Thursday, March 13, 2014

KEMBALI PADA ALLAH!!

Bismillahirahmanirahim…

Innalillahi wainna ilaihi ‘rojiun… atas segala sebab musabab terjadinya sesuatu dukacita dan ujian buat makhluknya… saat ini Negara tercinta kita Malaysia, masih diselubungi pelbagai tanda tanya tentang kehilangan Pesawat MAS MH370 yang menggamat sepelusuk antero Negara. Sehingga kini saya sama sekali tidak pernah mengeluarkan statement yang berkaitan dengan kes tersebut. Iya.. saya sedar diri, saya bukan siapa-siapa yang ditunggu untuk sebuah pernyataan! Tetapi hari ini akhirnya saya menulis…untuk tatapan dan sejarah buat diri saya..bahawa kepedulian saya bukan hanya sekadar doa dan diam membisu, tetapi ia sepatutnya menjadi muhasabah buat diri saya sendiri jua akhirnya.

Sebuah kisah yang tiada sudah
Menadah pada manusia yang pelbagai wajah
Tiada kebenaran ditutur, tiada ketelusan terpancar
Hanya kata-kata tamsilan yang tiada benar

Alhamdulillah, pelbagai reaksi yang dapat dilihat dan pelbagai penrnyataan, teori dan fakta yang telah terungkap di media massa dan media social umumnya daripada orang-orang yang mempunyai autoriti untuk bercakap mahupun sekadar pandangan dan idea yang tercurah daripada rakyat marhain yang pelbagai latar belakang. Bahkan tak kurang juga barangkali ‘suara-suara sumbang’ seperti mana sedang saya lakukan ini yang tidak mendapat perhatian umum dan tatapan pembaca sekalipun tetap mahu menyumbang luahan rasa.


Ya telah saya baca, dan cuba tuk fahami setiap tutur kata dan bicara lantang mahupun bisu yang telah di utarakan. Tetapi tetap saja saya tidak mampu untuk menghadam semuanya kerana keterbatasan seorang insan yang kurang ilmunya dan keterbatasan seorang hamba dalam memahami maksud tersirat mahupun tersurat dari Tuhannya Yang Maha Mengetahui! Sungguh segala-galanya kembali kepada Dia!

Kehilangan yang dinanti kepulangan
Masih tiada tanda yang ditemukan
Bagaimana lagi harus dikatakan
Sesuatu yang tiada dalam pengetahuan…???


Sejujurnya, saya juga mempersoal-soal tentang banyak perkara dalam soal pengendalian kes tersebut, Cuma tidak diluah di pena..untuk siapa? Siapa yang akan menjawab andai persoalan itu ditimbulkan sekalipun… Hanya seisi rumah yang mendengar bebelan dari mulut saya dan daripada mereka juga saya mendengar bebelan-bebelan yang penuh persoalan dan ingin tahu yang lebih mendalam. Tapi ia sekadar itu… menonton berita di kaca tv, ulang alik benda yang sama.. tiada perkembangan tentang kehilangan. Hanya cerita dari versi dan orang yang berbeza tentang pendapat dan teori mereka…kesudahannya bertambah-tambah cerita! Itu ini kesitu kesini…juga! 


Di media social lain pula ceritanya, bertokok tambah dengan versatile setiap penulis… yang kadang di disusun atur mengikut versi islamik, versi politik, versi tahyul, dan pelbagai versi berbeza yang cuba ditonjolkan… Alhamdulillah bilamana peristiwa tersebut mampu dikaitkan dengan segala macam reality kehidupan yang lebih menjurus kepada kebaikan dan ketuhanan, namun amat malang bilamana versi khurafat dan tahyul di serap sekali kedalam misi pencarian. Belum mengambil kira teori-teori konspirasi yang berbaur politik dan andaian-andaian yang menjunam kepada keresahan dan perbalahan umat khususnya malah menambah kerunsingan dan kekeliruan yang besar kepada masyarakat amnya.

Hanya Dia selayaknya…
Yang Maha Mengetahui akan  kebenaran cerita
Pada Dia sahaja kita serahkan segala…
Mohon petunjuk pada yang Esa…


Astaghfirullahal’azim…Ampuni kami hambaMu yang hina  ini Ya Allah atas segala dosa yang kami lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja… Andai apa yang berlaku ini adalah daripada salah silap kami sendiri, maka jadikanlah ia sebagai kafarah atas segala dosa-dosa kami dan tetap saja Engkaulah Tuhan sekalian Alam ini, dan segala yang tersembunyi daripada pandangan makhlukmu ini, Engkau Maha Tahu tentang itu. Dan Engkaulah sahaja satu-satunya Tuhan yang kami sembah dan hanya padaMu lah tempat kami bergantung harap dan meminta pertolongan… Jauhi kami daripada tipu daya manusia, jin dan syaitan kerana Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pembalas tipu daya..Berilah kami petunjuk daripadaMu Ya Allah…Amin…

~Hanya hamba yang dhoif~

    13/03/14 1.22 p.m


Alhamdulillah sebelum dan selepas menulis…dapat khatam surah thaha dan terjemahannya…sangat-sangat kena dengan situasi seorang hamba yang dhaif ini… Alhamdulillah hati masih mampu berbicara dan menghayati Kalamullah di ketika ini…Alhamdulillah atas nikmat nyawa yang masih ada…Alhamdulillah!!! Allah itu Tuhanku….

Sunday, March 2, 2014

Selongkar...muka surat buku tulis...


Sesi selak menyelak buku tulis berwarna hitam yang asalnya digunakan untuk kelas Bahasa arab di surau saat suatu ketika tetapi kelasnya tergendala. Selak lagi ada pula nota nota patologi tumbuhan dan preview untuk FYP, ku teruskan menyelak terjumpa pula nota untuk bengkel media dan culaan untuk pilihanraya kampus suatu ketika dahulu. Dan masih menyelak buku yang sama terselit juga nota usrah dan tazkirah yang tertulis rapi dihalaman tengah buku. Masih belum habis diselak, ada pula ternukil kalam puisi dan lirik lagu            nasyid yang pernah menjadi kesukaan saat suatu ketika...



Sedikit tentang Keberkatan ilmu:


Sabda Rasulullah, “manusia yang mendapat azab paling keras pada hari kiamat ialah orang yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya “ hadith daripada Imam at- Tabrani dan Baihaqi.

ILMU= menuntutnya suatu ibadah



 Rasulullah bersabda :

 “sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka dia sebenarnya dia sedang berada di atas jala fi sabillah sehingga dia pulang”

“sesiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu (dengan bersungguh-sungguh), maka Allah akan permudahkan jalan untuknya ke syurga”

Kata-kata imam syafie, “sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang mahukan akherat maka hendaklah dengan ilmu. Dan jika dia berkehendakkan kedua-duanya sekali  maka hendaklah juga dengan ilmu”.

Sungguh! Ilmu itu tidak terhenti dialam persekolahan mahupun IPT, kehidupan kita adalah suatu pelajaran, akan terselit setiap hari pelajaran dan pengalaman yang menjadi ilmu baru kepada kita sehinggalah saat nyawa ditarik.

Persoalannya? Adakah kita sudah sungguh-sungguh menghayati ilmu? Sejauh mana usaha kita untuk menambah ilmu?dan sejauh mana kita berusaha untuk letakkan diri kita sebagai orang berilmu?
 = keberkatan ilmu!

Kalam yang ternukil: 

Kalam malam tiada sunyi
Unggas tak kedengaran
Deraian tawa, jeritan manusia yang masih kebingaran
Bergema bersahutan dalam kepekatan malam
Derapan langkah kuhayunkan
Disini ku termanggu sendirian
Di anak tangga yang dulu pernah ku tinggalkan
Menghayati keindahan malam
Oh tuhan..malam ciptaanMu indah!
Kilatan dilangit membelah gelap
Seakan menghulur bicara sepi
Tuk ku sambut memuji namaMu.. Subhanallah!
Ku pandang kiri dan kanan
Kelam pohonan nan suram tiada warna kehijauan
Mengharap pada sebuah penantian
Kalau dulu selalu ku impi jadi kenyataan
Kini ku ulangi lagi sebuah pengharapan
Biar hanya aku dan Dia

Pengharapan hanya padaNya…

13/04/2010 :12.05 a.m


Sungguh tak jemu membelek-belek buku tulis setebal  160 m/s ini. Penuh coretan tentang kehidupan di kampus yang pernah memberi warna pada sebuah kenangan masa lalu. simpanan berharga!

Saturday, March 1, 2014

Ada Brani???



