Saturday, November 30, 2013

Ku telusuri....

Menelusuri liku-liku kehidupan, silih berganti tetap saja rutinnya sama…tiada beda tiada guna, untuk apa hidupku di dunia? Masih tak punya hala dan tuju yang pasti, tapi masih saja dengan angkuh berpijak di bumi milik tuhan… kata-kata mereka masih saja tidak ku fahami, hujah mereka masih membuat kepala ku pusing untuk memaknai hakikat kebenaran, yang mana harus ku hadami? Walhal firmanNya masih saja ku abaikan , hadith baginda rasul masih saja ku entengkan…kenapa peduli dengan kata-kata mereka yang tak punya apa…tanpa Dia?

Menelusuri denai-denai perjalanan menuju Tuhan, masih saja aku tersasar dan tersadung dek batu-batu hitam yang menghalang, namun tetap saja kuteruskan perjalanan walaupun sulit tuk ku fahami takdir tuhan buatku, tetap saja kuteruskan langkah dengan penuh dosa ku masih berharap pada Dia… kerna ku punya siapa lagi tuk ku mengadu dan berkeluh kesah? menteri, ulama, professional..mana sekalipun aku bahkan tidak mengenal mereka apatah lagi untuk aku dikenali mereka… teman, taulan sahabat handai…? Sekalipun tidak mengenali aku sebagaimana Dia, kerana Dia pemilik diriku…pendamping jiwaku! Tatkala dalam lalai mahupun taatku…Dia selalu memerhatikanku...bahkan lebih memahami diriku berbandinga aku sendiri…

Menelusuri kenangan semalam, masih banyak perkara yang bermain difikiran, difikirkan kadang tak kutemukan jawapan, dibiar kadang meronta minta diberi perhatian. Masih saja aku membisu pada yang bertanya, pada yang mengkhabarkan, bukan mengelak bukan menjauh. Hanya diri masih begitu, tak punya rasa apa sejak sekian lama…seakan diri hilang dalam kenangan semalam, sesat di liku-liku perjalanan kehidupan  dan kenangan semalam… sedangkan hari ini masih disapa alpa….

Menelusuri hari-hari berganti, yang tiada pasti bagaimana kan diakhiri… namun tersemat dihati ku mahu hidup mulia mati syahid, namun masih banyak yang menjadi halangan dalam merealisasikan kebenaran… kata-kata tak mampu bersuara, kata-kata yang hanya picisan, kata-kata yang tiada kedengaran… bagaimana? Bagaimana nak ku katakan… kata-kata yang tiada makna…. Bagaimana nak ku sampaikan? Pada siapa yang mahu mendengar…??? Aku menulis kerana apa? Aku menulis tanpa berfikir? Entah…aku menulis hanya kerana mahu menulis… dan bermain kata… Biar…biarkan… aku….leka dalam mainan kata!

Astaghfirullahal’azim….masih kubimbangi kata-kata ini kan menjerat aku kelak tuk tidak berkata-kata lagi…saat tangan , kaki dan segala anggota menafikan omongan lidah yang tak kan bersuara…masih ku berharap jemari ini mampu berkata-kata akan kebaikan…

d_n
10.46 pm

malam jumaat

No comments: