Thursday, April 17, 2014

HIJRAH 2014???




Hijrah apa yang perlu saya lakukan? Tentang hijrah… rasanya sudah lama tidak melakukan sesuatu hijrah yang besar. Ya samada  hijrah tempat mahupun hijrah dari sudut perubahan diri. Seawal kelahiran saya 27 tahun yang lalu, 1987 itulah penghijrahan pertama saya dari alam Rahim kealam dunia yang saya tidak ingat bagaimana perasaannya, tapi kini bila memikirkannya semula tentang fasa wujudnya diri saya, syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan dari keluarga Islam dan mengenal Allah itu sebagai Tuhan, Alhamdulillah Allah itu Tuhanku…Tuhan sekalian alam ini!

2004:   

         Hijrah yang pertama saya buat tanpa saya sedari pada awalnya ia adalah sebuah hijrah, semasa di tingkatan 5 buat pertama kali saya mengambil keputusan untuk tinggal di asrama, pertama kali hanya untuk tahun terakhir saya bersekolah. Kesannya sangat besar buat diri saya walaupun pada tika itu saya tidak merasakan kesan daripada hijrah tersebut, yang saya rasa tika itu Cuma seronok dengan suasana baru tersebut, pengalaman tinggal di asrama merupakan memori yang paling bermakna dalam menbentuk peribadi saya tika itu, walaupun saya belum terdetik untuk sebuah perubahan disitu, tapi titiknya saya rasa bermula disitu!

2005-2008:

Seterusnya penghijrahan besar juga buat saya, apabila diiterima masuk ke sebuah Kolej universiti ketika itu untuk pengajian diploma selepas SPM yang tak sebagus mana itu..(hihi). Tawaran IPTA yang datang tika itu saya terima selepas kesempatan 2 hari melayari kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6 di Sekolah Sultan Ismail, Kemaman. Pertama kali juga duduk jauh dengan keluarga walaupun masih dalam negeri Terengganu tapi jaraknya juga bukan dekat untuk saya selalu pulang kerumah, hanya cuti panjang baru saya akan pulang kerumah. Disitu sedikit sebanyak saya memulakan penghijrahan dari sudut pemakaian, dan pencarian ilmu yang bukan sekadar di dewan kuliah, tapi masih ditahap permulaan baru bertatih rasanya… hanya harapan-harapan yang berbunga dihati sendiri. Disitu masih payah tuk berlari, langkahan demi langkahan yang lambat saya ambil untuk sebuah perubahan dan penghijrahan diri.

Disitu istilah ‘suka’ bertandang kedalam hati untuk sebuah penghijrahan yang saya tak tahu bila akan terjadi pada saya tika itu. Suka melihat orang pakai tudung labuh, pakai jubah tapi saya masih malu untuk pakai t’shirt labuh ketika itu yang saya beli daripada seorang kakak semasa semester dua. Saya beli Itupun kerana kebetulan berada disurau, dan seorang kakak ‘mempromotekan’ baju tu untuk saya, bermula semester dua juga saya mula memakai stoking dan stongan, dan baru mula melangkah kaki ke surau kolej yang satu aras dengan bilik saya tika itu. Saya bermula agak lambat dan mengambil masa yang lama untuk sebuah perubahan. Semester 3 bermula, saya sudah jauh dari surau itu dan insan-insan yang belum sempat saya kenal dekat. Kerana system kolej disitu begitu, dua semester sahaja dibenarkan tinggal di kolej selebihnya perlu sewa rumah yang berdekatan dengan kampus. Untuk dapat ‘stay’ kolej kena bergiat aktif dalam aktiviti kolej mahupun persatuan.

Daripada pemakaian tudung pula, daripada tudung segitiga dan bawal yang biasa saya pakai semenjak saya mula bertudung bertukar ke tudung bidang 45 dan lebih tebal semasa ditahun-tahun akhir pengajian diploma, saya masih belum ada kekuatan untuk memakai tudung labuh tika itu, cukup syarat tutup aurat sahaja.  Itu semua berlaku ‘step’ by ‘step’ sepertimana yang saya baca dalam blog islamik seorang ‘sis’  tentang tips perubahan, yang banyak memberi inspirasi kepada saya tanpa dekat dengan mereka pun, semasa saya tak punyai sahabat tuk berkongsi rasa tentang sebuah perubahan hanya membaca nukilan dan tulisan mereka cukup buat saya terinspirasi, malah jika dapat melihat wajah mereka juga tetap buat saya tenang walaupun sekadar dari jauh.  

Asbab kepada perubahan tersebut saya pun tidak ingat, mungkin kerana daripada pembacaan bahan-bahan islamik yang semakin menambah ilmu saya dan pemerhatian terhadap insan-insan sekeliling saya yang menarik minat untuk lebih mendalami islam yang selama ini saya abaikan, dan semestinya yang utama kerana hidayah Allah untuk menjadikan saya lebih baik, Alhamdulillah!


