Tuesday, May 13, 2014

Penulisan...? 1,2,3 Mula, Tulis...kan dah jadi!

Bismillahirahmanirahim…

Gambar hiasan

Alhamdulillah bila dah start menulis, walaupun pada awalnya takde idea, inshaallah dalam perjalanan penulisan nie akan ada ilham kan bercambah! Tapi sepatutnya kena set tajuk baru dapat fokus apa yang nak ditulis, sebaiknya begitulah. Tapi saya punya style lebih suka tulis dulu apa yang rasa nak tulis kemudian edit sikit-sikit dan bila dah rasa okay, baru letak tajuknye. Kadang tulisan takde tajuk pun ada, bila nak publish kat blog tulis jelah apa tajuk yang rasa kena dengan tulisan itu. Begitulah kebiasaanya.

Kali nie rasa nak berbicara soal penulisan sekali lagi, kenapa? Sebab ada seorang sahabat yang menyatakan keinginannya untuk menulis tentang pengalamannya sebagai seorang guru, tetapi tak tahu nak mula kat mana, so dia menanyakan pendapat umum di fb. Saya saja menyibuk memberi komen, walaupun dia dah awal cakap jangan rekemenkan blog coz kurang arif tentang blog. Tapi saya yang excited, suruh dia tulis kat blog jugak , sebab saya sudi nak buatkan kat dia kalau betul dia nak.

Well done! Sebenarnya berblog tak susah pun! Bila dah masuk ke dunia blog kita tahulah nak handle, macam fb jugak! Tapi yang penting keinginan dan istiqamah tu kena ada. Jangan sekerat jalan dan kadang-kadang yang tersangat lama, coz ia akan mencacatkan pemandangan pada blog kita. Cee…pandai jer cakap, macam pakar bolg pun, macamlah blogger tegar sangat saya nih kan? Cap ayam ‘je’pun…hihi ada hati nak ajar orang..blog sendiri pun kadang-kadang on-off…

Tak salah pun, sekadar nak menulis…saya pun asalnya tak pandai menulis, sekarang pun! dulu-dulu masa sekolah subjek Bahasa melayu, penulisan yang paling berat siapkan, terkontang kanting nak menyudahkan karangan. Entah waktu tu takde idea nak menulis karangan yang baik, sekadar ikut skema je..tak menariklah untuk dibaca rasanya!

Hobi ke Menulis nie? Entah saya tak pasti… yang saya tahu bila saya rasa nak tulis, saya akan tulis… bila saya mula menulis? Menulis tu..sejak saya pandai menulis la… tapi sebenar-benarnya ‘bakat’ menulis nie (konon lah) saya kesan waktu pengajian diploma saya, sebab waktu tu saya suka tulis sajak kat dalam sebuah buku yang saya mula tulis lepas dapat keputusan SPM, diari kat depan kat belakang penuh dengan contengan kata tentang rasa hati saya masa tu. Nukilan yang saya pernah hantar kat IKIM pun banyak saya salin balik dari buku tu…tapi sejak saya sambung pengajian di UPM buku tu sudah tak dapat dikesan, sayangnya banyak khazanah kata dan kisah dalam tu yang saya tak sempat taip dan simpan dalam ‘word’ lagi.

Dan seterusnya penulisan saya semakin bertambah baik rasanya (perasan lagi..) bilamana saya mula ada blog sendiri pada 2008! Saya mula menulis untuk berkongsi, jika sebelumnya banyak yang saya tulis tentang rasa hati saya yang tak puas hati atau apa-apa saja yang saya rasa menyentuh hati saya dalam buku or ‘kertas kajang’ sahaja sehinggalah saya punya pc dan laptop sendiri baru mula rajin nak menaip. Bila ada blog saya bukan terus tulis dalam blog, saya ambil balik penulisan saya yang dalam buku sebelumnya atau dimana-mana buku nota yang sempat saya conteng, saya edit dan publish semula dekat blog. Itu cara saya bermula, walaupun pada awalnya adalah jugak copy n paste cerita orang lain yang dirasa menarik tapi saya letakkan link blog diorang dan tak kata itu tulisan saya..

Kadang saya masih menulis di celahan mukasurat buku nota if ada idea datang dan tak sempat nak menghadap laptop, terutamanya mase laptop  rosak!  Dan bila ada masa saya selak balik buku-buku tu dan mula menulis dengan idea dari sumber awal daripada buku itu, walaupun terkebil-kebil baca tulisan tangan sendiri, hihi sebab tulisan saya memang tak cantik! Dan bila dah mula menulis idea akan bercambah-cambah! Inshaallah, kalaupun mase tengah tulis tu takde idea saya akan tinggalkan dan simpan dulu, mungkin lain kali saya dapat ilham lagi untuk menyambungnya semula dan kebanyakannya begitulah penulisan saya terhasil!

Satu lagi, saya ada 'sketch pad' lepas saya baca buku contengan jalanan tulisan hlovet yang dipinjam dari seorang sahabat semasa di UPM dulu teringin nak ada 'sketch pad' sendiri dan menconteng!  saya bukan melukis pun tapi tetap saja mahu melakar sesuatu dan menconteng rasa hati di perjalanan kehidupan.Sungguh saya tak berbakat dalam melukis tapi saya suka untuk melukis dan melakar apa yang terdaya saya lakukan..tapi 'sketch pad' saya nie lebih banyak tulisan yang di conteng berbanding lukisan! haha


Selebihnya, selepas jadi ‘otai’( x jugak) yang tak dikenali dalam dunia blog nie saya rasa selesa untuk menulis apa saja yang saya rasa untuk tatapan sendiri aje sebenarnya kerana saya tahu saya takde follower, hehe!

Tapi, saya tertanya-tanya jugak pageview kat blog nie naik sebab memang ada yang jenguk atau sekadar ‘awan nano’? Yang melintas sekejap jer atau terklik sana sini jer..?

Takpelah..yang penting saya nak tulis untuk diri saya…sebagai rujukan dimasa depan, yang baik boleh jadi pedoman..yang tak baik muhasabah semula… buat yang tersinggah jangan lupa datang balik if sudi..hehe!

Hurmm..whatever! Takpelah saya perasan sendiri, kat blog sendiri pun…sape nak marah kan?

Blog vs fb? Saya lebih suka blog…sebab saya suka nak tulis panjang-panjang untuk luahan hati dan  tatapan sorang-sorang lagipun blog orang tak tahu kan? Sendiri berteman perasaan. Kalau fb saya suka menyinggah jer dan mencari kalam yang boleh buat pedoman disamping intai teman-teman…xramai kenalan pun hehe. Segan ah nak meluah perasaan yang bukan-bukan, bukan tempat yang sesuai pun… kadang nak wat status baru pun ambil ayat yang terkesan dari penulisan blog yang pernah di publish… Mungkin hanya di blog saya banyak berceloteh, di fb saya banyak memerhati sahaja! Dan dialam nyata? Saya seorang yang pendiam! Kah? Mengikut keadaan...Tak! saya tak sombong..Cuma tak pandai memulakan bicara dan mencipta situasi!

Kan dah jadi sebuah tulisan…hanya dengan mula menulis…MULA!


Astaghfirullahal’azim…

Saturday, May 10, 2014

MUJAHADAH ITU MUDAH BERBANDING MENGALAH!


Bukankah begitu? Disebalik makna mujahadah itu yang selalu dianggap payah oleh sekalian manusia yang ingin melalui jalan tersebut. Mujahadah menentang susah dan melawan mehnah  hidup di dunia untuk sebuah syurga yang indah di akherat sana. Namun disebalik kepayahan itu sebenarnya ada kemudahan di kemudian hari dan hakikatnya benar sekali mujahadah lebih mudah berbanding mengalah!

Kenapa mujahadah itu mudah?

Apabila kita melakukan perkara yang  PERLU kita buat walaupun hakikatnya ia adalah perkara yang kita tidak suka untuk melakukannya adalah salah satu sifat mujahadah! Buat apa yang Allah suruh, dan tinggal apa yang Allah larang… itu juga mujahadah!

Tidak ada jalan lain menuju Allah melainkan jalan mujahadah! Buat apa yang perlu walaupun kita tidak suka sekali lagi ia adalah mujahadah. Apa yang PERLU itu? Apa yang kita perlu lakukan ialah melalui jalan ketaatan kepada Allah yang sebenarnya payah dilakukan bagi insan yang tidak mahu memberi komitmen atau mujahadah, dan meninggalkan segala larangannya yang kadang lebih mengasyikkan hati dan jiwa yang lalai dan terpedaya dengan tipu daya dunia dan tidak mahu melalui jalan bermujahadah melawan nafsunya!

