Wednesday, December 30, 2009

TELAH TERNUKIL...

-Di Bawah LangitMu-


Di bawah langitMu kami bernaung
Berpijak dibumi milikMu
Tiada kami berupaya melangkahkan kaki
Tanpa rahmat kaseh dariMu

Oh Tuhan ampunilan kami
Yang banyak berdosa salah khilaf sentiasa
Terkadang kami lupa dan dilupa
TanpaMu tiadalah kami berdaya..




Bersihkanlah diri kami dari segala dosa nan noda
Kerna tak sanggup kami menanggung segala kifarah dariMu
Jauhkan hati kami dari segala keburukan akhlak
Kerna tak upaya kami menangkis segala nafsu yang mendatang…


PadaMu jua ya Rabb…Tuhanku!
Jiwa ini berserah bukan pada pandangan manusia
KasehMu, cintaMu selalu kupuja dan kupuji
Kerna dambaanku hanya Engkau, RedhaMu!


dzatuun_nithaqaini
12.22 a.m 22/11/09

Tuesday, December 15, 2009

LANGKAH TERCIPTA

Ku kelukaan semalam yang suram
Kukehampaan kecewa yang mencalarkan
Keresahan dan kedukaan yang tiada pengakhiran
Mimpi yang kuharap jadi kenyataan
Tiada kesudahan tiada kesampaian

Saat ku ingin berhenti melangkah
Tika semangat tenggelam, jiwa lemah
Waktu daya dan upaya mengorak lelah
Tersungkur di perdu putus asa di jiwa
Terdampar hati di relung kegelisahan…

Ya Rabb!
Haruskah ku mengalah
Dalam lemah dan lelah
Jiwa dan hati yang parah
Musnah diri yang rebah…

Masihkah punya peluang
Menjulang cita dan cinta ke puncak gemilang…?

Terdetik pada jiwa bisikan pengharapan
Dari tulus sanubari yang Kau ilhamkan
Ini hanyalah dugaan, menguji keimanan
Padanya hikmah ujian, menguji ketaqwaan
Dilontarkan pada setiap insane…

Pada naluri kehambaan kan terasa belaian
Rasa kaseh sayang Tuhan pada hamba yang kepasrahan
Bimbinglah daku menuju redhaMu Tuhan
Biar payah tuk ku capai
Walau sukar tuk ku kecapi

Dalam perjuangan ini
Biar ku teruskan langkahan kehidupan
Tuk bangkit kembali
Menjelajah di tiap sudut bumi Tuhan
Biar terpaksa ku redah segala mehnah…

Tuhan…
Tabahkan hatiku, pimpinlah daku
Mencari arah tuk ku teruskan pengembaraan ini
Agar tak lagi rebah dan tersalah arah
Menggapai redha dan cintaMu…

Dzatuun_nithaqaini
24/11/09
1.57 p.m
sebuah rasa yang hadir tika mengenang apa yang bakal ku berhadapan..jalan di takdirku..
-adaptasi lagu langkah tercipta UNIC-

Wednesday, December 9, 2009

DZATUUN NITHAQAINI MEMILIKI DUA KEHIDUPAN


Orang yang tidak mempunyai citra keindahan dalam jiwanya tidak akan dapat melihat sesuatu pun yang indah-indah dialam wujud ini.

Asma’ bin Abu Bakar yang dijuluki Dzatuun Nithaqaini ( wanita yang memiliki dua ikat pinggang) dijadikan contoh nyata dalam kehidupan. Ia melalui hidupnya dengan penuh kesabaran dalam menghadapi kesulitan hidup dan kemiskinan. Selain itu, ia juga selalu berkeinginan kuat untuk taat kepada suaminya dan mecari keredhaannya.

