Saturday, October 18, 2008

SELAMAT BERJUANG!!!

SUBHANALLAH....bertepatan dengan saat sekarang..disaat final exam bakal muncul 3hari lagi, dan aku pun sedang asyik duk mentelaah novel yang baru dibeli..IMPIAN PALESTIN, baru terjumpa novel sebagus ini walhal dah lamer dipasaran kot,takper2 lambat atau cepat semua tu dah tertakdir.belum habis membacanya tapi semangat aku membara2 untuk melibatkan diri dalam perjuangan, tapi yang pasti berjuang kerana Allah, banyak medan yang harus ku telusuri ditambah pulak dengan fenomena hari ini, perjuangan yang sering menjadi buah mulut (maaf andai tersalah penggunaan perkataan) ramai orang, cuma yang menjadi asbab kepada perjuangan tersebut adalah tujuan dan matlamat kepada perjuangan yang diwar-war kan tersebut...kerana apa? hanya Allah yang tahu....sebab bukan itu yang nak dibahaskan diketika ini, lagipun aku bukan orang yang selayaknya untuk berkata2 pasai tu...


cuma hasil dari pembacaan novel IMPIAN PALESTIN tu, Alhamdulillah banyak yang dapat aku teladani...kisah perjuangan. selama ni aku kurang peka terhadap isu2 perjuangan, apa saja... selama ni hidup aku sekadar hidup saje didunia ni..tak menyumbangkan apa2 dan tak pernah nak amik tahu pasal semua tu..tapi kini insyaAllah. ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk terus istiqamah, di atas nama perjuangan yang ENGKAU redhai...



aku sangat teruja dengan kisah perjuangan yang disampaikan dalam novel tu..tapi cukupkah sekadar semangat? bolehkah aku melawan segala cabaran dan dugaan? aku tahu aku tak sekuat mereka yang telah lama berada dijalan itu...aku takut untuk terlalu beria-ria dan taksub dengan diri aku, yang banyak kurangnya dan lemah jiwanya malah longgar imannya , sebabnya aku belum pernah merasai bagaimana dan apakah aku layak untuk merasainya? semoga kan terbuka jalan itu...
"Dan janganlah sekali2 kamu menyangka orang2 yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; ( Dan juga ) mereka bersuka-cita dengan kurnia Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang2 (islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka-cita." ( Surah Ali Imran [3] : 169-170 )

apa2 pun SELAMAT BERJUANG!!! kepada semua pejuang dijalan Allah... ALLAHUAKHBAR!

Dan kepada semua yang bakal berjuang dimedan FINAL EXAM...good luck untuk kalian!

mungkin dari nada penulisan tu macam skema je..dan tak mengikut terma dan syarat dalam sebuah penulisan pun..sebabnya itulah aku...yang tak pandai berkata2 dan tak pula petah berbicara.hanya sebuah rasa yang menjadi pemangkin kepada diri sendiri.... apa yang kurang sememangnya dari diri aku yang dhaif nie..dan segala yang baik adalah dari ALLAH...

Friday, October 17, 2008

ISLAM IS THE WAY...

DIKALA HUJAN

Dari jendela ku merenung
Daunan hijau bertebaran
Tempias halus menyapa lembut dipipi
Menyisip rasa kedinginan menyentuh kalbu
Lantas ku dongak kelangit
Awan nan putih bercahaya
Bersama desiran angin berlagu hiba
Hujan yang turun meresap ke bumi
Menyirami secangkir rasa kesuburan

Kurenungi lagi titisan itu
Kuperhatikan ia tiada berteman
Kilat tak menyambar
Guruh tak berdentum
Tak seperti kelmarin...

Tenang jiwa ini dengan rahmatMu
Terpana pada segenap syahdu dijiwa
Alhamdulillah kali ini ilham tercipta sudah
Semakin membara rasa kesyukuran
Masih punya rasa pada sebuah kehilangan
Rupanya DIA sangat mendengarkan...

Hati yang merintih tak lagi sunyi
Ditemani rintik hujan yang semakin menghilang
seperti hilangnya duka yang telah berlalu...

ALHAMDULILLAH...


dzatuun_nithaqaini
dikala hujan...