2008-2012:

Alhamdulillah sekali lagi, Allah memperkenankan doa dan harapan saya untuk sebuah penghijrahan. Saya diberi peluang menyambung pelajaran ke Universiti Putra Malaysia, ia universiti impian saya semestinya, saya pun tak tahu kenapa UPM menjadi pilihan saya?? Mungkin kerana bidang pengajian yang saya minta dan minati ketika itu sangat bertepatan dan kena dengan UPM. Semestinya saya tidak tahu bagaimana ‘flow’ kehidupan saya tatkala menjejakkan kaki pertama kali di daerah asing itu, kembaraan saya yang akan berlangsung selama 4 tahun di situ. Yang pasti saya tidak gembira rupanya di awal perkelanaan saya di negeri baru, ditempat baru itu. Ya! Saya selalu menyesali tindakan saya tika itu kerana diawalnya sangat sulit dan payah untuk saya membawa diri dan selalu perbandingan dibuat Antara tempat baru dan lama, sering bertanya pada diri kenapa itu dan kenapa begini? Kenapa saya pilih untuk berada disini? Takdir? Bukankah itu pilihan yang saya buat?

Tapi jika ditanya adakah saya menyesal tika ini kerana membuat pilihan tersebut? pastinya saya akan menafikannya kerana saya sangat bersyukur dengan pilihan tersebut dan menghargai pengalaman berada ditempat baru dan mengenali sahabat-sahabat baru serta menambah ilmu baru dalam kehidupan yang saya tak pernah bayangkan sebelumnya. Alhamdulillah!

Ye disitu, saya melakukan transformasi yang boleh dikatakan yang besar dalam hidup saya. Disitu saya mendapat kekuatan dan diberi kemampuan untuk melakukan sesuatu yang saya tak pernah terfikir untuk buat dan tak pernah terbayangkan sebelum saya berada disitu. Ya segalanya bertambah disitu dibumi hijau UPM itu, saya mula memakai tudung labuh, mula berjinak memakai jubah bermula tahun kedua pengajian. Ye, kekuatan itu hadir kerana saya bersama dengan sahabat-sahabat yang saya cintai ketika itu. Mereka tidak pernah menyuruh saya untuk memakai tudung labuh mahupun jubah apatah lagi memaksa. Ditambah standard pemakaian saya ketika itu sudah memenuhi ciri-ciri menutup aurat, dan sememangnya saya telah memakai stoking dan stongan juga di tahun kedua semasa di UMT dulu. 

Panjangkan tempoh waktu yang saya ambil untuk melakukan sebuah perubahan dan peningkatan kepada yang lebih baik. Sama seperti memakai baju labuh, stoking, dan stongan yang saya pakai dulu, perasaan ‘malu’ dan segan selalu bermain dalam hati saya. Malu dan segan itu bukan kerana pakaian tersebut dianggap kolot mahupun apa, tetapi seakan saya masih belum layak untuk berpakaian seperti itu. Saya belum cukup baik untuk untuk itu, perasaan itu yang selalu hadir dalam diri saya tika itu, tetapi Alhamdulillah saya tetap istiqamah dengan pemakaian tersebut setelah saya yakin dan mengambil keputusan untuk perubahan tersebut sehingga ia sebati betul dengan jiwa saya kini.


2013-2014:



Saya semakin menyedari bahawa diri ini semakin kejauhan, sangat jauh… sememangnya jauh dari teman dan sahabat semasa di alam kampus dulu, jauh juga dari medan dakwah dan tarbiyah, sungguh sendirian ini amat meresahkan jiwa. Tapi saat ini, saat hati disantuni Ilahi, buat diri ini ingin sekali lagi berhijrah! Kemana? Bagaimana? Sungguh saya tidak tahu…Tetapi ada sesuatu yang berlegar-legar diruang hati untuk dilakukan, cuma masih belum berkeyakinan dan berkemampuan untuk dilaksanakan. Semoga dipermudahkan hijrah saya ini…Tetapkan hati hambaMu ini Ya Rabb! atas jalan kebaikan dan jalan-jalan orang yang Engkau cintai…

Monday, April 14, 2014

Sekadar menulis...

Alhamdulillah...masih punya kudrat untuk menulis dan masih punya rasa untuk diluah... hah! bukan pada siapa-siapa pada diri sendiri jua. Gersang idea untuk menulis sesuatu yang rasa-rasanya boleh menyentap hati! ye..hati sendiri juga! habis siapa lagi? hati orang lain tak mampu tuk disentuh...kadang hati sendiri pun payah tuk dilentur..

