Thursday, November 25, 2010

Sekadar Muhasabah Diri...

Alhamdulillah...Allahdulillah...Alhamdulillah...Allahuakhbar!!!

Exam da berlalu...KPS pun baru saja selesai berlangsung semalam...dan hari ini..ku disini.. esok belum tahu di alam mana...semoga ada ruang dan kesempatan untuk aku berlebih-lebihan dalam beramal kerana esok yang belum pasti. izinkan aku ya Rabb! kerana aku hamba yang hina dina. kadang lupa dengan fananya dunia, sehingga kelam kabut dunia sentiasa beriringan dengan langkahan kehidupan,cuma saja aku yang mengesampingkannya dan kadang aku yang tewas dalam mengurus kehidupan dan mengatur langkahan ini. aku , ya manusia biasa cuma yang sentiasa lupa, turun naik iman yang baru berputik belum mekar dan mengembang menjadi mawar berduri yang menjadi impian setiap muslimah...ya, aku juga bercita-cita dan kan berusaha untuk menjadi yang mukminah, cuma mengukur diri dan taqwa ku ditahap mana???

Ya Allah,
melihat semangat adik-adik semasa KPS berlangsung amat memberi kesan kepada diri..walaupun aku hanya berpeluang bersama-sama disaat malam terakhir, namun aku kegelisahan kerana sahabat-sahabat yang mengtarbiah adik-adik adakah mereka sebenarnya tertarbiah??? aku sendiri bagaimana...? insyaallah aku pasti sahabat2 ku lebih2 lagi ditarbiah kerana mereka bersama adik-adik lebih lama.. Ya kerana ku tahu hanya orang yang melaksana dan merasai sahaja akan lebih terkesan pengtarbiayahan diri mereka. So, untuk rasa ditarbiah.. rasailah pahit manis, perit juang dalam bergerak kerja...berjuang berkorban demi cinta! Cinta Dia Yang Lebih bermakna, kerana dengan cintaNya akan hadir kekuatan dalam diri yang mungkin sahaja tidak pernah diketahui dek diri sendiri...Kalau cinta manusia yang diagung-agungkan...ya, itu sahaja. innamal a'malubinniat...manisnya cinta manusia yang berdasarkan apa sahaja... andai kecintaan kepada yang SelayakNya tidak melebihi cinta manusia itu sendiri, walaupun dia tunang, suami, ayah , dan insan2 terkasih kita...apakah punya daya untuk meraih manisnya nikmat berjuang itu..??? eh... tiba2 aku beremosi bila teringatkan tentang cinta manusia... kenapa??? sepertinya lewat bicaraku tersasar...hehe kembali ke 'mood' asal.

tapi...seperti telah hilang fokus...ya sebentar aku menamatkan tulisan ini. tak dapat menyambung lagi kerana aku ingin lebih dahulu mengisi ruang kekosongan yang perlu diisi..

sekian.
monolog d_n berbicara...

Thursday, November 11, 2010

FINAL EXAM SEM 5!!!

9/11/2010 - PENGURUSAN LADANG (8.30-10.30 PAGI )

11/11/2010 - PATOLOGI TUMBUHAN ( 11.00-1.00 TENGAHARI)

- KOMUNIKASI PERSEORANGAN ( 8.30- 10.30 MALAM )

12/11/2010 - PEMBIAKBAKAAN TUMBUHAN ( 8.30-10.30 MALAM)

13/11/2010 - KEUSAHAWANAN PERTANIAN (11.00-1.00 TENGAHARI)


14/11/2010 - BERKEMAS UNTUK PULANG...HOHO..BALIK KAMPUNG....ALHAMDULILLAH!

Tuesday, November 9, 2010

Di Keheningan malam ku mencari...

