Tuesday, May 17, 2016

Continue progress...2016!

Alhamdulillah...ku masih disini..menunggu hari-hari berlalu...

 MELON MANIS TERENGGANU MU TUNGGU AKU TANAM!!!


CRUNCHY NYUM..NYUM... TERBAIK DARI LADANG!!!

SIKIT-SIKIT LAMA TAKDE BUKIT.... itu yang mendorong aku buat sikit-sikit, sehari ke sehari sorang diri, kadang adik datng hujung minggu menolong dan sempat juga anak buah datang tolong walaupun tak banyak membantu, Alhamdulillah siap! tapi perjalanan ini masih panjang agaknya...???

Peserta pertama siap!dalam 6 orang peserta IUBT tahun lepas, yESZA! Tak brape nak bermakna pun, but Alhamdulillah kurang beban dan lega seket coz kerja berat dah setle.  tapi tetap masih kena menunggu... penantian itu? aarghh...kita ambil peluang lain sementara menunggu yuk!

Alhamdulillah setle sudah kerja-kerja masuk tanah dalam 4 buah SPHtanggal 11/5/2016. 






SPH PERTAMA BERMULA

MASIH BERBUKIT-BUKIT


ALHAMDULILLAH SPH PERTAMA SIAP!


BUKIT YANG MASIH BERBAKI

BUKIT SEMAKIN MENGHILANG

KERETA PERTAMA! haha...
ALHAMDULILLAH INI SPH TERAKHIR, AKHIRNYA SIAP!


#SAMBUNG LAGI NANTI DAH TANAM!!! SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SEGALANYA...DAN DILEMBUTKAN HATI BAGI YANG BERKENAAN...





Sunday, February 21, 2016

Progress...my project! MMT 1


~New site in progress~

lokasi SPH baru...berdekatan bukit bintang & gunung tebu

rerumputan 2 tahun terbiar...
peauuwww..ponat den bersih!

acecece...'parking' ni  saya yang punya...

Done! pasang weed control map


lapik sebelum masuk tanah...aduyai tanahnye x sampai2...

bye2...



Something...D.i.m, Do it myself....

I WRITE SOMETHING…

Bismillahirahmanirahim….

Alhamdulillah, ‘something comes to my mind’ just a little case, petang tadi mood semangat nak membersihkan tapak tanaman, rajinkan diri membako sampah kat tepi bukit dalam angin duk menderu-deru. Lastly terjelepok jatuh, nasib bukan dalam longkang, dalam duk berkejar dengan api, bawa sebaldi air nak padamkan api yang marak ke bukit, api makan rumput kering yang bersembunyi dalam rumput2 hijau, huhu. Dah sakit kaki, balik la belum pukul 6, sampai rumah sempat tengok Santai di tv1, ustaz dusuki.

Ustaz ada cerita tentang kisah akhlak nabi dengan seorang perempuan tua yahudi, yang nabi selalu suapkan nasi kepadanya sedangkan perempuan tua itu buta dan selalu duk mengutuk nabi kerana dia tak tahu yang menyuapkannya makanan itu adalah nabi, yang akhinya saat kewafatan nabi Muhammad, Abu Bakar menggantikan tugas nabi namun perempuan tua tersebut akhirnya tersedar dan mengucap syahadah apabila mengetahui yang selama ini orang yang dibenci dan dikutuk adalah insan mulia yang menyuapkan dia makanan dan insan itu adalah junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.  Allahuakhbar indahnya akhlak nabi.

Seterusnya ustaz ada cerita juga tentang sebuah cerita yang saya pernah baca di group wasup/ fb da lupa. Tentang kisah seorang anak berumur  12 tahun yang setiap malam bangun untuk solat tahajjud untuk mendoakan ayah dan ibunya, dimana ayahnya melihat peristiwa tersebut dan akhirnya sejak itu dia sendiri tak pernah meninggalkan solat tahajjud, dia bangga akan anaknya itu. Sayu lagi hati, walaupun kisah tu dah banyak kali dengar, dan cerita tu dah dibaca berkali-kali, duhai hati…masih ada rasa,  mata masih mahu merembeskan air...huk..huk...

Selepas habis program tv, beralih ke wasup plak, group ‘cucu cicit nenek’ tertengok plak video yang dikongsikan sepupu, oleh ustazah norhafizah musa tentang kelebihan solat malam dan menangis mengadu pada Allah saat tersebut, sebak hati….sungguh lama tak menghayati ceramah ustazah norhafizah, dulu selalu dengar dan catat setiap bait bicara hikmah ustazah…

Aduhai diri…
Duhai hati…
‘Rasa’ itu Allah beri…
Allah panggil tuk kembali pada Dia…

Kembalilah…

Friday, January 1, 2016

WELCOME 2016!!!







SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN-TAHUN YANG LEPAS...


"Ya Allah rezekikan aku tuk berada dekat dengan orang-orang yang mencintaiMu dan yang ditarbiyah dijalanMu dan yang berjuang dalam menegakkan agamaMu.. aku rindu tuk bersama-sama mereka Ya Allah. Sungguh aku lagi rindu tuk berada dijalan ketaatan padaMu. Ampunkan aku maafkan aku atas perkara maksiat dan kesia-sian yang kulakukan ini. Tunjukkan aku kejalan lurusMu dan jalan keredhaanMu. Sungguh! Ku ingin kembali padaMu, kuatkan aku  dalam menelusuri kehidupan yang masih berbaki ini…"

Thursday, December 31, 2015

PERTANIAN ITU IBADAH, SUNNAH! P3

Iubt part 3:

Akhir-akhir ini, saya banyak berfikir, apakah nasib saya dalam bidang ini? Kadang-kadang gerun memikirkan masa depan yang belum pasti, tetap saja saya mahu berusaha dan bertawakkal kepada Dia! Ye! Kerana saya tidak tahu bagaimana keadaan diri saya dan kemampuan saya selagi mana saya tidak memulakan langkah kaki ini dan terus berjuang dalam bidang yang saya minati ini.


Sejak akhir-akhir ini juga kedengaran, luahan dan keluhan hati saya sendiri dan rakan-rakan IUBT yang masih berada disini mencari ‘income’ dan pengalaman dengan projek kecil-kecilan masing-masing. Mampukah kita bertahan? Boleh ke kita buat projek ni nanti? Sempat ke nak jaga 4 SPH (system Perlindungan Hujan) kita nanti, cukup ke modal kita nak buat projek nanti? Banyak sangat kekangan dan persoalan yang muncul selagi mana projek sebenar tidak dimulakan. Ya! kami sudah ada pengalaman sebelum ini menanam Rock Melon selama 2 musim, tapi 4 SPH itu dikendalikan oleh 10 orang, 1 SPH paling kurang 2  orang menjaganya. ‘Income’? masih perlu kepada komitmen yang lebih untuk hasil yang lebih baik.

Untuk projek sekarang juga, tanaman timun batang yang masih mengeluarkan hasil dan lada solok yang bakal dikutip hasilnya juga membuat kami kepeningan sendiri memikirkan nasib diri dalam bidang ini. Untuk timun batang sekarang telah 2 minggu hasil dikuti, harganya? Sangat menyedihkan bila difikirkan, hari ini sahaja jualan menurun, untuk 1 plastik timun batang yang beratnya 7 kilo jatuh kepada RM4, Sebelum ini RM7. Seakan tak berbaloi penat lelah kami, sedangkan ‘orang tengah’ yang lebih untung tanpa perlu berpenat lelah menanam mereka boleh mengaut keuntungan.
 Ujian dengan lada solok pula, pokonya besar, daunnya lebat, bunganya banyak namun buahnya kurang melekat dibawah rimbun SPH, buahnya lambat mengeluarkan hasil sebelum ini yang menjadi kerisauan kami pada mulanya, tapi Alhamdulillah sekarang buah semakin banyak dan esok kami bakal mengutip hasilnya, semoga bertambah rezeki kami.


Dan projek jagung juga diharap memberikan hasil lumayan dengan syarat haruslah dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang, haha rumput-rumputan itu haruslah diracun! Dan tak lupa juga tanaman terung yang semakin membesar dan sudah mula berbuah semoga akan bertambah rezeki kami, ini projek beralih tangan, orang lain yang mulakan kami yang menyambung menjaga dan membajanya, masih dalam proses baik pulih pokok dan selenggara rumput yang semakin meninggi.

Okay cukup disini dulu…Alhamdulillah akhirnya rajin juga saya menulis…Kikiki…


3 in 1,  Penutup 2015!

PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...

SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!

PERTANIAN ITU IBADAH SUNNAH! P2

Iubt part 2


Baiklah, sebenarnya sekarang saya sedang dan masih mengusahakan tanaman-tanamanan sayur-sayuran kontang, timun batang dan lada solok dan sedikit sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kailan serta salad dalam skala kecil. Sebenarnya ia untuk sara hidup sebelum memulakan projek dibawah TKPM yang dijangka bermula selewat-lewatnya bulan 4 untuk proses penanaman, sebelumnya perlu untuk penyediaan tempat kerana ia tempat baru. Mahu atau tidak saya perlu mencari sumber lain untuk terus bertahan disini, untuk sekadar hidup…hihi teruk benor bunyinya keadaan disini. Well, Alhamdulillah ada tempat berteduh free dan kelengkapan yang serba lengkap disini. Bertahan dan bertabahlah cari ‘income’ banyak2 sebelum kena berpindah ke rumah baru pertengahan bln 2 nanti.

Itu yang ingin diceritakan, sekarang dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing, saya menyahut cabaran menteri untuk tanam sayur sendiri, hihi… but the true story is, semua tu kena ada kos, benih pun bukan lagi murah, baja-baja tambahan, uii…ada kos tu, untuk jual…?  x berbaloi-baloi dgn penat dengan balik modal xde untongg!


Dalam bidang nie semua bergantung kepada rezeki, ALLAH dah tetapkan bahagian kita masing-masing, siapa usaha lebih dia dapat lebih siapa malas pun mungkin dapatlah. Namun sedikit kekeciwaan dalam bidang nie kerana ‘income’ datang dan pergi bukan atas kehendak kita kerana harga pasaran dimainkan oleh orang lain, petani tiada kuasa untuk menetapkan harga walaupun yang bersusah payah adalah petani itu sendiri, tambahan lagi orang baru macam saya yang baru nak memulakan karier sebagai ‘petani muda’ (cett…muda la sangat) kenapa petani? Tak dapat tidak itulah istilahnya walaupun ditambah petani moden ke usahawan tani ke atau apa lagi istilah yang lebih sedap didengar, realitinya saya adalah petani! inshaAllah masih dalam usaha menambah baik ‘skill’ dan inovasi dalam pertanian.

Yes! Saya perlu berfikir lebih kreatif dalam bidang ini, kerana apa? Kerana sekuat manapun kamu bekerja dalam bidang pertanian ini belum tentu hasilnya berbaloi, yang harus diperbaharui adalah sikap dan idea dan inovasi yang lebih berkesan untuk menjimatkan tenaga kerja dan penggunaan yang berlebihan dalam input seperti baja dan racun, ya! Pasti ada jalan dan inisiatif yang lebih baik dan bijak, semoga Allah mempermudahkan  dan membuka jalan untuk saya menemukan dan mempraktikkannya.

PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...

SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!



PERTANIAN ITU IBADAH SUNNAH!



PERTANIAN itu bukan MUDAH! Kerana ia diibaratkan seperti,

IBADAH suatu yang kadang berat untuk dilakukan...


SUNNAH! kerana itu ia menjadi payah tuk dilaksanakan melainkan dengan kehendak iman yang tinggi!


~Well done TAGLINE  penghujung tahun sempena penutupan 2015!~

IUBT PART 1:


Sekian lama, dah nak abis penggal 2015 dan bakal menjengah 2016! Tak banyak yang saya berkongsi dalam perjalanan 10 bulan ini, tapi sangat banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya kutip dan pelajari, biarlah ia saya simpan sendiri, bukan kedekut tapi kerna diri ini seakan ‘hang’ semacam kurang pandai untuk bercerita dan berkongsi ibrah!  Haha.. ada pulak istilah tu ye?

Sekejap! Sekejap jer masa berlalu, pantas!
Sangat pantas… Sekadar kembali mengimbau kenangan dan pengalaman sepanjang mengikuti program IUBT ini bersama-sama peserta kursus yang lain seramai 11orang disini, PLPP Besut, ditolak 1 yang akhirnya telah menamatkan program IUBT pada 03/11/15 yang lalu. 8 bulan saya menyertai kursus Inkubator Usahawan Belia Tani, peserta IUBT yang tinggal disini Cuma sekerat yang tinggal yang masih bersisa baki disini dan bakal menyambung projek disini pada 2016. Belum pasti, kerana keadaan dan takdir boleh berubah, andai hari ini yang dirancang itu begini tak semestinya esok itu yang akan terjadi begitu. Sungguh segala-galanya dalam perancangan Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Perpisahan juga telah melakar sejarah lagi, ye perpisahan sementara sebelum ketemu lagi yang entah bila kan menjelma lagi. Seperti dulu-dulu, perpisahan itu tak dapat tidak perlu ditelan dan diharungi kerana setiap pertemuan itu telah pasti akan berlalu dengan perpisahan. Cepat atau lambat, ia pasti terjadi, sementara atau selamanya itu tak pasti , yang pasti juga ,andai tak di dunia yang menemukan kita semoga syurga tempatnya, Amiin.

