Tuesday, July 28, 2009

MUHASABAH...

BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA...

Kuharap dan ku berdoa semoga dapat bersua denganMu,
Mendapat redhaMu didunia wal akhirat untuk syurgaMu,
Kerna hanya di syurgaMu kan kutatap wajahMu,
Layakkah aku untuk syurgaMu???

Ya Allah...
Ditahap mana imanku?
Ditingkat mana takwaku??
Sekuat mana pula bisa aku meneroboh nafsuku???

Mampukah iman yang senipis bawang,
Takwa yang tak seindah impian,
Sedang nafsu ammarah masih di persimpangan hati...
Pangkal segala kejahilan masih menurut nafsu...


BUATMU SAHABAT PERJUANGAN...

Redahan hidup masih panjangkah???
Dalam fatamorgana yang mengasyikkan
Sedang mehnah kehidupan tak pernah surut
Sedang iman, takwa belum juga bertamu seteguh jiwa MUJAHIDIN....

Dimana silapnya, dimana lompangnya
Tatkala hati berbicara pada siapa???
ALLAH jua, padaMu kuserah segala-mala...
Mantapkan IMAN, teguhkan TAQWA
Satukan kami dalam REDHAMU jua...

"Beramallah kamu untuk DUNIA sekadar kamu TINGGAL di dalamnya, Beramallah kamu untuk AKHERAT sekadar PENGEKALAN kamu didalamnya, Beramallah kamu kepada ALLAH sekadar KEPERLUAN kamu kepadaNya, Beramallah kamu untuk NERAKA sekadar KESABARAN kamu didalamnya.."
pesanan imam Al-Syibli

Thursday, July 23, 2009

KISAH PERJUANGAN...ZAINAB AL-GHAZALI

Alhamdulillah... baru2 nie berkesempatan membeli buku 'hari2 dalam hidupku' y agak lame aku mencarinya, semalam baru dapat habiskan pembacaan kisah perjuangan zainab al-ghazali... walaupun dah lame buku tu ada kat pasaran dan walaupun aku agak ketinggalan, segala puji dan syukur kepada ALLAH kerana sudi memberi aku ruang dan peluang menghayati kisah tersebut, sepanjang pembacaan tu macam2 rasa y timbul dan macam2 yang aku fikir... ada part yang aku tanda, tapi tika ini buku tu tertinggal plak... apa yang aku dapat dari buku tu? terlalu banyak dan seakan2 tak mampu untuk diluahkan sebab aku merasa benda tu hadir dalam diri aku dan hanya aku yang merasainya, perjuangan menuju redha Allah...


Kisah Zainab Al-Ghazali; Bahagian 4 (Terakhir)


Disember 27, 2005 oleh Musafir Kelana
Sambungan daripada Kisah Zainab Al-Ghazali…


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Saya dimasukkan ke dalam sel kurungan, kuasa letrik dinyalakan dengan kuat, sebagai satu bentuk penyeksaan. Bilik itu dipenuhi anjing-anjing, anjing-anjing yang saya tidak tahu herapa banyak bilangannya. Anjing-anjing itu dilepaskan kepada saya… saya memejamkan mata dan meletakkan dua tangan saya ke dada saya, kerana saya gerun melihat anjing-anjing ganas lagi lapar itu. Saya dengar pintu ditutup dengan rantai dan dikunci. Saya merasai seluruh tubuh saya dikerumuni dan digigit oleh anjing itu. Saya membuka mata dan kemudian memejamkan mata saya, kerana penyeksaan yang amat sangat. Ketika itu saya berdoa kepada Allah S.W.T dalam hati saya… dan anjing-anjing itu terus menggigit dan menggigit, merobak-rabikkan dan memanjat-manjat seluruh tubuh saya — itulah yang saya rasai. Saya berdoa “Ya Allah!!! tetapkanlah hati ini dan palingkanlah hati dari yang lain Ya Allah, agar hati ini melupakan penyeksaan ini. Ya Allah!!”
Kemudian saya dengar pintu dibuka orang, dan saya dibawa keluar. Saya menyangka pakaian saya yang putih bersih ini berlumuran darah… itulah yang saya rasai dan sangkakan. Alangkah terkejutnya saya, tiada apa apa kesan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu bahawa Allah S.W.T bersama-sama dengan saya…Maha suci Engkaulah Wahai Tuhan ku.
Beliau mengeluh dan merasai ni’mat kurniaan Allah yang tinggi serta kemurahan Allah S.W.T kepadanya dan pemeliharaan Allah kepadanya.
Zainab Al Ghazali menceritakan; syaitan yang memegang tangan saya bertanya kepada saya: Bagaimana anjing-anjing itu tidak merubak rabikkan daging engkau. Bagaimana anjing itu tidak menggigit engkau!!! Ada dua orang syaitan ketika itu, masing-masing memegang belantan di tangan mereka.
Waktu itu hari hampir ‘Isyak… kerana bayang-bayang dari luar kelihatan kemerah-merahan. Saya dibiarkan bersama anjing-anjing itu selama tiga jam. Inilah satu bentuk penyeksaan yang saya rasai… Saya berserah bulat kepada Allah S.W.T kerana lebih berkuasa dari segala-galanya. Kemudian peningkatan penyeksaan pun diteruskan. Satu ketika saya direndam dalam air sejuk, pada hal ketika itu musim sejuk… dilepaskan pula udara sejuk.
Beliau menyatakan, satu ketika ia melihat surat arahan tulisan tangan Jamal Abdel Nasser (la’natullah ‘alaih) kepada pegawai penjara yang memerintahkan supaya Zainab Al-Ghazali diseksa lebih dari seksaan terhadap lelaki.
Demikianlah! segala macam penyeksaan mereka lakukan. Bermula dengan gigitan anjing-anjing, ke dalam sel yang berisi air dan udara sejuk… dan macam-macam lagi penyeksaan… dengan segala sepak terajang dan pukulan-pukulan cota… menyebabkan Zainab Al-Ghazali terpaksa dirawat di hospital beberapa kali.
Beliau mengesahkan, satu hari pengawal penjara yang ditugaskan untuk memukulnya, tidak mahu memukulnya. Ia berkata “Duhai Makcik ku (Ya Khali), tidak sanggup saya memukulmu, tidak ada sebab mengapa harus saya memukul mu, Ya Khali”. Rupa-rupanya ketika itu, ketua penjara mengintai perbualan mereka, ia menyeret keluar dan memaki hamun pemuda itu. Pada esok harinya, ketua penjara memberitahu kepada Zainab Al-Ghazali, pemuda itu ditembak mati.
Pegawai penyeksa-penyeksa di penjara terkejut kehairanan bagaimanakah keseksaan yang amat berat itu sanggup ditanggung oleh wanita… yang lebih berat penyeksaan yang ditanggung oleh lelaki… dan tidak sanggup ditanggung oleh sebarangan lelaki. Iman seorang wanita yang kebal dan kental, lebih kuat dari bubur — Muhathah. Mereka amat takjub dan mereka mengatakan, ini adalah suatu perkara yang luar biasa. Salah seorang dari mereka datang berjumpa dengan Zainab Al-Ghazali. Ia bertaubat dan meminta Zainab untuk mengajarnya Islam dan bagaimanakah hendak mendirikan Solat. Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja dilatih keganasan fizikalnya, malah dilatih dengan fahaman mereka.
Oleh kerana itu ada di antara mereka berkata kepada Zainab Al- Ghazali: Kamu sering berkata tentang Neraka Jahanam. Sekarang kamu berada dalam neraka Jamal Abdul Nasser. Mintalah keampunan dari Nasser atau Engkau terima syarat-syarat yang ditawarkan olehnya. Ketika Zainab berkata: Allah…Allah…., salah seorang dari mereka berkata: Seandainya kami nampak Allah yang kamu sebut itu, kami akan tangkap ia dan penjarakan bersama-sama kamu. Inilah kekufuran yang berlaku. Inilah yang menyebabkan mereka takut dan gentar kepada gerakan Islam.
Kemudian beliau dibicarakan dalam mahkamah pura-pura, beliau dipenjara seumur hidup. la dipenjara bersama-sama dengan Hamidah Qutb, bersama-sama seorang wanita yang sarat mengandung. Pada hari-hari awal di dalam kem tahanan tentera, mereka dihidangkan dengan roti kering yang disapu dengan najis. Mereka menahan kelaparan yang amat sangat. Mereka ditempatkan di tempat yang busuk lagi kotor. Mereka menjenguk keluar, manalah ada kiranya sisa-sisa makanan, ada pengawal penjara yang baik sedikit mencampakkan kulit-kulit pisang ke dalam sel kurungan, mereka ambil dan makan kulit-kulit pisang itu, mereka tidak sanggup memakan roti yang disapu dengan najis.
Zainab Al-Ghazali dipenjara di sebuah kem tahanan tentera yang terletak di pinggir kota Kaherah. Beliau melihat wanita-wanita yang telah rosak akhlaknya, mereka rosak kerana dadah dan arak, mereka telah kehilangan kehormatan mereka, akibat dari proses pembaratan yang dilakukan oleh rejim sosialis. Zainab Al-Ghazali dan saudara-saudaranya itu diberi layanan yang buruk, berbeda sama sekali layanan yang diberikan kepada wanita-wanita Yahudi yang ditangkap kerana kegiatannya sebagai “spy” adalah lebih baik daripada layanan yang diterima oleh Zainab Al-Ghazali, Hamidah Qutb dan saudara-saudara mereka yang lain.
Sehingga beberapa lama beliau ditahan, di satu pagi sekitar tahun 1973, beliau dipanggil dan ditunjukkan surat pembebasan. Betapa berat kakinya untuk meninggalkan saudaranya Hamidah Qutb, tapi apakan daya semuanya diserahkan kepada ALlah S.W.T, kerana Allah S.W.T lebih berkuasa dari segala-segalanya. Tidak lama kemudian Hamidah pun dibebaskan. Menurutnya, satu perkara yang menguatkan beliau sanggup menanggung penyeksaan, kerana beliau sering berjumpa Rasulullah S.A.W dalam mimpinya. Oleh itu beliau yakin bahawa perjuangannya adalah benar dan jalan yang ditempohinya adalah benar. Rasulullah S.A.W bersabda “Syaitan diharamkan menyerupai ku”. Oleh itu ia bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W adalah satu perkara yang benar.
Demikianlah kisah Zainab Al-Ghazali, yang kini masih hidup, dan terus menjalankan tugas-tugas yang berat ini bersama-sama Mujahid-Mujahid yang lain untuk mengembalikan umat manusia dan alam ini kepada Islam.
Berikutan dengan penangkapan beramai-ramai sahabat kita Ikhwan Muslimin oleh rejim Mendiang Anwar Sadat dan diteruskan oleh rejim Husni Mubarak (Zainab Al Ghazali) turut juga ditangkap, tapi kali ini ia hanya ditahan di rumah sahaja kerana dengan alasan sudah uzur. Semoga Allah S.W.T memelihara mereka.

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Kesimpulannya , sahabat-sahabatku sama-samala kita muhasabah diri , bagaimanakah hubungan kita dengan Allah kerana kita sebagai pejuang tidak dapat tidak mengharapkan rahmat dan pertolongan daripadaNya kelak . Dimana kita???


Dalam perjuangan menegakkan kebenaran,kadang kita terlalu taksub dengan kewaspadaan, biarpun kewaspadaan itu perlu, namun berpada-pada lah ia , agar sud uzzon tidak menjadi amalan, kadang2 kita terlalu memikirkan apa yang difikirkan oleh musuh2 kita..walhal benda tu tak seperti yang kita sangka, dan kadang2 perkara remeh terlalu kita perbesarkan sehingga perkara yang penting kita abaikan... bilamana kita bersikap seperti talibarut2 yahudi dalam pemerintahan jamal abdul nasser tu.. dimana mereka2 mengkhayalkan apa yang tidak pernah berlaku, bilamana mereka menganggap para pejuang ikhwan merancang untuk pembunuhan presiden jamal abdul nasser, sedangkan kebenarannya bukan begitu. apa yang cuba nak disampaikan disini just sekadar atas pemahaman sendiri dan kadang2 ini yang sering bermain2 diminda...tak mampu tuk kuluah secara berlisan.

irghfighli ya ALLAH...


copy n paste from:








Thursday, July 16, 2009

anak sedara baru...

SELAMAT DATANG!

ke dunia yang hanya persinggahan

mencari bekal tuk ke akherat yang kekal

kutunggu saat bertemu dengan mu
duhai buah hati baruku..

kau hadir tika ini sebagai penyeri
sekadar gambar hiasan

lahirmu kedunia beberapa hari yang lepas

tak sabar kau ingin melihat dunia ini barangkali

keluar awal dari jangkauan manusia..

ya manusia hanya merancang ALLAH jua menentukan...

Nurul Hana Maisarah.. itu namamu... kurindu...buah hatiku...

KU RINDU...

hidup ini penuh dengan rindu...
pada suatu saat yang tak dapat dikembali
pada hari2 yang bakal kulalui
pada insan2 yang pernah hadir
jua yang bakal hadir
aku RINDU ...
suatu simbolik kepada sebuah kehidupan
yang pergi takkan kembali
yang kan hadir sebagai pengganti takkan sama
tapi tetap kurindu...
menyebut satu nama pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul
ketika ini setelah ibuku..dialah insan yang kurindu
AYAH...

Monday, July 13, 2009

NAFSU POLITIK...


Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar diangkat menjadi pejabat. Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk pundak sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata, ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jabatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.'' (HR Bukhari).
Imam Nawawi menyebut hadis di atas merupakan pedoman dasar dalam berpolitik. Politik dapat menjadi sumber petaka bagi orang yang tidak mampu dan tidak bertanggung jawab.Sebaliknya, kata Nawawi, politik dapat pula menjadi ladang pengabdian dan amal saleh yang subur bagi orang yang mampu dan bertanggung jawab. Politik (kekuasaan) bukan sesuatu yang buruk. Ia ibarat pisau bermata dua; bisa baik dan buruk.
Ia menjadi baik dengan tiga syarat, seperti disebut dalam hadis di atas, yaitu berada di tangan orang yang tepat (capable ), diperoleh dengan cara yang benar (acceptable ), dan dipergunakan untuk sebesar-besarnya bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat (responsible ).
Sayangnya, dalam percaturan politik, orang kerap hanya bicara satu hal, yaitu bagaimana merebut kekuasaan dan mencapai tahta, bukan bagaimana mempergunakan kekuasaan itu serta mempertanggungjawabkannya kepada rakyat, dan terlebih lagi kepada Tuhan, Allah SWT. Diakui, kuasa (tahta) memang menggiurkan. Sebab, dengan tahta, orang membayangkan dapat mencapai semua impian dan keinginannya. Menurut Imam Ghazali, dibanding harta, tahta jauh lebih menggoda.
Ada tiga alasan mengapa demikian. Pertama, kuasa (tahta) dapat menjadi alat (wasilah) untuk memperbanyak harta. Dengan tahta, seorang bisa memperkaya diri.Tidak demikian sebaliknya. Orang yang telah menghabiskan seluruh hartanya, tidak dengan sendirinya ia bisa mencapai tahta.Kedua, pengaruh kekuasaan relatif lebih kuat dan lebih lama. Harta, kata Imam Ghazali, bisa hilang karena dicuri atau berkurang karena inflasi.
Tidak demikian dengan kekuasaan. Kekuasaan dalam arti pengaruh seorang pemimpin di hati para pengikut dan pendukungnya, tak akan pernah hilang dan berkurang. Ketiga, kekuasaan menimbulkan dampak publikasi dan popularitas yang sangat luas. Begitu seorang memenangkan pemilihan umum, misalnya, maka namanya akan terkerek tinggi.Dalam sekejap, ia akan dikenal dan tersohor di seluruh negeri, bahkan di seluruh dunia. Tak heran bila kekuasaan terus diburu dan diperebutkan oleh manusia sepanjang masa.
d_n kate: Alhamdulillah...jika aku tak diberi amanah, kerana aku tahu takat mana kemampuan aku yang orang lain tak tahu...tapi jika diberi amanah, insyaAllah akan kulaksanakan semampu daya dan upaya yang diberi Allah, sebab aku tahu Allah lebih tahu tentang apa yang aku tahu dan yang aku tak tahu...tapi AMANAH tu memang sentiasa ada untuk insan yang bergelar hambaNya...diberi atau tidak, masing2 tahu peranan keberadaan manusia di mukabumi ini adalah sebagai khalifah...xde istilah terbeban dengan amanah. sebut amanah ingat AMNAH! huhu...pesanan untuk aku sendiri..
sahabat,
kau yang diberi amanah
laksana ia tanpa kerenah
usah rasa sempit,kerana kau bertuah
sedang engkau mengeluh resah
namun disitu letaknya hikmah
kebergantunganmu hanya padaNya
mengadu segala biar hanya keranaNya
mendamba balasan rahmat dan redhaNya
kerana amanah, jalanmu terbuka luas ke jannahNya...
semoga ikhlas kan menjadi tunjang tuk kau terus istiqamah....

Thursday, July 9, 2009

cerita semalam...



semalam...dapat satu msg dr bestfrenz umt dulu...dia merajuk ngan aku..huhu.xsangka plak. tau sebab ape??? dia jeles coz aku x bls msg dia tapi aku duk msg ngan sahabat aku y sorang lagi kat umt tu...aku tak msg pun sbnrnyer. aritu kebetulan k.arah tepon amnah n aku joint sekali 'bual' n aku suh amnah kim salam kat 'my bestfrenz' tu.. kat situ dia salah faham kot. alkisahnyer, aku call la dia, borak punyer borak..rupenyer dia rindu kat aku(perasan jer)..hehe.

dia sokmo suruh aku p umt nun, time cuti2... jauh tu...aku memang nak p sangat, keinginan tu selalu ada dan aku selalu mencari ruang dan peluang..insyaAllah smpai waktu aku akan sampai kesana...tu y selalu aku bgtau dia.. dan dia pun dak muak kot dengan alasan tu.

imbau2 kenangan semalam...dialah pembonceng tetap motosikal yang aku bawa dulu kat umt, tp motor tu dia punyer..aku je y berlagak macam motor aku sendiri...semalam dia ada luahkan 'something' y buat aku terharu..huhu. semacam dia memerlukan sangat aku disisi dia sekarang, macam aku jugak sangat memerlukan adanya dia disisi aku sekarang...tapi kami dalam situasi y berlainan da...dulu kami saling lengkap melengkapi walaupun selalu gado2..biasalah tu.





dia pun ada bgtau y skang nie dia duk rumah sewa coz tak dapat hostel...dia duduk ngan 'budak macam aku' dia kate cam tu... 'budak macam aku' tu, boleh dikatakan kalu dia tengok budak tu dia teringatkan aku lah kot...kui2. tapi problemnyer budak tu jenis 'slow' bdk baek lah..tak same lah cam aku nie coz aku 'ganaih' sket kot...


semoga dipermudahkan untuk dia dalam segala urusannya...dia kate nak amik lesen motor tp takut katernyer...kenangan semalam mengimbau lagi: hehe... di satu saat aku ajar dia bawa motor...round2 kawasan perumahan rumah sewa kami...dia bawa kat depan n aku duk belakang dia...dengan penuh hati2 dia bawa motor tu...pandai je sebenarnyer dia tu...boleh je bawak. tapi satu jer...'time' aku ajr dia y paling aku bimbangkan kat selekoh lah...dia tak reti nak 'conner' pernah sekali mase nak masuk simpang len dia redah jer masuk dalam parit+semak, nasib baik naik balik n tak 'terjelepok' kt dalm parit tu...sudah2 nyer fobia dah lepas tu nak bawak motor..hemmm. moga lepas nie lulus lah ye bab 'kona-mengona' nih.

dr penceritaan 'my bestfrenz' tu aku gembira sebenarnyer...sebab aper??? dia skang duduk dengan budak2 baek..cuma dia tak biasa lagi n mungkin ada sedikit masalah komunikasi ( mcm aku laa) kot. so, aku harap sangat dia sabar dan dapat biasakan diri.. dan semoga Hidayah ALLAH kan dia terima...insyaAllah...

Ya Allah...dia sahabatku, walau jauh kini dimata, jangan Kau terus jauhkan kami..biar dihati kami
ada namaMU y selalu mengiringi ucapan2 kami. semoga dia sahabatku peroleh petunjuk hidayahMu, agar dia turut merasai nikmat dan manisnya iman dan sebuah perjuangan... sentiasalah Kau pelihara dirinya dari segala y melalaikannya dari mengingatiMu...tempatkanlah dia bersama2 insan2 yang Kau redhai, kerana Engkaulah sebaik2 pemberi tempat...ameen.

sekadar cerita...
8/9/09

Wednesday, July 8, 2009

Bersangka baiklah kepada Tuhan...

Azamin Amin Tue Jun 30, 09 1:08:41 pm MYT
"While people sleep, we work.
While people work, we work ahead,"


Saya tidak akan lupa kata-kata itu. Ianya terucap kira-kira 15 tahun lalu oleh pengetua kolej Mr. PMS Jassal ketika saya menekuni pengajian A-Level, jurusan undang-undang di Juara Academy College di ibu kota.

Waktu itu, saya adalah pelajar Melayu tunggal dan 'tunggul' dalam kelas seramai 30 orang itu. Berkecamuk fikiran pada hari pertama saya mendaftar.

Masakan tidak, sudahlah 'solo' ditambah pula dengan 'sepatah haram' saya tidak memahami apa yang diajar. Bukan sehari tetapi berjangkit sehingga lebih sebulan!

Tidak cukup dengan itu, saya sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelas dan pensyarah lantaran kegagalan saya untuk membuat 'presentation' jauh sekali untuk mendapat tempat teratas dalam carta kelas.

Lebih menambahkan pedih dan pilu di jiwa, apabila seorang pelajar yang selalu dianggap 'best student' dalam kelas mencabar sambil menghunuskan jari telunjuknya tepat ke muka saya.
"At the end of the day, nobody can touch me, especially you!" katanya pada saya, terkelipot-kelipot malu.

Seorang pelajar wanita pula, bertaruh untuk menjamu saya makan di hotel lima bintang, sekiranya berjaya mendapat keputusan cemerlang. Saya percaya, dia berani bertaruh kerana yakin yang saya tidak akan menggapai bintang. Betul-betul menghinakan.