Thursday, October 16, 2008

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

www.iLuvislam.com

tajulrijalannuar editor: ImKoyube

Sahabat..Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.Sahabatku yang sangat aku cintai..Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.

Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.Sahabatku yang dikasihi.. Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta

CUTE CHILD....

SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU DUHAI SANAK SAUDARAKU...
MOGA2 MENJADI INSAN SOLEH SOLEHAH DUNIA WAL AKHIRAT...





Mereka semua adalah sebahagian daripada anak2 sedare aku yang paling kecik la kire...

2 daripadanyer dah takde ayah...menjadi tanggungjawab aku mendidik mereka semua...

tapi aku pun sangat perlu dididik dan terdidik..supaya aku boleh menjadi pendidik kepada diri aku sendiri dan mereka...tapi kerana kenakalan anak2 kecil ini kadang kala tercabar juga kesabaran, disamping mendidik mereka sebenarnya mereka turut sama mendidik aku...

terima kaseh buat anak2 sedare aku semuanya yang berapa orang ye? (kire jap...emm)

haa 13 orang semuanya...tq bcoz memberi peluang kepada ~~~~~ untuk menjadi seorang pendidik tak bertauliah tatkala kita bersama(~~~~~ segan nak letak nama panggilan tu) huhu.


walaupun korang tak faham dan takkan baca pun benda nie...takpe..aiman ko tak kisah kan???

Wednesday, October 15, 2008

PEDOMAN!!!

From : http://halaqah. net/v10/index. php?topic= 1333.0

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan dengan izin Allah maka kedengaran satu suara menjerit meminta tolong.Nabi Isa ingin mengetahui apakah yg telah terjadi kepadanya dengan menggunakan mukjizat yg telah dikurniakan oleh Allah kepadanya iaitu menghidupkan orang yg telah mati.Dengan izin dan kudrat Allah s.w.t. maka keluarlah dari kubur itu seorang lelaki yg sedang terbakar menjerit meminta tolong.Maka Nabi Isa bertanya kepada lelaki itu apakah kerana tidak sembahyang dia diazab sebegini tapi lelki itu memberitahu bahawa dia tidak pernah tinggalkan sembahyang dan taat akan perintah Allah.Maka Nabi Allah Isa pun bertanya apakha kesalahannya sehinnga dia di siksa sebegitu rupa...Lelaki itu pun menceritakan bahawa dia adalah penjual kayu api..dan pada satu hari datang seorang pembeli memesan kayu api daripadanya dan terus memberinya wang.Maka pergilah dia ke hutan untuk mencari kayu api dan semasa hendak pulang dia telah berhenti untuk makan dan lepas itu meneruskan perjalanannya. Semasa dalam perjalanan pulang dia terasa ada sisa makanan di celah giginya.Maka dia telah cuba mengeluarkan dengan lidah tapi tak berjaya, dengan kuku tak berjaya juga.Akhirnya dengan menggunakan kukunya dia telah mencukil kayu api yang dipikulnya utk dibuat pencungkil.Maka dengan izin Allah keluarlah sisa makanan itu.Selepas itu dia meneruskan perjalanannya sehingga sampai kerumah si pembeli itu.Maka dia pun menyerahkan kayu api itu kepada si pembeli itu dan dia terlupa untuk meminta halal hanya untuk kayu yang digunakan sebagi pencungkil tadi.Maka kerana dosa itulah dia di seksa selam 70 tahun sebagaimana yang dilihat oleh nabi Isa itu.Dia memberitahu lagi bahawa dia tidak menyangka Allah melihat akan perkara yang sekecil ini..

Semoga dapat kita ambil iktibar dan mengelakkan diri menggunakan barang saudara kita tanpa izin tuannya...

semoga Allah memelihara kita drp Azabnya amin..

Hampir Gadai Sebuah Iman Dgn 20Sen

From :


Renung-renungkan dan selamat beramal...
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sentersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur". Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermenfaat!

Monday, October 13, 2008

Epilog sebuah perbukitan


masih ku ingat..