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan bahawa asma’ pernah menceritakan perihal kehidupannya sebagai berikut :

“ Zubair menikahiku, dan dia tidak mempunyai apa-apa selain kuda. Aku menguruskan dan memberikannya makan. Aku menumbuk biji-bijian, memberikannya air dan adunan. Aku mengangkut butir-butir kurma itu dari kebun Zubair yang diberikan oleh Rasulullah kepadanya dan beberapa orang lain yang bersamanya. Rasulullah memanggil aku: “mari,mari!” maksudnya agar aku ikut tumpang di belakangnya, tetapi aku malu dan aku ingat Zubair akan cemburu. Maka aku menolaknya. Setelah sampai dirumah, aku memberitahukan hal itu kepada Zubair, kemudian dia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya usahamu membawa biji kurma itu lebih berat bagiku daripada kamu ikut tumpang bersama Rasulullah.”
Asma berkata: “hingga pada akhirnya ayahku, Abu Bakar, mengirim seorang pelayan untukku, maka aku tidak mengurus kuda lagi. Dengan pelayan itu , seolah-olah ayahku telah memerdekakanku.

Setelah kesabaran yang panjang, kemudian datanglah nikmat pada Asma’ dan suaminya, akan tetapi dia tidak menyalahgunakan kekayaan. Bahkan dia sangat bermurah hati sampai tidak menyimpan sesuatu pun untuk esok hari. Jika ia jatuh sakit, Asma’ menunggu sampai sembuh, kemudian dia memerdekakan semua hamba yang dimilikiny. Dia berkata kepada puteri-puterinya dan keluarganya : “Berinfaq dan bersedekahlah, dan jangan mengharap kemurahan hati orang lain.”

-Dr. Aidh ‘Abdullah Al-Qarni, Petikan buku jangan bersedih, Jadilah wanita yang paling bahagia, ms211-

WAJAH DUNIA!


Wajah dunia



Ku mencari wajah kaseh pada insane
Ku mencari wajah bahgia pada dunia
Sedang wajah kaseh insan itu cuma sebuah kefanaan
Sedang wajah bahgia dunia itu kadang menghinakan

Biarpun berlalu beribu saat waktu Itu
Tetap jua ingin berpaling ke masa lalu
Menatap seribu keindahan pada wajah kenangan
Sedang hati derita dalam penuh kepayahan

“Berjiwa besarlah dengan memandang suatu yang kecil itu besar
Apatah lagi yang besar itu dipandang lagi besar
Usah menjadi orang yang berjiwa kecil
Dengan memandang yang kecil itu kecil dan yang besar juga dipandang kecil”


Tika cahaya mentari menyinar wajah
Pandanglah awan nan putih berkepulan dilangit biru
Seindah bersih sedamai kalbu
Mewarnai wajah dunia dengan cahayaNya yang terang

Sedang pengharapan isi dunia pada sang mentari
Selayaknya, Dia Yang Maha Pencipta
Lebih utama tuk disaksikan bahwa Dialah Yang Maha Agung!
Namun wajah dunia dikaburi dek kabus kejahilan diri…

Dzatuun_nithaqaini
10.52 p.m
301109

Monday, November 9, 2009

"Usrah Rasa Hati"

Jenis-jenis marah


Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.

Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Marah yang dipuji ( al-ghadhab al-mahmud )

Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah s.w.t. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah swt kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sebagai orang yang lemah iman.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w melihat para sahabat bertelagah berkaitan keimanan dengan qadr lalu berubah air muka Rasulullah s.a.w kerana marah lalu berkata;

بهذا أمرتم ؟ أو لهذا خلقتم ؟ تضربون القرآن بعضه ببعض بهذا هلكت الأمم قبلكم )

Maksudnya; Inikah yang kamu disuruh? Atau untuk inikah kamu dijadikan memperdebatkan al-quran dengan al-quran, ingatlah dengan sebabini umat terdahulu dibinasakan.

Sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان.

Maksudnya; Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.

Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesutau perkara. Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kira dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tidakan-tindakan yang negatif.

2. Marah yang dicela ( al-ghadhab al-mazmum )

Marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah swt atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s.w.t, marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain.

Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka nenunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia.

3. Marah yang diharuskan ( al-ghadhab al-mubah )

Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah s.w.t dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah s.w.t. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.

Firman Allah s,w,t;

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya; Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah suka kepada orang-orang yang baik.

Kesimpulannya wajib marah apabila hak Allah dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Ibnu Hibban menyatakan manusia sentiasa bertentangan antara marah dan kelembutan, siapa yang marah dengan kelembutan tidaklah dicela selama marahnya tidak dilarang.

Manusia dari sudut kekuatan sifat marah ada tiga peringkat;

Pasif ; Orang yang tiada perasaan marah, hilang dari dirinya sifat marah.

Aggresif; Orang yang pemarah, baran, tidak mampu dikawal oleh akal dan agama, hilang kewarasan diri ketika marah.

Moderet; iaitu pertengahan, orang yang dapat mengawal perasaan marah menggunakan akal dan agama.

Renungan; Sekiranya kita dapat mengurus kemarahan kita, mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, hati kita akan tenang dan bahagia.

Monday, October 26, 2009

IBU DOAKANLAH....


-SEISMIC- IBU DOAKANLAH

Ibu doakanlah ku akan melangkah
Menyusuri waktu menjemput citaku
Ibu lepaskanlah ku ke laut biru
Akan ku harungi akan ku seberangi


Ibu doakanlah ku sedang melangkah
Menjalani hari menjemput harapku
Ibu lepaskanlah ku dengan maafmu
Tenteramkan hatiku menempuh hidupku

Doamu oh ibu selalu kunanti
Tulus dan suci dari relung hati
Doamu oh ibu selalu kunanti
Mohonkanlah, ALLAH RABBI
Beserta ku selalu...

SALAM FINAL EXAM!!!

SALAM...FINAL EXAM KEMBALI!!! BUAT SAHABAT2 SELAMAT MENEMPUH UJIAN DUNIA.. MINTAK MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP YANG TERLAJAK BUAT... SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN!!!

GOOD LUCK FINAL EXAM!

TARIKH2 PENTING UNTUK IMTIHAN DUNIA...


29/10 - FISIOLOGI TUMBUHAN

30/10 - PRINSIP PENGELUARAN TERNAKAN

03/11 - BIOMETRI

07/11 - BBI 2421

13/11 - PRINSIP SAINS TANAMAN


Ya ALLAH permudahkan sahabat2 ku menduduki imtihan duniaMu...
Jadikan debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu...
Dengarlah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMu, agamaMu...
Terimalah airmatanya sbg penyejuk kemurkaanMu...
Belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah...
Tetapkan imannya agar tak mudah berputus asa pada jalanMu...
Ameen.

-DSKS-

DOA SAHABAT KEPADA SAHABAT

Friday, October 16, 2009

Pesan Imam as-Syahid Hassan Al-Banna...


Alangkah indahnya apa yang dikatakan oleh Imam as-Syahid Hassan Al-Banna tatkala beliau mengarahkan ucapannya kepada golongan yang gopoh, yang cepat ingin memetik buah dakwah sebelum masak;


"Hai Ikhwanul muslimin terutama yang gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yang tinggi yang berkumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yang telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya dan aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yang sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yang paling selamat untuk mencapai tujuannya.

Ya... boleh jadi ia satu jalan yang panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yang serius dan berterusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang hendak cepat dan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokoknya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannya terserahlah kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia".

JALAN DAKWAH



Jalan dakwah hanya satu.
Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Demikian juga kita dan para pendokong dakwah,
sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari
Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan
ukhuwwah (persaudaraan).
Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian
menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah.
Berpadulah kekuatan
iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan.
Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model.
Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang
walaupun ditentang oleh seluruh
penghuni muka bumi ini.