-Jalan Pulang-

Dikeheningan kali ini ku berjaga
Di kesunyian berteman alunan zikir
Ku membasuh hati yang kotor dibalut selut hitam
Dunia yang kukejar didepan keciciran dibelakang
Dunia yang kutinggalkan di belakang
Mendahului di hujung persimpangan
”Barangsiapa menghendaki keuntungan di akherat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menhandaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi di tidak akan mendapat bahagian di akhirat.” (42:20)
Harus bagaimana ku memandu diri
Yang kadang kelelahan dengan permainan dunia
Harus apa yang ku pilih antara 2 persimpangan
Yang membuat ku buntu untuk meneruskan langkah
Diikut, takut tak mampu tuk menggalas bebanan amanah
Ditinggal, bimbang keciciran lagi langsung futur
”..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenagi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)
Mengimbas memori semalam selalunya indah
Memikirkan masa depan tak selalunya indah
Meninggalkan teman taulan mudah
Mencari jalan pulang tuk kembali tak selalunya mudah
Kerna disitu telah terbina jurang dalam diri
Maka yang membinanya pasti terasa sempit
”(Iaitu) Orang yang berinfak dijalan Allah, baik diwaktu lapang ataupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.” (3:134)
Duhai diri, berlapang dada itu payah bukan?
Apatah lagi tuk ithar...
Kadang hati yang berbelah bahagi sentiasa mencari salah diri
Walhal keterbukaan sentiasa diberi
Menanti kembalinya sahabat disisi
Tuk bersama dalam perjuangan ini..usah sendiri lagi...
”Barangsiapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNya lah kamu dikembalikan.” (2:245)
Rindu menanti saat-saat suatu masa
Kita bersama seperti waktu dulu
Gurau senda, menggamit memori, indah kan?
Mengjauhnya satu jasad seakan pudar langkah itu
Namun perjuangan harus berterusan untuk menggapai redhanya Tuhan
Kerana kita yang perlukan ISLAM bukannya ISLAM yang perlukan kita...
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (47:7)
Ya Rabbi...
Dikeheningan dinihari ini
Kumohon pengampunanMu dengan rahmatMu
Sinarilah relung hati kami dengan cahayaMu
Dengan segala petunjuk kebenaran pandulah kami
Yang mengaku berjuang dijalanMu..
” ...Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (18:10)
Penuhi jiwa kami dengan khazanah ilmuMu
Tuk kami teguh berdiri didunia yang kian terasing
Kembalikan kepada kami jiwa seorang dai’e
Tuk kami kembali menyatu hanya keranaMu
Dan satukan hati-hati kami sekali lagi dan selama-lamanya
Tuk kami terus berada dijalan yang Kau redhai...
”Dan berdoalah, ”Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat.” (23:29)
Dzatuun_nithaqaini
4.23 a.m
091110
suatu sudut dikamar sepi...ilham dari Kalamullah.

Saturday, November 6, 2010

Tinta buatmu...Muslimah...

Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum…


Ingin sekali rasa ini menyebar ke segenap pelusuk bumi hijau ini. Lahaulawalaquwwatailahbillah (tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah).



Sekali hati kecil ini bertekad...biarlah rasa ini turut sama dirasai dan meresap ke jiwa2 yang punya jiwa.. Maka dengan ini ku isytiharkan perang bagi jiwa2 yang tak punya rasa...



Kan ku terobos hati2 yang gersang dan lalai dari mengingati kematian...kerana orang yang paling cerdik dia ntara kalian adalah orang yang sentiasa mengingati MATI...



Kulontarkan persoalan ini bukan untuk dijawab...tapi renung2kan dan selamat beramal...



Aaargh...FINAL EXAM!!! BUZY...BUZY...Apa ya yang kalian lakukan persediaan untuk ke Final Exam??? Lama mana peruntukan untuk menghadap buku2, nota2, laptop untuk assignment dan tak termasuk Facebook untuk kalian habiskan...??? dan lama mana pula rutin wajib sebagai HamBA Allah yang kalian laksanakan... SOLAT??? Sejauh mana solat kalian yang menghindar kalian dari berbuat maksiat??? Bukankah Allah berfirman solat itu mencegah kemungkaran... pernah muhasabah, ditahap mana solat aku yang sekarang??? Apa yang aku dapat dari solat aku yang sekarang??? Dan apa perancangan untuk menambah baik solat aku yang sekarang...??? Nak terus berada ditahap nie sentiasa...??? Sempurna ke solat aku? Allah terimakah...???



Sebagaimana usaha kita dalam akademik kita...kesungguhan kita tak tidur malam, study, discussion, assignment, dan kuliah2 yang tak pernah miss...untuk apa semua tu..??? pointer yang baik...tinggi...4.0! dan yang lebih besar dari itu kalian juga yang tahu... konteks kita sebagai mahasiswa itu yang utama...dunia kita!