(ketika aku masih anak kecil)
perit jerih keringatmu
bertitisan laju menuruni urat pipimu
membasahi baju usang ditubuh keringmu
berdiri kau dengan dongakan penuh kepayahan
mencari dan meneliti mangsa torehan sabit tajam dihujung galah
mencapai pelepah berduri yang menyisipi
sebelum buah rezeki dipuncak pohon kau turuni
dengan sepenuh tenaga tuamu..
itulah resam seorang bernama ayah…
yang mencari rezeki di daerah perbukitan dan jalan penuh liku
sedang aku anakmu hanya memerhati dari kejauhan
kadang ku di anak sungai kadang ku ditunggul kayu
atau leka dengan pencarian selayaknya anak kecil
hanya tatkala kelibatmu tak ku temui dipandangan mata
barulah ku tersedar dari permainanku
lantas ku jejaki tanah berbukit itu
agar dekat denganmu selalu…
kini perbukitan itu tak lagi kujejaki
seiring waktu pemergianmu kealam sana…
kini aku sendiri dengan epilog sebuah perbukitan itu
hanya dalam lipatan kenangan…



Takdir



Tidak ada satu pun di alam ini yang terjadi secara kebetulan, sebagaimana tertuang dalam Al-Qur`an, “... Allah mengatur urusan (makhluk-Nya)….” (ar-Ra’d: 2) Dalam ayat lain dikatakan, “… dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula)....” (al-An’aam: 59) Dialah Allah Yang menciptakan dan mengatur semua peristiwa, bagaimana mereka berawal dan berakhir. Dia pulalah yang menentukan setiap gerakan bintang-bintang di jagat raya, kondisi setiap yang hidup di bumi, cara hidup seseorang, apa yang akan dikatakannya, apa yang akan dihadapinya, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur`an,

“Sesungguhnya, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.” (al-Qamar: 49)

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya, yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadiid: 22)

Kaum mukminin seharusnya menyadari kenyataan yang agung ini. Sebagai konsekuensinya, sudah seharusnya mereka tidak berbuat kebodohan seperti orang-orang yang menolak kenyataan dalam hidupnya. Dengan memahami bahwa hidup itu hanya ”mengikuti takdir”, mereka tidak akan pernah kecewa atau merasa takut terhadap apa pun. Mereka menjadi yakin dan tenang seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad saw. yang bersabda kepada sahabatnya, “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” (at-Taubah: 40) ketika sahabatnya itu merasa khawatir ditemukan para pemuja berhala yang bermaksud membunuh mereka ketika bersembunyi di dalam gua.

Wednesday, October 8, 2008

APAKAH ITU CINTA???

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggung jawab,
Mereka yang bermain dengannya,
menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya,
menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai,
menyebutnya takdir.
Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik,
akan memberi kesusahan untuk menguji kita.
Kadang Ia pun melukai hati,
supaya hikmat-Nya bisa tertanam dalam.
Jika kita kehilangan cinta,
maka pasti ada alasan di baliknya.
Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti,
namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Ia mengambil sesuatu,
Ia telah siap memberi yang lebih baik.
Mengapa menunggu?
Karena walaupun kita ingin mengambil keputusan,
kita tidak ingin tergesa-gesa.
Karena walaupun kita ingin cepat-cepat,
kita tidak ingin sembrono.
Karena walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai,
kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.
Jika ingin berlari,
belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang,
belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai,
belajarlah mencintai dahulu.
Pada akhirnya,
lebih baik menunggu orang yang kita inginkan,
ketimbang memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai,
ketimbang memuaskan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat,
Karena hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah,
menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misterius.
Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.
kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu membutuhkan banyak hal - iman,
keberanian, dan pengharapan -
penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.
Pada akhirnya.
Tuhan dalam segala hikmat-Nya,
meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting.

Penantian satu penyeksaan orang kate..
Tapi bagi aku disebalik penantian itu ada keindahannya...
Penantian yang hanya berbekalkan harapan dan doa...
Subhanallah..hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI...

Tuesday, October 7, 2008

Alhamdulillah..wa syukurillah...
banyak yang patut disyukuri...
banyak pula dugaan yang menanti..
namun segala2 nya semoga dipermudahkan...

Ya Rabb
Bantulah aku hambaMu
Yang lemah segala2nya
TanpaMu siapalah aku
Insan yang hina...