Sunday, April 8, 2012

TULISLAH...

HURMM...apa yang nak aku mulakan dengan tulisan kali nie ye??? Sebenarnya aku mahu melatih semula dan memerah idea dari ilham yang dikurniakan Dia...namun ye aku tahu aku masih mentah dalam bidang penulisan nie...siapa aku? Hanya seorang insan biasa yang berangan-angan untuk menjadi penulis..hah...tapi tak salah rasanya punya angan dan impian kan? Mana tahu suatu masa dan suatu saat ia termakbul. Insyaallah! Segalanya mungkin dengan kehendakNya, Cuma kita tak tahu dan tak pernah tahu apa takdir yang telah Dia sediakan untuk kita kan?
Sepertinya aku..siapa sangka aku dengan izinNya bisa kok menjadi penulis! Doakan saja...tapi perlu berusaha! Asah bakat if ada, kalau takde bakat perlu dan kena lebih lagi usahanaya...well. kenapa aku nak jadi penulis ya? Dulu selepas tamat persekolahan, mengisi masa lapang la kot..takde buat apa2 kat rumah..aku suka membaca novel..tapi bukan beli sendiri la..kakak aku punya. Cuma novel yang aku baca tu bukan bercirikan islamik novel..cinta cintun yang biasa! Tapi terbuat aku jatuh cinta juga dengan novel dan pernah menulis siri novel lah kononya dalam buku-buku latihan or buku tulis zaman sekolah yang masih kosong tentang cinta! Tapi penuh dengan khayalan dan angan tak sampai..so aku tak tahu apa kesudahan cerita tu...dan kemana menghilang buku tu. Dan aku pernah jugak dan suka menulis sajak di bahagian bekang mukasurat buku latihan...tentang apa? Haha..kes buli...kononya yang aku alami masa dalam kelas..maklumlah dari kelas ke-2 naik kelas pertama..tak biasa so, aku coretkan lah sesuatu yang boleh buat aku tersenyum..kadang bile memikirkan semula tentang semua tu..aku rasa ntah apa2 je. Hai zaman sekolah memang seronok! Tapi seingat aku aku bukanlah pandai sangat menulis nie...kalau subjek bahasa melayu bab karang menagrang nie aku fail.. sangat tak pandai nak berayat sedap...ayat skima dan dan biasa aje yang aku selalu guna, sangat takde idea...
Tapi entah bila lah aku pandai bernukil-nukilan nie ye? Mungkin masa diploma kot...sebabnya aku ada satu diari yang aku mula tulis saat waktu result SPM keluar. Aku cerita kisah hidup dan saat penting yang berlaku dalam hidup aku..bermula perjalanan nak ambil keputusan SPM, dan pengalaman motor pancit dan dimarahi mak bila tahu motor yang pancit sampai tak tanya result aku dapat berapa. Buat aku sedih dan mula menulis dalam diari tu...dan banyk kisah penghijrahan aku bermula bila melangkah kaki ke universiti, UMT. Dan mempertemukan aku dengan insan yang menjadi indikator kepada perubahan dan penghijrahan aku sekarang. Ye sebab banyak sangat pengharapan aku pada Dia buat aku banyak menulis dalam diari tu dan menghasilkan karya nukilan..dan masih sempat kok mghantar nukilan aku kat segmen NUKILAN kat radio IKIM fm mase tu...adalah 2 ke 3 nukilan yang dideklamasikan oleh dj fairuz masa tu dan pernah jugak dapat hadiah hihi.. aku sempat rakam lagi..haha.
Seterusnya dengan adanya blog yang aku mula kan pada 2008, kesnya jeles dengan blog2 islamik yang sedia ada dan blog2 insan terpilih yang selalu aku lawat melalui lewat maya, sehingga ke hari ini..Cuma sejak dua menjak nie tak banyak yang aku coretkan seperti dulu-dulu, mungkin sebab penangan blog dah kurang memberi kesan kat aku..mungkin dah bosan or sebab banyak blog2 yang tak update buata aku terpengaruh sama. Walaubagaimanapun sekarang ni aku cuba nak mengasah balik penulisan aku..biarlah cikai2 pun dan takde benda yang penting. Aku Cuma nak menulis...tulis...dan tulis...semoga suatu masa nanti ada manfaatnya buat aku sendiri dan semoga tiba waktu ada ilham dari Dia aku mampu tuk menulis lagi dengan kalam2 yang boleh menyentuh hati dan memberi pedoman..insyaAllah...semoga diberkati!

Done! Aku dah menulis...yuhu...Alhamdulillah! sekali sekala kena hargai diri sendiri kan? Sebagai penghargaan esok nak belanja aiskrim! Ngeh2...insyaallah.

4/4/12- 12.52 am

No comments: