Tidak ada milik kita....segalanya milik Dia....
Alhamdulillah… rezeki Allah kat mana-mana, mahunya bersyukur, usah
ditangisi jauh atau dekat yang penting Allah selalu dekat dengan kita. Kalau
rasa sedih, resah, payah or berat sekali
bebanan yang dipikul, segala-galanya mengadu lah pada Dia, mintak pada Dia
kerana Dia yang bagi rasa sakit, resah, gelisah tu, so minta pada Dia supaya
diringankan or di nyahkan segala kesulitan tersebut…tapi kalau rasa kuat rasa nak
bertahan teruskan bertahan, teruskan bersabar mungkin ada sesuatu yang Dia nak
hadiahkan dan mungkin ianya lebih
bermakna dari rasa sakit itu dan inshaAllah lambat atau cepat Dia pasti bagi
jalan keluar…yakin saja pada Dia!
Biasalah hidup, kalau kita nak sesuatu, tak semestinya dapat semua
kan? Tapi bersyukurlah kerana Dia dah bagi sesuatu yang mungkin orang lain tak
dapat, tapi kita dah dapat benda tu . okay.. contoh senang, kita dah ditawarkan
kerja, konfem dah dapat..tapi kita harap-harap tempat kita kerja tu dekat la
dengan tempat kita, tapi biasa kan drama kehidupan bukan atas ikut suka kita,
skrip kehidupan kita kan dah ditentukan oleh Director Agung kita yang Maha Tahu
apa yang terbaik buat kita.. pendek kata takdirnya kita ditempatkan kat negeri
orang yang tak biasa kita jejak.
Haha begitulah… bagi sestengah orang, no problem.. tapi bagi
sebahagian orang itu sesuatu yang tidak dijangka! Maka menangis la dia…anak
bongsu lah katakan, tak pernah duduk jauh dari mak pulak tu.. haha. Ini kisah
adik saya, yang baru berlepas ke Kelantan semalam coz dapat kerja sebagai
pembantu makmal sekolah bawah SPP. Rezeki dia, dan rezeki saya semuanya telah
ditentukan! Untung dia umur 23 dapat kerja tu. Semoga dipermudahkan urusan di
negeri orang ye adik.. biar duduk jauh sikit dari keluarga, berdikari lah kamu
dan semoga semakin matang dalam melayari kehidupan ini. huhu..untung saya dah
merantau awal-awal.
Alhamdulillah..semua tu aturan Allah kan? Begitu juga dengan kembara
kehidupan dan ilmu yang saya lalui, dulu tak pernah bermimpi pun untuk belajar
tentang perikanan semasa mengisi borang UPU 7 tahun lepas… pilihan pertama saya adalah bidang pertanian
di UPM, namun saya dapat tawaran diploma perikanan di UMT. 3 tahun di UMT,
Allah beri peluang saya sambung peringkat ijazah di universiti pilihan hati
dalam bidang yang saya minat iaitu Bacelor pertanian di UPM, Alhamdulillah!
Dan semoga dipermudahkan urusan oleh Allah, yang membuka ruang untuk
saya sekali lagi menjawab peperiksaan selapas tamat belajar. Haha first time,
untuk ujian penilaian skim perkhidmatan awam penolong pegawai perikanan spn
Terengganu. Tengok? Saya mengimpikan
dapat bekerja dalam sektor pertanian, tapi Allah beri peluang lain… well, perikanan masih
dibawah sector pertanian. semoga ada
hikmah disebaliknya! Oppss…Just ujian, belum dapat interviu dan belum pasti
akan dapat kerja tu…namun harapan pada Dia! Semoga dipermudahkan urusan.
Milik kita belum tentu rezeki kita kan? Walaupun saya mempunyai
ijazah pertanian tapi rezeki saya mungkin saja bukan di bidang itu, dan tentu
saja sebahagian mereka tak pernah belajar dalam bidang pertanian tapi dengan
mudahnya mendapat kerja di bidang tersebut. Begitulah, apabila sudah rezeki
memang akan tiba juga, tidak terlambat
atau terlewat rezeki itu menemukan ‘tuannya’. Kerana sesungguhnya rezeki itu
sudah ditakdirkan dari langit, semuanya berlaku atas izinNya.
Petua menjemput rezeki, Menjemput rezeki dengan :
1)
Memperbanyakkan Istighfar
2)
Mengutamakan solat
3)
Solat tahajud
4)
Solat dhuha
5)
Zikir
6)
Doa
7)
Mendoakan orang lain
8)
Sedekah
9)
Membaca Al-Quran
10)
Asma’ Al-Husna
11)
Bersyukur
12)
Tekun berusaha
No comments:
Post a Comment