Kawan-kawan seperti Manoj Kumar, Manimaran, Azman Sagau dan Ronnie menenangkan saya. Mereka memberi perangsang dan selalu membantu, apa yang saya tidak tahu.
Setelah enam bulan berlalu di kolej itu, saya sering bertemu dengan pensyarah Baljit Singh Sidhu untuk mendapat 'evaluation' atau penilaian ke atas prestasi pengajian saya selama ini dan seperti yang dijangkakan jawapannya cukup mendukacitakan.

"Aaa...don't worry. Bottom line, you boleh pass...," katanya tergesa-gesa. Sedih. Bukannya pangkat A, B atau C tetapi sekadar lulus cukup makan sahaja..

Suatu malam, ketika gelisah untuk melelapkan mata dan merawang masa depan yang kabur, tertangkap kalimah kudus dari ibu tercinta sebagai kata-kata azimat ketika menjejak kaki di ibu kota untuk menuntut ilmu.

"Mak tak boleh tengok dan jaga anak mak setiap masa. Mintalah Allah supaya jaga dan selamatkan anak mak.

"Jika susah, mintalah pada Allah, pasti Dia perkenankan. Percayalah.. ." kata Azizah Jasin, ibu tercinta kepada saya sambil memetik bait-bait ayat kalimah tuhan.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Saya bingkas, lalu mengerjakan solat dua rakaat. Tewas, akhirnya air mata basah di hujung sejadah.

Mulai hari itu, saya tidak menoleh lagi. Saya berusaha sedaya dan sekuat mungkin. Kamus sentiasa di sisi, tiap kali saya membuka buku. Buku seperti English Legal System, Constitutional Law, Jurisprudence setiap helaiannya saya ulangi sampai lapan kali!

Malah, saya hantar tugasan-tugasan dan 'asignment' sendiri berkajang-kajang kepada pensyarah untuk disemak, bertanya soalan-soalan bertubi-tubi sehingga kelihatan 'membosankan' bagi mereka.Saya kemudian beranikan diri bercakap di khalayak, walaupun 'broken English.'

"Apa nak malu, janji saya maju. Biar mereka ketawa atau sendawa, janji saya berjaya," getus hati cuba menceriakan hari.

Waktu itu, barulah saya tahu, doa dan kerja keras (rajin, usaha) adalah pembuka jalan kejayaan. Mungkin ini ayat 'cliche' atau 'stereotype' . Hakikatnya hidup ini tidak ada yang 'short cut'. Selepas doa itu, setiap apa yang saya pelajari, hafal dan faham datang dengan begitu mudah.
Dikenal ketika senang, dilupa ketika susah

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead," kata Jassal menepuk-nepuk bahu saya yang kelihatan agak sugul adakalanya.

Dan di saat saya menjalani proses lipat kali ganda usaha, baru saya tahu bahawa kerajinan orang Cina dan orang Putih atau kaum-kaum lain membuatkan mereka berjaya.

Bukannya faktor otak Cina lebih baik dari otak Melayu atau otak Orang Putih lebih baik dari semua otak-otak.

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan mengikut keupayaannya. Baginya apa yang diusahakan dan ke atasnya akibat apa yang diusahakan." (Surah Al-Baqarah: 286)

Begitu juga dengan surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ya, saya yakin doa akan dimakbulkan tuhan. Usaha gigih dapat balasan setimpal. Tak kira siapa, Melayu, Cina, India dan Mat Salleh juga akan dapat balasan, jika usaha lebih. Bukan masalah otak.

Dulu ketika mengerjakan umrah, saya pernah berdoa yang 'bukan-bukan' di depan Kabaah. Ketika itu, tahun 1990 usia saya menjangkau 16 tahun. Akibat terlalu obses dengan cerita-cerita aneh, mistik dan misteri di Makkah dan Madinah, saya mula memanjatkan doa, untuk melihat bukti kuasa Tuhan. (Kisah ini pernah diterbitkan di Harakah tiga tahun lalu, sebelum menjadi wartawan)

"Ya Allah, jika benar makbul doa di sini, hilanglah seliparku."
Begitu dangkal doa saya dan cuba menguji Tuhan. Sebelum itu telah saya sorokkan selipar buruk itu di suatu sudut di pintu masuk Masjidil Haram.

Ringkaskan cerita, Tuhan makbulkan permintaan saya yang pendek akal itu.
Hilang selipar saya, walaupun ianya buruk. Dan lebih parahkan lagi keadaan, selipar saya hilang setiap kali saya beli yang baru, dan berlanjutan selama enam hari!

Mengelabah, pucat dan panik saya dibuatnya. Saya cuba menyembunyikan peristiwa itu daripada ayah saya, yang mula kehairanan apabila setiap hari, tiap kali pulang daripada masjid meminta 5 ke 10 Riyal (lebih kurang RM 5.00 ke RM10.00). Tujuannya hanya untuk membeli selipar baru.

Pernah sekali, saya berkaki ayam dari Masjidil Haram pulang ke tempat penginapan sambil ditertawakan orang Arab yang lalu lalang. Apa boleh buat, itu balasan Allah, pada saya yang mulut celupar.

Dua hari terakhir di Makkah, saya berteleku di depan Kabaah, memperbaharui doa semula dengan penuh rasa insaf.. Sejak doa itu, selipar saya tidak hilang lagi.

Ya, Allah sentiasa selamat dan perkenankan doa saya. Begitu juga yang orang lain. Berusaha dan mintalah, percayalah Allah tidak mengecewakan. ..

Alhamdullillah, tidak menghampakan apabila Allah kabulkan juga doa saya untuk melintasi peperiksaan A-Level yang diduduki. Walaupun usaha tidak setara mana, tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Ketika keputusan A-Level diumumkan, saya sedang 'bercuti' dan 'mengaji' di sebuah sekolah pondok di selatan tanahair. Manoj dan Manimaran menghubungi saya melalui telefom awam. Masa itu tidak bercambah lagi, telefon bimbit.

"Congratulations! You and Patricia are the best student in the college. Come drop by, take your exam transcript," ujar Manoj. Barangkali kedua-duanya kini sudah bergelar peguam.
Keesokannya saya sudah terpacak di kolej di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk mengambil keputusan dan teka apa yang berlaku?

Pensyarah dan pengetua mula mengerumuni. Menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan melahirkan pujian berguni-guni. Yang menghunus jari telunjuk ke muka, yang bertaruh untuk menjamu selera dan yang gelak ketawakan saya, hilang entah ke mana.

n dikenal ketika di puncak. Diapung, diangkat dan dijulang ketika senang.
Namun ketika susah, pahit dan payah, siapa pun tidak tahu malah menjarakkan diri, kata benak saya melihat watak-watak yang ada di depan mata. Biarlah...

Ya, akhirnya bila kita berusaha, berdoa dan bersabar, nescaya Allah perkenankan dan selamatkan kita...percayalah.

"Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar. " (Surah al Baqarah ayat 155)

Tulisan sepicing ini ataupun coretan caca marba yang tidak seberapa ini saya tujukan ikhlas untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, yang melanjutkan pelajaran di menara gading dan juga untuk insan-insan yang mulai rasa putus asa, agar sentiasa bersangka baik kepada Tuhan, Allah yang maha tahu beban, kepayahan dan ujian hamba-Nya. - azm

(Segala teguran, kritikan dan pandangan sudilah majukan kepada saya di azaminamin@yahoo. comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan segala pujian kembalikan kepada Allah SWT) _
subhanallah...(^_^)

H1N1...Just kongsi...

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi.
Doanya ialah:
Doa Pilihan Pelindung KeluargaAjarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :
-من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya :
nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:
-رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan
-Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.-
Wassallam..

Tazkirah Jumaat: Manusia tidak lekang daripada ujian

Ustaz Zainudin Hashim Fri Jul 03, 09 11:16:30 am MYT

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba- Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.
Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud: "Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk."

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

Sifat sabar itu lahir apabila manusia ditimpa ujian getir daripada Allah SWT, ia bertujuan untuk memperkasa diri Muslim untuk terus berhubungan dengan Allah sebagai tanda penyerahan diri mereka hanya kepada Allah, dan sabar itu pula boleh dikategorikan sebagai berikut;

1. Sabar dalam melaksanakan segenap perintah Allah dengan penuh rasa khusyuk dan pasrah kepada-Nya.

2. Sabar dalam meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya dengan penuh rasa tanggungjawab.

3. Sabar dalam menempuh segala ujian, kerana ia mengandungi kebaikan untuk semua.

4. Sabar ketika berhadapan dengan maksiat.

5. Sabar terhadap ketentuan dan musibah.

Apabila dilihat kepada sirah para anbiya tidak seorang pun daripada mereka yang tidak diuji oleh Allah, namun ujian yang ditimpakan ke atas mereka tidaklah sama antara seorang rasul dengan yang lain, justeru baginda ada menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud; "Para anbiya adalah golongan yang paling dahsyat ditimpakan ujian oleh Allah, kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama)."

