Sunday, April 8, 2012

Semangatku!!!!

3/4/12 : 10:51 pm.

Ya Allah terima kaseh..Alhamdulillah kerana beri aku semangat pada hari ini dengan azam baru tanpa perlu sebab..Cuma hari ni hari lahir my mom...insyaallah hari teristimewa kerana Kau berikan aku satu titik mula untuk melangkahkan langkahan kkehidupan aku kearah yang lebih baik, insyaallah. Semoga Kau beri aku kekuatan tuk melawan segala anasir2 jahat yang selama nie duk membelenggu aku dengan nikmat dunia yang fana...semoga lintasan2 kemaksiatan takkan singgah lagi pada hati yang baru Kau berikan ini...Ya aku anggap hati ni hati baru..kerana aku tak mahu lagi setitik noda dan dosa yang sempat melekat pada batang tubuh terutamanya hati aku sendiri..semoga Kau beri aku kekuatan dan daya untk melaksanakannya. Bukan kah Engkau membenci orang-orang yang mengatakan sesuatu yang tidak dia kerjakan??? Maka dengan rendah hati aku memohon hanya pada yang selayaknya ku bermohon..Tuhan pencipta sekalian alam...yang mengetuk pintu hatiku yang dah lame gersang dari rasa nikmat dan manisya iman...mengetuk hati yang telah lama keras dek maksiat dan dosa yang bertimbun...dan hati yang telah lama asyik dengan dunia..dunia dan khayalan palsu yang menjebakkan aku kelembah maksiat dan hawa nafsu yang kuat menjerat batang tubuh aku. Dan menyebabkan aku bertambah lalai dan leka kepadaMU...ampunkan aku ya Rabb! Atas kesilapan dan kekhilafan aku selama ini...yang semakin meninggalkan sunnah, dan meremahkan yang fardhu... mencintai yang makhruh dan meredhai yang haram...ampuni aku...atas segala nya yang Engkau lagi mengetahui tentang kebodohan aku dalam menilai dan mentafsir kehidupan ini. Sesungguhnya aku tak mahu lagi berpaling kepada jahiliah yang pernah membelenggu hati ini dengan cara moden kini. Dan aku juga tak mahu kembali tuk melakukannya dan jauhkanlah aku dari memikirkan tentangnya...hilangkanlah segala memori dan bayangan dosa tersebut supaya aku tak terjebak lagi Ya Allah..bantu aku, tolongi aku hamba yang lemah ini...ampuni aku...

Azam apa ya yang aku katakan tadi? Harus tuk ku senaraikan apa yang perlu untuk aku lakukan..rancang perjalanan kehidupan dunia agar kelak kan ku tuai hasilnya di akherat dengan rahmat da redhaMu...

1) Perbaiki amalan fardhu...khusuk dalam solat
2) Lazimi sunnah dan ibadat sunat yang biasa buat..cth: puasa sunat,solat dhuha, rawatib, qiam, al-mulk, hafazan surah,sedekah, membaca, menulis dsb.
3) Tingkatkan diri dngan soft skill cth cara bercakap dan mempengaruhi orang lain. Sekurang2nya kena beri impak maksima bila bergaul dengan orang2. Dan mampu memimpin dan terpimpin, disenangi dan menyenangi...
4) Teruskan penulisan, sajak ke nukilan ke novel ke..n apa saja y boleh ditulis...jangan biarkan idea hilang begitu saja...target! kena hasilkan sebuah karya...insyaallah novel!
5) Teruskan usaha dakwah dengan apa cara sekalipun...tulisan, gambar, fb, poster, risalah or pesan berpesan y baik dan dengan sabar...semestinya dengan diri sendiri!
6) Jaga hubungan kekeluargaan dan ukhwah dgn sahabat2 dan adik2...serta sentiasa berusaha bersilaturahim dengan sapa2 sajae yang dibenarkan syarak...
7) Habiskan bacaan dan hadamkan buku2 yang banyak x baca lagi...cuba timbulkan minat membaca macam dulu2...kena! nanti pesta buku nak beli lagi..jangan perbanyakkan koleksi buku yang tak dibaca jer...kena tingkatkan ilmu!
8) Hoho..jaga kekemasan diri dan tempat tinggal...baju tu banyk tak berlipat..lipat la. Jaga kebersihan diri dan tempat tinggal dan penampilah diri.
9) Apa lagi..?ha..cuba tunaikan solat secara berjemaah! Kalau boleh cari surau ke masjid lagi baik...kuliah 2 ilmu kena hadir selalu supaya berada di bawah naungan rahmat Allah.insyaallah sedang diusahakan.semoga di permudahkan...
10) Sentiasa belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain, sebelum tidor eloklah. Dan sentiasa mendoakan kebaikan untuk diri keluarga, sahabat dan muslimin dan muslimat.

No comments: