Bukankah begitu? Disebalik makna
mujahadah itu yang selalu dianggap payah oleh sekalian manusia yang ingin
melalui jalan tersebut. Mujahadah menentang susah dan melawan mehnah hidup di dunia untuk sebuah syurga yang indah
di akherat sana. Namun disebalik kepayahan itu sebenarnya ada kemudahan di
kemudian hari dan hakikatnya benar sekali mujahadah lebih mudah berbanding
mengalah!
Kenapa mujahadah itu mudah?
Apabila kita melakukan perkara
yang PERLU kita buat walaupun hakikatnya
ia adalah perkara yang kita tidak suka untuk melakukannya adalah salah satu
sifat mujahadah! Buat apa yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang… itu
juga mujahadah!
Tidak ada jalan lain menuju Allah
melainkan jalan mujahadah! Buat apa yang perlu walaupun kita tidak suka sekali
lagi ia adalah mujahadah. Apa yang PERLU itu? Apa yang kita perlu lakukan ialah
melalui jalan ketaatan kepada Allah yang sebenarnya payah dilakukan bagi insan
yang tidak mahu memberi komitmen atau mujahadah, dan meninggalkan segala
larangannya yang kadang lebih mengasyikkan hati dan jiwa yang lalai dan
terpedaya dengan tipu daya dunia dan tidak mahu melalui jalan bermujahadah
melawan nafsunya!
Sebenarnya jalan mujahadah merupakan
jalan yang paling sukar tetapi disebaliknya juga ia merupakan jalan yang mudah untuk menuju
syurga Allah. Kenapa?
kerana dalam bersusah dan
berpayah-payah itu kita mudah mendapat ganjaran daripada Allah atas kesusahan
dan kepayahan yang terpaksa kita tanggung itu. Sungguh jalan mujahadah itu
jalan yang penuh kesakitan dan keperitan, sebab sememangnya kita tidak ada
jalan lain melainkan berpayah dan bersusah untuk kesenangan kita juga kelak di
akherat sana. Kita sudah tahu jalan mujahadah itu jalan menuju syurga tetapi
kita tetap mahu juga cari jalan lain untuk menujunya?
Bukankah untuk melakukan perkara
kebaikan kadang terasa amat payah untuk dilakukan dan istiqamah dengan kebaikan
tersebut, tetapi untuk buat perkara kejahatan pun susah sebenarnya kan? Nak
buat jahat sememangnya risikonya teramat tinggi berbanding buat baik..so lebih
baik buat baik kerana dengan kepayahan itu kita dapat ganjaran yang baik
daripada Allah berbanding buat jahat yang hanya mendapat kemurkaan daripada
Allah. Jadi melakukan taat itu lebih mudah
daripada melakukan maksiat, bukan begitu?
Apa yang kita dapat daripada
mujahadah?

Allah menjanjikan syurga! Dialam
barzakh lagi Allah akan memperlihatkan
kelazatan syurga atas keperitan yang kita lalui dalam jalan mujahadah didunia.
Alhamdulillah kita diuji dalam
islam, kerana dengan ujian itu ada maksud baik daripada Allah, jika kita sedang
berdosa tandanya Allah mahu hapuskan dosa, jika kita sedang taat Allah uji
maknanya Allah nak bagi pahala, dan jika kita benar-benar taat jika Allah uji
tandanya Allah mahu tingkatkan darjatnya.
Berusaha untuk menjadi baik
walaupun masih belum jadi baik lebih baik daripada tak berusaha! Kita perlu
buat apa yang perlu kita buat didunia sehinggalah saat suatu masa nanti kita
boleh buat apa yang kita suka nak buat, dimana? Disyurga nantilah…
Masalah itu dilihat sebagai ujian, jika ujian itu! jadilah ia lebih
proaktif dan lebih positif!
Bila Allah uji tandanya Allah sayang! Hidup kita adalah tangungjawab
kita, jika berdepan dengan ujian kita cari dan gali dari kekuatan dalam diri
kita sendiri supaya kita dapat menghadapi cabaran dan ujian tersebut dengan
diri kita sendiri.
Orang beriman sinonim dengan ujian! Al- ankabut:2
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan
mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?
Jalan mujahadah munuju Allah
penuh likunya! Tapi ia baik untuk kita didunia dan akherat jua… sebab itulah
sekali lagi saya katakan Mujahadah itu lebih mudah berbanding mengalah!
Kerna saya tahu bila saya mula
mengalah, sungguh ia amat payah untuk saya kembali bermujahadah!
Semoga kita terus bermujahadah
dalam hidup ini terutamanya mujahadah melawan nafsu yang utama!
p/s: saya menulis sambil mendengar rakaman ikim fm segmen bersama ust. Pahrol tentang tajuk usah mengalah dalam mujahadah melawan nafsu…Maaf andai ada bahasa yang kurang jelas dan tidak difahami, sesungguhnya ianya adalah kelemahan diri saya untuk memahami intipati rakaman tersebut dan kelemah
No comments:
Post a Comment