Alhamdulillah...
atas segala ruang dan peluang yang diberi Allah kepada seorang insan yang hina
dina ini untuk terus melangkah dan mengolah hari mendatang dalam perancangan
takdirNya. Alhamdulillah aku diterima untuk program usahawan tani pada tahun
ini setelah tahun lepas aku gagal menempatkan diri kesana. Apa yang best nye
joint program nie? Elaun dapat bukan banyak pun, penat kena buat kerja-kerja
ladang nie...semakin hitam la muka aku yang baru jer nak cerah sikit
nie..kui..kui.kui..
Okay ini adalah satu
langkah yang aku ambil untuk terus
melangkah kekancah kehidupan yang lebih mencabar ini. Satu langkah ke arah
menjadi usahawan tani yang berjaya, inshaa Allah! Aku sangat-sangat ingin
memulakan langkah dan mengambil inisiatif untuk meningkatkan ekonomi dan
potensi diri aku disamping membuka ruang kepada keluarga aku menambah
pendapatan saat aku berjaya melaksanakan projek pertanian impian aku,
inshaAllah, semoga dipermudahkan dan dibukakan jalan oleh Allah! Aku harus
mendesak diri untuk berfikir dan merubah diri daripada sikap dan pemikiran aku
yang sekarang nie. Sebab tu aku cabar diri dengan ambil jalan ini dan cabar
diri aku sendiri untuk mandiri dan berdikari serta menambah baik potensi diri
kearah kejayaan dunia dan akherat.
Kalau difikirkan
aku rasa mereka yang diluar sana pasti fikir yang aku membuang masa tempoh 8
bulan semata-mata untuk kursus yang bukan jaminan untuk sebuah pekerjaan, dan
setelah bertahun-tahun bealajar nak tambah lagi masa untuk suatu yang belum
pasti, bila nak kerja dan simpan duitnya
bila nak kawen lagi? Persoaalan tu biarlah tak terjawab dan biarlah masa yang
menentukan segalanya kerana sungguh aku sendiri pun tak tahu bagaimana untuk
menjawabnya dan sungguh aku tidak ada pengetahuan tentang soal jodoh dan rezeki
yang lain. Tapi inshaaaAllah ini adalah satu langkah untuk aku merencana sebuah
kejayaan dan masa depan aku yang lebih baik . ya aku perlu berusaha bersungguh-sunguh
dan mengambil peluang untuk meneroka setiap sudut ilmu dan pengalaman orang
lain untuk aku aplikasikan dalam kehidupan aku nanti. Dan aku juga perlu ubah
diri dan keyakinan aku untuk berjaya!
Okay...aku ada misi
dan visi yang harus dikotakan!!!
1 comment:
Allah yuftah 'alaikum..fi hifzillah ma
Projek melon..hihi..selamat berkursus..kusus molek2 deh^^
Post a Comment