Sehubungan itu, Almarhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am kelima Ikhwan Muslimun menerusi tulisannya 'Bekalan kepada Para Da'ie' ada menyatakan, bahawa mana-mana individu atau jemaah tertentu yang memperjuangkan Islam, jika tidak melalui proses ujian, maka ia masih belum boleh dikatakan berjaya dalam dakwahnya.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan ujian

1. Bahawa Allah SWT menjadikan ujian sebagai sunnah-Nya, supaya Dia mengetahui di kalangan hamba-Nya yang jujur dan mana yang berdusta, mana yang benar-benar beriman dan mana yang munafik. Jika sekiranya semua perkara itu mudah dan penuh dengan kesenangan, nescaya semua orang akan mengaku bahawa dia adalah seorang yang jujur, benar dan beriman. Akan tetapi, Allah mengetahui orang-orang yang benar-benar jujur dan orang yang melaksanakan solat lima waktu.

2. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada setiap ujian, iaitu membersihkan orang-orang yang komited dalam perjuangan mendaulatkan Islam, supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang menghina orang-orang soleh dengan pelbagai tindakan jahat, termasuk para da'ie, penuntut ilmu, para ulama dan para wali Allah.

3. Antara rahsia daripada ujian dan cubaan yang diturunkan Allah ke atas permukaan bumi ini, iaitu penghapusan pelbagai kesalahan dan dosa yang terdapat pada diri orang-orang pilihan, sehingga Allah akan gugurkannya hingga ke akar umbinya.

4. Bahawa agama Islam ini, meskipun sering diberitakan bahawa ia sudah menang dan berjaya, sebenarnya di tengah-tengah perjalanan, masih penuh pelbagai cabaran dan tentangan, cubaan dan konspirasi jahat yang merintang, sehingga seorang mukmin masih bimbang menghadapi pelbagai konspirasi busuk yang dilancarkan syaitan yang berupa manusia terkutuk dari setiap pintu, jendela dan setiap arah.

5. Kita mampu menyingkap pelbagai konspirasi jahat musuh-musuh Islam, hingga kita mengetahui bahawa konspirasi busuk mereka tidak terbatas pada satu dimensi sahaja, akan tetapi datang dari semua arah dan tempat, pembunuhan, penjara, pengusiran, pencemaran nama baik, pembohongan, tipudaya dan sebagainya. Akan tetapi semua itu akan berakhir dengan kegagalan.

6. Antara pelajaran yang dapat diambil daripada ujian yang ditimpakan, iaitu agar seorang hamba sentiasa berjuang dan bangkit daripada jurang kerendahan dan kehinaan, serta berjuang kembali dengan tenaga dan semangat baru dan mengembalikan aktivitinya setelah keluar daripada ujian ini dengan jayanya.

7. Hendaklah seorang hamba itu merendahkan diri, patuh, tunduk dan berlindung kepada Allah serta bermunajat kepada-Nya, kerana kemenangan hanya ada di tangan-Nya dan kemuliaan hanya wujud dengan merendah diri kepada-Nya.

8. Kejujuran dan keyakinan tauhid hanya kepada Allah SWT. Hal ini dapat diketahui oleh orang yang telah cuba menerapkan kalimah La ilah Ilallah, di mana kejujuran yang kukuh tidak akan nampak kecuali saat hamba itu mendapat ujian, maka itulah ucapan kalimah tauhid yang diungkapkan dengan penuh kejujuran dan keyakinan dari dalam hatinya.

Justeru, tauhid ini akan dapat dilihat dengan jelas pada masa-masa berlakunya krisis, sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat 65 surah al-Ankabut yang bermaksud: "Maka apabila mereka menaiki kapal, mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-nya." - lanh

Thursday, July 2, 2009

GEMPUR!!!

salam... haha...GEMPUR... satu pengalaman, satu takdir yang membawa kepada perubahan arus perdana... kisah hidup seorang aku...
Langkah berteman sahabat, kumulakan...
Doa di pohon pinta kekuatan
Kemedan GEMPUR kususuri perjalanan
MENYUSUP ke segenap pelusuk jangkauan
Ditelan saja debaran yang kian kuat terasa
Biarkan saja kita punya MISI disini
Kita bukan pesalah kenapa harus TAKUT?
Hati membujuk rasa...ALLAH selalu bersama!
Ku ingin kaki ini melangkah berani
Ku mahu bicara ini bisa menyentuh kalbu
Ku tak ingin kalah sebelum berjuang
Ku bukan cuma mahu berangan
Ku mencari redhaNya Tuhan...
Tapi mungkinkah ia sekadar omongan kosong?
Ku tak ingin begitu...
Segalanya belum berakhir...
Kerana ianya baru bermula
Sebuah PERJUANGAN yang PASTI!
Walaupun aku tak pasti tentang aku...
Namun ku tahu aku MESTI untuk aku PASTI!!!
Mesti mampu untuk pastikan KEMENANGAN!!!
ALLAHUAKHBAR!!!
dzatuun_nithaqaini
2 julai 09
4.38 p.m