Hari minggu, Mia mengambil peluang untuk mengemas ruang biliknya yang agak berserakan, barang-barang tidak teratur dan kotak plastic yang baru dibelinya masih belum berisi. Jadi Mia mahu mengisi barang-barangnya yang merata-rata kedalam kotak tersebut. Dalam ligat Mia bekerja, dia membelek-belek simpanan bukunya dan tertarik dengan sebuah buku koleksi tulisanya yang pernah ditulis semasa zaman belajar di university.  Mia terhenti disitu dan mula membaca tulisan-tulisannya sendiri. Mia mula menjelajah kenangan demi kenangan dengan membaca tulisan-tulisan tersebut, kadang Mia tersenyum sendiri membaca keletahnya yang kurang matang suatu ketika dahulu…Mia membaca satu tulisan yang ditulisnya, satu soalan berbelit yang pernah dihantar kepada seseorang dan diabadikan kedalam buku tersebut.

Mia:    Salam akak, macam mana nak jadi berani ek? bukan dengan hantu or jembalang ke.. tapi berhadapan dengan reality kehidupan sekarang. Saya rasa takut dan lemah sangat, reality umur macam dah matang tapi sebab saya ni kurang ilmudan pengalaman kot tak menjadikan saya nie orang yang matang, so kena Tanya orang yang faham lah kan? Okay ringkasnya, akak berikan saya sedikit nasihat untuk saya istiqamah dalam kebaikan..boleh?

Akak Y: Salam, dek maaf ye lambat sket..huhu. nak berani??? Keberanian ni anugerah Allah! Kena banyak munajat pada Dia minta diberi keberanian dalam jalan syariatNya. Banyak mengaku kelemahan diri, diri hina, kerdil, banyak berdosa, banyak melakukan maksiat, jahat dan Allah sahaja yang Maha Mulia. Allah suka jika kita mengaku kelemahan diri dan minta Dia beri keberanianyang sepatutnya jika keberanian itu perlu untuk kita.

                 Kemudian setelah itu, hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelahlalu keluarlah mata air daripadanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah (2:74).

                Kita rasa kata-kata Al-Quran yang menggoncang jiwa kita, Allah menyatakan kalau batu itu lagi baik daripada kita sebab batu itu ada perasaan malu, sementara hati kita berkarat. Batu jatuh kerana takut sedangkan hati kitabergoncang sekejap je bila takut pada Allah iaitu saat kita diuji musibah, maka hati jadi ngeri. Tapi batu lagi baik daripada hati yang selama hidupnyatak pernah khusyuk kepada Allah kecuali beberapa saat saja.

Mia:     Jadi batu lebih baik kan kak? So, camnenak jadi lebih baik daripada batu ek? boleh perjelaskan lagi? Supaya saya lebih terasa…

Akak Y: Sememangya manusia nie sebaik-baik kejadian sebab dikurniakan akal. Tapi jika kita tak mampu tundukkan nafsu kita, kita lebih teruk daripada batu, malah lebih teruk daripada haiwan. Manusia akan jatuh tersungguh ke lembah kehinaan bila berkelakuan lebih teruk daripada haiwan dan menjadikan nafsunya sebagai raja. Cuba adik rujuk tafsir fi zilalil quran berkenaan Allah jadikan khalifah diatas mukabumi…

Mia:       Erm..saya takde tafsir tu.. tapi thanks.. sebab sampaikan ayat-ayat tu, inshaalllah akan saya renung dan amalkan.


Sekadar itu yang ditulis Mia..Mia terfikir-fikir apa yang menjadi asbab kepada pertanyaan yang dikemukakan kepada akak Y ye? Mia tak mampu mengingat asbabnya, tapi wajah insan tersebut masih kuat terbayang dimindanya. Ye insan yang tak pernah ditegurnya semasa keberadaan mereka di alam kampus yang sama tapi masih mampu mengingat memori singkat ketika bersama beliau. Ah kenangan! sesekali menjengah akak Y di blognya buat Mia terubat rasa rindu pada sebuah tulisan yang mampu menyentuh hati kecilnya...terima kasih akak kerana masih sudi menulis setelah sekian lama... dan Alhamdulillah...kerana hati masih mampu terasa! betapa kenanya nasihat tersebut buat Mia tika ini... xrugi rasanya mengabadikan mesej yang baik kedalam bentuk tulisan... semoga bermanfaat pada hari mendatang! Alhamdulillah harinya pada tika ini manfaat untuk Mia sendiri!