Tulisan ini hanya untuk muhasabah diri ini di pengakhiran tahun dan penamatan kursus ini yang telah lama sebenarnya berakhir. Apa yang telah saya dapat Disini…?

Banyak…terlalu banyak sehingga saya hilang kata-kata, ye kerana terlalu banyak sehingga saya tak punya masa untuk menulis banyak, hehe, alasan kan? Bersambung di siri akan datang….koh…koh..koh…

Friday, December 18, 2015

Masa Lalu...

MASA LALU..,


Betapa rindunya aku pada masa lalu
Betapa aku kini jauh darinya
Masa lalu yang telah hilang dan berganti
Namun kenapa itu yang selalu dikenang?

Betapa jauhnya masa tuk ku takluki
Sedang diri masih juga belum sedar diri
Betapa masa telah lama meninggaklan kita
Sedang diri masih di takuk lama

Jauh sudah masa lalu pergi
Tapi masa depan seakan tak pasti
Betapa aku semakin ketinggalan
Dari sebuah hijrah dan perubahan

Jauhkah lagi masa akan diberi ruang?
Tuk sekadar bersenang lenang dalam keasyikan
Jauhkah lagi usia tuk menggapai kematangan?
Sedang dunia semakin menghampiri hari perhitungan


Apalagi yang harus dikenangkan?
Teguhkan saja pendirian dan tetaplah melangkah
menongkah arus badai tuk menghadapi ujian yang mendatang
Kerna dunia tetap berputar seiring aturan Tuhan tanpa pernah menunggu kita

Sungguh belenggu kehidupan dan kerinduan
Takkan pernah hilang dan pasti mengganggu
Namun tempuh sahajalah ia sebagai sebahagian sisi kehidupan
Kerna ujian dan dugaan takkan pernah  jauh dari hidupnya insan...

Pasti! Janji Tuhan akan berlaku
Tinggal sahaja samada kita yang mengusahakannya
Sebuah kejayaan ataupun kegagalan itu juga pasti
Buat hamba yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran...

Tuhan,  aku hambaMu memohon ampunan atas segala dosa
Yang seringkali menghiasi diriku siang dan malam
Terimalah taubat dari seorang insan yang hina ini
Sungguh ku tak berdaya tanpaMu...

1.47 p.m

21/03/15

Monday, November 23, 2015

"Tempel Basi"


Bismillahirohmanirohim...
Snap pelangi!

Snap UPM!
Lama rasanya tak menulis...kat sini la, conteng-conteng biasa tu adalah dalam buku tapi sebenarnya memang dah lama la  x menulisnya kan? ada ke orang kesah? he...well I kesah la...x tercapai target U!

Snap MAEPS! 

Alhamdulillah sebenarnya Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) 2015 dah melabuhkan tirainya 2 november lalu, ha’ah dah basi cerita tu tapi nak bagitau jugak, aritu malas nak citer pdhl banyak citer. Walaupun dah abis saya masih bersisa baki disini projek tanaman jagung, lada solok, timun batang masih berjalan dan bakal pula menyambung projek tanaman melon kat sini masuk TKPM Besut pulak, InshaAllah. Well! saya masih akan menghadap muka orang-orang yang sama untuk suatu tempoh yang saya pun tak tahu bila akan berakhir, InshaAllah sampai jadi ‘kaya’ hati budi dan jadi usahawan berjaya dunia dan akherat. Tapi harapnya akan ada kisah baru la bakal tercipta dan orang baru juga akan ketemu, ye la boring dah ngadap muka yang sama walaupun mungkin nanti kitorang takkan selalu jumpa pun, tapi kemungkinan jumpa tu pasti la ada, haha. 

Hadiah untuk diri sendiri...
Hai... nak citer tentang buku2 yang dah abes baca tu kan...kenapa lah xde mood! ye la novel jer pun yang abes dibaca tu..hehe Berlumba dengan ayam, Cinta Potato Spring, Istikharah cinta Adawiyah done! tengah cari mood nak membaca buku-buku selebihnya...

Hurmm...Sekadar cerita dan berita daripada saya... kali nie takde motif, saje nak menempel... Anyeong! Nite!