Rabb…
Andai ku punya daya tuk menghalang
Pasti ku takkan biarkan diri ini terus terusan begini
Pastikan ku hilangkan kelam kebut yang melanda di jiwa
Resah gelisah yang sering menjelma mematuk ketenangan
“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak)
melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan
bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan.
Dan Allahmengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu. “
(Muhammad: 19)
Kapankah hati ini mampu tuk seteguh karang
Yang tak goyah dek keindahan dunia kefanaan
Dan tak tenggelam dek derasnya arus membadai
Malah berjiwa besar tuk mati di jalanNya yang diredhai
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya,
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(as-saff :4)
Hati ini kusut, busuk, tapi masih bisa menyebut namaMu
Seakan tak layak dan berdosanya aku yang hina ini
Dalam maksiat hati, tangan, kaki, mata, telinga dan segala anggota yang kecundang
Masih mahu mengharapkan belas ihsanMu...

Ya kerna ku tahu Engkaukan Maha Pengampun..
Katakanlah: “”Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53).

Namun andai besar dosaku...
Malunya tuk ku meminta padaMu..
Tapi tetap saja aku mahu memohon ampunanMu...
Rahmat dan kaseh sayangMu...

Saturday, June 4, 2011

Yang punya Rasa...Hati...Jiwa,,,

Ya Allah..semoga tika ini menjadi muhasabah buat insane kerdil yang hina dina ini…yang entah dalam pandanganMu atau tidak…semoga saja Kau sudi untuk memandang hambaMu dengan pandangan rahmatMu Ya Rabb…buat yang terdetik dihatinya untuk dekat denganMu… atau belum tiba masa untuknya merasai manisnya nikmat itu, namun tetap saja padaMu tempat pergantungan sekalian alam jagat ini.
Sekian lama rasanya, aku tak punya kudrat tuk menulis sesuatu yang menyentap rasa hati ini. Ilham yang Kau berikan ku biar saja ia berlalu tanpa ku adaptasi, namun malam ini ku mohon berikan aku secebis cahaya dalam terangnya lampu neon bukan tuk ku telusuri gelapnya malam, namun tuk ku gapai sebuah pengizzahan dari redha dan rahmatMu duhai Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kan kulunasi pena tak bermata ini dengan cahaya petunjuk dariMu, insyaallah. Izinkan aku Ya Rabb…
Perjalanan yang dirasa panjang tatkala mengira usia yang dirasa masih berbaki banyak dan banyak pula yang telah ditinggalkan, namun hati masih parah dengan rasa sakit…dimana silapnya? Kadang, merasa diri kuat..bila diterjang badai…masih mampu teguh berdiri seteguh karang, ada rasa bangga disitu, ujub, riak, dan seangkatanya yang dirasa sama. Bilamana hujan batu melanda, ribut tsunami menghentam, tetap juga akulah yang utuh dalam siap siaga tuk melawan. Namun bilamana hati dijentik, rasa ego diri menjengah rasa…digigit nyamuk sahaja seperti dunia mahu terbalik…(tiada kena mengena dgn demam denggi yer…huhu). Terpijak duri sahaja, mengaduh tidak ke sudah…aduh..aduh…(tak salah..itukan tindakan refleks..ea?) bukankah sakit yang dirasa itu sebagai kafarah dosa?
Selalunya hati itu yang selalu kalah dalam permainan hati yang direka dan diaduk di dalam hati sendiri…kerna hati itu utama berpusatnya segala disitu..yang berhati kecil mudah saja goyah..ya kerna hatinya kecil tuk menampung segala bebanan yang besar. Apa tidaknya, bila sakit hati disitulah, bila busuk hati disitu juga, kecil hati, lg bertambah kecil hatinya, terasa hati hati juga y sakit,makan hati…sendiri makan hati sendiri, bahaya kalau turut sama makan hati orang lain, hati ayam..lembu..itik..ikan ker xper la (ikan ada hati x ye…ade2)…hati-hati dengan hati…hanya yang punya hati mampu menjaga hati. Namun kadang yang punya hati juga yang merosak hati..aduhai hati…seketul darah! Rasanya sedapkah??? (maafkan aku…melalut dah…).
continue....
121 3611 - 251 5611

Thursday, May 12, 2011

No Idea...

Bismillah…rase nak bercerita tapi xdak cerita…hurmm…apa lagi nak melalut pun takdak idea…situasi2…x mengundang idea. Bila idea ada takde benda plak nak ditekan2.

Apapun alkisah..kita kena mengundang idea supaya ada idea…maka dengan ini ku isytiharkan diri supaya…menulis!!! Tulis la nie…

Mood sekarang nie apa ye??? Oye..kat fb lanie mood sedey..masing2 ngan emosi cz satu perkataan keramat…PERPISAHAN! Ye…sahabat2 yang dah abes akan meninggalkan sahabat2 y belum abes..masing2 keberatan..sementelah 3/4/5 tahun di bumi hijau UPM nie..banyak sangat benda yang dah dilalui…bersama2. Sahabat yang selama nie nampak serius pun main emosi bila nak kuar…hehe. Yang happy go lucky jadi x happy bila sahabat nak tinggalkan dia..masing2 ada perasaan berat…yelah bukan senang nak berjumpa lagi if da masing2 bawa diri. Tapi bagi aku satu jer…kalau dah kata kita sahabat hingga ke syurga..so xde lah istilah perpisahan tu kan??? Cume jarak jer y jauh tapi masih boleh jumpe insyaAllah. Uppss..bukan xde perasaan, Cuma..xnak bermain dengan perasaan..dilayan haru biru…bukan tak pernah berpisah…dalam hidup selalu terjadi perpisahan tu…tapi masih bisa ketemu kok! insyaAllah…teringat kisah suatu mase kat sekolah…form 5, first time duk asrama..kenal ramai orang…tapi y pelik aku bersedih bilamana orang yang aku tak kenal rapat..jarang bercakap ngan dia, tapi aku nangis bila dia buat keputusan nak keluar asrama…kenapa??? Secret admire…haha. Tapi tika ini hati tak mahu menangisi perpisahan sementara ini…takmahu..kerana aku yakin pertemuan pasti kembali…InsyaAllah!

nukilan pun tak ternukil...fush...

Wednesday, March 9, 2011

Ighfirlana...

YaRabb...

Kesekian kali ku ulangi lagi...

Resah dihati makin kuat terasa...

Hati ini...hati ini...ya.. masih punya rasa...

Alhamdulillah kerna Kau hadirkan rasa ini...


Ya Rahman...

RahmatMu yang Maha Luas

Limpahkanlah ia kedalam jiwa dan hati hambaMu ini

Yang mendambakanMu walau sering kali alpa dan melupakanMu

Yang terlalu inginkan SyurgaMu meskipun sering bermaksiat kepadaMu

Yang selalu meminta-minta kebaikan dariMu sedangkan diri payah tuk mensyukuri nikmatMu

Hamba yang hina ini tak berdaya apa pun andai tidak kerna belas kasehMu

Qudrat yang Kau kurniakan ini telah kusasarkan ia tanpa manfaat

Kemana-mana langkahku di mukabumiMu ku sia-siakan

Ighfirli Ya Rabbi Ighfirlana

Ya Ghafur...