Sebenarnya jalan mujahadah merupakan jalan yang paling sukar tetapi disebaliknya juga  ia merupakan jalan yang mudah untuk menuju syurga Allah. Kenapa?

kerana dalam bersusah dan berpayah-payah itu kita mudah mendapat ganjaran daripada Allah atas kesusahan dan kepayahan yang terpaksa kita tanggung itu. Sungguh jalan mujahadah itu jalan yang penuh kesakitan dan keperitan, sebab sememangnya kita tidak ada jalan lain melainkan berpayah dan bersusah untuk kesenangan kita juga kelak di akherat sana. Kita sudah tahu jalan mujahadah itu jalan menuju syurga tetapi kita tetap mahu juga cari jalan lain untuk menujunya?

Bukankah untuk melakukan perkara kebaikan kadang terasa amat payah untuk dilakukan dan istiqamah dengan kebaikan tersebut, tetapi untuk buat perkara kejahatan pun susah sebenarnya kan? Nak buat jahat sememangnya risikonya teramat tinggi berbanding buat baik..so lebih baik buat baik kerana dengan kepayahan itu kita dapat ganjaran yang baik daripada Allah berbanding buat jahat yang hanya mendapat kemurkaan daripada Allah.  Jadi melakukan taat itu lebih mudah daripada melakukan maksiat, bukan begitu?
Apa yang kita dapat daripada mujahadah?

Allah akan beri kemanisan bukan sahaja di syurga tetapi di dunia lagi, iaitu sakinah ketenangan dalam hati. Kalau kalah pun dalam mujahadah, Allah akan menilai akan usaha kita tapi jangan sesekali mengalah! Biar jatuh menongkat dagu tetapi jangan sesekali mengalah…dalam kita kalah itu kita kembali melawan dan menempuhnya lagi untuk terus mujahadah, usaha itu akan dinilai Allah. Semoga ia akan menaikkan lagi tingkatan iman diri kita, terus bertaubat!

Allah menjanjikan syurga! Dialam barzakh lagi  Allah akan memperlihatkan kelazatan syurga atas keperitan yang kita lalui dalam jalan mujahadah didunia.

Alhamdulillah kita diuji dalam islam, kerana dengan ujian itu ada maksud baik daripada Allah, jika kita sedang berdosa tandanya Allah mahu hapuskan dosa, jika kita sedang taat Allah uji maknanya Allah nak bagi pahala, dan jika kita benar-benar taat jika Allah uji tandanya Allah mahu tingkatkan darjatnya.

Berusaha untuk menjadi baik walaupun masih belum jadi baik lebih baik daripada tak berusaha! Kita perlu buat apa yang perlu kita buat didunia sehinggalah saat suatu masa nanti kita boleh buat apa yang kita suka nak buat, dimana? Disyurga nantilah…

Masalah itu dilihat sebagai ujian, jika ujian itu! jadilah ia lebih proaktif dan lebih positif!

Bila Allah uji tandanya Allah sayang! Hidup kita adalah tangungjawab kita, jika berdepan dengan ujian kita cari dan gali dari kekuatan dalam diri kita sendiri supaya kita dapat menghadapi cabaran dan ujian tersebut dengan diri kita sendiri.

Orang beriman sinonim dengan ujian! Al- ankabut:2

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?

Jalan mujahadah munuju Allah penuh likunya! Tapi ia baik untuk kita didunia dan akherat jua… sebab itulah sekali lagi saya katakan Mujahadah itu lebih mudah berbanding mengalah!

Kerna saya tahu bila saya mula mengalah, sungguh ia amat payah untuk saya kembali bermujahadah!

Semoga kita terus bermujahadah dalam hidup ini terutamanya mujahadah melawan nafsu yang utama!





p/s: saya menulis sambil mendengar rakaman ikim fm segmen bersama ust. Pahrol tentang tajuk usah mengalah dalam mujahadah melawan nafsu…Maaf andai ada bahasa yang kurang jelas dan tidak difahami, sesungguhnya ianya adalah kelemahan diri saya untuk memahami intipati rakaman tersebut dan kelemahan diri saya juga untuk menyampaikan dengan cara yang terbaik!

Friday, May 2, 2014

Dari buku Cerita Cinta Ahmad Ammar...