Cuba aplikasikan itu untuk tawaran istimewa dari Allah kepada kita sebagai hambaNya untuk akherat kita..SOLAT lagi...skop yang kecil...tapi ganjaran yang BESAR! Berapa ramai orang yang suka bilamana diberi ganjaran RM27 berbanding RM1. Lengahnya kita bila menyebut tentang solat berjemaah...walhal saat Ramadhan mentarbiyah diri, sanggup menjelmakan diri di khalayak, meredah hujan gerimis...meninggalkan kesibukan sementara untuk bersama dalam jemaah berterawih yang 8 rakaat ditambah witirnya. Fenomena alam yang wujud sekian lama...gelombang tsunami RAMADHAN yang sangat indah dirasai di ketika itu...Susahkan untuk sekadar maghrib dan isya’ berjemaah di surau yang dulu dibesarkan tatkala Ramadhan menjelma dan kini dikecilkan semula tatkala berlalunya ramadhan...??? apa ya yang dicari ketika itu...??? bukankah yang wajib lebih utama...kenapa ditinggalkan??? Belum cukupkah dengan tarbiyah ramadhan yang sebulan itu untuk menjadikan kita merasai manisnya solat berjemaah itu??? Siapa lagi yang diharap untuk menghidupkan surau kalau bukan kita yang mengaku umat islam dan mensyahadahkan kalimah Agung Lailahaillallah...???Mengaharapkan orang cina...india...?



Kalaulah kita boleh berkomitmen dengan something yang membuatkan kita bersungguh2 melakukannya walaupun payah,susah dan mentensionkan diri kita..tapi masih boleh menerima tugasan dan melaksanakannya... seringkali ku saksikan seorang mahasiswa yang diberi tangungjawab untuk mengendalikan sesuatu pogram kolej atau apa sahaja, lihatlah kebersungguhan dirinya yang ketara..ketensionannya yang mungkin ketara atau tetap ’cool’ dengan tugasan/tanggungjawab tersebut. Perhatikan masanya dihabiskan kemana???



KENAPA TIDAK Komitmen kita dengan ALLAH SEBEGITU...??? Hari2 kita memenuhi jasad dan kehendak nafsu dengan makanan ruji dan makanan tambahan yang berlebih2, setiap hari juga kita memenuhi kehendak sosial dan fizikal kita dengan aktiviti sosial dan riadah...dan tentu sekali kehendak akal dan fikiran kita yang diasah untuk menjadikan akademik keutamaan kita... TETAPI... dimana letaknya kehendak rohani kita...apa yang kita suapkan untuk ruh kita sebagai makanan membesarkan jiwa...? solat 5 waktu...cukup??? membaca Al-Quran...cukup???



Kenapa seorang muslimat payah tuk berjemaah ke surau???



"kat bilik pun boleh solat berjemaah apa???"



perempuan tak digalakkan berjemaah di surau/masjid"



"jaga hati. elak fitnah"



"banyak kerja, assignment, study, FINAL EXAM!"



"surau kotor, banyak bulu kucing"



"tak sah solat kalau tak buka tabir kat surau"



Banyak sangat alasan...nak tanye pulak nie...



kat bilik pun boleh makan, kenapa nak kena turun cafe???



solat berjemaah kat surau tak digalakkan, pergi kuliah ,berhimpit2 naik bas itu sunnah???



pergi surau ada fitnah?? duk main FB n duk kata bukan2 tu bukan fitnah???



Kalau surau kotor, banyak bulu kucing..mai la duk bersih sama-sama x boleh???



kat surau xleh study...???



kalau xbuka tabir tak sah..kita buka lah tabir...



kenapa banyak sangat alasan?????

kenapa kita selalu berkira dengan Allah untuk buat perkara kebaikan???

lupakah kalian, siapa orang yang paling banyak alasan??? mahu jadi macam tu ker...???
Syaitan tu sesat dan menyesatkan...tu alasan2 tu dia yang duk bagi...yang baik dia bagi nampak tak baik...yang tak baik dia bagi nampak baik...kita duk ikut p dia...


Ya ALLAH banyaknya persoalan2 yang tak terjawab yang masih membelenggu diri-diri hambaMu...Dimana kami disisiMu..? Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.. Ayuh! muhasabah hari ini jadikan cetusan rasa untuk terus kita berfikir tanpa henti...apa tujuan sebenar penciptaan kita ke dunia sementara ini...



”Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu...”



Jadikan setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita...makan... minum.. belajar... tidur..sebagai satu ibadah kepadaNya disamping ibadah2 wajib yang telah ditetapkan..carilah ganjaran sunat pula untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tidak rugi...kerana sesungguhnya rugilah manusia yang tidak mengambil manfaat daripada kehidupannya dengan mencari keredhaan Allah... Sahutlah panggilan Hayya alasSOLAH...dengan melangkahkan kakimu menuju solat berjemaah...biar jauh biar payah untuk mujahadah,tekadkan niat dihati imarahkan surau kita dengan ukhwah dan ibadah..berpayah untuk mendekati Allah itu lebih besar ganjaran pahalanya disisi Allah...



Fenomena yang kulihat, surau akan penuh, pastinya saat Ramadhan menjelma...perginya Ramadhan surutlah jemaahnya. Terbaru sempena FINAL EXAM!!! Aku takjub dengan fenomena baru-baru ini di surau serumpun.. Alhamdulillah...penuh surau tu dengan jemaah..tatkala SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN diadakan dengan sedikit pengisian ceramah MENANGANI STRESS oleh Ust. Azziyadi. Kalaulah hari-hari begitu....

Kunukilkan rasa hati ini sebagai hadiah buatmu yang bergelar muslimah, ilallah :

Ketika Cinta Bertasbih...
Hati terpaut mengulik resah
Alangkah indahnya saat hati menyatu
Beriringan dalam satu saf yang kukuh
Bahu ke bahu mengecas aliran positif
Saling memberi dan menerima tanpa sedar
Tanpa mengenal siapa kau dan siapa aku...
Tapi keberadaan dalam berjemaah itu
Yang bertunjang rasa kebersamaan
Pasti kan terpaut hati-hati kan terjalin ikatan-ikatan
Menggugah rasa ego diri pada sebuah pertemuan
Sesuatu yang dimulai pasti akan disudahi...
Pertemuan itu pasti membibit rasa dihati untuk saling mengenali...



Kuseru kalian yang bergelar muslimah...hidupkan islam dalam diri kita maka akan tertegaklah ISLAM itu...



Maafkan keterlanjuran dan kesalahan dalam tinta bisu ini yang berjela2, yang paling utama ingin disampaikan adalah ayuh sama2 IMARAHKAN SURAU KITA! Wallua’alam...SALAM UKHWAH!!!


~~~Dari hati seorang hamba~~~ kadang2 geram dengan alasan yang kadang2 hanya alasan....ada faham???

tinta_bisu@yahoo.com

Monday, November 1, 2010

COMING SOON!!!! KEM PUTRA SOLEH!


Satu Kem yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) akan diadakan seperti berikut:





Setiap penghujung semester 1 pihak Persatuan Mahasiswa Islam akan mengadakan sebuah Kem Pemantapan yang merangkumi aqidah, ibadah dan akhlak. Kem ini telah berlangsung beberapa sesi dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua mahasiswa upm. Oleh kerana penyertaan adalah terhad maka cepat-cepat lah mendaftar nama kepada wakil kami seperti yang tertera di atas...Objektif utama Kem ini diadakan adalah seperti berikut:

0.1 Membentuk akhlak islamiyah di kalangan peserta dan menjadikannya sebagai pegangan dan amalan hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

0.2 Memberi kesedaran kepada peserta akan tanggungjawab yang di pikul sebagai pelajar muslim terhadap diri, keluarga, masyarakat dan agama.

0.3 Memberi kesedaran mengenai cabaran aqidah dan isu – isu semasa berkaitan dengan kehidupan dunia Negara islam.

KPS menjanji aktiviti-aktiviti yang menarik yang bakal meninggalkan kenangan dan pengalaman yang terindah disamping menambah ilmu pengetahuan dan mengikat ukhwah bersama peserta dan fasilitator. KPS turut menampilkan penceramah-penceramah hebat!!! Nak tahu siapa penceramahnya??? Sertai KPS dan daftarlah sekarang...

Di bawah adalah sedikit gambaran tentang Kem yang dikenali dengan KEM ANAK MUDA ISLAM pada sesi lepas yang pernah dianjurkan ...