Sekarang pun tiada buku yang nak dibaca, ketiga-tiga novel yang dibeli sebelum nie dah habis baca...hurm... satu je yang memenuhu citarasa...yang selebihnya kurang menyengat jiwa! Sungguh kalau tak menulis begini dan tak melayan buku, apa lagi yang mampu dibuat sepanjang hari menghadap pc yang internetnya 'berkuasa tinggi'? Pastinya melayan citer korea tak sudah2...Astaghfirullahal'azim... jadi tak sabar untuk ke pesta buku di PWTC nanti nak memborong buku sehabisnya.. huhu!


Itu rutin biasa bila bekerja, rutin biasa kalau kat rumah pula pastinya hari cuti dipenuhi dengan aktiviti berkebun... samada depan atau belakang rumah. seawal 8 pagi turun dan leka sehingga ketengahari.Seronok jika dapat berkebun! terutamanya bila 'time' mesin rumput kat belakang rumah, habis semuanya nak ditebas... pastinya selepas itu sekarung lah mendengar bebelan mak yang marah gara-gara tanaman yang ditanam  turut ditebas... memang aku sengaja! haha...aku suka tengok kawasan yang lapang dan terang tapi sebaliknya mak, dia pantang tengok kawasan yang lapang, semuanya dia nak tanam... hurm..begitulah nasib aku sebagai orang pertanian! semuanya aku yang kena...sebab mak aku cakap aku ni kuat tak macam adik beradik yang lain... jadi semua kerja-kerja berat kat rumah akulah yang kena buat..dulu kini dan pastinya akan datang selagi aku ada kat rumah...Alhamdulillah!


Setiap kali musim menanam, mak pasti mengerah tenaga anak dan cucunya untuk menyiram tanaman yang ditanam, tapi mereka kadang cuba menyibuk bukan buat kerja sangat, ah umur 4 tahun..rajinnya amat nak bermain air. Tapi sekarang dah musim menuai hasil tanaman yang ditanam,tapi tetap sahaja rutin menyiram diteruskan seperti biasa sehingga tamat usia pokok itu sepatutnya, namun rasanya takkan kot? iyala my mom dah cakap awal-awal lepas habis tanaman ni, nak tanam yang lain pulak...katanya nak guna untuk kenduri my sis bulan 6 nanti..Iyalah berkarung lah saya cakap kat mak, dengan alasan itu dan ini mengeluarkan teori pertanian saya yang utama iaitu beri masa rehat untuk tanah dan yang utama juga rehat untuk emak. disamping itu juga punca air telaga yang digunakan untuk menyiram juga semakin berkurang, tanaman semakin bertambah dan my mom tetap juga nak bertanam.


Malamnya mulalah sakit-sakit belakang dan sakit lututnya, dan bila  my mom suruh mengurutnya, aku membebel lagi, dengan komentar "udah-udahlah menanam ye mak, kan dah sakit-sakit nie ha, rehat-rehatlah ye". mak membalas "kalau tak nak tolong tak yahlah buat, tak ikhlas biar mak buat sorang!"

hamik kau! berdesup kat telinga aku... sentap! haha itulah kisah rajinnya my mom! tapi anaknya ini yang kemalasan..haha. Okey cuba untuk jadi anak yang mendengar cakap...tapi sebenarnya payah!

Okey sekadar menulis...



Tuesday, April 8, 2014

Kalau Dosa itu...


Kalau dosa itu terlihat…
Pasti..pasti saja aku malu!
Malu dengan pandangan manusia…apa reaksi mereka?
Takut mereka akan nampak keburukan pada seorang aku…
Semahunya ingin ditutupi keaiban diri…

Walau tak terlihat dek manusia…
Dosa itu telah melakar titik hitam pada hati!
Semakin merebak ke segenap anggota
Sedang deria iman ku sudah tak punya rasa…

Kalau dosa itu berbau…
Pasti saja aku kalut!
Kalut tuk berdepan dengan manusia…apa kata mereka?
Bimbang bau itu kan terhidu pada deria mereka
Semahunya aku menghindar diri dari khalayak…

Walau tak terhidu oleh deria manusia..
Dosa itu tetap saja membusuk di jiwa
Tak rasa apa…? sedang dosa itu telah tercatat!
Terbuku di bahu kiri oleh si A’tid yang setia menulis…

Mengapa tidak malu pada Dia Yang Maha Melihat?
Mengapa tidak takut pada Yang Esa?
Mengapa kalut dan bimbang pada yang bukan selayaknya?

Sedang Yang Maha Tahu sudah termaklumi…
Akan keaibanmu yang telah Dia tutupi tanpa pernah jemu..
Namun kau, insan! lengah tuk mengharapkan rahmat kaseh sayang dari Tuhanmu…

                                                               Astaghfirullahal'azim...                                                          

23:52, 070414


Friday, April 4, 2014

Hati Mia yang sakit...