Bismillahirahmanirahim…


Alhamdulillah, masih diberi kudrat tuk menarikan jemari ini ke papan keyboard yang agak unik dan keras butangnya untuk saya memulakan sebuah penulisan yang tertangguh!


Dari buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang usai saya baca pada hari ini tanggal 30 april setelah memulakan pembacaanya semalam. Saya  bukanlah seorang penukil kata dan kalam yang indah bait bicaranya untuk mengulas tentang buku ini, namun secebis rasa yang ingin dikongsi bersama agar tidak luput dek ingatan yang tumpul ini saat suatu masa nanti. Kerna nanti  saya mungkin bakal melupakan tentang kisah ini, Ibrah dan pengkisahan dari buku ini tentang peribadi seorang Ammar yang baru saya kenali saat memulakan pembacaan buku ini. 

Ya kisahnya yang menjadi fenomena saat dijemput Tuhan di bumi Turki dalam sebuah perjuangan menuntut ilmu dan saya hanya mengetahuinya di facebook yang sedikit menyentap hati kecil yang masih dalam kelalaian tika itu. Sekejap cuma ia membekas dihati, dan saya dilekakan lagi dengan kehidupan yang fana itu. Dan disaat buku ini keluar ke pasaran saya masih tak punya rasa kerna tak lagi memilikinya, cuma terdetik dihati , saya mesti memilikinya dan Alhamdulillah kini ia telah berada ditangan saya!

Semoga saja pembacaan ini  sentiasa segar dalam  ingatan dan menyentap lubuk nurani kecil saya yang sentiasa kalah dengan dengan nafsu sendiri! Sebaiknya saya abadikan rasa ini dalam bentuk tulisan yang mungkin suatu masa nanti bakal di rujuk kembali perasaan saat pembacaan buku ini, dan santapan-santapan rohani yang telah berjaya membuka minda dan hati saya yang semakin kabur dengan keduniaan yang fana ini! inshaallah!

Fasa pertama pembacaan saya lebih menyentuh hati kerana ia kisah rasa hati  ibu dan ayah kepada seorang anak dan kakak kepada adik, insan-insan terdekat yang telah mencorak peribadi seorang Ahmad Ammar! Sempat membuat saya cemburu dengan fikrah dan fitrah yang mereka zahirkan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan dan individu yang bermanfaat kepada ummah!

Dimana saat dan tika ini diluar sana masih ramai orang yang sedang terleka dan dilekakan dengan dunia yang hanya membuat hati semakin resah gelisah! Permasalahan yang tak berkesudahan  dari kecil sehingga besar tak pernah melepaskan diri dari cengkaman  keduniaan! Dunia tak pernah menzalimi manusia sebaliknya manusia yang sering menzalimi diri mereka sendiri!

Saat Ammar pergi dijemput Ilahi, dengan kisah perjuangan yang menyentap hati-hati yang sedang leka, penghijrahannya kealam yang kita tidak mampu bayangkan dan rasai lagi tika ini, kita masih lagi dibelenggu masalah dunia yang setiap hari meminta-minta tuk dilunasi. sedang persiapan akherat kita bagaimana? Dan hijrah apa yang telah kita lakukan untuk bertemuNya nanti?

Saat umurnya Ammar diawal 20 an, telah digelar syahid! Kita yang telah melepasi umur tersebut apa yang telah kita usahakan? Generasi remaja  kini dimana? Masih diasyikkan dengan kisah cinta korea yang membius urat nadi remaja dan lewat remaja malah yang berjiwa dewasa juga!

Sungguh saya masih tidak tahu bagaimana mahu menghadapi dunia ini? Berhadapan dengan manusia sekeliling yang amat memerlukan perhatian malahan diri sendiri tak mampu tuk dikawal dan diredakan dengan sebuah ketenangan hati! Bagaimana mahu berubah andai sabar belum terserlah dan marah belum mampu direbah! Bagaimana mahu membina keluarga dan ummah andai diri masih lagi dalam dilema hati yang tak berkesudahan? Astaghfirullahala’zim…

Saya bukan mahu menceritakan lebih lanjut tentang buku ini melainkan hanya berkongsi rasa hati dan melahirkan dan menitip kembali ingatan tentang kisah Ammar yang semakin dilupakan sebahagian daripada kita dan saya sendiri…Sungguh jika memiliki buku ini sendiri dan menghayatinya kisahnya adalah lebih baik!

  d_n
300414