Bismillahirahmanirahim… Salam Jumaat!




“Astaghfirullahala’zim… yah! Sungguh berat beban dosa dirasa sedang dipikul…” entah mengapa rasa hati yang asyik meresahkan dan sangat berat dirasa sedang mengganggu fikiran Mia. Ye dia dapat merasakan perasaan jauh itu…perasaan serba salah dengan tingkahnya sendiri. Dia tahu dia sedang melakukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, tapi dia seakan merelakan perkara itu terjadi pada dirinya. Ya! dia biarkan rasa resah dihiburkan dengan perkara yang malah makin membuat dia asyik dengan hiburan dan melupakan resah hatinya. Walhal dia tahu itu bukan caranya untuk mengubat resah dijiwa tapi dia seakan dilupakan. Ya..sedang dilupakan… mungkin Tuhan sengaja menjarakkan hati Mia daripada kebaikan, yang sepatutnya dia cari penawar bagi hati yang dia tahu sedang sakit pada jalan mendekat pada Allah dan bukannya hiburan-hiburan yang menyedapkan halwa mata dan telinga dan membuat dia ketawa dan lupa akan masalah hatinya yang sedang parah dimamah jahiliah moden yang sudah menyinggah hatinya. Astaghfirullahal’azim…

                Mia kini sememangnya telah terlepas daripada kawanan yang dulu kuat mengikat dirinya untuk berbuat perkara kebaikan, dia kini bebas daripada kawanan itu yang selama ini sangat membelenggu dirinya, walaupun bukan dengan keterpaksaan yang menjerumuskan Mia ke kawanan tersebut, sememangnya ia daripada kerelaan dan kesanggupan dirinya sendiri. Dan kerana itu..Mia tidak menyenanginya, dia semahunya tidak mahu terlepas daripada kawanan tersebut dan semahunya kekal bersama kawanannya itu, namun apakan daya Mia tak sekuat itu untuk kembali bertaut pada tali yang telah dia lepaskan dulu, bukan sengaja dilepaskan tali itu, tapi kerana keadaan dan masa tidak mengizinkan lagi. Atau mungkin itu tapisan untuk dirinya…? Mungkin saja dia tidak layak untuk berada disitu???


                Tapi Mia mengerti akan satu hal, walaupun dia tidak lagi berada dalam kawanannya, dia sepatutnya teguh berdikari dan tetap utuh dengan keyakinan bahawa Allah selalu bersama! Allah kan  ada! Kenapa tidak dia mengahayati dan memahami akan itu? Allah kan selalu bersama dengan orang-orang yang mendambakanNya dan Allah sangat dekat bukan? Tapi Mia yang sering membina tembok dan benteng dengan dirinya, selalu tersasar di saat-saat ketaatan hati pada yang Esa mahu terbina! Saat-saat hati mula mahu lunak dengan kebaikan-kebaikan Mia seakan sengaja menjarakkan diri dengan mencari hiburan dunia untuk menghiburkan hatinya. Melayan perkara-perkara lagha  yang sedia terhidang di media massa dan dunia tanpa sempadan dialam maya, semuanya ada buat menghibur jiwa-jiwa yang keresahan dan jiwa-jiwa yang mencari selain tuhan untuk merawat duka dihati…walhal itu bukan caranya. Bukan caranya…Mia tahu itu, tapi dia yang tewas dengan godaan nafsunya sendiri…

                Mia sendiri tidak tahu kenapa dia masih berani mengikut kata nafsu daripada tetap berpegang teguh dengan iman dihatinya. Saat-saat dia benar-benar menyesali akan sikapnya dan berazam untuk menanggalkan karat-karat dosa yang telah lama melekat pada dirinya, ya dia seakan rasa itulah waktu terbaik andai nyawanya diambil tika itu, tapi bilamana jahiliah itu mula menapak lagi, resah dijiwanya hanya Tuhan yang tahu..takot-takot saat dia sedang terleka melayan kehendak nafsu tika itulah datangnya malaikat maut menyapa tanpa belas…mahu apa dia tika itu? Mahu jika diberi peluang tuk sebuah pertaubatan? Sememangnya itu dambaan setiap jiwa..jiwa yang yang sedang berdepan ajalnya di kerongkongan, pasti mahu kembali kepada Tuhannya…tapi??? Bukankah itu sudah terlambat untuk sebuah penyesalan???

                “Ya Allah.. saat masih ada waktu…aku ingin kembali kepadaMu…kembali padaMu! Ampunilah kami yang banyak berdosa ini, jauhkan kami daripada azab api neraka dan azab kubur, jauhkan kami daripada fitnah dunia, fitnah kematian dan fitnah dajjal. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tunjukilah kami kejalan kebaikan dan cintaMu, tempatkan kami bersama orang-orang yang mencintaiMu dan orang yang Engkau cintai”